BicaraTHTL
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

apa perlunya usul fiqh?

+3
mailgolok
Ahmad Shamil
a.m.w.i
7 posters

Go down

apa perlunya usul fiqh? Empty apa perlunya usul fiqh?

Post by a.m.w.i Wed Dec 14, 2011 5:35 pm

assalamualaikum,
kadang2 saya lihat sesetengah golongan mudah saja mengeluarkan hukum daripada teks hadis atau ayat al-quran. sedangkan kalau kita belajar usul figh bukan senang para ulama nak istikhraj dalil, istinbat dan sebagainya. bermula daripada perbincangan sanad, penggunaan dan petunjuk yang ditunjukkan lafaz, seterusnya pertentangan dalil dan sebagainya etc.....akhirnya keluarlah hukum. tetiba ada sesetengah golongan tegok jer hadis n ayat lalu keluarlah hukum.
so persoalannya bagaimana peranan dan kedudukan ilmu usul figh di sisi mereka. dengan rendah diri saya minta pencerahan.

a.m.w.i
AHLI
AHLI

Posts : 2
Points : 4
Join date : 14/12/2011

Back to top Go down

apa perlunya usul fiqh? Empty Re: apa perlunya usul fiqh?

Post by Ahmad Shamil Wed Dec 14, 2011 6:03 pm

waalaikumussalam wbt...

ilmu usul fiqh ilmu yg luas..

nak menentukan hukum lima- wajib, haram, makruh, sunat dan harus, memerlukan kpd usul fiqh..

cth ringkas penggunaan usul fiqh dlm mengeluarkan hukum:
- ayat: وأقيموا الصلاة tunaikanlah solat
zahirnya kita tahu ayat ini suruh kita solat. mesti ke solat, atau nak buat buat, x buat pun xpe.
- usul fiqh kata:اقيموا feel amar, dan feel amar asalnya menandakan perintah mesti- wajib. jadi solat adalah wajib.

hatta ulama zohori pun keluarkan hukum guna usul fiqh..bahkan sebahgaian mereka sprt ibn hazm punyai karya usul fiqh yg tersendiri..Ihkam Al Ahkam fi Usul al Ahkam

cuma setiap mazhab ada kaedah usul tersendiri..mungkin kita melihat dengan mudah dan simple hukum itu keluar...tp sbnrnya ia menggunakan usul fiqh juga..cuma mungkin kaedahnya simple, jadi nampak mudah hukum dikeluarkan dari nas.

perbezaan dlm sebahgian kaedah usuliyah di kalangan ulama boleh membawa kpd perbezaan hukum fiqh yg dikeluarkan..

Ahmad Shamil
Ahmad Shamil
Admin
Admin

Posts : 929
Points : 1226
Join date : 24/11/2011
Age : 39
Location : Raub, Pahang

http://kembara-journey.blogspot.com

Back to top Go down

apa perlunya usul fiqh? Empty Re: apa perlunya usul fiqh?

Post by mailgolok Mon Dec 19, 2011 11:59 am

apa beza Usul F dan Qaedah fiqh?tq

mailgolok
AHLI
AHLI

Posts : 2
Points : 2
Join date : 19/12/2011

Back to top Go down

apa perlunya usul fiqh? Empty Re: apa perlunya usul fiqh?

Post by thtl Mon Dec 19, 2011 12:38 pm

biar ust abu_zubair yg settlekan
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

apa perlunya usul fiqh? Empty Re: apa perlunya usul fiqh?

Post by Ahmad Shamil Mon Dec 19, 2011 6:57 pm

ana cuba usaha utk jelaskan

mula2 kena faham apa dia fiqh dan usul fiqh. ringkasnya:
- fiqh: ilmu ttg hukum hakam yg telah dikeluarkan daripada dalil
-usul fiqh: ilmu ttg proses mengeluarkan hukum hakam drp dalil

antara perbezaan utama antara qawaid usuliyyah[kaedah usul] dan qawaid fiqhiyyah [kaedah fiqh]:

1. Kaedah Usul timbul dr ilmu usul fiqh, iaitu proses memahami nas nas syara dan mengeluarkan hukum drpdnya, ia berkait rapat dgn tatabahasa arab
cth: kaedah usul :
al-aslu fi al-amr al-wujuub - asal pada perintah menandakan wajib
- mengetahui dan mengusasi bahasa arab boleh membuatkan kita kenal apakah perkataan2 yg menandakan perintah dlm bhs arb
- ayat perintah: "dirikanlah solat"- dirikan itu suruhan, asal pada suruhan itu adalah wajib. jadi solat adalah wajib.
- ayat perintah: "keluarkanlah zakat"- keluarkan itu perintah. maka zakat adalah wajib.

ringkasnya: ayat-ayat quran+hadis ----> qawaid usul
-kefahaman, tatabahasa arab

Manakala Kaedah Feqah lahir daripada masalah-masalah furuk feqah, yang dilihat ada persamaan antara satu sama lain, lalu dihimpunkan menjadi satu kaedah besar

kaedah: al-masyaqqah tajlibu at-taiseer-[kepayahan akan mendatangkan kemudahan].
ia hasil himpunan dan kesimpulan bbrp masalah feqah:
-kepayahan dlm mendapatkan air memunculkan hukum tayammum
-kepayahan utk solat dlm keadaan biasa memunculkan rukhsah solat dlm keadaan duduk dan baring
-kepayahan utk solat sempurna dlm musafir menimbulkan keringanan utk solat qasar dan jamak
- kepayahan utk puasa kerana sebab2 tertentu menimbulkan keringanan utk berbuka

ringkasnya: himpunan hukum hakam --> kaedah fekah

2. Kaedah Usul adalah hukum am yang menyeluruh, manakala Kaedah Feqah kebanyakannya tidak menyeluruh dan ada pengecualian.

kaedah usul: asal larangan menunjukkan haram, kecuali ada qarinah- petanda- yg menjadikan makruh. kaedah ini diterima pakai dlm semua hal- ibadah,mu'a,alat, munakahat, jinayat..

kaedah fekah: al-umuur bi maqosidiha- perkara2 itu bergantung pada niat
- secara umum mmg amalan bergantung pada niat, tetapi ada pengecualian
- solat tahiyyatul masjid,tanpa diniatkan setiap solat yg didirikan di dlm masjid sebelum duduk dikira tahiyyatul masjid
- beli barang dlm hati niat nak waqafkan tetapi x dilafazkan dgn mulut, ia x jadi waqaf
- ada benda yg gurauan pun dikira jadi betul, jatuh hukum. lafaz talaq dgn niat bergurau, jatuh talaq walaupum x niat nak cerai betul

- Kaedah Usul adalah alat mengeluarkan hukum, maka ia digunakan sebelum keluar hukum feqah. Manakala Kaedah Feqah adalah kaedah yang menghimpun masalah-masalah feqah, dan ia lahir selepas adanya hukum feqah.

- qaedah muncul dulu sebelum hukum vs dr himpunan hukum2 ditimbulkan kaedah

- sumber: al-qawaid al-fiqhiyyah baina al-asolah wa at-tawjeeh, dar al-mannar,dr mohd bakar ismael
- ilmu yg saya tadah dr guru2 saya di UIA: dr yunus suolhi al-jazairi, madah: al-qawaid al-usuliyyah, dan dr abd bari awang al-kelantani madah al-qawaid al-fiqhiyyah

wallahu'a'lam bissowaab
Ahmad Shamil
Ahmad Shamil
Admin
Admin

Posts : 929
Points : 1226
Join date : 24/11/2011
Age : 39
Location : Raub, Pahang

http://kembara-journey.blogspot.com

Back to top Go down

apa perlunya usul fiqh? Empty Re: apa perlunya usul fiqh?

Post by mailgolok Tue Dec 20, 2011 8:36 am

kab kum mangkrat Ustaz Ibnu Zubair.

dah ada UF nak kuar hukum bakpe pulak perlu qf nak parktik hukum?ke guano?
ni kira kaedah induktif dan deduktif la kiranya?

pahtu gappo namo rimau lak..nazariyat al-fiqh dan dhowabit al-fiqH?

tocei2..

mailgolok
AHLI
AHLI

Posts : 2
Points : 2
Join date : 19/12/2011

Back to top Go down

apa perlunya usul fiqh? Empty Re: apa perlunya usul fiqh?

Post by abgbob Wed Dec 21, 2011 3:03 pm

Sawadikap Pak Mail KohKohKoh ,secara mudahnya

Usyul Fiqh ni kiranya prosedur/tatacara apa yang perlu fuqaha` buat/ikut/-nak instinbat(mengeluarkan hukum)..

Sementelah Qawaid Fiqh ni-satu tatacara terhasil dari kajian yang telah fuqaha `lakukan(dalam kajian hukum yang telah dikeluar dan diamalkan kemudian dijadikan asas/kaedah untuk diaplikasi pada kes yang lain yang sama illah atau seumpamanya..

kalau Pak Mail faham konsep induksi /deduksi tu..kira lebihkurangla

isk kata nak mudah tapi cam berbelit je ni Mad

Panel boleh betulkan kalau saya silap..

abgbob
VIP
VIP

Posts : 41
Points : 43
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

apa perlunya usul fiqh? Empty Re: apa perlunya usul fiqh?

Post by Ahmad Shamil Wed Dec 21, 2011 5:46 pm

betul da tu abg bob...lupa nak suruh nizam lantik abg bob jd panel kt sini..
Ahmad Shamil
Ahmad Shamil
Admin
Admin

Posts : 929
Points : 1226
Join date : 24/11/2011
Age : 39
Location : Raub, Pahang

http://kembara-journey.blogspot.com

Back to top Go down

apa perlunya usul fiqh? Empty Re: apa perlunya usul fiqh?

Post by Ad-Dien Thu Dec 22, 2011 8:11 am

mana yang lebih didahulukan..qawaid fiqhiyyah au usul fiqhiyyah?
Ad-Dien
Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 34
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

apa perlunya usul fiqh? Empty Re: apa perlunya usul fiqh?

Post by abgbob Thu Jan 05, 2012 3:41 am

Sekarang ni ijtihad dalam memahami nas......dah ada melalui tulisan para mujtahid yang mana sudah tentu pemakaian usul fiqh adalah sangat penting,selebihnya tugas ilmuan kontemporari ialah ijtihad dalam mentatbiq nas,banyak peranan kaedah fiqh( disini,pernah dengar tahqiq almanat?maalat al-afaal,dimana dalam tatbiq nas tahqiq al-manat dan kesan dari perbuatan/hukum ...............menuju maqasid adalah sangat penting.Dua ilmu alat ini perlu dikuasai kalau nak berbicara soal hukum hakam dengan baik dan mendalam.

Selebihnya......panel akan sambung KohKohKoh

abgbob
VIP
VIP

Posts : 41
Points : 43
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

apa perlunya usul fiqh? Empty Re: apa perlunya usul fiqh?

Post by Ad-Dien Thu Jan 05, 2012 12:16 pm

abgbob wrote:
Sekarang ni ijtihad dalam memahami nas......dah ada melalui tulisan para mujtahid yang mana sudah tentu pemakaian usul fiqh adalah sangat penting,selebihnya tugas ilmuan kontemporari ialah ijtihad dalam mentatbiq nas,banyak peranan kaedah fiqh( disini,pernah dengar tahqiq almanat?maalat al-afaal,dimana dalam tatbiq nas tahqiq al-manat dan kesan dari perbuatan/hukum ...............menuju maqasid adalah sangat penting.Dua ilmu alat ini perlu dikuasai kalau nak berbicara soal hukum hakam dengan baik dan mendalam.

Selebihnya......panel akan sambung KohKohKoh

saya membenarkannya Smile
Ad-Dien
Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 34
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

apa perlunya usul fiqh? Empty Re: apa perlunya usul fiqh?

Post by UmmMohammadAisha Mon Mar 19, 2012 11:19 am

Assalaamu`alaikom wa rahmatullaahi wa barokaatuh

abgbob wrote:Sawadikap Pak Mail KohKohKoh ,secara mudahnya

Usyul Fiqh ni kiranya prosedur/tatacara apa yang perlu fuqaha` buat/ikut/-nak instinbat(mengeluarkan hukum)..

Sementelah Qawaid Fiqh ni-satu tatacara terhasil dari kajian yang telah fuqaha `lakukan(dalam kajian hukum yang telah dikeluar dan diamalkan kemudian dijadikan asas/kaedah untuk diaplikasi pada kes yang lain yang sama illah atau seumpamanya..

kalau Pak Mail faham konsep induksi /deduksi tu..kira lebihkurangla

isk kata nak mudah tapi cam berbelit je ni Mad

Panel boleh betulkan kalau saya silap..

Jika dapat saya rephrase balik untuk cek kefahaman saya:

FASA 1: Bermula dengan KELUARKAN hukum - guna kaedah usul fiqh

FASA 2: Kemudian APLIKASI hukum yang dikeluarkan - guna kaedah qawaid fiqhiyyah
(sebab tu dalam qawaid fiqhiyyah - syarat teratas mesti tahu apa kata syara3 ttg satu2 perkara tersebut ie. hukum asal seperti yang dikeluarkan di FASA 1)

Boleh tak faham begini.

Jazakallaahu khair

Wassalaamu`alaikom wa rahmatullaahi wa barokaatuh
UmmMohammadAisha
UmmMohammadAisha
AHLI
AHLI

Posts : 19
Points : 23
Join date : 04/02/2012

Back to top Go down

apa perlunya usul fiqh? Empty Re: apa perlunya usul fiqh?

Post by Ad-Dien Mon Mar 19, 2012 3:17 pm

UmmMohammadAisha wrote:Assalaamu`alaikom wa rahmatullaahi wa barokaatuh

barakallah, usul fiqh dahulu...usul itu bermakna asas, insyaAllah ana akan explain detail mana yang ana tahu..

ada talaqqi sebentar
Ad-Dien
Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 34
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

apa perlunya usul fiqh? Empty Re: apa perlunya usul fiqh?

Post by UmmMohammadAisha Tue Mar 20, 2012 8:26 am

Assalaamu`alaikom wa rahmatullaahi wa barokaatuh

Seperkara lagi, boleh tak jelaskan dimana pula kedudukan qawa'id usuliyyah dalam keseluruhan 'proses' yang disebutkan semalam [1. usul fiqh --> 2. qawaid fiqhiyyah]. Jika dapat explain sikit ttg qawa'id usuliyyah.

Jazakallaahu khair

Wassalaamu`alaikom wa rahmatullaahi wa barokaatuh
UmmMohammadAisha
UmmMohammadAisha
AHLI
AHLI

Posts : 19
Points : 23
Join date : 04/02/2012

Back to top Go down

apa perlunya usul fiqh? Empty Re: apa perlunya usul fiqh?

Post by Ad-Dien Tue Mar 20, 2012 10:45 am

UmmMohammadAisha wrote:Assalaamu`alaikom wa rahmatullaahi wa barokaatuh

Seperkara lagi, boleh tak jelaskan dimana pula kedudukan qawa'id usuliyyah dalam keseluruhan 'proses' yang disebutkan semalam [1. usul fiqh --> 2. qawaid fiqhiyyah]. Jika dapat explain sikit ttg qawa'id usuliyyah.

Jazakallaahu khair

Wassalaamu`alaikom wa rahmatullaahi wa barokaatuh

Ustaz Az sudah jelaskan serba sedikit :

Kaedah Usul adalah alat mengeluarkan hukum, maka ia digunakan sebelum keluar hukum feqah.

Manakala Kaedah Feqah adalah kaedah yang menghimpun masalah-masalah feqah, dan ia lahir selepas adanya hukum feqah.

- qaedah muncul dulu sebelum hukum vs dr himpunan hukum2 ditimbulkan kaedah
Ad-Dien
Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 34
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

apa perlunya usul fiqh? Empty Re: apa perlunya usul fiqh?

Post by UmmMohammadAisha Tue Mar 20, 2012 1:37 pm

Assalaamu`alaikom wa rahmatullaahi wa barokaatuh

Jazakallaahu khair ust AZ n HambaNya untuk penjelasan tersebut.

Wassalaamu`alaikom wa rahmatullaahi wa barokaatuh
UmmMohammadAisha
UmmMohammadAisha
AHLI
AHLI

Posts : 19
Points : 23
Join date : 04/02/2012

Back to top Go down

apa perlunya usul fiqh? Empty Re: apa perlunya usul fiqh?

Post by Ad-Dien Tue Mar 20, 2012 7:59 pm

UmmMohammadAisha wrote:Assalaamu`alaikom wa rahmatullaahi wa barokaatuh

Jazakallaahu khair ust AZ n HambaNya untuk penjelasan tersebut.

Wassalaamu`alaikom wa rahmatullaahi wa barokaatuh

afwan, program ukhti di perkampungan orang Asli Sg. gabai ok?
Ad-Dien
Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 34
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

apa perlunya usul fiqh? Empty Re: apa perlunya usul fiqh?

Post by UmmMohammadAisha Tue Mar 20, 2012 9:37 pm

Assalaamu`alaikom wa rahmatullaahi wa barokaatuh

JAzakallahu khair kerana bertanya.
Alhamdolillah, walaupun tak ramai, ianya tetap berjalan.

InshaALlah kami akan mulakan pendidikan asas untuk anak2 Ahad, 25 Mac ini. Cuma untuk orang dewasa belum lagi kami mulakan apa2 kerana untuk manage anak2 pun belum cukup kaki tangan dan kami dinasihatkan oleh Pak Isa untuk ambil hati anak2 mereka kerana mereka amat2 menyayangi anak2. If anak2 mereka gembira, inshaAllah mudah mereka terima kita pula.

InshaALlah hujung minggu ini seorang volunteer lelaki bercadang untuk mulakan projek bercucuk tanam. Dia akan jadikan itu sebagai jalan untuk beramah mesra dgn remaja dan dewasa di sana, alhamdolillah. So far kami ni (volunteer ppn) hanya handle anak2 saja.

Kami mengalu-alukan volunteer lelaki untuk join akh Zahid (yg saya sebutkan di atas) dengan projek tanamannya sebab dia sorang2.

Untuk makluman kami buat lawatan 2 kali sebulan, 2 minggu sekali.

Allahu`alam

Wassalaamu`alaikom wa rahmatullaahi wa barokaatuh

UmmMohammadAisha
UmmMohammadAisha
AHLI
AHLI

Posts : 19
Points : 23
Join date : 04/02/2012

Back to top Go down

apa perlunya usul fiqh? Empty Re: apa perlunya usul fiqh?

Post by Ad-Dien Wed Mar 21, 2012 3:39 am

boleh buka tread baru tak? program tu dimana? ]jemput buka tread baru insyaAllah Smile terbaik
Ad-Dien
Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 34
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

apa perlunya usul fiqh? Empty Re: apa perlunya usul fiqh?

Post by Sponsored content

Sponsored content

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum