BicaraTHTL
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Tinggal berasingan suami isteri

4 posters

Go down

Tinggal berasingan suami isteri Empty Tinggal berasingan suami isteri

Post by nameless Sun Sep 16, 2012 9:12 pm

Assalamualaikum,

Pertama sekali saya mohon maaf jika saya tersilap ruangan untuk tanya soalan ini. Saya agak-agak sahaja, harap sesiapa yang ada maklumat boleh bantu.

Jika isteri pernah dapat arahan mahkamah untuk tinggal berasingan dengan suami tetapi merahsiakan hal itu dari suami malah pulang dan tetap tinggal bersama suami. Selepas 9 bulan tinggal bersama, bahagia saya rasakan, keluarganya pun cakap dapat rasa dia bahagia (kakanya hantar meseg pada saya), tiba2 ada salah faham berlaku (tetapi suami tiada melakukan apa2 yang menyalahi syarak, nafkah diberi dan tidak dikasari), akibat marah, isteri baru nak memberi surat arahan tersebut & bertindak meninggalkan rumah suami. Bagaimanakah hukumnya dari segi syarak? Adakah isteri dikira nusyuz dalam hal ini?

Memang saya tidak nafikan surat arahan itu masih sah, tetapi dirahsiakan dari saya surat tersebut selama 9 bulan. Malah isteri tetap pulang dan tinggal dengan saya seolah-olah tiada apa2 yang merunsingkannya (sehingga perlu dapatkan arahan tinggal berasingan). Saya rasa seperti dipermainkan. Seolah2 surat itu didapatkan untuk digunakan bila2 dia rasa nak pakai. Buktinya, tiada pun keperluan baginya ketika surat itu didapatkan.

Kalau pada ketika dia dapat surat itu dia keluar tinggal berasingan dengan saya boleh juga diterima. Tapi tidak, dia tinggal juga dengan saya, 9 bulan pulak tu. Pada masa itu, tiada apa yang saya lakukan yang menzalimi dia, hanya salah faham biasa. Saya tanya dia pun dia tak dapat beri satu alasan kukuh untuk tinggalkan rumah suami. Satu2nya alasan yang diguna ialah adanya surat arahan tersebut. Buat masa sekarang saya akur dengan surat arahan tersebut. Saya tidak mahu melanggar apa2 undang2. Tetapi saya musykil, kalau dalam keadaan sekarang, apa hukumnya (dari segi syarak) jika isteri tetap tinggalkan rumah suami?

Setahu saya, surat itu hanyalah aplikasi undang2 sivil ke dalam undang2 syariah untuk disesuaikan dengan keadaan semasa. Tapi saya tetap hormat undang2 tersebut. Yang saya musykilkan hanyalah hukum tindakan isteri sekarang. Selepas 9 bulan dirahsiakan, tetap hidup dengan saya, banyak saat2 bahagia bersama, tiba2 kerana tidak puas hati baru nak guna surat tu untuk dapat lesen keluar rumah. Saya tak mampu nak lawan sebab nanti langgar undang2 pula. Di mata Allah & Islam, boleh ke isteri buat macam ni?

Maaf kalau terlalu panjang @ berulang2 penjelasan saya. Saya tak dapat cari penjelasan bagi hal ini dimana2 dalam internet. Mohon sesiapa yang ada maklumat @ pengetahuan dapat berkongsi dengan saya.

Terima kasih.

Assalamualaikum

nameless
AHLI
AHLI

Posts : 11
Points : 23
Join date : 09/07/2012

Back to top Go down

Tinggal berasingan suami isteri Empty Re: Tinggal berasingan suami isteri

Post by yat Mon Sep 17, 2012 2:11 pm

up
yat
yat
Moderator
Moderator

Posts : 899
Points : 1144
Join date : 05/12/2011

Back to top Go down

Tinggal berasingan suami isteri Empty Re: Tinggal berasingan suami isteri

Post by abgbob Mon Sep 17, 2012 5:48 pm

Di MS memang ada perintah pemisahan sementara atau pemisahan kekal dinamakan perintah faraq perkahwinan.Biasanya bila perintah ini dikeluarkan kedua pihak tahu dan mesti mematuhinya(boleh dikomitkan ke penjara/denda),jika pun dikeluarkan atas pemohonan sebelah pihak..perintah tu mesti disampaikan kepada pihak satu lagi..tu asanya.

Dalam kes ini perlukan beberapa fakta..

-apa nama perintah tu?agensi mana yang keluarkan perintah tu?jika dari MS,siapa yg pohon perintah tu dan tujuan apa?jika ada sebab tertentu, kenapa bila dah dapat perintah disembunyikan..ni adalah satu dosa dan khianat....menyebabkan ada pihak teraniaya dan dizalimi.

Suami masih ada hak untuk failkan nusyuz..disebabkan kegagalan,kelalaian atau khianat pihak isteri untuk sampaikan perintah tu,merit kes tetap ada.WA

abgbob
VIP
VIP

Posts : 41
Points : 43
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Tinggal berasingan suami isteri Empty Re: Tinggal berasingan suami isteri

Post by nameless Tue Sep 18, 2012 4:20 am

assalamualaikum,

Terima kasih atas bantuan dan jawapan.

Asasnya, pada ketika itu ada salah faham tentang isteri menuduh saya mengkasari dia sedangkan sudah selesai masalah itu dengan kedua ibu bapa malah kami bahagia sahaja beberapa hari sebelum dia bertindak mahu pulang ke Malaysia tanpa keredhaan saya. Walaupun saya tidak benarkan dan tidak mahu hantarnya ke lapangan terbang, dia bertindak meminta kawan mengambilnya dirumah dan esoknya kawannya menghantar ke airport. Alasan yang diguna pula sebab dia takut dengan saya. Ini tidak masuk akal sebab orang yang takut takkan boleh bahagia, siap keluar jalan2 lagi.

Di Malaysia, setahu saya, saya perlu dipanggil kaunseling dulu & jika enggan baru tindakan mengeluarkan arahan boleh dibuat tanpa kehadiran saya. Jadi, bila saya diberitahu isteri dia sudah dapat arahan duduk berasingan, saya minta dia tunjuk pada saya arahan tersebut tetapi dia tak pernah tunjukkan pada saya. Malah, dia terus tinggal dengan saya selepas pulang dari Malaysia.

Nama arahan itu saya tak dapat pastikan daripada surat ni tapi ia dalam Borang MS 28 ENAKMEN TATACARA MAHKAMAH SYARIAH PERAK (2004) (Subseksyen 135 (3) ). Tujuan dia minta ialah supaya saya tak boleh buat sebarang provokasi terhadapnya yang boleh menyebabkan berlaku kemudaratan mental dan fizikal. Di hujung surat ada cakap PERINTAH INI BERKUATKUASA SERTA MERTA sehingga suatu perintah lain dikeluarkan.

Yang saya pelik, atas dasar apa mahkamah meluluskan ini sedangkan tiada laporan doktor @ laporan polis yang diberikan - buktinya dalam surat permohonan fasakh yang saya baru terima (juga bertarikh 9 bulan lepas yg turut dirahsiakan) tiada merujuk pada apa2 laporan kesihatan & laporan polis.. Malah surat permohonan fasakh itu lebih kepada tuduhan secara umum kepada saya contohnya: defendant selalu menzalimi plaintif seperti menampar, mengherdik dan sebagainya. Ini terlalu 'general'..siapa2 pun boleh cakap macam tu. Lawyer saya beranggapan asa itu sangat tidak kukuh. Tapi macam mana pun, persoalan saya yang lebih utama ialah berkaitan surat arahan tersebut kerana saya rasa teraniaya dan dipermainkan. Saya juga pelik kenapa saya tidak dihantar oleh mahkamah sesalinan surat itu. Saya hanya dapat surat itu ditangan saya lebih kurang 9 bulan selepas tarikh ia dikeluarkan bila isteri beri pada saya sebagai lesen untuk keluar rumah kerana hal lain.

Harap penjelasan saya lengkap. Terima kasih atas bantuan semua.

Assalamualaikum.

nameless
AHLI
AHLI

Posts : 11
Points : 23
Join date : 09/07/2012

Back to top Go down

Tinggal berasingan suami isteri Empty Re: Tinggal berasingan suami isteri

Post by thtl Tue Sep 18, 2012 8:59 am

kena tunggu abgbob settle kan
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Tinggal berasingan suami isteri Empty Re: Tinggal berasingan suami isteri

Post by yat Wed Sep 19, 2012 3:23 am

up
yat
yat
Moderator
Moderator

Posts : 899
Points : 1144
Join date : 05/12/2011

Back to top Go down

Tinggal berasingan suami isteri Empty Re: Tinggal berasingan suami isteri

Post by abgbob Wed Sep 19, 2012 4:53 pm

Salam:

Saya tidak tahu perintah apa yang dikeluarkan melainkan sy lihat sendiri dokumen tu,namun boleh jadi perintah tersebut adalah permohonan yang dibuat dibawah proviso berikut:

Seksyen 107. Perintah tegahan

(1) Mahkamah hendalah mempunyai kuasa dalam masa perbicaraan hal ehwal suami isteri yang masih belum selesai atau pada atau selepas pemberian suatu perintah perceraian, fasakh, atau pembatalan, untuk memerintahkan mana-mana orang menahan dirinya daripada mengganggu atau menceroboh dengan apa-apa cara pun ke atas suami atau isteri atau bekas suami atau bekas isterinya.

(2) Kegagalan mematuhi suatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini boleh dikenakan hukuman sebagai suatu penghinaan Mahkamah.


Dari cerita saudara diatas,kemungkinan isteri sdr failkan fasakh dan juga perintah tegahan ni.

kaunseling atau rundingcara adalah atas kehendak pihak2(sdr atau isteri atau keduanya sekali)bukan kehendak u2.

oleh kerana sdr juga telah melantik loyer,sila berbincang dgn loyer sdr apa tindakan yg perlu untuk menyelesaikan hal ni.banyak persoalan perlu dirungkai dalam hal ni.Minta maaf sy tak dapat memberi jawapan yang detail dan tepat,kerana fakta yg diberikan terlalu umum.

abgbob
VIP
VIP

Posts : 41
Points : 43
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Tinggal berasingan suami isteri Empty Re: Tinggal berasingan suami isteri

Post by nameless Thu Sep 20, 2012 11:23 am

Assalamualaikum,

Terima kasih atas jawapan yang diberi. Memang itu sahaja maklumat yang saya ada. Tapi, memang ada diberitahu oleh lawyer yang hal ini boleh jadi akan ditafsirkan sebagai menghina mahkamah, tetapi semua bergantung kepada perbicaraan nanti. Saya juga dinasihatkan untuk menghubungi mahkamah untuk cek affidavit surat tersebut untuk mengenalpasti siapa yang telah menandatangani penerimaan surat arahan tersebut bagi pihak saya kerana setakat ini saya @ keluarga tidak pernah menerinama apa2. Saya hanya ingin nasihat tambahan adai kata saya dapat mendapatkan maklumat lain sebelum saya ke mahkamah, nanti bila saya pulang ke Malaysia.

Sekali lagi terima kasih atas maklumbalas yang diberi.

Assalamualaikum.

nameless
AHLI
AHLI

Posts : 11
Points : 23
Join date : 09/07/2012

Back to top Go down

Tinggal berasingan suami isteri Empty Re: Tinggal berasingan suami isteri

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum