Pembahagian harta sebelum meninggal dunia
+3
Dodo Don
thtl
Solah
7 posters
Page 1 of 1
Pembahagian harta sebelum meninggal dunia
Assalamu'alaikum.
Islam memelihara hak setiap pewaris dengan sistem faraid. Bagaimana pula jika sebelum meninggalkan dunia lagi, sebagai contoh, si ayah telah:
- serahkan rumahnya kepada si ibu (isterinya)
- serahkan keretanya kepada anak sulung
- serahkan 1 bidang tanah kepada anak ke-2
- tidak serahkan apa-apa kepada anak bongsu yang belum baligh.
- selain harta-harta di atas yang telah ditukar nama kepada pemilik-pemilik baru, si bapa tiada harta lain, melainkan duit dalam bank yang tidak seberapa.
1. Bukankah ini kurang adil, terutamanya kepada kepada anak bongsu tersebut? Apa pandangan Islam ke atas perkara ini?
2. Jika si bapa semasa masih hidup pulak secara lisan menyerahkan sebidang tanah kepada seorang anaknya, tanpa ditulis perjanjian/penyerahan, adakah hibah tersebut masih sah? Adakah harta tersebut dikira dalam faraid atau tidak?
Terima kasih. Wassalam.

Solah- AHLI
- Posts : 114
Points : 187
Join date : 07/01/2012
Age : 42
Location : Penang
Re: Pembahagian harta sebelum meninggal dunia
1. Ianya tidak adil tapi jika itu keputusan tuan punya harta (si ayah), maka ia adalah valid/sah. Kemungkinan rumah yg dikasi kpd isterinya (ibu) akan diserahkan kpd anak bongsu. By logic, anak bongsu selalunya yg akan dapat lebih...hehehe.
2. Lisan tak sah, sebab wasiat perlu ditulis secara legal melalui firma wasiat.

thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Pembahagian harta sebelum meninggal dunia
Assalamualaikum Tuan,
Biasanya harta tunai seperti cash dan akaun bank mudah dibahagikan kepada waris. Macamana nak membahagikan harta kekal macam tanah, kenderaan dan rumah? Ayah saya masih hidup dan beliau telah memberikan salah sebuah rumahnya kepada adik perempuan saya dengan menukar nama pemilikan rumah itu.Begitu juga tanahnya juga telah ditukar kepada nama adik bongsu saya. Persoalannya ayah tidak berbincang dahulu dan hanya memberitahu kepada anak yang diberikan harta itu. Saya pun hanya tahu dari isteri saya yang diceritakan kepadanya oleh biras-birasnya. Saya mempunyai adik beradik 5 lelaki dan 2 perempuan. Perlukah saya bertanya kepada ayah tentang kedudukan perkara ini samada memang diberi terus atau sebagai pemegang amanah? Saya tak mahu berlaku pertelingkahan di kemudian hari.

Dodo Don- AHLI
- Posts : 209
Points : 241
Join date : 26/05/2012
Re: Pembahagian harta sebelum meninggal dunia
Amat banyak masalah pembahagian harta ni sebab keputusan seorang bapa atau ibu yang boleh dipertikaikan sebagai kurang adil. 2 keluarga jiran saya hadapi masalah mcm senario dalam posting asal saya (lebih kurang gak mcm Dodo Don punya kes). Saudara mara saya pun masalah camni gak sampai hubungan kekeluargaan dah renggang sebab perselisihan harta pusaka. Saya lihat semua ni disebab kekurangan ilmu oleh orang-orang kita dalam bab faraid, wasiat dan hibah.
Solah- AHLI
- Posts : 114
Points : 187
Join date : 07/01/2012
Age : 42
Location : Penang
Re: Pembahagian harta sebelum meninggal dunia
dalam kes ini, selagi ayah masih hidup, dia hanya perlu mengeluarkan kewajipan2 tertentu daripada harta tersebut, seperti nafkah untuk para tanggungannya, zakat, bayar hutang, belanja haji dan seumpamanya.
apa hak kita dlm harta ayah?
ketika ayah kita masih hidup, hak yg wajib kita dpt dari harta beliau adalah nafkah. sekiranya pemberian yg diberikan kepada ibu dan adik beradik itu berupa nafkah, maka ia mesti diberi dengan adil. adil tidak bermaksud sama banyak, tapi sesuai dengan keperluan setiap tanggungan. ini sekiranya kita masih menerima nafkah wajib dari ayah kita.
jika sekadar pemberian
tetapi sekiranya apa yang diberi itu hanya bentuk pemberian, ayah kita punyai hak untuk berikan atau bahagikan hartanya kepada sesiapa, seperti ust thtl telah sebut. ia valid/sah kerana ia keputusan pemilik mutlak harta iaitu ayah. cuma mungkin timbul masalah sprti dianggap tidak adil, kita terasa terpinggir kerana orang lain dapat pemberian itu sedangkan kita tak dapat.
Bila kita mewarisi harta ayah?
sebagai anak, kita hanya akan menjadi pewaris harta -melalui faraidh- setelah ayah meninggal.
Wasiat kepada keluarga?
sekiranya pemberian daripada ayah kita kepada keluarga kita mahu dilakukan sebagai wasiat, barulah pelaksanaan wasiat itu memerlukan kepada persetujuan semua waris.
wasiat bermaksud pemberian/pemindahan milik harta kepada satu pihak lain setelah tuan harta meninggal dunia.
secara umumnya, pemberian harta melalui wasiat dilakukan kepada orang yang tidak mendapat hak dalam faraidh iaitu bukan waris
walaubagaimanapun, dalam mazhab syafi'i, wasiat kpd waris boleh dilaksanakan sekiranya ia dipersetujui oleh waris2 lain. sekiranya waris2 lain tak setuju, wasiat itu batal dan tak perlu dilaksanakan.
sekiranya pemberian dan penukaran nama telah dilakukan ketika ayah masih hidup, ia tidak dianggap wasiat menurut fiqh.
wallahu'a'lam

Solah wrote: Saya lihat semua ni disebab kekurangan ilmu oleh orang-orang kita dalam bab faraid, wasiat dan hibah.
saya bersetuju dengan kenyataan ini.
saya buatkan contoh dengan mencontohkan harta seorang ayah.
1. faraid
- semua harta ayah selepas kematiannya- setelah diselesaikan hutang dan wasiat- dibahagi-bahagikan kepada para warisnya mengikut kadar yg telah ditetapkan syarak.
2. wasiat
- harta yang ayah telah buat keputusan untuk serahkan/pindah milik kepada seseorang/sesebuah pihak, selepas dia mati nanti. penukaran nama/pindah milik berlaku selepas kematian.
sebelum dia mati, harta ini masih milik mutlaknya dan dia juga berhak batalkan wasiatnya. penerima wasiat secara asas adalah bukan waris, berdasarkan sabda baginda s.a.w.: tidak ada wasiat utk waris.
3. hibah
- harta yg ayah telah buat keputusan utk serahkan/pindah milik kpd seseorg/sebuah pihak ketika dia masih hidup. pemindahan milik/tukar nama berlaku sebelum kematian.
sekiranya seseorg berniat hibahkan hartanya selepas dia mati nanti, hukumnya bertukar wasiat. cth: "sekiranya aku mati nanti aku nak hibahkan rumah ini kepada masjid". ia jadi wasiat yg wajib ditunaikan slps dia mati
Re: Pembahagian harta sebelum meninggal dunia
adakah wasiat akan terbatal jika jumlah agihan melebihi agihan FARAID ?
najib76- AHLI
- Posts : 233
Points : 337
Join date : 02/12/2011
Location : Johor
Re: Pembahagian harta sebelum meninggal dunia
apa maksud "melebihi agihan faraidh"?
wasiat dan faraid dilaksanakan ke atas jumlah harta peninggalan yg wujud selepas kematian si mati
kadar maksimum 1/3 utk wasiat, dan kadar2 lain seperti 1/4 dan 1/8 utk faraidh, dikira ke atas harta peninggalan selepas kematian pemilik harta
apabila meninggal seorg, harta yg ditinggalkan diuruskan mengikut turutan begini:
- diambil hartanya utk pengurusan jenazah, jika perlu
- dilangsaikan segala hutang
- ditunaikan wasiat
- setelah selesai urusan di atas baru di bahagikan mengikut faraid

Last edited by Ahmad Shamil on Thu Mar 21, 2013 7:42 am; edited 1 time in total
Re: Pembahagian harta sebelum meninggal dunia
Ahmad Shamil wrote:apa maksud "melebihi agihan faraidh"
simati buat wasiat dengan agihan 2/3 harta ...
najib76- AHLI
- Posts : 233
Points : 337
Join date : 02/12/2011
Location : Johor
Re: Pembahagian harta sebelum meninggal dunia
wasiat yang dibenarkan menurut hadis ialah 1/3
sekiranya wasiat dilakukan melebihi 1/3, ada dua pendapat
- jumhur (hanafi,muktamad dlm mazhab syafi'i, terpilih dlm mazhab hanbali dan satu qaul dlm mazhab maliki ): sekiranya para pewaris harta membenarkan wasiat itu dilaksanakan, ia dilaksanakan. jika mereka tidak mengizinkan, wasiat terbatal
- mazhab malik dan satu qaul dlm mazhab hanbali dan syafii: wasiat batal
sekiranya wasiat dilakukan melebihi 1/3, ada dua pendapat
- jumhur (hanafi,muktamad dlm mazhab syafi'i, terpilih dlm mazhab hanbali dan satu qaul dlm mazhab maliki ): sekiranya para pewaris harta membenarkan wasiat itu dilaksanakan, ia dilaksanakan. jika mereka tidak mengizinkan, wasiat terbatal
- mazhab malik dan satu qaul dlm mazhab hanbali dan syafii: wasiat batal
Re: Pembahagian harta sebelum meninggal dunia
Syukran jazilan kepada Ustaz Ahmad Shamil atas penerangan yang jelas.
Masalah utama bab harta pusaka ialah seperti no.2 di atas, yang mana ramai orang ingat pewaris harta (melalui faraid) boleh dapat wasiat sekali, padahal tak boleh.
Masalah kedua terbesar ialah hibah. Seperti yang saya tanya sebelum ni, hibah banyak dibuat secara lisan dalam bentuk perbualan peribadi. Jadi bila si ayah meninggal, bergaduh adik-beradik 'claim' itu & ini padahal bukti bertulis takde. Memang keluarga jadi haru-biru...
Ahmad Shamil wrote:
2. wasiat
- harta yang ayah telah buat keputusan untuk serahkan/pindah milik kepada seseorang/sesebuah pihak, selepas dia mati nanti. penukaran nama/pindah milik berlaku selepas kematian.
sebelum dia mati, harta ini masih milik mutlaknya dan dia juga berhak batalkan wasiatnya. penerima wasiat secara asas adalah bukan waris, berdasarkan sabda baginda s.a.w.: tidak ada wasiat utk waris.
3. hibah
- harta yg ayah telah buat keputusan utk serahkan/pindah milik kpd seseorg/sebuah pihak ketika dia masih hidup. pemindahan milik/tukar nama berlaku sebelum kematian.
Masalah utama bab harta pusaka ialah seperti no.2 di atas, yang mana ramai orang ingat pewaris harta (melalui faraid) boleh dapat wasiat sekali, padahal tak boleh.
Masalah kedua terbesar ialah hibah. Seperti yang saya tanya sebelum ni, hibah banyak dibuat secara lisan dalam bentuk perbualan peribadi. Jadi bila si ayah meninggal, bergaduh adik-beradik 'claim' itu & ini padahal bukti bertulis takde. Memang keluarga jadi haru-biru...
Solah- AHLI
- Posts : 114
Points : 187
Join date : 07/01/2012
Age : 42
Location : Penang
Re: Pembahagian harta sebelum meninggal dunia
Ahmad Shamil wrote:
apabila meninggal seorg, harta yg ditinggalkan diuruskan mengikut turutan begini:
- diambil hartanya utk pengurusan jenazah, jika perlu
- dilangsaikan segala hutang
- ditunaikan wasiat
- setelah selesai urusan di atas baru di bahagikan mengikut faraid
Ustaz, bolehkan ditambah satu lagi perkara, iaitu tuntutan harta sepencarian sebelum pembahagian faraid?
Solah- AHLI
- Posts : 114
Points : 187
Join date : 07/01/2012
Age : 42
Location : Penang
Re: Pembahagian harta sebelum meninggal dunia
Dodo Don,
ayah yg macam tu sbenarnya dia nak kasi tahu, mana anak2 dia yg boleh dia harap dan mana anak2 dia yang tak boleh dia harap...mana2 anak yg dapat harta aku, itu anak yg berguna, mana2 anak yg tak dapat, itu dia punya salah sendiri, sbb tak tunjuk sayang sama daddy..
Dalam Islam, itu tindakan yg bodoh dari si ayah, sebab manusia dilihat pada penghujungnya. Tak semestinya anak yg kita sayang dan harap itu akan begitu sampai mati, kemungkinan anak yg nampak tidak baik, diakhir hujungnya dialah anak yg soleh yg mendoakan ayahnya..tuah manusia tak sapa yg tahu

Dengarnya alasan rumah diberikan kepada adik perempuan itu sebab dia surirumah yang bergantung kepada suami. Sementara yang bongsu pula ketika itu masih belajar sedangkan yang lain sudah mempunyai kehidupan sendiri. Setengahnya seperti saya memang tak harapkan harta ayah kerana dah mempunyai harta sendiri tetapi setengahnya lagi mengharapkan saya pula utk bersuara. Saya sayangkan ayah saya dan tidak mahu ada yang melihatnya sebagai ayah yang tidak adil. Bagi saya ayah telah banyak memberi sumbangan kepada anak-anaknya dalam bentuk yang berbeza-berbeza mengikut keperluan anaknya.
Dodo Don- AHLI
- Posts : 209
Points : 241
Join date : 26/05/2012
Re: Pembahagian harta sebelum meninggal dunia
jika sekiranya simati meninggalkan harta spt ;
1. sebuah rumah
2. 2 buah kereta
3. sedikit simpanan
4. seorang isteri , 2 anak perempuan , 1 anak lelaki
beliau ada tinggalkan wasiat ..iaitu rumah diberi kepada anak lelaki .
bagaimana agihan faraidnya ?
1. sebuah rumah
2. 2 buah kereta
3. sedikit simpanan
4. seorang isteri , 2 anak perempuan , 1 anak lelaki
beliau ada tinggalkan wasiat ..iaitu rumah diberi kepada anak lelaki .
bagaimana agihan faraidnya ?
najib76- AHLI
- Posts : 233
Points : 337
Join date : 02/12/2011
Location : Johor
Re: Pembahagian harta sebelum meninggal dunia
wasiat beliau hanya boleh dilaksanakan sekiranya ibu dan anak perempuan bersetuju agar rumah itu diserahkan kpd anak lelaki. jika tidak setuju, rumah itu masuk dalam faraid.
ana hanya mampu berkongsi bab teori..
bab kira-kira praktikal faraidh ana tak mahir. kita tunggu orang yang mahir menjawabnya..
ana hanya mampu berkongsi bab teori..
bab kira-kira praktikal faraidh ana tak mahir. kita tunggu orang yang mahir menjawabnya..
Re: Pembahagian harta sebelum meninggal dunia
untuk pengiraan faraid, boleh gunakan link ini:
http://maths.usm.my/faraid/msl/default.html
dan klik butang 'Pengiraan'

Last edited by abuzaid65 on Fri Mar 22, 2013 5:22 am; edited 1 time in total (Reason for editing : tertinggal arahan..)
abuzaid65- AHLI
- Posts : 134
Points : 162
Join date : 03/12/2011
Age : 58
Location : Shah Alam, Selangor
Re: Pembahagian harta sebelum meninggal dunia
abuzaid65 wrote:untuk pengiraan faraid, boleh gunakan link ini:
dan klik butang 'Pengiraan'
mana linknya ??
najib76- AHLI
- Posts : 233
Points : 337
Join date : 02/12/2011
Location : Johor
Re: Pembahagian harta sebelum meninggal dunia
aikkk? akhi tak nampak ke? camna kat laptop ana nampak aje..
okla.. lagi sekali ana bagi..
http://maths.usm.my/faraid/msl/default.html
dah masuk situ.. klik butang 'Pengiraan'
okla.. lagi sekali ana bagi..
http://maths.usm.my/faraid/msl/default.html
dah masuk situ.. klik butang 'Pengiraan'
abuzaid65- AHLI
- Posts : 134
Points : 162
Join date : 03/12/2011
Age : 58
Location : Shah Alam, Selangor
Re: Pembahagian harta sebelum meninggal dunia
keluar benda ni ??abuzaid65 wrote:aikkk? akhi tak nampak ke? camna kat laptop ana nampak aje..
okla.. lagi sekali ana bagi..
dah masuk situ.. klik butang 'Pengiraan'
[Only admins are allowed to see this link]
najib76- AHLI
- Posts : 233
Points : 337
Join date : 02/12/2011
Location : Johor
Re: Pembahagian harta sebelum meninggal dunia
pengesahan hibah boleh di buat di MS..cumanya kena buktikan dimahkamah memang hibah itu berlaku.kalau hibah berlaku secara lisan dua pihak sahaja (pemberi dan penerima)..manakala mrk yg berhak (ahli waris-(faraid) membantah memang takde harapan la dengan dakwaan hibah tu.
perlu bezakan antara wisoyah (wasiat untuk mengurus)dengan wasiat biasa.
kes faraid-
simati ada meninggalkan seorang isteri 1/8 seorang ank lelaki dan 2 anak perempuan(7/ 8-asabah dgn nisbah 2:1)..ni takyah guna sistem..simple je ,,cuma cari pembawah(asal masalah) antara 1/8 dan 7/8tu..meh kita cuba...silakan

abgbob- VIP
- Posts : 41
Points : 43
Join date : 24/11/2011
Similar topics
» faraidh harta isteri
» Harta Pusaka Pesaka - Faraid
» Layakkah untuk perwarisan harta
» Syarah hadis anak kecil yang meninggal sebelum baligh dijaga oleh Nabi Ibrahim
» Harta Penyanyi

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum