BicaraTHTL
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

tahqiq Fatwa UAI: wajib bunuh babi

Go down

31122011

Post 

tahqiq Fatwa UAI: wajib bunuh babi Empty tahqiq Fatwa UAI: wajib bunuh babi




Fatwa UAI: wajib bunuh babi

Soalan diajukan kpd UAI* mengenai pelajar2 melayu-Islam jurusan veterinar sebuah IPTA yang keluar internet yang bergambar dengan babi. Pensyarahnya menjelaskan ini cuma sikap org melayu yang fobia dengan babi sedangkan ia makhluk ciptaan Tuhan yang tidak boleh dizalimi.

Nabi suruh bunuh babi dan akhir zaman Isa turun dari langit dan memerintahkan babi di bunuh. sebab babi lebih hina dari anjing, sebab anjing ada juga gunanya, anjing kepolisian, jaga ternakan, tanaman dan perburuan. Maka menurut UAI, babi wajib dibunuh.

Maka kecohlah dibahaskan mengenai pendapat tersebut sebab bila kita nak amalkan di Malaysia, kita tak boleh membunuh babi kerana ia adalah kontrak sosial antara tiga kaum terbesar, Melayu, Cina dan India.
hadith yg digunakan ialah hadith ini:

حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا اللَّيْثُ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ ابْنِ الْمُسَيَّبِ أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَيُوشِكَنَّ أَنْ يَنْزِلَ فِيكُمْ ابْنُ مَرْيَمَ حَكَمًا مُقْسِطًا فَيَكْسِرَ الصَّلِيبَ وَيَقْتُلَ الْخِنْزِيرَ وَيَضَعَ الْجِزْيَةَ وَيَفِيضَ الْمَالُ حَتَّى لَا يَقْبَلَهُ أَحَدٌ


(HR Bukhari, no.2070) : Telah menceritakan kepada kami Qutaibah bin Sa'id telah menceritakan kepada kami Al Laits dari Ibnu Syihab dari Ibnu Al Musayyab bahwa dia mendengar Abu Hurairah radliallahu 'anhu berkata; Bersabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam: "Demi Dzat yang jiwaku dalam genggamanNya, sungguh tiada lama lagi akan segera turun Ibnu Maryam (Isa Alaihissalam) yang akan menjadi hakim yang adil, menghancurkan salib, membunuh babi, membebaskan jizyah dan harta benda melimpa ruah sehingga tidak ada seorangpun yang mau menerimanya".

Yang disepakati: Haram menternak babi dan mengambil manfaat dari industri ternakan babi. itu mmg sah.


Bah 1: Hukum membunuh babi/culling the pigs
Mengenai bunuh babi, culling, ada tiga pendapat:
1. wajib bunuh, jika ia mengancam nyawa manusia, cthnya virus JE, 100,000 babi dibunuh di Malaysia, itu mmg wajib. atau membunuh babi hutan yang mengganggu keselamatan tanaman dan nyawa penduduk di pinggi hutan (tambahan thtl)
2. harus atau sunat bunuh jika ada kemampuan, Jumhur (termasuk syafi`iyah)
3. tidak boleh membunuh babi jika ia milik zimmi dan mereka menganggapnya bernilai. Ini pendapat Ahnaf (madzhab hanafi) (Fatwa Islam web, no 86727)

Maka dari sini, sudah membuktikan kesilapan UAI. Ini kerana Malaysia dengan kontrak sosial antara kaum, kita kena pakai pendapat Ahnaf, yakni tidak boleh membunuh babi kerana ia adalah harta kaum Cina yg merupakan kaum yang ada kontrak sosial dengan Melayu.


Bab 2: Apa kaitan turunnya Jesus dengan hukum membunuh babi?
Jesus turun untuk memberi peluang kedua dan terakhir kepada penganut Kristian yg merupakan agama samawi yg paling besar dengan 2++ bilion penganut di seluruh dunia dan merupakan saingan paling sengit dengan Islam.

Tiga benda yg ketara baginda (Jesus) akan lakukan ialah memecahkan lambang salib, sebab lambang salib ni amat menipu umat kristian kerana baginda tidak pun disalib. Membunuh babi kerana hukum asal dalam Torah dan Bible, babi adalah haram, sedangkan umat kristian adalah antara penggemar babi no. satu di dunia. Amerika antara penternak babi terbesar dunia. Bila ahlil kitab makan babi, maka ia menyulitkan umat Islam kerana hukum asal, umat Islam boleh makan sembelihan ahlul kitab, tapi bila kristian makan babi dgn berskala besar, maka hukum makan sembelihan kristian sudah diragui. ketiga, Jesus akan mencairkan semula ekonomi dengan meruntuhkan sistem riba, menyusun semula Wall Street (NY) dan London Stock Market serta mengurangkan cengkaman kapitalis yahudi yg selama ini memporak perandakan ekonomi dunia.

Hadith ni bukanlah hujah untuk umat islam Malaysia membunuh babi milik kaum Cina. Ini adalah perhitungan antara jesus dengan umat Kristian pada akhir zaman nanti. Kalau umat islam menggunapakai fatwa UAI, maka akan meletuslah rusuhan kaum antara Melayu dan China.
-----------------
*Ustaz Azhar Idrus, satu fenomena u-tube.
Ahmad Shamil
Ahmad Shamil
Admin
Admin

Posts : 929
Points : 1226
Join date : 24/11/2011
Age : 39
Location : Raub, Pahang

http://kembara-journey.blogspot.com

Back to top Go down

Share this post on: reddit
- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum