BicaraTHTL
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Umpan pancing

2 posters

Go down

Umpan pancing Empty Umpan pancing

Post by nameless Thu Sep 20, 2012 11:36 am

Assalamualaikum,

Saya ada kemusykilan berhubung menggunakan daging babi sebagai umpan pancing. Setahu saya, hadis berkaitan samak hanya merujuk kepada jilantan anjing dan tidak menyebut babi. Maka, jika sentuh babi, hanya perlu basuh biasa sahaja. Jadi, terfikir juga tentang penggunaan daging babi sebagai umpan pancing. Persoalan ini juga datang dari seorang sahabat non-muslim yang mencadang hal ini kerana menyatakan ianya satu umpan yang bagus. Tapi saya kurang pasti hal ini. Kalau saya dasarkan kepada hadis itu, maka nampak macam boleh la sebab saya bukan makan babi tersebut. Saya hanya guna sebagai umpan dan bila dapat ikan, ikan tu tak sempat pun telan umpan tu. Jadi, boleh sahaja dikeluarkan babi itu dan dibasuh kawasan mulutnya...

Macam mana? Ada sesiapa mempunyai pandangan tentang hal ini. Sebelum saya buat apa2, saya nak pastikan dulu la. Sebab saya takut halnya seperti isu pelihara anjing di mana orang islam boleh pelihara anjing hanya untuk keperluan tertentu seperti memburu dan menjadi guard. Kalau nak pelihara untuk main2 dengannya maka tidak boleh. Jadi, hal babi ni masuk kategori ini juga kah?

Mohon kongsi pendapat ya.

Terima kasih.


Assalamualaium

nameless
AHLI
AHLI

Posts : 11
Points : 23
Join date : 09/07/2012

Back to top Go down

Umpan pancing Empty Re: Umpan pancing

Post by thtl Thu Sep 20, 2012 11:57 am

ada tiga benda yg u kna beri perhatian:

1. Jika u dok Malaysia, u kena respect sensitiviti org Melayu dan fiqh syafi'iyah yg diamalkan di negara kita. Jika org mlayu tahu anda menggunakan daging babi sbg umpan, maka kemungkinan anda akan didakwa dan dipulau oleh masyarakat. so, babi jangan main2 di Malaysia.

2. Jika dibolehkan menggunakan daging babi sbg umpan pancing. Ia menjejaskan imej anda di kacamata non-muslim. Ini tidak bagus utk imej agama kita

3. Jika umpan lain masih banyak pilihannya, maka pilihlah yg lain. mungkin ia ujian Allah atas kita, jika umpan babi, tangkapannya sekali ganda berbanding umpan yg lain, tapi anggaplah ia ujian Allah ke atas kita
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum