BicaraTHTL
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Retro Fiqh

Go down

26112011

Post 

Retro Fiqh  Empty Retro Fiqh




Ini adalah siri ulangan Soal-Jawab Fiqh yg berlangsung tahun 1997 ketika thtl bertugas di University Telekom (sekarang Univ Multimedia), Bukit Bruang Melaka.
Ketika itu thtl adalah Panel Fiqh bagi Islah-Net (milik JIM) dan msm-net (JIM United Kingdom dan Eire)
Masa ni thtl baru bermula turun ke medan cyber sebagai Panel Fiqh dengan ilmu yang belum diuji.

Kategori: Fiqh Munakahat
Pengirim: Zulkefli Hj Ahmad (zul614@pc.jaring.my)
Tarikh: 10 Nov 1997
Tajuk: Bagaimana Zihar terjadi?

Soalan:
Selama ni saya dengan Zihar hanya akan terjadi akan terjadi jika seseorang suami menyamakan fizikal tubuh isterinya sama dengan ibunya sahaja. Bagaimana jika si suami menyamakan fizikal isterinya dengan kakaknya, adiknya, atau anak sendiri atau dengan ayah?
Itu jika menyamakan isteri secara fizikal, bagaimana dengan menyamakan dengan sikap, perangai, cara, atau perbuatan ibunya, apakah turut jatuh hukum Zihar?
Bagaimana jika suami menyamakan fizikal isterinya dengan ibu mertua suami (ibu kandung isteri), apakah jatuh zihar?

JAWAB:
Jumhur ulama' berpendapat hukum zihar hanya jatuh khusus bagi sesiapa yang menyebut kalimah "ummi" (Ibu) secara fizikal sahaja. Sebutan selain itu tidaklah jatuh zihar.
Di sisi madzhab Hanafi dan madzhab Syafi3iy, semua jatuh zihar jika wanita itu diharamkan kawin dengan suami seperti ibu mertua, adik beradik perempuan suami, ana-anak saudara perempuan suami, cucu perempuan.

Komen: Itu sahaja jawapan thtl tanpa dalil dan rujukan.

Tahqiq semula untuk versi 2011 (14 tahun kemudian)/Qaul jadid:

1. Jika suami menyamakan punggung isterinya dengan wanita mahram yang lain?
Thtl kata, jumhur kata tidak jatuh zihar, ahnaf dan syafi`iyah kata jatuh zihar.
Tahqiq:
Rumusan ini sahih, jika mahram itu mahram kekal atau mu`abbad, menurut jumhur (hanafi, maliki, syafi3iy (qaul jadid) dan ahmad (al-Mughni, 7:340)

2. suami menyamakan isteri dengan ibunya dengan menyebut selain "punggung".
Soalan ni thtl tidak jawab.
Jawab:
Jika suami menyamakan isteri dengan menyebut selain punggung, menurut madzhab syafi3iy membahagikan kepada dua jenis anggota:
a. angguta untuk istimta' ut bersedapan dengan isteri, maka jika disebut, spt paha, payu dara, perut, kemaluan, dikira jatuh zihar.
b. jika angguta melambangkan kemuliaan spt mata, kening, sikap, ruh, perangai, tabiat ibu, maka tidak jatuh zihar. (Mughni Muhtaj, 3:354)

3. suami menyamakan isteri dengan emak isteri yakni mertuanya.
Jawab: Ya, mengikut jumhur (empat madzhab besar sunni) kerana ia mahram mu`abbad atau kekal. (al-Mughni, 7:340) sekian
helper
helper
Helper
Helper

Posts : 240
Points : 353
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Share this post on: reddit
- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum