Dato Nik Aziz salah cakap atau apa ??
+7
helper
abubakar
Mohamad hafiz
thtl
Dodo Don
Mohd. Ikram
najib76
11 posters
BicaraTHTL :: Umum :: Isu Semasa
Page 1 of 3
Page 1 of 3 • 1, 2, 3
Dato Nik Aziz salah cakap atau apa ??
Salam ,
1. Nik Aziz salah cakap ke ?? atau yg dengar salah tafsir ???
2. Kalau salah tafsir , kenapa Fathul Bari..cakap begitu ??
Fathul Bari mahu tindakan pada Nik Aziz
Bernama
8:40PM Apr 9 2013
Majlis Fatwa Kebangsaan perlu mengambil tindakan segera ke atas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kebelakangan ini mengeluarkan kenyataan yang dilihat boleh memesongkan akidah dan memecah-belahkan umat Islam, gesa beberapa badan bukan kerajaan (NGO).
Pengerusi Jawatankuasa Himpunan Ulama Muda (Ilmu) Dr Fathul Bari Mat Jahaya berkata isu melibatkan akidah umat Islam terutamanya sengaja menanam kebencian, tidak boleh dibiarkan kerana ia akan memecah-belah umat.
"Sikap seperti ini seolah-olah nak menyamakan kedudukan kita di tahap malaikat dan seperti nak mengambil alih tugas malaikat yang menulis setiap amalan kita.
"Jangan sibuk nak menghukum amalan atau ibadat orang Umno kerana yang menentukannya hanya Allah," katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur.
Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini yang meminta Majlis Fatwa Kebangsaan meneliti segera semua kenyataan Mursyidul Am PAS itu.
Muhyiddin berkata kenyataan kontroversi Nik Abdul Aziz seperti kononnya sembahyang orang Umno tidak mendapat pahala dan kerajaan BN hanya memikirkan kontrak apabila membina masjid, perlu segera dihentikan.
Menyifatkan tindakan Nik Abdul Aziz itu sebagai "sindrom hukum secara umum", Fathul Bari berkata Menteri Besar Kelantan itu tidak sepatutnya menggunakan agama untuk tujuan politik.
Pengerusi Pertubuhan Ilmuan Malaysia Dr Fadlan Mohd Othman yang turut bersetuju dengan saranan Muhyiddin berkata Majlis Syura PAS juga perlu berbincang mengenai perkara itu bagi memutuskan pendirian mereka mengenai setiap kenyataan Nik Abdul Aziz.
"Majlis Syura PAS perlu berbincang mengenai isu ini seperti mereka berbincang dan membuat keputusan isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu," katanya.
Sementara itu, Timbalan Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Aidit Ghazali berkata imej Nik Abdul Aziz sebagai pemimpin Islam berpengaruh sudah tercemar apabila beliau mengeluarkan kenyataan yang langsung tidak mencerminkan nilai-nilai Islam.
"PAS sudah hilang kredibiliti sebagai parti Islam, Nik Abdul Aziz pula buat kenyataan hampir nyanyuk dan hampir 'gila talak agama'. Majlis Fatwa perlu buat sesuatu tak kiralah siapa orang itu kerana (kenyataan) bukan dibuat sekali dua, dah banyak kali," katanya.
- Bernama
1. Nik Aziz salah cakap ke ?? atau yg dengar salah tafsir ???
2. Kalau salah tafsir , kenapa Fathul Bari..cakap begitu ??
najib76- AHLI
- Posts : 233
Points : 337
Join date : 02/12/2011
Location : Johor
Re: Dato Nik Aziz salah cakap atau apa ??
Setuju ngan saranan-saranan tu... Biar pihak berwajib sisat dulu fikrah Tuan Guru Nik Aziz ni... Kalau tengok secara umum, mmg bahaya... Kalau sayang Tuan Guru Nik Aziz, bantulah beliau.. wallahu'alam
Mohd. Ikram- AHLI SETIA
- Posts : 164
Points : 216
Join date : 25/11/2011
Re: Dato Nik Aziz salah cakap atau apa ??
Sebarang tindakan ke atas pemimpin atau parti politik dalam waktu PRU ini akan disalahtafsirkan dan dipolitikkan. Rakyat hendaklah bijak membuat penilaian berdasarkan hukum agama tanpa dipengaruhi oleh agen-agen politik. Agen politik akan sentiasa memBETULkan parti masing-masing walaupun dalam perkara yang tidak betul.
Dodo Don- AHLI
- Posts : 209
Points : 241
Join date : 26/05/2012
Re: Dato Nik Aziz salah cakap atau apa ??
kena cari youtube TGNA dulu, kna dengar apa dia kata
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Dato Nik Aziz salah cakap atau apa ??
Ustaz, ada yg betul ade pulak yg fake ttg TGNA di youtube..
saya abaikan dari search ttg itu .. huhuhu.. sbb ini perkara sensitif..
saya abaikan dari search ttg itu .. huhuhu.. sbb ini perkara sensitif..
Re: Dato Nik Aziz salah cakap atau apa ??
ada juga youtube TGNA yg fake?
he3...
he3...
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Dato Nik Aziz salah cakap atau apa ??
kalau boleh cari clip, "solat org amnu tak dapat pahala"
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Dato Nik Aziz salah cakap atau apa ??
Rasanya depa nak hidupkan balik fatwa TG HA kat Banggul Pradong Trengganu 1984 dulu...
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Dato Nik Aziz salah cakap atau apa ??
huhuhu.. dengar khabar, 5 Mei ni tarikh mengundi.. Ustaz pergi undi ek ?
Re: Dato Nik Aziz salah cakap atau apa ??
thtl wrote:Rasanya depa nak hidupkan balik fatwa TG HA kat Banggul Pradong Trengganu 1984 dulu...
Yg ni sye belum tahu lgi tentangnya.. memandangkn saya masih budak mentah hehe.. anyway, apakah Fatwa itu boleh digunakan atau tidak ?
Re: Dato Nik Aziz salah cakap atau apa ??
Saya rasa fatwa itu yang menyebabkan terjadinya solat jemaah berasingan. Solat Jumaat dua kali. Dalam kes yang ektrim membawa kepada isu kafir mengkafir. Sebab yang membezakan Islam dari yang lain adalah solat. Kalau solat sebagai tiang agama sudah tidak betul, maka orang akan mempertikaikan keIslamannya pula. Maka berlakulah isu kafir ini.
Dodo Don- AHLI
- Posts : 209
Points : 241
Join date : 26/05/2012
Re: Dato Nik Aziz salah cakap atau apa ??
Fatwa tu mencetuskan kafir mengkafir antara PAS dan UMNO
maka dengan kata-kata TGNA, solat org UMNO tak ada pahala, ia merupakan perincian dari fatwa TGHA
maka dengan kata-kata TGNA, solat org UMNO tak ada pahala, ia merupakan perincian dari fatwa TGHA
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Dato Nik Aziz salah cakap atau apa ??
thtl wrote:Fatwa tu mencetuskan kafir mengkafir antara PAS dan UMNO
maka dengan kata-kata TGNA, solat org UMNO tak ada pahala, ia merupakan perincian dari fatwa TGHA
maaf...thtl dah dengar ke ucapan TGNA ??
najib76- AHLI
- Posts : 233
Points : 337
Join date : 02/12/2011
Location : Johor
Re: Dato Nik Aziz salah cakap atau apa ??
based on youtube di atas tu laa...
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Dato Nik Aziz salah cakap atau apa ??
Video ini jadi bahan kempen terbaru UMNO. Mari sini saya nk ckp apa yg saya faham berdasarkan video ini (walaupun video ini diedit). TGNA konsisten dgn pendiriannya yg UMNO menolak Islam. Pahala ini bukannya kerja manusia nak tentukan org itu dpt pahala, org ini dpt pahala. Walaupun bersolat, tp tak semestinya dpt pahala. Tak kira lah org UMNO ataupun Pas. Ada byk syarat utk beroleh pahala ini.
Kenyataan TGNA ini selaras dgn firman Allah Taala di dlm surah Al-Maun ayat 4-6 yg bermaksud : "Maka celakalah orang-orang yang solat. Yang lalai drpd solat mereka. Yang riya'." Ini adalah amaran Allah kpd musollin sekiranya mereka lalai dan riya' walaupun kalau diikutkan dgn bersolat ini, ganjarannya adalah pahala. Tp ada beberapa perkara yg menjadikan bersolat ini tak beroleh pahala sebaliknya beroleh dosa dsb.
Sebelum-sebelum ini Muhyiddin pun pernah berfatwa juga dgn menyatakan undi BN dpt pahala. Ini bukan laporan drpd media pembangkang tp melalui media perdana. Kalau kata undi UMNO boleh kira lg tp undi BN? Muhyiddin juga baru-baru ini secara terang-terang menyatakan yg Pas ini Parti Ajaran Sesat tp Pas pula yg dikatakan suka kafir-mengkafir.

abubakar- AHLI
- Posts : 261
Points : 311
Join date : 06/07/2012
Re: Dato Nik Aziz salah cakap atau apa ??
Adakah ceramah itu berkisah tentang pengajaran solat atau dari awal ianya tentang UMNO? pendengar akan menerima message dari keseluruhan ceramah bukan hanya sebaris dua ayat yg dipetik dari ceramah itu. Apa objektif ceramah tersebut dari awal, adakah utk membaiki diri para hadirin atau untuk membaiki kedudukan parti?
Dodo Don- AHLI
- Posts : 209
Points : 241
Join date : 26/05/2012
Re: Dato Nik Aziz salah cakap atau apa ??
abu bakar,
Cuba perhati kenyataan itu sekali lagi:
"orang UMNO kalau tolak Islam, solatnya tidak dapat pahala, orang PAS jika tolak Islam, solatnya juga tak dapat pahala."
Ulasan:
kenyataan yg adil:
sesiapa saja orang Islam yang TOLAK Islam, solatnya tidak diterima.
itu baru kenyataan yg neutral, tanpa perlu sebut nama parti.
sebab bila sebut UMNO dan PAS, ahli PAS secara otomatik akan takbir sebab depa 100% yakin ahli PAS tidak pernah tolak Islam dan mereka secara otomatik akan gelakkan UMNO sebab sudah ada dalam brain cells ahli PAS, UMNO menolak Islam secara umumnya.
Moral of the story, bila diambang PRU, TGNA jangan buat BLUNDER...sebab PRU adalah war games..setiap kalimah boleh dimanipulasi oleh parti lawan...

Dodo,
berdasarkan youtube tsb, TG MB di temuramah. dia ulas dasar UMNO sejak dulu, UMNO di asaskan di atas dasar kebangsaan dan sekulerisma.
Kemudian TGMB menceritakan kebangkitan hari Akhirat, di mana manusia akan masuk syurga kerana amalannya, kerana amal usaha yg ia usahakan di bumi dulu. Maka mana mungkin ahli UMNO nak masuk syurga kalau atas dunia dasarnya sekuler dan tolak Islam..
maka keluarlah kenyataan:
"Jika ahli UMNO tolak Islam, maka solatnya tidak diterima"
Ia merujuk kpd dasar parti tsb yg menolak Islam, mengguna pakai kebangsaan sbg ideologi dan sekuler sebagai anutannya.

sy tak nampak sebarang salah mengenai kata2 tuan guru. ia secara umum.
tuan guru cuma cakap "tolak islam", adakah menolak islam sama dengan tidak melaksanakan islam dengan sempurna diatas sebab2 faktor tertentu?
lagi pun, tuan guru memberi contoh kedua2 parti, dimana kedua2 parti itu adalah parti kuat umat islam dimalaysia.
tak kan tuan guru nak sebut parti yang lain yang bukannya matlamat untuk memperjuangkan islam secara umumnya.
saya cuma terkilan kenapa cepat pemimpin lawan yang menyesatkan pihak lawan tanpa cek dulu berita.
kita diajar supaya periksa berita dulu, sebelum membuat apa2 hukuman, kan sekarang terserlah siapa yang cepat menyesatkan sesiapa.

helper- Helper
- Posts : 240
Points : 353
Join date : 24/11/2011
Re: Dato Nik Aziz salah cakap atau apa ??
helper,
sebelum TG MB kata "solat orang umno tak ada pahala" beliau menjelaskan parti umno rosak akidahnya, sekuler, dan amalkan kebangsaan dan manusia masuk syurga kerana amalannya.....cuba dengar youtube tu sekali lagi...
kesalahan fatal:
ada yg masuk syurga kerana rahmat Allah...
sebelum TG MB kata "solat orang umno tak ada pahala" beliau menjelaskan parti umno rosak akidahnya, sekuler, dan amalkan kebangsaan dan manusia masuk syurga kerana amalannya.....cuba dengar youtube tu sekali lagi...
kesalahan fatal:
ada yg masuk syurga kerana rahmat Allah...
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Dato Nik Aziz salah cakap atau apa ??
saya tak dengar youtube dari awal.
mungkin kat situ ada kesilapan yang dituturkan.
apa2pun, nak masuk syurga memang kerna rahmat Allah.
Allah itu Maha Adil.
Insyallah. setiap amalan pasti mendapat pembalasan yang setimpal dan sewajarnya walaupun ianya sebesar zarah.
wallahua'lam.
mungkin kat situ ada kesilapan yang dituturkan.
apa2pun, nak masuk syurga memang kerna rahmat Allah.
Allah itu Maha Adil.
Insyallah. setiap amalan pasti mendapat pembalasan yang setimpal dan sewajarnya walaupun ianya sebesar zarah.
wallahua'lam.
helper- Helper
- Posts : 240
Points : 353
Join date : 24/11/2011
Re: Dato Nik Aziz salah cakap atau apa ??
seperti PRU yg lepas-lepas, banyak statement TGMB yg merugikan PAS...ini contoh statement beliau yg dapat merugikan PAS/PR...
Tapi sbg mursyid, dia beyond control...
Tapi sbg mursyid, dia beyond control...
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Dato Nik Aziz salah cakap atau apa ??
Saya lebih concern sekiranya ia membawa kepada pandangan yang tidak baik bagi orang bukan Islam malah kepada orang awam Islam. Kalau parti rugi tidaklah seberapa kalau nak dibandingkan dengan pandangan buruk terhadap agama disebabkan oleh ucapan kita. Tentu ada hikmah mengapa Nabi saw tetap memberi layanan baik terhadap Abdullah bin Ubai. Ucapan memperlekehkan ibadat orang Islam secara terbuka sepatutnya tidak berlaku dan Ia akan menambahkan lagi Islamofobia kepada orang bukan Islam atau mereka akan kata orang Islam pun jahil dengan agamanya sendiri.
Dodo Don- AHLI
- Posts : 209
Points : 241
Join date : 26/05/2012
Page 1 of 3 • 1, 2, 3
Similar topics
» Kebangkitan Rakyat Syria Benar Atau Salah
» dato dr haron din
» UFB cakap jgn guna katak hidup utk memancing?
» Buku tentang kisah khalifah Umar Abd Aziz
» salah bacaquranberdosa?
» dato dr haron din
» UFB cakap jgn guna katak hidup utk memancing?
» Buku tentang kisah khalifah Umar Abd Aziz
» salah bacaquranberdosa?
BicaraTHTL :: Umum :: Isu Semasa
Page 1 of 3
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum