Wanita dan lelaki berkawan baik
4 posters
BicaraTHTL :: Umum :: Sembang-sembang
Page 1 of 1
Wanita dan lelaki berkawan baik
Assalammualaikum,
Saya dah berkahwin selama dua tahun dan belum dikurniakan anak. Sebelum berkahwin dengan suami, kami pernah berkrisis dan hampir putus. Kahwin pun atas desakan keluarga. Semasa berkrisis dengan tunang (suami sekarang), saya ada berkawan baik dengan seorang lelaki. Sampai sekarang pun kami masih berhubung. Berkawan dengan E ni mudah, dia tak banyak karenah. Saya anggap dia macam abang. Kebetulan usia kami sama, tahap pendidikan sama, bekerja dalam bidang sama, jadi cerita kami memang hampir sama dan mudah memahami diri masing-masing.
Soalan saya,
1. Adakah saya dikira berdosa kepada suami kerana berkawan baik dengan lelaki? Suami tahu saya ada kawan bernama E bekerja di sekian-sekian tempat, tapi saya tak cerita yang kami adakala berhubung. Saya nak elakkan salah sangka.
2. Apakah hukum wanita sudah berkahwin berkawan baik dengan lelaki?
3. E ni mempunyai kekasih bukan muslim. Kekasihnya tinggal dan bekerja di Kota Kinabalu, manakala E berada di Labuan. Saya tahu E ada teman lain selain yang di KK ni, dan saya tidak bersetuju. Saya sering menasihati agar dia tidak bermain dengan api. E ni dia selalu refer pada saya jika ada masalah dengan temanwanita. Baru-baru ini, saya ada memberitahu yang saya ingin menghadiri usrah di masjid bandaraya. E meminta jasa baik saya untuk membawa sekali teman wanita nya (non-muslim). Saya tidak pernah berhubung secara direct dengan temanwanita nya,tapi sudah tentu saya berbesar hati untuk membawanya mendalami Islam. Cuma, saya segan kerana saya sendiri pun masih jahil. Betulkah tindakan saya menolak untuk membawa temanwanita nya ke usrah itu?
4. Saya selalu mendoakan agar kawan saya ni kembali kepada agama dan mampu merubah cara hidupnya. Dia selalu mengadu hidup tak tenang dan masalah bersilih ganti. Saya beritahu, adakala hidup kucar-kacir kerna hidup kita kurang keberkatan dari Allah. Saya juga ada terbaca bahawa, musibah diturunkan kepada kita sebagai balasan atas dosa lalu. Apa pun yang terjadi, kena tengok balik masa lalu kita, nilaikan, dan kembali pada ajaran Nya. Saya harap kata-kata saya meresap dalam hati dia. Saya nak dia berubah jadi baik, sebab dulu masa hidup saya kucar kacir dipermainkan tunang, dia yang slow-talk kan saya supaya ingat Allah. Sekarang, dia ditimpa masalah, saya pun nak slow-talk kan dia supaya ingat Allah. Bolehkah saya sebagai isteri orang berkawan dengan lelaki bujang dan memberi nasihat begini?

nurhidayah- AHLI
- Posts : 53
Points : 71
Join date : 12/09/2012
Age : 39
Location : Kota Kinabalu
Re: Wanita dan lelaki berkawan baik
Jawab:
1 & 2: tidak ada istilah kawan baik antara lelaki dan wanita bukan mahram. kawan baik anda sepatutnya suami shj.
3. betul, sebab silabus usrah non-muslim dan muslim jauh bedzanya
4. isteri org tak boleh lagi berkawan rapat dgn lelaki bujang.

thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Wanita dan lelaki berkawan baik
thtl wrote:Jawab:
1 & 2: tidak ada istilah kawan baik antara lelaki dan wanita bukan mahram. kawan baik anda sepatutnya suami shj.
3. betul, sebab silabus usrah non-muslim dan muslim jauh bedzanya
4. isteri org tak boleh lagi berkawan rapat dgn lelaki bujang.
sangat sangat sangat bersetuju.....
Abu_Imran- AHLI
- Posts : 94
Points : 125
Join date : 26/11/2011
Age : 42
Location : Putrajaya
Re: Wanita dan lelaki berkawan baik
elakkan fitnah lebih afdal....
bersabarlh, ujian tuhan, dan dalam masa yg sama, doakan suopya semuanya akan menjadi lebih baik (hubungan suami isteri, diri sendiri dan suami menjadi insna lebih baik etc)....

yat- Moderator
- Posts : 899
Points : 1144
Join date : 05/12/2011
Re: Wanita dan lelaki berkawan baik
Terima kasih atas penjelasannya Ustaz.
Memang saya pun serba salah juga sebab nak putuskan terus silaturrahim tu pun susah juga. Tapi betul kata ustaz, suami harus diutamakan. Terima kasih.
Memang saya pun serba salah juga sebab nak putuskan terus silaturrahim tu pun susah juga. Tapi betul kata ustaz, suami harus diutamakan. Terima kasih.
nurhidayah- AHLI
- Posts : 53
Points : 71
Join date : 12/09/2012
Age : 39
Location : Kota Kinabalu
Similar topics
» Berkenaan wanita hanya boleh keluar dengan mahramnya (Lelaki)
» Buat baik dibalas jahat
» ciri-ciri,lelaki yang benar-benar mencintai seorang wanita.
» Hukum wanita hamil menikah dan Iddah wanita kafir
» mimpi berkawan dengan Isteri perdana menteri
» Buat baik dibalas jahat
» ciri-ciri,lelaki yang benar-benar mencintai seorang wanita.
» Hukum wanita hamil menikah dan Iddah wanita kafir
» mimpi berkawan dengan Isteri perdana menteri
BicaraTHTL :: Umum :: Sembang-sembang
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum