BicaraTHTL
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kebersihan

4 posters

Go down

Kebersihan Empty Kebersihan

Post by rul85 Sat Sep 15, 2012 5:40 am

Salam saya ada terbaca tentang najis2 yg dimaafkan ialah Dalam semua mazhab, najis yang sangat sedikit sekadar duit 1sen dimaafkan dan boleh bersembahyang. Dalam mazhab Hanafi, sekiranya najis itu tidak melebihi satu perempat pakaian, seseorang itu masih boleh bersembahyang. Dalam mazhab Maliki pula, jikalau kotor seluruh pakaian pun masih boleh bersembahyang, syaratnya hendaklah seseorang itu menunggu untuk mendapatkan kain yang bersih, setelah didapati tiada kain bersih, bolehlah dia sembahyang mengikut kemampuannya (pakaiannya). Mazhab Syafie lebih berhati-hati dalam masalah ini, sedikitpun najis tidak dibenarkan kecuali terlalu sedikit.

saya ada kemusykilan tentang najis yang dimaafkan,tentang najis sekadar 1 sen tu,,,
apakah percikan air kencing termasuk sekali?apakah dikira najis jikalau kita yakin bahawa air kencing yang terpecik ke badan kita tidak seluas satu sen?

rul85
AHLI
AHLI

Posts : 28
Points : 46
Join date : 04/08/2012

Back to top Go down

Kebersihan Empty Re: Kebersihan

Post by thtl Sun Sep 16, 2012 9:03 am

kencing tak ada maaf sebab ada nas yg mengatakan ada mayat yg disiksa dalam kubur kerana cuai dalam percikan kencing. Maka ketika kita kencing, kita kena pastikan tiada percikan.
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Kebersihan Empty Re: Kebersihan

Post by abu_aisyah Tue Sep 18, 2012 11:22 am

hadis 2 org yg diseksa yg slh satunye sbb tak jaga kencing tu bukan sbb percikan kan sheikh?sbbnya tidak menjaga/mengambil berat perihal kencing.semboroo shj,biler dah kencing..tak patikan betul2 dah habis,etc.ni kes berat.tp,klu kene percikan,hanya perlu renjis kan?
abu_aisyah
abu_aisyah
AHLI SETIA
AHLI SETIA

Posts : 759
Points : 973
Join date : 03/06/2012
Age : 37
Location : bandar baru bangi, bandar tun razak

https://www.facebook.com/eveekids

Back to top Go down

Kebersihan Empty Re: Kebersihan

Post by thtl Tue Sep 18, 2012 2:56 pm

ya betul.
kalau kita jenis berhati-hati, masih kena percikan, maka itulah maksud najis yg dimaafkan, tapi kena renjis2 juga
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Kebersihan Empty Re: Kebersihan

Post by Adli_Khalim Fri Sep 21, 2012 7:26 am

thtl wrote:ya betul.
kalau kita jenis berhati-hati, masih kena percikan, maka itulah maksud najis yg dimaafkan, tapi kena renjis2 juga

Cukup ke Tuan dengan merenjis sahaja (tanpa basuh)?

Tak pernah lalui perbahasan tentang ni (perbahasan kalau pakaian terkena percikan kencing).
Adli_Khalim
Adli_Khalim
AHLI
AHLI

Posts : 108
Points : 121
Join date : 24/11/2011
Location : Jakarta Barat

http://blueincisivus.wordpress.com/

Back to top Go down

Kebersihan Empty Re: Kebersihan

Post by thtl Fri Sep 21, 2012 8:31 am

petikan:
Kadar Najis Yang Dimaafkan Dalam Mazhab Syafi’e

Menurut pendapat ulama’ Mazhab Syafi’e tidak ada najis yang dimaafkan kecuali najis-najis berikut:

Najis yang tidak dapat dilihat oleh mata yang sederhana seperti darah yang sedikit dan percikan air kencing yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Ini termasuk jikalau ianya percikan kencing anjing dan juga babi. Ini selagi mana zatnya tidak jelas pada penglihatan mata kasar. Tidak perlu diteliti sehingga ke tahap diperiksa dan dibelek-belek di kawasan yang disyaki ini. Ini akan lebih menyusahkan. Sedangkan syara’ tidak membebankan sehingga ke tangga tersebut.

-------------------------------
Rujukan:

Kitab Fiqhul Islami Wa Adillatuhu Al-Juz’ Al- Awwal/ Fiqh Dan Perundangan Islam Jilid 1 susunan Dr Wahbah Zuhaili, Dalam Bab Kadar Najis Yang Dimaafkan: Mazhab Syafi’e, halaman 155-157. Terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka Cetakan 1997.
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Kebersihan Empty Re: Kebersihan

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum