Belajar Bahasa Arab Melalui Al-Quran
+2
nur syahira
Ad-Dien
6 posters
BicaraTHTL :: Laman Usrah :: Bahasa Arab
Page 1 of 1
Belajar Bahasa Arab Melalui Al-Quran
Kitab ini adalah kitab ringkas yang menerangkan qawaid-qawaid serta penjelasan nahu Arab dan penggunaannya secara tidak langsung. Walaupun tidak menerangkan secara mendalam satu persatu, namun tetap ada manfaatnya terutama bagi saya dan rakan-rakan yang baru mahu belajar. InsyaAllah kita sama-sama belajar.
Kitab ini mengandungi 30 Bab, insyaAllah jika ada kekuatan dan kelapangan, saya akan update dari masa ke semasa.
Perhatian : Soalan lanjut boleh bertanya kepada guru-guru dan ustaz yang arif dalam bahasa Arab. Saya masih belajar dan masih belum mahir dalam ilmu Bahasa Arab.
Last edited by Ad-Dien on Fri Mar 08, 2013 8:39 pm; edited 4 times in total
Re: Belajar Bahasa Arab Melalui Al-Quran
Bab 1:Isim
1.1 Pengenalan Isim
Isim adalah kata nama yang tidak berkait sama sekali dengan waktu atau masa atau zaman. Kata nama/ isim berbeza dengan kata kerja (fi'il) yang sudah tentu memerlukan atau berkait dengan masa seperti berjalan, duduk, berlari dan sebagainya.
Contoh:
A) Nama Orang/ manusia. Kesemua nama ini tidak berkait dengan masa, zaman atau waktu.
Contoh dari surah Al-Baqarah 2:136
قُولُوا آمَنَّا بِاللَّهِ وَمَا أُنزِلَ إِلَيْنَا وَمَا أُنزِلَ إِلَىٰ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ وَالْأَسْبَاطِ وَمَا أُوتِيَ مُوسَىٰ وَعِيسَىٰ وَمَا أُوتِيَ النَّبِيُّونَ مِن رَّبِّهِمْ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّنْهُمْ وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُونَ
Katakanlah (wahai orang-orang yang beriman): "Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang diturunkan kepada kami (Al-Quran), dan kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub serta anak-anaknya, dan juga kepada apa yang diberikan kepada Nabi Musa (Taurat) dan Nabi Isa (Injil), dan kepada apa yang diberikan kepada Nabi-nabi dari Tuhan mereka; kami tidak membeza-bezakan antara seseorang dari mereka (sebagaimana yang kamu - Yahudi dan Nasrani - membeza-bezakannya); dan kami semua adalah Islam (berserah diri, tunduk taat) kepada Allah semata-mata".
Last edited by Ad-Dien on Sat May 25, 2013 9:18 am; edited 2 times in total
Re: Belajar Bahasa Arab Melalui Al-Quran
B) Nama Binatang. Kesemua nama ini tidak berkait dengan masa, waktu dan zaman.
Conroh Surah Al-Baqarah 2: 173
Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi/khinzir, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Contoh dalam surah Al-A'raaf 7:176
Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir.
Conroh Surah Al-Baqarah 2: 173
إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنزِيرِ وَمَا أُهِلَّ بِهِ لِغَيْرِ اللَّهِ ۖ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَلَا إِثْمَ عَلَيْهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi/khinzir, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Contoh dalam surah Al-A'raaf 7:176
وَلَوْ شِئْنَا لَرَفَعْنَاهُ بِهَا وَلَٰكِنَّهُ أَخْلَدَ إِلَى الْأَرْضِ وَاتَّبَعَ هَوَاهُ ۚ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ الْكَلْبِ إِن تَحْمِلْ عَلَيْهِ يَلْهَثْ أَوْ تَتْرُكْهُ يَلْهَث ۚ ذَّٰلِكَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا ۚ فَاقْصُصِ الْقَصَصَ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ
Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir.
Re: Belajar Bahasa Arab Melalui Al-Quran
C) Tumbuh-Tumbuhan. Sama seperti nama manusia dan bintang, tumbuhan juga tidak berkait dengan waktu dan zaman.
contoh surah Al-Baqarah 2:61
Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: "Wahai Musa, kami tidak sabar (sudah jemu) dengan makanan yang semacam sahaja; maka pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya dikeluarkan bagi kami sebahagian dari apa yang tumbuh di bumi; dari sayur-sayurannya, dan mentimunnya, dan bawang putihnya, dan adas (kacang dalnya), serta bawang merahnya". Nabi Musa menjawab: "Adakah kamu mahu menukar sesuatu yang kurang baik dengan meninggalkan yang lebih baik? Turunlah kamu ke bandar kerana di sana kamu boleh dapati apa yang kamu minta itu". Dan mereka ditimpakan dengan kehinaan dan kepapaan, dan sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan dari Allah. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka kufur (mengingkari) ayat-ayat Allah (perintah-perintah dan mukjizat-mukjizat yang membuktikan kebesaranNya); dan mereka pula membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang benar. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka menderhaka dan mereka pula sentiasa menceroboh.
contoh surah Al-Baqarah 2:61
وَإِذْ قُلْتُمْ يَا مُوسَىٰ لَن نَّصْبِرَ عَلَىٰ طَعَامٍ وَاحِدٍ فَادْعُ لَنَا رَبَّكَ يُخْرِجْ لَنَا مِمَّا تُنبِتُ الْأَرْضُ مِن بَقْلِهَا وَقِثَّائِهَا وَفُومِهَا وَعَدَسِهَا وَبَصَلِهَا ۖ قَالَ أَتَسْتَبْدِلُونَ الَّذِي هُوَ أَدْنَىٰ بِالَّذِي هُوَ خَيْرٌ ۚ اهْبِطُوا مِصْرًا فَإِنَّ لَكُم مَّا سَأَلْتُمْ ۗ وَضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الذِّلَّةُ وَالْمَسْكَنَةُ وَبَاءُوا بِغَضَبٍ مِّنَ اللَّهِ ۗ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ كَانُوا يَكْفُرُونَ بِآيَاتِ اللَّهِ وَيَقْتُلُونَ النَّبِيِّينَ بِغَيْرِ الْحَقِّ ۗ ذَٰلِكَ بِمَا عَصَوا وَّكَانُوا يَعْتَدُونَ
Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: "Wahai Musa, kami tidak sabar (sudah jemu) dengan makanan yang semacam sahaja; maka pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya dikeluarkan bagi kami sebahagian dari apa yang tumbuh di bumi; dari sayur-sayurannya, dan mentimunnya, dan bawang putihnya, dan adas (kacang dalnya), serta bawang merahnya". Nabi Musa menjawab: "Adakah kamu mahu menukar sesuatu yang kurang baik dengan meninggalkan yang lebih baik? Turunlah kamu ke bandar kerana di sana kamu boleh dapati apa yang kamu minta itu". Dan mereka ditimpakan dengan kehinaan dan kepapaan, dan sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan dari Allah. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka kufur (mengingkari) ayat-ayat Allah (perintah-perintah dan mukjizat-mukjizat yang membuktikan kebesaranNya); dan mereka pula membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang benar. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka menderhaka dan mereka pula sentiasa menceroboh.
Re: Belajar Bahasa Arab Melalui Al-Quran
Sambungan contoh Isim (Kata Nama)
D) Nama Benda seperti kitab, kerusi, meja, kereta dan sebagainya. Kesemua nama benda ini tidak terkait dengan masa, zaman dan tempoh waktu.
contoh dalam Surah al-Baqarah ayat 79:
فَوَيْلٌ لِّلَّذِينَ يَكْتُبُونَ الْكِتَابَ بِأَيْدِيهِمْ ثُمَّ يَقُولُونَ هَٰذَا مِنْ عِندِ اللَّهِ لِيَشْتَرُوا بِهِ ثَمَنًا قَلِيلًا ۖ فَوَيْلٌ لَّهُم مِّمَّا كَتَبَتْ أَيْدِيهِمْ وَوَيْلٌ لَّهُم مِّمَّا يَكْسِبُونَ
Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: "Ini ialah dari sisi Allah", supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu.
contoh dari surah Al-Qalam ayat 1
ن ۚ وَالْقَلَمِ وَمَا يَسْطُرُونَ
Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis, -
Re: Belajar Bahasa Arab Melalui Al-Quran
E) Nama Negeri seperti Makkah, Madinah, Mesir dan sebagainya. Kesemua nama negeri tidak terkait dengan waktu dan zaman. Jadi ia termasuk dalam isim (kata nama).
contoh dalam Surah Yusuf 12:99
فَلَمَّا دَخَلُوا عَلَىٰ يُوسُفَ آوَىٰ إِلَيْهِ أَبَوَيْهِ وَقَالَ ادْخُلُوا مِصْرَ إِن شَاءَ اللَّهُ آمِنِينَ
Maka ketika mereka (Nabi Yaakub dan keluarganya) masuk (ke Mesir) menemui Yusuf, Yusuf segera menyambut serta memeluk kedua ibu bapanya, sambil berkata: "Masuklah kamu ke negeri Mesir, insya Allah kamu berada di dalam aman.
Contoh dalam Surah al-Taubah 9:101
Dan di antara orang-orang yang di sekeliling kamu dari orang-orang "A'raab" ada yang bersifat munafik dan (demikian juga) sebahagian dari penduduk Madinah; mereka telah berkeras dengan sifat munafik; engkau tidak mengetahui mereka (bahkan) Kamilah yang mengetahui mereka. Kami akan azabkan mereka berulang-ulang, kemudian mereka dikembalikan kepada azab yang besar.

وَمِمَّنْ حَوْلَكُم مِّنَ الْأَعْرَابِ مُنَافِقُونَ ۖ وَمِنْ أَهْلِ الْمَدِينَةِ ۖ مَرَدُوا عَلَى النِّفَاقِ لَا تَعْلَمُهُمْ ۖ نَحْنُ نَعْلَمُهُمْ ۚ سَنُعَذِّبُهُم مَّرَّتَيْنِ ثُمَّ يُرَدُّونَ إِلَىٰ عَذَابٍ عَظِيمٍ
Dan di antara orang-orang yang di sekeliling kamu dari orang-orang "A'raab" ada yang bersifat munafik dan (demikian juga) sebahagian dari penduduk Madinah; mereka telah berkeras dengan sifat munafik; engkau tidak mengetahui mereka (bahkan) Kamilah yang mengetahui mereka. Kami akan azabkan mereka berulang-ulang, kemudian mereka dikembalikan kepada azab yang besar.
Re: Belajar Bahasa Arab Melalui Al-Quran
F) Nama Arah seperti kiri, kanan, depan, belakang, atas, bawah dan sebagainya. Kesemua arah ini tidak terkait dengan waktu dan zaman. Jadi ia termasuk dalam kategori Isim (kata nama)
contoh dalam surah Al-Qaf :17
Semasa dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya, dan yang satu lagi di sebelah kirinya.
contoh dalam surah Al-An'am 6: 65
Katakanlah: "Dia lah yang berkuasa menghantar kepada kamu azab seksa (bala bencana), dari sebelah atas kamu, atau dari bawah kaki kamu, atau Ia menjadikan kamu bertentangan dan berpecah-belah - berpuak-puak, dan Ia merasakan sebahagian daripada kamu akan perbuatan ganas dan kejam sebahagian yang lain". Perhatikanlah bagaimana Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan (yang menunjukkan kebesaran Kami) dengan berbagai cara, supaya mereka memahaminya.
contoh dalam surah Al-Qaf :17
إِذْ يَتَلَقَّى الْمُتَلَقِّيَانِ عَنِ الْيَمِينِ وَعَنِ الشِّمَالِ قَعِيدٌ
Semasa dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya, dan yang satu lagi di sebelah kirinya.
contoh dalam surah Al-An'am 6: 65
قُلْ هُوَ الْقَادِرُ عَلَىٰ أَن يَبْعَثَ عَلَيْكُمْ عَذَابًا مِّن فَوْقِكُمْ أَوْ مِن تَحْتِ أَرْجُلِكُمْ أَوْ يَلْبِسَكُمْ شِيَعًا وَيُذِيقَ بَعْضَكُم بَأْسَ بَعْضٍ ۗ انظُرْ كَيْفَ نُصَرِّفُ الْآيَاتِ لَعَلَّهُمْ يَفْقَهُونَ
Katakanlah: "Dia lah yang berkuasa menghantar kepada kamu azab seksa (bala bencana), dari sebelah atas kamu, atau dari bawah kaki kamu, atau Ia menjadikan kamu bertentangan dan berpecah-belah - berpuak-puak, dan Ia merasakan sebahagian daripada kamu akan perbuatan ganas dan kejam sebahagian yang lain". Perhatikanlah bagaimana Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan (yang menunjukkan kebesaran Kami) dengan berbagai cara, supaya mereka memahaminya.
Re: Belajar Bahasa Arab Melalui Al-Quran
alhamdulillah,syukran jazilan,,bnda ni byk mmbntu..hrap2 post byk2 lg ek...
nur syahira- AHLI
- Posts : 19
Points : 32
Join date : 10/12/2012
Age : 30
Location : kelantan
Re: Belajar Bahasa Arab Melalui Al-Quran
nur syahira wrote:alhamdulillah,syukran jazilan,,bnda ni byk mmbntu..hrap2 post byk2 lg ek...
Alhamdulillah 'ala kulli hal.. insyaAllah saya akan sambung sikit demi sedikit supaya kita semua dapat manfaat. Dibenarkan untuk salin dan catat demi manfaat ummah, insyaAllah ..
Re: Belajar Bahasa Arab Melalui Al-Quran
syukran...
nur syahira- AHLI
- Posts : 19
Points : 32
Join date : 10/12/2012
Age : 30
Location : kelantan
Re: Belajar Bahasa Arab Melalui Al-Quran
sumer bereh Dien?
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Belajar Bahasa Arab Melalui Al-Quran
Ustaz Wan Nordin, guru bahasa arab ana khabarkan mungkin ada peperiksaan bahasa arab untuk kami di baitul ilmi nanti
Re: Belajar Bahasa Arab Melalui Al-Quran
boleh beli ke kitab ni?
abu_firdaus- AHLI
- Posts : 687
Points : 709
Join date : 19/05/2012
Location : bdr baru bangi
Re: Belajar Bahasa Arab Melalui Al-Quran
G) Nama Anggota Badan. Contohnya Tangan, kaki, bibir, lidah dan sebagainya. Kesemua anggota badan ini tidak berkait dengan zaman dan masa. Jadi ianya Isim (Kata Nama).
Contoh dalam surah Al-Baqarah ayat 79:
Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: "Ini ialah dari sisi Allah", supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu.
contoh dalam surah Al-Balad ayat 9
وَلِسَانًا وَشَفَتَيْنِ
Dan lidah serta dua bibir (untuk ia menyempurnakan sebahagian besar dari hajat-hajatnya)?
bersambung insyaAllah.
Contoh dalam surah Al-Baqarah ayat 79:
فَوَيْلٌ لِّلَّذِينَ يَكْتُبُونَ الْكِتَابَ بِأَيْدِيهِمْ ثُمَّ يَقُولُونَ هَٰذَا مِنْ عِندِ اللَّهِ لِيَشْتَرُوا بِهِ ثَمَنًا قَلِيلًا ۖ فَوَيْلٌ لَّهُم مِّمَّا كَتَبَتْ أَيْدِيهِمْ وَوَيْلٌ لَّهُم مِّمَّا يَكْسِبُونَ
Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: "Ini ialah dari sisi Allah", supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu.
contoh dalam surah Al-Balad ayat 9
وَلِسَانًا وَشَفَتَيْنِ
Dan lidah serta dua bibir (untuk ia menyempurnakan sebahagian besar dari hajat-hajatnya)?
bersambung insyaAllah.
Re: Belajar Bahasa Arab Melalui Al-Quran
1.2 Cara Mengenali Isim (Kata Nama) Dalam Al-Quran
Bab Seterusnya ialah cara untuk mengenali Isim (Kata Nama)
Ada beberapa cara/ kaedah untuk kita kenali perkataan itu ialah Isim (Kata Nama), antaranya ialah:
1) Huruf Alif (ا ) dan Lam (ل) di awal kalimah
2) Baris tanwin di akhirnya seperti baris fathatain (baris atas), dhommatain (baris depan) dan kasratain (baris bawah)
3) Apabila ia di dahului oleh Huruf Jar (Huruf Jar akan dikupas dalam bab yang khusus mengenainya akan datang, insyaAllah)
4) Apabila ia didahului oleh Ya Nida' (Huruf seru) = يا
Penjelasan untuk keempat-empat cara ini akan dikupaskan nanti, insyaAllah.
Re: Belajar Bahasa Arab Melalui Al-Quran
Cara pertama iaitu dengan melihat huruf Alif dan Lam di awal kalimah. Kata nama jenis ini terdapat sangat banyak di dalam Al-Quran dan saya akan membawakan beberapa contohnya. Anda boleh mencari contoh lain di dalam al-Quran untuk latihan, insyaAllah.
contoh dalam surah Al-Baqarah (2:26)
إِنَّ اللَّهَ لَا يَسْتَحْيِي أَن يَضْرِبَ مَثَلًا مَّا بَعُوضَةً فَمَا فَوْقَهَا ۚ فَأَمَّا الَّذِينَ آمَنُوا فَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ الْحَقُّ مِن رَّبِّهِمْ ۖ وَأَمَّا الَّذِينَ كَفَرُوا فَيَقُولُونَ مَاذَا أَرَادَ اللَّهُ بِهَٰذَا
مَثَلًا ۘ يُضِلُّ بِهِ كَثِيرًا وَيَهْدِي بِهِ كَثِيرًا ۚ وَمَا يُضِلُّ بِهِ إِلَّا الْفَاسِقِينَ
Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya), iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: "Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan ini?" (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan banyak orang sesat dengan sebab perbandingan itu, dan akan menjadikan banyak orang mendapat petunjuk dengan sebabnya; dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik
contoh lain dalam Surah Al-Kahfi (18:17)
Dan engkau akan melihat matahari ketika terbit, cenderung ke kanan dari gua mereka; dan apabila ia terbenam, meninggalkan mereka ke arah kiri, sedang mereka berada dalam satu lapangan gua itu. Yang demikian ialah dari tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan) Allah. Sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah, maka dia lah yang berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya.
contoh lain boleh anda dapati dengan memerhatikan perkataan dalam Al-QUran untuk latihan dan pemantapan, insyaAllah.
Penjelasan bagi kaedah ke 2, 3, dan 4 akan disambung akan datang, insyaAllah.

وَتَرَى الشَّمْسَ إِذَا طَلَعَت تَّزَاوَرُ عَن كَهْفِهِمْ ذَاتَ الْيَمِينِ وَإِذَا غَرَبَت تَّقْرِضُهُمْ ذَاتَ الشِّمَالِ وَهُمْ فِي فَجْوَةٍ مِّنْهُ ۚ ذَٰلِكَ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ ۗ مَن يَهْدِ اللَّهُ فَهُوَ الْمُهْتَدِ ۖ وَمَن يُضْلِلْ فَلَن تَجِدَ لَهُ وَلِيًّا مُّرْشِدًا
Dan engkau akan melihat matahari ketika terbit, cenderung ke kanan dari gua mereka; dan apabila ia terbenam, meninggalkan mereka ke arah kiri, sedang mereka berada dalam satu lapangan gua itu. Yang demikian ialah dari tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan) Allah. Sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah, maka dia lah yang berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya.
contoh lain boleh anda dapati dengan memerhatikan perkataan dalam Al-QUran untuk latihan dan pemantapan, insyaAllah.
Penjelasan bagi kaedah ke 2, 3, dan 4 akan disambung akan datang, insyaAllah.
Re: Belajar Bahasa Arab Melalui Al-Quran
zikrulmaut_sm wrote: mohon akhi ad-dien update lagi. saya follow post ni.
insyaAllah, jazakallahu khaira atas kesudian mengikuti tread ini. Moga bermanfaat
Re: Belajar Bahasa Arab Melalui Al-Quran
Kaedah kedua: Mengenali Isim (kata nama) dengan baris tanwin di akhirnya seperti baris atas berkembar (fathathain), baris bawah berkembar (kasratain) dan baris depan kembar (dhommatain).
Contoh dalam Surah An-Nahl ayat 112:
[rtl]وَضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا قَرْيَةً كَانَتْ آمِنَةً مُّطْمَئِنَّةً يَأْتِيهَا رِزْقُهَا رَغَدًا مِّن كُلِّ مَكَانٍ فَكَفَرَتْ بِأَنْعُمِ اللَّهِ فَأَذَاقَهَا اللَّهُ لِبَاسَ الْجُوعِ وَالْخَوْفِ بِمَا كَانُوا يَصْنَعُونَ[/rtl]

[rtl]Dan (berhubung dengan hal kaum yang kufur ingkar) Allah memberikan satu contoh: Sebuah negeri yang aman damai dan tenteram, yang didatangi rezekinya yang mewah dari tiap-tiap tempat, kemudian penduduknya kufur akan nikmat-nikmat Allah itu, maka Allah merasakannya kelaparan dan ketakutan yang meliputi keseluruhannya disebabkan apa yang mereka telah lakukan[/rtl]
Similar topics
» Belajar Bahasa Arab Melalui Poster
» Mari Belajar bahasa arab siri dua
» Mari Belajar Bahasa Arab Siri Tiga
» Mari belajar bahasa arab siri satu
» Bagaimana 'aqidah kita berkenaan Bahasa Arab yang digunakan dalam al-Quran?
» Mari Belajar bahasa arab siri dua
» Mari Belajar Bahasa Arab Siri Tiga
» Mari belajar bahasa arab siri satu
» Bagaimana 'aqidah kita berkenaan Bahasa Arab yang digunakan dalam al-Quran?
BicaraTHTL :: Laman Usrah :: Bahasa Arab
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum