BicaraTHTL
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

cabaran dan ujian bagi mereka yg ingin meraih cita2

2 posters

Go down

cabaran dan ujian bagi mereka yg ingin meraih cita2  Empty cabaran dan ujian bagi mereka yg ingin meraih cita2

Post by seijiseimura84 Sun Nov 11, 2012 5:49 pm

Kita semua mempunyai cita2 dan angan2. Manusia mana yang tiada cita2. Ada juga manusia yang hidupnya hanya makan dan minum tanpa sebarang cita2. Mereka ini biasanya tiada hala tuju. Hidup mereka hanya sekadar memperlengkapkan keperluan hidup. Manusia yang mempunnyai cita2 biasanya ada wawasan, mereka mempunyai hala tuju. Manusia ini biasanya lebih baik berbanding manusia yang tiada cita2. Namun, walaupun niat yang baik, jangan disangka tiada ujian. Setiap manusia akan diuji, samaada mereka yg sakit, yg sihat, yg kaya, setiap keadaan manusia sebenarnya diuji setiap saat. Namun ramai antara kita tidak sedar bentuk ujian tersebut, kerana jarang antara kita mengupas sedikit sebanyak ujian yang melanda bagi orang yg mempunyai cita2. Biasanya ujian yg sering diungkap adalah ujian orang sakit, ujian org kaya. Cerita2 ujian ini biasanya banyak disebut dalam cerita cerpen, cerita dalam majalah atau akhbar. Buka majalah, kita akan didedahkan kisah2 seorang penghidap kanser yg terpaksa mengharungi ujian kesakitan , penghidap kanser. Buka buku the necklace karangan Guy de Maupassan sedikit sebanyak mengisahkan ujian kehidupan orang miskin yang harus diharungi untuk membayar hutang. Bagaimana ujian2 yg dihadapi oleh orang bercita2. Sedikit sebanyak isu ini jarang dibangkitkan, sedangkan ramai orang yg bercita2, walaupun niat baik, namun mereka terkandas dalam perangkap sehingga mereka menjadi insan yg banyak melanggar perintah Allah. Sedikit sebanyak saya ingin mengupas isu2 berbangkit mengenai rintangan2 hidup orang yg bercita.

Terdapat sebuah kisah, seorang pemuda, merupakan pelajar perubatan. Dia mempunyai cita2 yang besar. Dia bukan sahaja ingin menjadi seorang doktor, malah bercita2 menjadi seorang ustaz, pendakwah, malah seorang ahli pemikir serta ahli sains serta seorang pilantropist yg dapat berbakti kepada masyarakat. Niatnya sangat murni, dia ingin membantu masyarakat islam menjadi sebuah masyarakat yang unggul, kembali jalan islam. Namun dalam mengejar cita2nya......dia bersikap terburu2. Dia berasa mudah tertekan apabila ada sesuatu yg menghalangi dia untuk mencapai cita2 yang dia mahu. Bila wujud sahaja halangan yg mencegah dia mencapai cita2nya dia berasa tertekan, bersikap runsing, marah dan adakalanya hubungan dgn kawannya menjadi renggang. Apabila kawannya mengajak pergi keluar mencari makan, dia menolak ajakan tersebut kerana merasakan membebankan. Bila azan berkemundang, dia tidak pergi solat jemaah kerana merasakan pergi ke solat jemaah mungkin akan memakan masa yang banyak

Dia bukanlah orang yg pemalas, tapi orang yg sangat rajin. Dia memang bersungguh2 melatah ilmu yang ada. Walaupun dia seorang yang rajin, namun disebabkan sikapnya yang terburu2 memburu kejayaan, sikapnya yg tidak bersyukur akan apa anugerah yg Allah berikan, malah sikap yg kurang berserah menyebabkan segala usahanya menjadi angin. Walaupun berjaya menjadi seorang doktor, namun hakikatnya banyak ilmu2 asas perubatan gagal diterapkan berbanding kawan2 yg lain. Malah, dia sebenarnya banyak ketinggalan berbanding dengan doktor yg lain

Inilah contoh2 perangkap bagi orang yg bercita2. Mereka diuji samaada mereka bersyukur pada apa yg telah Allah diberikan. Mungkin sahaja Allah memberi dia sedikit ilmu, kerana dia ingin melihat apakah dia seorang yg tahu bersyukur. Adakalanya Allah meletakkan halangan2 yang menghalang dia mencapai cita, untuk melihat setakat mana dia bertawakal serta berserah pada tuhannya.

Kebanyakan kita, apabila ada sesuatu perkara yg menghalangi cita2, kita merasa marah dan runsing, serta risau. Apabila muncul seruan azan, kita hiraukan seruan tersebut kerana sibuk mengejar perkara2 yg dicitakan kerana risau tiada masa untuk berjaya. Malah adakalanya,kita mengungakna jalan yg salah, hanya sekadar ingin mencapai cita2 kita. Adakalanya kita sanggup melukakan kawan kita, kita sanggup menipu, adakalanya kita sanggup berbuat apa sahaja demi mencapai cita2 yg ingin dikejarkan.

Sewajarnya seorang muslim, untuk berjaya, untuk mencapai cita2 yang kita idamkan. Terlebih dahulu, kita tidak boleh terburu2, kerana yg pertama, apa yg dihajatkan kita adalah milik Allah. Apakah dianggap sopan, seorang pekerja terburu2 nak dapatkan gaji daripada bossnya? Sebagai seorang muslim, kita harus bersabar dalam mencapai kejayaan. Sudah pasti dlm mencapai kejayaan, akan ada segala bentuk macam ujian2, dan kita harus bersikap sabar serta banyak berserah dan bertawakal. Kita juga perlu banyak bersyukur.....kerana sikap bersyukur mendatangkan lebih banyak rezeki, sebaliknya sikap kurang bersyukur hanya menyempitkan rezeki, malah membuatkan segala usaha2 kita boleh menjadi sia. Malah dlm usaha mencapai cita yg dikehendaki, haruslah jalan yg digunakan haruslah bertepatan dengan syariat, dgn harapan segala usaha kita ada berkatnya dan usaha kita menjadi lebih berhasil. Apabila usaha kita tiada berkat, walau bagaimana usaha yg banyak pun, usaha kita tetap akan menemui jalan kebuntuan

Secara kesimpulannya, dalam mencapai cita2, kita haruslah, banyak bersabar, bersyukur, bertawakal dan segala usaha perlu dipastikan mengikkut syariat supaya ia menjadi berkat. Apabila salah satu unsur ini kita gagal penuhi, usaha kita ke arah cita2 kita bukan sahaja akan gagal, kalaupun kita berjaya pun, ia mungkin menimbulkan masalah yang baru. Sebagai contoh.....adakalanya kita berjaya membeli kereta mercedes, tetapi kerana usaha kita yg kurang berkat, kereta tersebut cepat rosak, atau mungkin kereta tersebut mengalami kemalangan dan kita terpaksa membayar ganti rugi

Mari kita kupaskan rahsia setiap2 unsur2 ini

Sabar
------
Sabar merupakan unsur yang penting kerana ia membantu usaha kita mempunyai komitmen. Sekiranya kita tidak sabar, boleh jadi kita hilang komitmen terhadap cita2 kita dan merasakan cepat berputus asa. Hanya melalui sikap bersabar, kita tidak mudah mencari jalan pintas yg melanggari syarak. Sebaliknya kita sanggup mengunakan jalan sukar demi mencapai jalan yg penuh halal dan diredhai agama dan memastikan jalan kita

Syukur
--------
Syuku adalah satu unsur yang mempengaruhi rezeki seseorang. Lebih banyak kita bersyukur pada pemberian yg kecil, lebih banyak Allah gandakan pemberian tersebut. Sebaliknya sikap yg kufur hanya menyebabkan rezeki lebih sempit, dan barangkali mengagalkan usaha kita dari mencapai cita2 yg kita mahukan

Tawakal
---------
Adalah suatu unsur yg membantu kita untuk terus bersabar. Tawakal adalah suatu harapan yg positif, atau meletakkan kepercayaan yg baik pada Allah. Hanya melalui kepercayaan ini, maka kita merasakan ada manfaat untuk terus bersabar. Sekiranya kita tiada tawakal, atau berburuk sangka dgn Allah, maka sedikit sebanyak ia menimbulkan keraguan akan keperluan untuk bersabar. Melalui baik sangka dan meletakkan kepercayaan pd Allah, unsur sabar dpt dikuatkan

Berkat
-------
Apabila ketiga2 unsur dpt dipraktikan....barulah segala tindakan kita sentiasa selari dgn jalan agama dan akhirnya membuahkan berkat. Bila disebut berkat, adakalanya usaha yg kecil pun mampu membuahkan kejayaan yg lebih tinggi. Adakalanya apabila usaha seseorang itu tiada berkat kerja, dia mungkin bekerja dgn bersungguh2 selama bertahun2 lamanya, namun usaha yg dapat dikecapi hanyalah sedikit sahaja
seijiseimura84
seijiseimura84
AHLI
AHLI

Posts : 472
Points : 779
Join date : 27/11/2011

Back to top Go down

cabaran dan ujian bagi mereka yg ingin meraih cita2  Empty Re: cabaran dan ujian bagi mereka yg ingin meraih cita2

Post by seijiseimura84 Sun Nov 11, 2012 5:51 pm

kalau ada sebarang input tambahan atau dalil2 hadis quran mohon ditambah di sini
seijiseimura84
seijiseimura84
AHLI
AHLI

Posts : 472
Points : 779
Join date : 27/11/2011

Back to top Go down

cabaran dan ujian bagi mereka yg ingin meraih cita2  Empty Re: cabaran dan ujian bagi mereka yg ingin meraih cita2

Post by Hima Syafira Sat Mar 23, 2013 5:54 pm

Saya bersetuju dgn pandangan daripada en Seijiseimura84.Sememangnya dalam hidup ini, semua orang mempunyai cita-cita untuk berjaya.Tetapi persoalan bagaimana cara mereka memenuhi cita-cita tersebut.Terdapat dua jalan yang boleh dijalani oleh seseorang manusia itu, pertama, jalan keredhaan Allah. Individu yang memilih jalan ini akan sentiasa bersabar dan tidak meninggalkan sedikit pun perintah Allah.Selain itu, niatnya untuk berjaya adalah demi Allah SWT.Manakala individu kedua memilih jalan kemurkaan Allah kerana mereka telah didorong dengan nafsu, ketamakan, kejahilan, dan kekufurannya terhadap setiap nikmat Allah SWT kepadanya...Pada pandangan saya, umat diakhir zaman ini terlalu mengejar kekayaan dan kesenangan dunia sehingga mengabaikan bekalan untuk akhirat kelak.Semoga kita sentiasa muhasabah diri dan sentiasa kembali kepada perintah Allah SWT.InshaAllah...

Hima Syafira
AHLI
AHLI

Posts : 3
Points : 3
Join date : 23/03/2013

Back to top Go down

cabaran dan ujian bagi mereka yg ingin meraih cita2  Empty Re: cabaran dan ujian bagi mereka yg ingin meraih cita2

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum