Kekufuran orang yang berkata "Bosannya hidup ni", dll
3 posters
Page 1 of 1
Kekufuran orang yang berkata "Bosannya hidup ni", dll
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamu'laikum,
Pernahkah anda mendengar orang mengatakan bahawa kehidupannya terasa biasa-biasa saja, membosankan, bahkan menyusahkan?
Maha Suci Allah daripada menjadikan kehidupan seperti itu. Mereka itu sebenarnya telah kufur kepada Allah (*menurut Ibnu Abbas, kufur yang bermaksud kufur kecil yang tidak mengeluarkan dari agama), menurut ayat-Nya dalam surah Sad (38) ayat 27:
وَمَا خَلَقْنَا السَّمَاء وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا بَاطِلًا ذَلِكَ ظَنُّ الَّذِينَ كَفَرُوا فَوَيْلٌ لِّلَّذِينَ كَفَرُوا مِنَ النَّارِ
terjemahan: "Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya tanpa hikmah. Yang demikian itu adalah anggapan orang-orang kafir, maka celakalah orang-orang kafir itu karena mereka akan masuk neraka." (Sad (38) ayat 27)
Allah juga menafikan bahawa Dia menciptakan kehidupan ini dengan sambil lewa dan sia-sia:
وَمَا خَلَقْنَا السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا لَاعِبِينَ
terjemahan: "Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya dengan bermain-main."
Padahal Allah menciptakan kehidupan ini penuh dengan keajaiban dan misteri. Itu baru di dunia, belum lagi apabila dibandingkan dengan kehidupan akhirat. Seandainya seseorang mengkaji dan menghayati ciptaan-ciptaan Allah, banyak perkara yang mengagumkan akan ditemui.
Allah banyak menyembunyikan hikmah penciptaan-Nya. Hanya orang yang menggunakan akalnya saja akan menemuinya, sedangkan orang yang hanya hidup menuruti hawa nafsunya akan dibutakan dari menemuinya. Mencari keajaiban ciptaan Allah itu bagaikan mencari fosil dinosaur yang tersembunyi di dalam tanah, iaitu sejenis makhluk gergasi purba yang pernah wujud tapi tidak pernah dilihat oleh manusia zaman ini kerana telah pupus.
Ramai orang suka mencari-cari movie atau film fiction. Apa yang mereka cari di situ adalah khayalan-khayalan yang direalisasikan dalam bentuk visual. Mereka ini sebenar secara psychology dahagakan "keajaiban" dalam kehidupan, tapi telah gagal menemuinya. Secara visual, penglihatan mereka dirasakan biasa-biasa saja. Mereka merasakan apa yang fiction di dalam movie itu jauh lebih hebat daripada realiti ciptaan Allah.
Lihat saja kata-kata kebiasaan mereka, "Bosanlah hari ni, jom tengok movie." Sekali lagi, Maha Suci Allah dari menciptakan kehidupan seperti apa yang mereka katakan. Seandainya seseorang itu membuka mindanya dan mengkaji apa saja dalam kehidupannya, dia tidak akan bosan sebagaimana halnya orang-orang itu. Biarpun seseuatu itu kelihatan biasa saja di mata manusia seperti debu dan daun-daun, pasti orang yang berfikiran luas itu akan merasa kagum. Itu baru hal-hal yang biasa sudah kagum, apatah lagi hal-hal lain yang lebih menakjubkan.
Tentang orang-orang yang kagum apabila mengkaji ciptaan-ciptaan Allah, Allah telah menghargai mereka dengan menyebutkan tentang mereka dalam al-Quran:
الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىَ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka. (Surah Ali 'Imran (3) ayat 191)
Maha Suci Allah daripada menjadikan kehidupan ini biasa-biasa saja padahal Dia itu Maha Agung dan Maha Bijaksana. Maha Suci Allah daripada apa yang orang-orang kufur itu sifatkan mengenainya.

Re: Kekufuran orang yang berkata "Bosannya hidup ni", dll

demikian lah hakikat kehidupan
ada ketika nya kita tidak berbuat apa apa
atau tidak mampu berbuat apa apa
maka yang datang adalah bosan....
kehidupan sebagai manusia ada had nya
bila sampai had tersebut kita layu dan kaku
seperti kehabisan bateri yang kena cas semula
agak nya tuhan suruh kita rehat seketika
gothehome- AHLI
- Posts : 21
Points : 23
Join date : 02/06/2012
Re: Kekufuran orang yang berkata "Bosannya hidup ni", dll
Salam,
Pendapat saya kena lihat konteks perkataan bosan yang dinyatakan. "Bosannya hari ini" boleh merujuk kepada jadual waktu sifulan yang penuh dengan kerja yang "monotonous". Sebaiknya katakanlah, "bosannya aku (kerana jadual harian yang tidak berubah)" ataupun "aku terasa bosan (kerana kerja)". Hakikatnya insan boleh merasa bosan atau letih melakukan kerja seharian. Bagi saya itu adalah pengakuan apa yang ada pada hati dan pengakuan insan yang mempuyai sifat yang serba lemah.
Walaupun begitu thread ini tidak sampai ke tahap thread di web jiran pada suatu masa dahulu iaitu thread berkenaan "Mengatakan bahawa kopi tidak sedap, maka dia telah tidak bersyukur" (paraphrase). Walhal jika kita mengatakan "makanan ini tidak sedap" kita telah mengatakan sesuatu yang benar (jika niatnya bukan untuk berbohong) dan menjadi suatu pengakuan bahawa Allah ciptakan insan untuk merasa dan memberi reaksi kepada benda yang dimakan.

ZulQ- AHLI
- Posts : 163
Points : 244
Join date : 28/11/2011
Similar topics
» [Penulisan] Menpersonafikasikan objek-objek yang tidak hidup.
» Bedah Buku ar-Ruh lil Ibn Qayyim (06)- Masalah #1.0: Apakah orang Mati mengetahui Ziarah orang hidup dan Salam mereka ataupun Tidak? Bah 05
» Bedah Buku ar-Ruh Ibn Qayyim (04)- Masalah #1.0: Apakah orang Mati mengetahui Ziarah orang hidup dan Salam mereka ataupun Tidak? Bah3
» Bedah Buku ar-Ruh lil Ibn Qayyim (07) المسألة الأولى وهي هل تعرف الأموات زيارة الأحياء وسلامهم أم لا Masalah #1.6: Apakah orang Mati mengetahui Ziarah orang hidup dan Salam mereka ataupun Tidak?
» Bedah Buku ar-Ruh Ibn Qayyim (06)- المسألة الأولى وهي هل تعرف الأموات زيارة الأحياء وسلامهم أم لا Masalah #1.0: Apakah orang Mati mengetahui Ziarah orang hidup dan Salam mereka ataupun Tidak? - Bah 04

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum