BicaraTHTL
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Mohon pencerahan hadis nie..

5 posters

Go down

Mohon pencerahan hadis nie.. Empty Mohon pencerahan hadis nie..

Post by Amie Sat Jan 07, 2012 2:11 am

Assalamualaikum,

Setiap umatku diberikan keampunan kecuali orang-orang yang menampakkan (dosanya)
HR. Bukari dan Muslim

apa yg dimaksudkan menampakkan dosanya..?? adakah semua perbuatan maksiat yg mendatangkan dosa..? mohon pencerahan..
Amie
Amie
AHLI
AHLI

Posts : 9
Points : 13
Join date : 27/11/2011
Age : 39
Location : Jeram, Kapar, Klang, Kota Kemuning.

Back to top Go down

Mohon pencerahan hadis nie.. Empty Re: Mohon pencerahan hadis nie..

Post by thtl Sat Jan 07, 2012 8:23 am

takhrij penuh hadith:

حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ سَعْدٍ عَنْ ابْنِ أَخِي ابْنِ شِهَابٍ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ سَالِمِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا هُرَيْرَةَ يَقُولُ
سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ كُلُّ أُمَّتِي مُعَافًى إِلَّا الْمُجَاهِرِينَ وَإِنَّ مِنْ الْمُجَاهَرَةِ أَنْ يَعْمَلَ الرَّجُلُ بِاللَّيْلِ عَمَلًا ثُمَّ يُصْبِحَ وَقَدْ سَتَرَهُ اللَّهُ عَلَيْهِ فَيَقُولَ يَا فُلَانُ عَمِلْتُ الْبَارِحَةَ كَذَا وَكَذَا وَقَدْ بَاتَ يَسْتُرُهُ رَبُّهُ وَيُصْبِحُ يَكْشِفُ سِتْرَ اللَّهِ عَنْهُ
[right]

terj:
(BUKHARI - 5608) : Telah menceritakan kepada kami Abdul Aziz bin Abdullah telah menceritakan kepada kami Ibrahim bin Sa'd dari Ibnu Akhi Ibnu Syihab dari Ibnu Syihab dari Salim bin Abdullah dia berkata; saya mendengar Abu Hurairah berkata; saya mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Setiap umatku dimaafkan (dosanya) kecuali orang-orang menampak-nampakkannya dan sesungguhnya diantara menampak-nampakkan (dosa) adalah seorang hamba yang melakukan amalan di waktu malam sementara Allah telah menutupinya kemudian di waktu pagi dia berkata: 'Wahai fulan semalam aku telah melakukan ini dan itu, ' padahal pada malam harinya (dosanya) telah ditutupi oleh Rabbnya. Ia pun bermalam dalam keadaan (dosanya) telah ditutupi oleh Rabbnya dan di pagi harinya ia menyingkap apa yang telah ditutupi oleh Allah'."

maksud menampakkan dosa ialah menzahirkan dan bermegah-megah dgn dosa
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Mohon pencerahan hadis nie.. Empty Re: Mohon pencerahan hadis nie..

Post by yat Sat Jan 07, 2012 8:34 am

saya pernah mendengar video UFB tentang hadis ini..

dia bagi contoh pegi disko/karaoke, dia tau berdosa, lepas tu dia megah pi cerita kat orang dia pegi tempat2 macam ni, siap sebar gambar apa semua.....


Last edited by yat on Sat Jan 07, 2012 1:37 pm; edited 1 time in total
yat
yat
Moderator
Moderator

Posts : 899
Points : 1144
Join date : 05/12/2011

Back to top Go down

Mohon pencerahan hadis nie.. Empty Re: Mohon pencerahan hadis nie..

Post by abuzubair Sat Jan 07, 2012 9:05 am

penjelasan yg ringkas dan padat dr ust tuan hasan, dan contoh yg baik dr yat...

ana nak tambah sikit jer Smile

Mereka yg dimaksudkan di dlm hadis ini ialah orang fasiq [pelaku maksiat] yg menzahirkan /menonjolkan/ menghebahkan/"mengiklankan" maksiatnya.

Termasuk juga dalam golongan ini mereka yang bercerita sesama mereka dengan maksiat yang telah mereka lakukan. [tambahan saya: dan ada yg berbangga2, cabar mencabar, siapa yg lebih hebat dlm melakukan maksiat tersebut!!]

Saya [abu zubair] katakan : orang yang malu dengan maksiat yg dilakukan tak akan menzahirkan dan mengiklankan, bahkan dia akan cuba sembunyikan. Kalau seseorang itu menyebarkan kelakuan maksiatnya, itu tanda ada unsur2 berbangga dengan maksiat!!

pd zaman ini lagi mudah terjabak dgn mengiklankan maksiat sendiri ini..terutama dengan wujud pula laman2 sosial sprt FB. Maka hendaklah kita berhati2.

Menurut at-Tibbiy, maksud hadis ialah: setiap umat ini dilarang kita mengumpatnya, melainkan orang yang memang dia sendiri yg menzahirkan maksiatnya, dan menyingkap apa yg telah Allah lindungkan drp dilihat oleh orang, lalu menceritakan dan menghebahkan pula kpd org lain.

Oleh sebab itu, imam nawawi berpendapat, harus kita menyebutkan, Menceritakan tentang apa yg pelaku maksiat itu sendiri telah sebut/cerita dan hebahkan kpd orang. adapaun apa yg dia sembunyikan, tidaklah dibenarkan. Wallahu'a'lam.

Sumber: fathul bari 10/486-488, syarah sahih bukhari ibn battal 9/263.

abuzubair
AHLI
AHLI

Posts : 2
Points : 2
Join date : 07/01/2012

Back to top Go down

Mohon pencerahan hadis nie.. Empty Re: Mohon pencerahan hadis nie..

Post by Amie Sat Jan 07, 2012 2:54 pm

Terima Kasih Semua.. Sangat2 membantu.. Bagaimana pula dengan membuka aurat kerana ingin kecantikan itu diperagakan..?? adakah ia termasuk dalam tegahan menunjuk akan maksiat tersebut..??

Menurut at-Tibbiy, maksud hadis ialah: setiap umat ini dilarang kita mengumpatnya, melainkan orang yang memang dia sendiri yg menzahirkan maksiatnya, dan menyingkap apa yg telah Allah lindungkan drp dilihat oleh orang, lalu menceritakan dan menghebahkan pula kpd org lain.

Maka.. dibolehkan share gambar2 yg mereka sendiri buka aib kemudian orang lain pula share untuk dijadikan pengajaran untuk orang lain..? seperti mana di internet.. apa yg saya nampak.. mereka lebih kepada mencaci dari membantu.. adakah ini dibolehkan..?? Saya mengambil langkah untuk tidak kongsi aib orang tersebut walaupon beliau membukanya.. kerana pada masa ini masyarakat langsung tidak beradab dalam menyampaikan nasihat.. walaupon isinya padat tapi penuh dengan cacian.. mohon kupas pandangan ini juga.. Terima Kasih..
Amie
Amie
AHLI
AHLI

Posts : 9
Points : 13
Join date : 27/11/2011
Age : 39
Location : Jeram, Kapar, Klang, Kota Kemuning.

Back to top Go down

Mohon pencerahan hadis nie.. Empty Re: Mohon pencerahan hadis nie..

Post by Ahmad Shamil Sat Jan 07, 2012 6:21 pm

1.Bagaimana pula dengan membuka aurat kerana ingin kecantikan itu diperagakan..?? adakah ia termasuk dalam tegahan menunjuk akan maksiat tersebut..??

al-jawab:
membuka aurat memang satu maksiat, dan jika org yg membuka aurat tahu ianya maksiat, maka -pada pendapat saya-perbuatan menyebarkan gambarnya yg terdedah aurat itu merupakan salah satu perbuatan menzahirkan maksiat yg dilakukannya sendiri. wallahu'a'lam.

2.adakah dibolehkan share gambar2 yg mereka sendiri buka aib kemudian orang lain pula share untuk dijadikan pengajaran untuk orang lain..? seperti mana di internet..

al-jawab:
kalam at-tibby dan pendapat an-nawawi -pada pendapat saya- lebih kepada percakapan dan pertuturan, sebab ia dikaitkan dengan mengumpat.imam nawawi sendiri terkenal dengan tulisan beliau tentang keharusan mengumpat utk bbrp tujuan yg dibenarkan.maka memadai mendedahkan kemungkaran yg didedahkan oleh mereka bergambar itu secara percakapan sahaja utk pengajaran.

tidak perlu menyebarkan pula gambar maksiat, kerana ia bisa menambahkan lagi dosa kepada org yg melihatnya, antaranya dosa mata dan dosa hati..hadis sahih ada menyebut tentang zina anggota lain selain kemaluan seperti zina mata, zina tangan,zina hati..maka ini semua wajib kita elakkan.

dan daripada fiqh mencegah kemungkaran itu- tidak boleh mencegah kemungkaran dengan kemungkaran, tidak boleh mencegah kemungkaran dlm masa yg sama menghidupkan pula satu kemungkaran lain.

Wallahu'a'lam bissowaab.
Ahmad Shamil
Ahmad Shamil
Admin
Admin

Posts : 929
Points : 1226
Join date : 24/11/2011
Age : 39
Location : Raub, Pahang

http://kembara-journey.blogspot.com

Back to top Go down

Mohon pencerahan hadis nie.. Empty Re: Mohon pencerahan hadis nie..

Post by Amie Sun Jan 08, 2012 2:57 am

Terima Kasih Saudara Abu_Zubair.. pencerahan yg padat... rabbit
Amie
Amie
AHLI
AHLI

Posts : 9
Points : 13
Join date : 27/11/2011
Age : 39
Location : Jeram, Kapar, Klang, Kota Kemuning.

Back to top Go down

Mohon pencerahan hadis nie.. Empty Re: Mohon pencerahan hadis nie..

Post by Ahmad Shamil Sun Jan 08, 2012 6:30 am

semoga Allah memberkati saudara kerana soalan2 saudara menambahkan ilmu saya Smile

Ahmad Shamil
Ahmad Shamil
Admin
Admin

Posts : 929
Points : 1226
Join date : 24/11/2011
Age : 39
Location : Raub, Pahang

http://kembara-journey.blogspot.com

Back to top Go down

Mohon pencerahan hadis nie.. Empty Re: Mohon pencerahan hadis nie..

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum