BicaraTHTL
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

mencari hadis: allah tersenyum kepada org termiskin di madinah

4 posters

Go down

mencari hadis: allah tersenyum kepada org termiskin di madinah Empty mencari hadis: allah tersenyum kepada org termiskin di madinah

Post by abu_aisyah Thu Sep 27, 2012 7:39 am

assalamualaikum,
ana mencari hadis mengenai Allah tersenyum melihat seorg miskin yg menawarakan diri nye kdp rasulullah untuk menerima tetamu.cara layanannya dengan memadamkan api dan berpura2 makan, menyurh isterinya menidurkan anaknya.

jazakallahu khairan
abu_aisyah
abu_aisyah
AHLI SETIA
AHLI SETIA

Posts : 759
Points : 973
Join date : 03/06/2012
Age : 37
Location : bandar baru bangi, bandar tun razak

https://www.facebook.com/eveekids

Back to top Go down

mencari hadis: allah tersenyum kepada org termiskin di madinah Empty Re: mencari hadis: allah tersenyum kepada org termiskin di madinah

Post by thtl Thu Sep 27, 2012 7:43 am

ia macam hayatus sahabah je...susah nak scan dalam database hadis...
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

mencari hadis: allah tersenyum kepada org termiskin di madinah Empty Re: mencari hadis: allah tersenyum kepada org termiskin di madinah

Post by thtl Thu Sep 27, 2012 8:22 am

abu,
ini kisahnya kat internet. kemungkinan dalam kitab Hayatus sahabah ada...kitab saya semua kat malaysia

Tetamu Malam

SEORANG sahabat datang menemui Rasulullah SAW mengadu kelaparan dan kesusahan yang dialaminya. Keadaan sahabat itu sangat daif dan miskin dengan pakaian yang compang-camping, rambut kusut-masai dan badannya kurus serta cengkung. Melihat keadaan sahabat itu, baginda menjadi sedih dan simpati.

Sebagai tetamu baginda menerimanya dengan seikhlas hati. Kebetulan pada ketika itu baginda tidak mempunyai apa-apa makanan dalam rumahnya untuk dirinya ataupun untuk diberikan kepada sahabat tersebut.

Baginda pun memanggil sahabat-sahabatnya lalu bertanya: "Adakah sesiapa yang sanggup melayani sahabat ini sebagai tetamu bagi pihakku pada malam ini?"

Mendengar pertanyaan baginda itu, seorang Ansar telah menyahut: "Ya Rasulullah saya sanggup melakukan seperti kehendak tuan itu."

Lantas tetamu itu pun dibawa pulang ke rumahnya dan beliau memberitahu isterinya bahawa orang itu adalah tetamu Rasulullah.

Oleh itu, mereka dikehendaki melayan dengan sebaik-baik layanan sekadar yang mampu. Mereka juga hendaklah menjamu orang itu dengan apa jua makanan yang ada.

Isteri orang Ansar itu memberitahu suaminya bahawa di rumah mereka tidak ada apa-apa makanan kecuali sedikit makanan untuk anak-anaknya sahaja.

Sambil berfikir, orang Ansar itu menyuruh isterinya bermain-main dengan anak-anaknya sehingga mereka tertidur. Jadi makanan yang ada itu dapatlah diberikan kepada tetamu tadi.

Orang Ansar itu juga berpesan kepada isterinya agar semasa tetamu itu sedang makan, dia hendaklah memadamkan pelita dan berpura-pura memperbaikinya. Isterinya hanya menurut kata suaminya itu dengan patuh dan taat.

Rancangan orang Ansar itu berjalan lancar. Dia pun menjemput tetamu itu untuk makan sambil duduk bersama-sama dengan tetamu tadi.

Apabila isterinya memadamkan pelita, si suami tadi berpura-pura mengambil dan mengunyah makanan. Tetapi sebenarnya dia langsung tidak mengambil makanan. Dia hanya berpura-pura di hadapan tetamu tadi.

Dalam keadaan yang gelap, tetamu tadi menyangkakan orang Ansar itu sedang makan bersamanya. Dia tidak tahu bahawa makanan itu hanyalah cukup untuk dirinya sahaja.

Keesokan harinya, pergilah orang Ansar ini menemui Rasulullah. Dia disambut baik oleh Rasulullah dan berkatalah baginda: "Wahai orang Ansar! Allah sangat menghargai layananmu semalam terhadap tetamu."

Sikap orang Ansar itu sangat menyenangkan hati Rasulullah. Baginda turut menasihati para sahabat dan seluruh kaum Muslimin supaya mencontohi sifat yang ada pada pemuda Ansar itu. Perbuatan menghormati tetamu sangat baik dan harus dipuji serta dicontohi.
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

mencari hadis: allah tersenyum kepada org termiskin di madinah Empty Re: mencari hadis: allah tersenyum kepada org termiskin di madinah

Post by abu_aisyah Thu Sep 27, 2012 8:48 am

oooh,begitu.so,kitab hayatus sahabah tu kitab ape ye?hadis jugak kah?
slalu juga jmpe kitab begitu di surau2,tp tak pernah baca pun.ada pelbagai ke dipasaran?
abu_aisyah
abu_aisyah
AHLI SETIA
AHLI SETIA

Posts : 759
Points : 973
Join date : 03/06/2012
Age : 37
Location : bandar baru bangi, bandar tun razak

https://www.facebook.com/eveekids

Back to top Go down

mencari hadis: allah tersenyum kepada org termiskin di madinah Empty Re: mencari hadis: allah tersenyum kepada org termiskin di madinah

Post by thtl Thu Sep 27, 2012 9:13 am

kitab bayan jamaat-e-Tabligh daa..karkoon, nizamuddin India
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

mencari hadis: allah tersenyum kepada org termiskin di madinah Empty Re: mencari hadis: allah tersenyum kepada org termiskin di madinah

Post by nurhidayah Thu Sep 27, 2012 10:13 am

Maaf, saya mencelah sedikit ya, ustaz.

Jadi, kalau menurut cerita di atas, tetamu didahulukan daripada ahli keluarga sendiri ya, ustaz? Namun, saya juga pernah terbaca, lebih besar pahala yang diberi bagi menyenangkan hati keluarga sendiri, daripada menyenangkan hati orang lain.

Ustaz, bagaimana pula keadaannya jika tetamu yang datang terlalu ramai (secara tiba-tiba), dan kita sebagai tuan rumah hanya mempunyai makanan yang sedikit, jadi tuan rumah hanya menghidangkan air. Sebab jika dihidangkan makanan yang sedikit itu, takut pula ada tetamu yang tidak sempat mendapat makanan itu dek kerana terlalu ramai. Bagaimana ya, ustaz?

nurhidayah
AHLI
AHLI

Posts : 53
Points : 71
Join date : 12/09/2012
Age : 39
Location : Kota Kinabalu

Back to top Go down

mencari hadis: allah tersenyum kepada org termiskin di madinah Empty Re: mencari hadis: allah tersenyum kepada org termiskin di madinah

Post by thtl Thu Sep 27, 2012 6:19 pm

Jwb:
1. tetamu diutamakan tu maksudnya dalam tempoh 3 hari, tetamu mmg diutamakan. itu situasi khusus. Namun secara umum, keluarga kita sendiri diutamakan

2. ini saya pun tak ada jawapan...hehehe. tengok waktu mana tamu sampai, time lunch ke, dinner ke, breakfast ke dan lihat keadaan mereka sama, kelaparan ke?
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

mencari hadis: allah tersenyum kepada org termiskin di madinah Empty Re: mencari hadis: allah tersenyum kepada org termiskin di madinah

Post by AbuYusuf Fri Sep 28, 2012 5:22 am

Salam.

Ini kisah orang Ansar, seorang sahabat Nabi saw, Abu Thalhah r.a, dan isterinya Ummu Sulaim. Ibnu Kathir ada bawa riwayat ni dalam tafsirnya, surah al-Hasyr ayat 9. Hadith ini sahih yg diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a dlm kitab2 sunan, termasuk imam Bukhari, Muslim Tirmidzi dan Nasaie. Wallahua'lam
AbuYusuf
AbuYusuf
AHLI
AHLI

Posts : 5
Points : 5
Join date : 13/09/2012

Back to top Go down

mencari hadis: allah tersenyum kepada org termiskin di madinah Empty Re: mencari hadis: allah tersenyum kepada org termiskin di madinah

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum