Post mortem ke atas mayat sama seperti menyeksa mayat?
3 posters
Page 1 of 1
Post mortem ke atas mayat sama seperti menyeksa mayat?
Saya x pasti nak bubuh topik ni kat kategori mana..
Benarkah mayat akan terseksa sekiranya postmortem terpaksa dijalankan bagi mencari punca sebenar kematian akibat tuntutan waris atau tuntutan pihak insuran.
Hadith Ar-Rasul s.a.w. menyebut,
إِنَّ كَسْرَ عَظْمِ الْمُؤْمِنِ مَيْتًا مِثْلُ كَسْرِ عَظْمِهِ حَيًّا
“Mematahkan tulang mayat seperti mematahkannya dalam keadaan hidup.”
[Ad-Darqutniy/ 2986]
benarkah petikan hadis di atas?
Re: Post mortem ke atas mayat sama seperti menyeksa mayat?
Hadis itu sahih:
الراوي: عائشة أم المؤمنين المحدث:الوادعي - المصدر:الصحيح المسند- الصفحة أو الرقم:1597
خلاصة حكم المحدث:حسن
al-Wad'iy dalam sahih al-Musnad.
Fatwa MFK:
الراوي: عائشة أم المؤمنين المحدث:الوادعي - المصدر:الصحيح المسند- الصفحة أو الرقم:1597
خلاصة حكم المحدث:حسن
al-Wad'iy dalam sahih al-Musnad.
Fatwa MFK:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-61 pada 27 Januari 2004 dalam membincangkan mengenai hukum bedah siasat mayat yang kematian bukan dikategorikan kes jenayah telah memutuskan bahawa “Hukum asal pembedahan mayat adalah haram tetapi dibolehkan sekiranya dalam keadaan dharurat dan terdapat keperluan yang mendesak seperti membuat kajian terhadap penyakit, mengenalpasti punca kematian dan penyelidikan serta pendidikan khususnya dalam bidang perubatan”.
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Post mortem ke atas mayat sama seperti menyeksa mayat?
Apakah maksud sebenar hadith di atas? adakah kesakitan yang sama akan dirasai oleh simati atau kesalahan orang yang melakukannya terhadap mayat sama seperti ia dilakukan ketika masih hidup?
Dodo Don- AHLI
- Posts : 209
Points : 241
Join date : 26/05/2012
Re: Post mortem ke atas mayat sama seperti menyeksa mayat?
dosa krana tidak menghormati mayat. Mayat dihormati sama spt dia masih hidup, itulah maksudnya
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Similar topics
» seputar isu derma organ dan seksa mayat
» hukum "duit" seperti token
» adakah ini seperti menyokong maksiat
» Mimpi Lelaki sama berulang kali
» Berlaku di Jizan.. adakah sama dgn Jazan?
» hukum "duit" seperti token
» adakah ini seperti menyokong maksiat
» Mimpi Lelaki sama berulang kali
» Berlaku di Jizan.. adakah sama dgn Jazan?
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum