Entri terbaru THTL - Janggut adalah uruf?
+4
Ad-Dien
Nizam
thtl
yat
8 posters
Page 1 of 1
Entri terbaru THTL - Janggut adalah uruf?
http://bicarathtl.blogspot.com.au/2013/02/kerajaan-morsi-egypt-selesaikan-masalah.html
Betul ke?
Saya ingat Morsi yg endorse, rupanya Mufti Mesir Syiall Ali Ghomah...boleh pakai ke fatwa dia ni?
Betul ke?
Saya ingat Morsi yg endorse, rupanya Mufti Mesir Syiall Ali Ghomah...boleh pakai ke fatwa dia ni?
yat- Moderator
- Posts : 899
Points : 1144
Join date : 05/12/2011
Re: Entri terbaru THTL - Janggut adalah uruf?
Cerita dia gini:
1. semasa zaman Mubarak, ramai Polis kena gantung kerja kerana simpan janggut. sebab Mubarak tak suka janggut
2. Bila Dr Morsi ambil alih, polis2 tsb dah re-instated balik kerja mereka. sebab Morsi memang simpan janggut
3. S.Mahmud syaltoot dan S.Ali Gomah suruh rakyat Msir ikut pemerintah dan uruf, kalau uruf tak suka janggut, cukurlah...
Kalau pemerintah dan uruf suka janggut, simpanlah janggut.
sebabnya: janggut tu tak da kaitan dgn hukum syarak.
Rakyat Malaysia pun sama, kalau boss dan opis dia tak suka janggut, cukur, kalau boss dia pun brjanggut, maka simpanlah janggut...hehehe
1. semasa zaman Mubarak, ramai Polis kena gantung kerja kerana simpan janggut. sebab Mubarak tak suka janggut
2. Bila Dr Morsi ambil alih, polis2 tsb dah re-instated balik kerja mereka. sebab Morsi memang simpan janggut
3. S.Mahmud syaltoot dan S.Ali Gomah suruh rakyat Msir ikut pemerintah dan uruf, kalau uruf tak suka janggut, cukurlah...
Kalau pemerintah dan uruf suka janggut, simpanlah janggut.
sebabnya: janggut tu tak da kaitan dgn hukum syarak.
Rakyat Malaysia pun sama, kalau boss dan opis dia tak suka janggut, cukur, kalau boss dia pun brjanggut, maka simpanlah janggut...hehehe
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Entri terbaru THTL - Janggut adalah uruf?
[ULASAN] MEMELIHARA JANGGUT BUKAN MAQASID ISLAM
Salam,
1- Nabi berkata:
عشر من الفطرة : قص الشارب ، وإعفاء اللحية ، والسواك ، واستنشاق الماء ، وقص الأظفار ، وغسل البراجم ، ونتف الإبط ، وحلق العانة ، وانتقاص الماء . قال زكرياء : قال مصعب : ونسيت العاشرة ، إلا أن تكون المضمضة . زاد قتيبة : قال وكيع : انتقاص الماء يعني الاستنجاء .
«Sepuluh adalah daripada fitrah: Memotong misai, dan membiarkan janggut, dan memberus gigi, dan menyedut air (ke dalam hidung) dan memotong kuku, dan membasuh sendi-sendi, dan mencabut bulu ketiak, dan mencukur bulu ari-ari, dan melepaskan air» Berkata Zakariya’: Berkata Mus`ab: Dan saya lupa yang kesepuluh, melainkan ia ialah berkumur-kumur. Qutaybah menambah: Berkata Waki`: Melepaskan air iaitu beristinja’ [Muslim/ 261]
2- Jabir bin Samurah berkata tentang Nabi:
وكان كثير شعر اللحية
Dan dia mempunyaï banyak bulu janggut [Muslim/ 2344]
3- Begitu juga dengan perintah Nabi:
خالفوا المشركين : وفروا اللحى ، وأحفوا الشوارب
«Berbezalah dengan orang-orang musyrik: Biarkanlah janggut-janggut dan potonglah misai-misai» [Al-Bukhariy/ 5892]
4- Dalil yang dibentangkan di atas adalah hujah dan bukti bagi ramai lelaki yang memelihara janggut mereka, dan ia disabitkan sebagai sunnah kerana termasuk dalam perintah Nabi dan sepuluh fitrah manusia.
5- Walau bagaimanapun, haruslah diteliti kesilapan ramai orang yang baru mula-mula berjinak-jinak dengan Islam, apabila mereka mengutamakan perintah memelihara janggut ini berbanding perintah-perintah yang lainnya.
6- Islam dimulakan dengan wahyu yang pertama:
اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ
«Bacalah dengan nama Tuan kamu yang telah mencipta» [Al-`Alaq: 1]
7- Heraclius telah bertanya kepada Aba Sufyan tentang apa yang diajar oleh Muhammad, dan berlakulah dialog berikut:
قال : ماذا يأمركم ؟ قلت : يقول : اعبدوا الله وحده ولا تشركوا به شيئا ، واتركوا ما يقول آباؤكم ، ويأمرنا بالصلاة والصدق والعفاف والصلة.
Dia (Heraclius) berkata: Apa yang dia perintahkan kepada kamu? Saya (Abu Sufyan) berkata: Dia (Muhammad) berkata: «Sembahlah Allah sendirian-Nya dan jangan kamu mensyirikkan dengan-Nya sesuatu pun, dan tinggalkanlah apa yang dikatakan oleh nenek-moyang kamu», dan dia menyuruh kami dengan salat, dan bercakap benar, dan menyucikan diri dan hubungan kekeluargaan. [Al-Bukhariy/ 7]
8- Wahai orang yang beriman dengan Allah dan hari Akhirat, sudahkah anda memulakan dengan apa yang diajarkan oleh Muhammad daripada `ibadah-Nya, tidak mensyirikkan-Nya dengan sesuatu pun, meninggalkan ajaran karut nenek-moyang, bersalat, bercakap benar, menyucikan diri daripada dosa dan perkara yang diharamkan serta memelihara hubungan kekeluargaan? Atau anda lebih pentingkan janggut anda daripada semua itu?
9- Benar, memelihara janggut adalah sunnah dan perintah, tetapi, bagaimana dengan perintah Nabi yang lain? Kata Nabi:
إياكم والظن ، فإن الظن أكذب الحديث ، ولا تحسسوا ، ولا تجسسوا ، ولا تحاسدوا ، ولا تدابروا ، ولا تباغضوا ، وكونوا عباد الله إخوانا
«Jauhilah prasangka, kerana sesungguhnya prasangka itu adalah ucapan yang paling dusta, dan janganlah kamu mendengar gosip, dan janganlah mencuri dengar perbualan, dan janganlah saling mendengki, dan janganlah saling membelakangi, dan janganlah saling membenci dan jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara» [Al-Bukhariy/ 6064]
10- Tidaklah ini adalah perintah yang lebih awla atau lebih utama berbanding perintah memelihara janggut?
11- Bagaimana dengan kata Nabi:
اقرؤوا القرآن ، فإنه يأتي يوم القيامة شفيعا لأصحابه ، اقرؤوا الزهراوين : البقرة وسورة آل عمران ، فإنهما تأتيان يوم القيامة كأنهما غمامتان ، أو كأنهما غيايتان ، أو كأنهما فرقان من طير صواف ، تحاجان عن أصحابهما
«Bacalah Al-Qur’an, maka sesungguhnya ia akan datang pada hari Qiyamah sebagai pemberi syafa`at kepada sahabat-sahabatnya. Bacalah dua yang bersinar-sinar: Al-Baqarah dan Ali `Imran, maka mereka berdua akan datang pada hari Qiyamah seolah-olah mereka berdua adalah dua awan, atau seolah-olah mereka berdua adalah dua payungan, atau seolah-olah mereka berdua adalah dua kelompok daripada burung yang terbentang, yang membela sahabat-sahabatnya» [Muslim/ 804]
12- Adakah anda mengutamakan janggut anda – yang sudah tentu akan tumbuh sendiri jika tidak dicukur – berbanding membaca Al-Qur’an, dan Surah Al-Baqarah serta Ali `Imran?
13- Bagaimana pula dengan kata-kata Nabi ini?
خيركم خيركم لأهله وأنا خيركم لأهلي
«Sebaik-baik kamu ialah yang paling baik dalam kalangan kamu kepada keluarganya. Dan saya adalah yang paling baik dalam kalangan kamu kepada keluarga saya» [At-Tirmizi/ 3895, hasan gharib sahih. Hadis disahihkan oleh Al-Albaniy]
14- Adakah dengan mengutamakan janggut anda, itu lebih awla dan lebih utama daripada berbuat baik kepada isteri dan anak-anak?
15- Bagaimana pula dengan hadis berikut:
يعذبان وما يعذبان في كبير . ثم قال : بلى ، كان أحدهما لا يستتر من بوله ، وكان الآخر يمشي بالنميمة
«Mereka berdua diazab, dan tidaklah mereka berdua diazab kerana sesuatu yang besar». Kemudian dia berkata: «Ya, salah seorang daripada mereka berdua tidak berlindung daripada air kencingnya, dan yang lain, dia berjalan dengan mengadu domba» [Al-Bukhariy/ 216]
16- Berapa ramaikah orang yang akan diazab sama seperti hadis di atas, hanya kerana kencing dan melaga-lagakan antara manusia? Tidakkah ini lebih awla dan lebih utama diambil tindakan daripada melebih-lebihkan perintah memelihara janggut?
17- Benar, memelihara janggut adalah sunnah dan perintah, tetapi itu bukanlah maqasid (tujuan) para Nabi diutuskan, atau intisari ajaran Islam.
18- Wahai orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya iman tidak diukur dengan panjangnya janggut. Islam itu lebih luas daripada isu janggut!
WaLlahu a`lam.
Ditulis oleh Mohd `Adlan Bin Mohd Shariffuddin
06/06/2011 16:48H
ad-diyari.com/
Rangkai Facebook:
www.facebook.com/notes...3807279552
Berikut adalah ulasan ustaz adou_fr dari AFN, ulasan ini diambil dari arkib AFN 1.0
http://arkib.al-fikrah.net/index.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22679&highlight=janggut
Re: Entri terbaru THTL - Janggut adalah uruf?
kerja hotel memag dilarang simpan janggut dan misai (dalam food service etc)...
sekolah malaysia pun larang pelajar dia simpan janggut, so takder masalah...
sekolah malaysia pun larang pelajar dia simpan janggut, so takder masalah...
yat- Moderator
- Posts : 899
Points : 1144
Join date : 05/12/2011
Re: Entri terbaru THTL - Janggut adalah uruf?
zaman dulu, kita tak berani diskus pasal janggut ni...ia isu yg taboo. first time Mahmud Syaltut keluar pendapat dia mmg gempaq...satu lagi isu Isbal atau seluar bawah pada buku lali. itupun masalah juga.
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Entri terbaru THTL - Janggut adalah uruf?
thtl wrote:zaman dulu, kita tak berani diskus pasal janggut ni...ia isu yg taboo. first time Mahmud Syaltut keluar pendapat dia mmg gempaq...satu lagi isu Isbal atau seluar bawah pada buku lali. itupun masalah juga.
Isu janggut, isbal, gambar, pakaian ni sesama geng sunnah pun ada yang bergaduh antara madkhaliyyah dengan sunnah wasatiyyah ..dah lali tengok .. Allahul Musta'an
Re: Entri terbaru THTL - Janggut adalah uruf?
Ad-Dien wrote:thtl wrote:zaman dulu, kita tak berani diskus pasal janggut ni...ia isu yg taboo. first time Mahmud Syaltut keluar pendapat dia mmg gempaq...satu lagi isu Isbal atau seluar bawah pada buku lali. itupun masalah juga.
Isu janggut, isbal, gambar, pakaian ni sesama geng sunnah pun ada yang bergaduh antara madkhaliyyah dengan sunnah wasatiyyah ..dah lali tengok .. Allahul Musta'an
apa sampai gaduh-gaduh? haish..
Mohd. Ikram- AHLI SETIA
- Posts : 164
Points : 216
Join date : 25/11/2011
Re: Entri terbaru THTL - Janggut adalah uruf?
Mohd. Ikram wrote:Ad-Dien wrote:thtl wrote:zaman dulu, kita tak berani diskus pasal janggut ni...ia isu yg taboo. first time Mahmud Syaltut keluar pendapat dia mmg gempaq...satu lagi isu Isbal atau seluar bawah pada buku lali. itupun masalah juga.
Isu janggut, isbal, gambar, pakaian ni sesama geng sunnah pun ada yang bergaduh antara madkhaliyyah dengan sunnah wasatiyyah ..dah lali tengok .. Allahul Musta'an
apa sampai gaduh-gaduh? haish..
Bukan gaduh pukul-pukul tu. gaduh dalam alam maya. Keyboard warrior, dan bermasam muka di alam realiti. Semoga kita terhindar daripada sedemikian rupa.
Re: Entri terbaru THTL - Janggut adalah uruf?
maaf....janggut Nabi macam mana ?
najib76- AHLI
- Posts : 233
Points : 337
Join date : 02/12/2011
Location : Johor
Re: Entri terbaru THTL - Janggut adalah uruf?
Janggut Nabi saw ok je...
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Entri terbaru THTL - Janggut adalah uruf?
Sya ada janggut, slalu di Comment oleh para keluarga sya sebab janggut sya jarang2, dan tak berjambang huhuhuhu, malu betol bila dicomment tu ><
Re: Entri terbaru THTL - Janggut adalah uruf?
Di zaman Rasulullah s.a.w. ada seorang sahabat yang berjanggut nipis atau jarang-jarang sekadar sehelai dua. Semasa beliau mengambil wuduk untuk bersembahyang di masjid, Rasulullah tersenyum dan memalingkan mukanya.
Sahabat itu pun merasa hairan dan dia menyangka Rasulullah s.a.w. senyum kerana janggutnya yang nipis itu dan memalingkan mukanya kerana tidak suka kepada janggutnya yang jarang itu.
Keesokkan harinya sahabat lelaki tersebut datang ke masjid setelah mencukur janggutnya. Apabila terserempak dengan Rasulullah s.a.w, lelaki itu melemparkan senyuman tetapi Rasulullah tidak memandang langsung kepada lelaki tersebut…
Bertambah hairanlah beliau lalu diajukan pertanyaan kepada Baginda…
“Wahai Rasulullah mengapa hari ini kamu tidak senyum kepadaku seperti sebelum ini?”
Lalu Baginda menjawab..
” Sebelum ini aku nampak malaikat berebut-rebut untuk menadah air wuduk yang jatuh dari janggutmu tetapi apabila kamu mencukur janggutmu tidak ada lagi malaikat yang menunggu di janggutmu wahai sahabat”…..
sahihkah cerita ini?
Re: Entri terbaru THTL - Janggut adalah uruf?
tak pernah jumpa dan amat sukar menjejakinya...
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Entri terbaru THTL - Janggut adalah uruf?
thtl wrote:Janggut Nabi saw ok je...
maksud saya panjangnya macam mana ?
najib76- AHLI
- Posts : 233
Points : 337
Join date : 02/12/2011
Location : Johor
Re: Entri terbaru THTL - Janggut adalah uruf?
apa yg ditunjuki oleh Ibn Umar, dia genggam janggutnya dan masih ada sedikit yg keluar di hujungnya. maksudnya janggut Nabi tu segenggam.
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Similar topics
» Jihad adalah Fardu Kifayah?
» Tadarrus al quran, uruf atau bidaah?
» Bolehkah menggunting janggut ?
» Hadis mengenai janggut @ jambang
» Minyak apa korang guna untuk rambut dan janggut?
» Tadarrus al quran, uruf atau bidaah?
» Bolehkah menggunting janggut ?
» Hadis mengenai janggut @ jambang
» Minyak apa korang guna untuk rambut dan janggut?
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum