Mentality Suka Gambar-Gambar Pelik, Kemudian Mendakwa Sebagai "Tanda Kebenaran Islam"
5 posters
Page 1 of 1
Mentality Suka Gambar-Gambar Pelik, Kemudian Mendakwa Sebagai "Tanda Kebenaran Islam"
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamu 'alaikum,
Ada satu trend mentality sebahagian orang Islam yang suka melihat gambar-gambar yang pelik dan luar biasa kemudian dengan mudah mendakwa ia sebagai "tanda kebenaran Islam".
Misalnya, ada tulisan nama Allah di awan, tulisan nama Allah di kulit lembu, nama Nabi Muhammad pada buah, dan lain-lain.
Setiap malam, di langit sebelah selatan, kita boleh melihat ada susunan empat bintang. Ada yang melihatnya seperti salib (ia dinamakan Crux atau Southern Cross - Salib Selatan), atau mungkin sebahagian orang melihatnya seperti rangka layang-layang. Terserah apa persepsi masing-masing.
Jadi, kalau ada orang Kristian mendakwa ini sebagai "tanda kebenaran Kristian", apa pula pendapat orang Islam yang berpendapat seperti tadi, yang selalu membuat persangkaan/conspiracy untuk dijadikan tanda kebenaran? Adakah mereka mahu meng-iyakan sangkaan itu? Bukankah mentality mereka serupa?
وَمَا لَهُم بِهِ مِنْ عِلْمٍ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَإِنَّ الظَّنَّ لَا يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ شَيْئًا
"Dan mereka tidak mempunyai sesuatu pengetahuan pun tentang itu. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan sedang sesungguhnya persangkaan itu tiada berfaedah sedikitpun terhadap kebenaran." [Surah An-Najm (53) ayat 28]
وَمَا يَتَّبِعُ أَكْثَرُهُمْ إِلاَّ ظَنًّا إَنَّ الظَّنَّ لاَ يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ شَيْئًا
Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan saja. Sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai kebenaran. [Surah Yunus (10) ayat 36]
Wallahu a'lam.
Re: Mentality Suka Gambar-Gambar Pelik, Kemudian Mendakwa Sebagai "Tanda Kebenaran Islam"
benar.kita kene pakat2 blaja dan ajar orang ramai mengenai quran.
Re: Mentality Suka Gambar-Gambar Pelik, Kemudian Mendakwa Sebagai "Tanda Kebenaran Islam"
Kadang kala saya juga terfikir kalau ada di antaranya diedit dan menjadi sesuatu yang palsu pula. Dan jika musuh Islam mengenalpasti penipuan gambar itu maka akan menjadi pandangan yang negatif pula kepada Islam.
Dodo Don- AHLI
- Posts : 209
Points : 241
Join date : 26/05/2012
Re: Mentality Suka Gambar-Gambar Pelik, Kemudian Mendakwa Sebagai "Tanda Kebenaran Islam"
Dodo Don wrote:Kadang kala saya juga terfikir kalau ada di antaranya diedit dan menjadi sesuatu yang palsu pula. Dan jika musuh Islam mengenalpasti penipuan gambar itu maka akan menjadi pandangan yang negatif pula kepada Islam.
Setuju ! hehe.. Dengan adenya Photoshop, gimp, Adobe Illustrator, dsbnya.. semua gambar boleh diedit.. jdi tak mustahil banyak gambar yg indah2..
Sekutunya pula video, dengan adee nye Adobe after effect, Sony Vegas, Movie maker, dsbnya.. tak mustahil jika ada banyak video yg gempak2, same jugak dgn 3dsMax, Maya3D, Unity 3D, blender.. dsbnya..
kita ada Al-Quran, As-Sunnah..
abu_aisyah wrote:benar.kita kene pakat2 blaja dan ajar orang ramai mengenai quran.
Setuju dgn Abg Abu aisyah
Re: Mentality Suka Gambar-Gambar Pelik, Kemudian Mendakwa Sebagai "Tanda Kebenaran Islam"
kita perlu sedar bahawa observasi empirical dan falsafah tidak boleh menandingi wahyu, sebaliknya wahyulah yang membentuk pemikiran seseorang.
contoh: seseorang yang bertapa dan memerhatikan alam ini selama berpuluh-puluh tahun sekalipun, dia tidak akan mendapatkan apa yang boleh didapatkan melalui wahyu.
kesimpulannya : hargailah Al-Qur'an dan As-Sunnah
contoh: seseorang yang bertapa dan memerhatikan alam ini selama berpuluh-puluh tahun sekalipun, dia tidak akan mendapatkan apa yang boleh didapatkan melalui wahyu.
kesimpulannya : hargailah Al-Qur'an dan As-Sunnah
Re: Mentality Suka Gambar-Gambar Pelik, Kemudian Mendakwa Sebagai "Tanda Kebenaran Islam"
Bukan ke dalam Quran ada perintah untuk memerhati alam? Penciptaan langit, gunung,etc.. semua tu tanda kewujudan Maha pencipta dan kebesaranNya..
Mohd. Ikram- AHLI SETIA
- Posts : 164
Points : 216
Join date : 25/11/2011
Re: Mentality Suka Gambar-Gambar Pelik, Kemudian Mendakwa Sebagai "Tanda Kebenaran Islam"
tanda pada alam adalah tanda pembenaran untuk aspek rububiyah. cuba baca pasal tauhid. semua manusia secara fitrah mengakui Tauhid Rububiyah, kerana apa? kerana tanda alam ini lah.
namun untuk aspek uluhiyah dan asma' wassifat, maka diutuskan rasul untuk kita. supaya kita dijelaskan tentang itu.
tanpa rasul, kita akan jadi ahli falsafah yang meraba-raba dalam kegelapan, atau beragama animisme/pagan.
namun untuk aspek uluhiyah dan asma' wassifat, maka diutuskan rasul untuk kita. supaya kita dijelaskan tentang itu.
tanpa rasul, kita akan jadi ahli falsafah yang meraba-raba dalam kegelapan, atau beragama animisme/pagan.
Re: Mentality Suka Gambar-Gambar Pelik, Kemudian Mendakwa Sebagai "Tanda Kebenaran Islam"
tanpa rasul, pelbagai andaian akan dibuat.
maka, timbullah pemahaman syirik bahawa Allah ada anak, malaikat adalah anak Allah, wahdatul wujud, roh/semangat alam dan sebagainya. itu semua tak dapat dijelaskan melalui observasi alam semata-mata. mesti dijelaskan melalui wahyu.

Similar topics
» Gambar-gambar sekitar kempen PRU 13
» Parlimen Teluk Intan
» Gambar tidak menutup aurat
» Gambar lama tidak menutup aurat di Internet
» hukum gambar binatang yang dah mati
» Parlimen Teluk Intan
» Gambar tidak menutup aurat
» Gambar lama tidak menutup aurat di Internet
» hukum gambar binatang yang dah mati
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum