Pendapat pelik: Allah berfirman/Nabi bersabda dalam bahasa Melayu?
4 posters
Page 1 of 1
Pendapat pelik: Allah berfirman/Nabi bersabda dalam bahasa Melayu?
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamu'alaikum,
Saya ada pendapat yang pelik. Ini berkenaan apabila seseorang menulis/menyebut ayat Qur'an atau hadits Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam .
Bila dia sebut "Allah berfirman" atau "Nabi bersabda", dia terus saja sebut terjemahan ayat/hadits itu tanpa menyatakan bahawa itu adalah terjemahan, bukan ayat/matan yang asal dalam bahasa Arab.
Contoh:
seharusnya dinyatakan begini:
Contoh lain:
sepatutnya begini:
Dia seharusnya perlulah nyatakan terlebih dahulu bahawa ia adalah terjemahan sebelum sebutkan ayat itu. Atau lebih baik lagi, sebutkan juga ayat/matan asal dalam bahasa Arab.
Tujuannya, adab kepada Allah dan rasul-Nya.
Supaya orang tidak memandang enteng bahasa Arab. Orang awam kebanyakannya suka memetik sesuatu terjemahan tanpa merasa perlu kepada ayat/matan yang asli dalam bahasa Arab. Ada yang tak ambil tahu pun apa sebenarnya konteks perkataan tu kalau menurut bahasa Arab, dan boleh jadi apa yang mereka faham tak sama dengan dalam teks asal yang sebenar.
Lagipun, bukankah pelik bila tiba-tiba Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda, yang keluarnya dalam bahasa Melayu? Ini sesuatu yang perlu diperhatikan.
Mungkin something yang common sense dan sudah understood oleh kebanyakan orang dan kelihatan tak berapa penting. Sebab tu saya kata pendapat ni pelik.
Wallahu a'lam. Hadaanallah Waiyyakum Ajma'in

Allah berfirman:
"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan," (Surah Al-'Alaq:1)
seharusnya dinyatakan begini:
Allah berfirman (terjemahannya):
"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan," (Surah Al-'Alaq:1)
Contoh lain:
Nabi bersabda:
"Barang siapa yang berdusta atasku (yakni atas namaku) dengan sengaja, maka hendaklah ia mengambil tempat duduknya (yakni tempat tinggalnya) di neraka." (HR Bukhari dan Muslim)
sepatutnya begini:
Nabi bersabda (terjemahannya):
"Barang siapa yang berdusta atasku (yakni atas namaku) dengan sengaja, maka hendaklah ia mengambil tempat duduknya (yakni tempat tinggalnya) di neraka." (HR Bukhari dan Muslim)
Dia seharusnya perlulah nyatakan terlebih dahulu bahawa ia adalah terjemahan sebelum sebutkan ayat itu. Atau lebih baik lagi, sebutkan juga ayat/matan asal dalam bahasa Arab.
Tujuannya, adab kepada Allah dan rasul-Nya.
Supaya orang tidak memandang enteng bahasa Arab. Orang awam kebanyakannya suka memetik sesuatu terjemahan tanpa merasa perlu kepada ayat/matan yang asli dalam bahasa Arab. Ada yang tak ambil tahu pun apa sebenarnya konteks perkataan tu kalau menurut bahasa Arab, dan boleh jadi apa yang mereka faham tak sama dengan dalam teks asal yang sebenar.
Lagipun, bukankah pelik bila tiba-tiba Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda, yang keluarnya dalam bahasa Melayu? Ini sesuatu yang perlu diperhatikan.
Mungkin something yang common sense dan sudah understood oleh kebanyakan orang dan kelihatan tak berapa penting. Sebab tu saya kata pendapat ni pelik.
Wallahu a'lam. Hadaanallah Waiyyakum Ajma'in
Re: Pendapat pelik: Allah berfirman/Nabi bersabda dalam bahasa Melayu?
Ramai yg guna hadis Nabi dan Firman Allah Ta'ala tanpa meletak
(terjemahannya) sebab itu mungkin juga utk memahamkan org yg tidak tahu Membaca Arab ..
Dalam bahasa English pun berlaku perkara yg sama,Malah bahasa2 seperti Espanol, Deutch, Chinese, Japanese, Greek, dsbnya pun diterjemah tanpa meletakkan (Terjemahannya) , itu berdasarkan apa yg sya lihat.. Mungkin sesetengah ada..huhuhu so sukar utk bahas soal ini.. sbb ini sudah jadi Global habit huhuhu
(terjemahannya) sebab itu mungkin juga utk memahamkan org yg tidak tahu Membaca Arab ..
Dalam bahasa English pun berlaku perkara yg sama,Malah bahasa2 seperti Espanol, Deutch, Chinese, Japanese, Greek, dsbnya pun diterjemah tanpa meletakkan (Terjemahannya) , itu berdasarkan apa yg sya lihat.. Mungkin sesetengah ada..huhuhu so sukar utk bahas soal ini.. sbb ini sudah jadi Global habit huhuhu
Re: Pendapat pelik: Allah berfirman/Nabi bersabda dalam bahasa Melayu?
saya sendiri pun, kalau dalam percakapan, terlepas jugak sebut ayat Quran dan hadits tanpa nyatakan ia adalah terjemahan. tapi kita usahakanlah. ittaqullah semampunya!
Re: Pendapat pelik: Allah berfirman/Nabi bersabda dalam bahasa Melayu?
sesuatu yg mutawatir diamalkan tidak memerlukan kpd pembetulan.
semua orang maklum, AQ dan al-hadis dalam bahasa asalnya ialah arabic.
Maka bila ada quotation ayat dan hadis dalam bahasa selain bahasa asalnya secara ototmatik ia diterima sbg terjemahan.
sesuatu yg tidak masuk akal bila Allah berfirman dalam bahasa Melayu sedangkan kita tahu AQ diturunkan dalam bahasa arab...sudah tentu otak kita akan katakan ia adalah maksud ayat.
Begitu juga singkatan SWT dan SAW..secara otomatik dan mutawatir otak umat di nusantara dah tahu ia adalah subhanawata'ala dan sallahu 'laihi wasallam, cuma mereka ringkaskan sesuai dgn zaman dan ulangannya yg terlalu kerap. WA

thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Pendapat pelik: Allah berfirman/Nabi bersabda dalam bahasa Melayu?
Benda ni semua orang maklum, jadi tak perlu terlalu over detail, islam itu kan tidak membebankan hambanya....jadi kita tak yah nak beban kan setakat terlepas perkara yang tidak menjejaskan apa2...
#Hanya beri buah fikiran
#Hanya beri buah fikiran
Hazelgurluv- AHLI
- Posts : 26
Points : 36
Join date : 18/03/2013
Age : 42
Re: Pendapat pelik: Allah berfirman/Nabi bersabda dalam bahasa Melayu?
tengok orang jugak sebenarnya.
antara punca penyebaran hadits palsu: orang kurang perhatikan teks arab dia ada ke tak.
hadits palsu yang matan (teks) nya jelas-jelas kelakar pun orang kata sabda Nabi. teruk sangat la tu.
antara punca penyebaran hadits palsu: orang kurang perhatikan teks arab dia ada ke tak.
hadits palsu yang matan (teks) nya jelas-jelas kelakar pun orang kata sabda Nabi. teruk sangat la tu.
Re: Pendapat pelik: Allah berfirman/Nabi bersabda dalam bahasa Melayu?
penyibaran hadis palsu dan lemah ni masalah sepanjang zaman. sapa yg berjuang menjejaki hadis palsu ni dianggap meneruskan kerja2 Imam Bukhari, Muslim, Abu Daud, at-Termidzi...
puncanya banyak, bukan kerana matan arabic sahaja, ada 50 sebab kenapa terciptanya hadis palsu dan depa tak guna matan arabic, hanya salah satu sahaja, banyak lagi sebab lain kenapa mereka sanggup mencipta hadis palsu...
puncanya banyak, bukan kerana matan arabic sahaja, ada 50 sebab kenapa terciptanya hadis palsu dan depa tak guna matan arabic, hanya salah satu sahaja, banyak lagi sebab lain kenapa mereka sanggup mencipta hadis palsu...
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Similar topics
» Penggunaan Allah dalam Bible Bahasa Melayu
» Ada tak link Kitab al-Bidayah wan nihayah (masa Khulafa' Arrasyidin) dalam bahasa Arab?
» Cari Hadith: Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk jadi baik. Allah akan faqihkannya dalam agama
» Buku mengenai sunnah Rasulullah S.A.W. dlm bahasa melayu
» Mengkaji masalah pemikiran melayu dalam menerima sunnah

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum