Apa maksud hadith "suatu kaum yang kesaksian mendahului sumpah dan sumpah mendahului kesaksian"?
3 posters
Page 1 of 1

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum,
Berkenaan hadith 3 generasi terbaik:
Apa maksud teks yang bergaris di atas? Siapa sebenarnya kaum tersebut?
Mohon penjelasannya dari panel. Jazaakallahu khairan.
Assalamualaikum,
Berkenaan hadith 3 generasi terbaik:
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَيْرُ أُمَّتِي الْقَرْنُ الَّذِينَ يَلُونِي ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ يَجِيءُ قَوْمٌ تَسْبِقُ شَهَادَةُ أَحَدِهِمْ يَمِينَهُ وَيَمِينُهُ شَهَادَتَهُ
Rasulullah صلی الله عليه وسلم bersabda: Sebaik-baik umatku adalah yang hidup pada kurun sahabatku, kemudian setelah kurun mereka (tabiin), kemudian setelah kurun mereka (tabiit tabiin). Kemudian akan datang suatu kaum di mana kesaksian salah seorang mereka mendahului sumpahnya dan sumpahnya mendahului kesaksiannya
(Shahih Muslim, Kitab Keutamaan Sahabat, Bab 42: Keutamaan para sahabat, para tabiin serta orang-orang yang datang sesudah zaman mereka, Nombor: 4599)
Apa maksud teks yang bergaris di atas? Siapa sebenarnya kaum tersebut?
Mohon penjelasannya dari panel. Jazaakallahu khairan.
Re: Apa maksud hadith "suatu kaum yang kesaksian mendahului sumpah dan sumpah mendahului kesaksian"?
tunggu ustaz a_z cek dalam syarah an-Nawawi atas sahih Muslim
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Apa maksud hadith "suatu kaum yang kesaksian mendahului sumpah dan sumpah mendahului kesaksian"?
hadis ini diriwayatkan juga oleh al-bukhari. utk mendapatkan kefahaman yg lebih ana sebutkan di sini syarah kpd ungkapan dlm hadis yg ana petik dr sharah soheh muslim, juga beberapa kitab syarah bukhari.
kata as-sanadi, maksudnya:
orang sukar nak menerima kesaksian seseorang kerana banyaknya pembohongan pada zaman tersebut, hinggakan terpaksa disuruh saksi bersumpah-sama ada sebelum atau sesudah memberi kesaksian- barulah diyakini kesaksiannya. [hasyiah as-sanadi ala soheh bukhari 2/117]
maksudnya orang yg dipercayai utk menjadi saksi amat sukar ditemui x seperti zaman sebelumnya. dan org x takut memberikan kesaksian palsu.hingga akhirnya terpaksa suruh org bersumpah, kerana sumpah ni kalau menipu/dilanggar sumpah ada kifarah sumpah.
menurut ibn battal pula:
meraka terlalu banyak bersumpah, dlm semua benda nak bersumpah, hingga jadi kebiasaan, akhirnya mereka bersumpah sedangkan maksud sebenar mereka bukanlah bersumpah. [syarah soheh bukhari ibn battal 6/113-114]
maksudnya sumpah jadi permainan, tak terasa berat bila bersumpah.sedangkan imam as-sayfi'i sendiri pernah cakap, beliau setelah baligh tak pernah bersumpah sama ada atas kebenaran apalagi kebatilan.
al-aini dlm umdatul qari menyebut, org yg baik pun terpaksa bersumpah sebelum atau selepas memberi kesaksian, kerana sukarnya manusia nak percaya sesama mereka. [umdatul qari 24/235]
Kata imam an-nawawi:
Ungkapan ini mencela org yang memberi kesaksian kemudian bersumpah pula. Ia menjadi hujah kpd ulama mazhab maliki dlm menolak kesaksian org yang menggabungkan kesaksian dengan sumpah, di sisi jumhur ulama ia tidaklah tertolak. Maksud hadis: bahawa dia menggabungkan antara sumpah dan kesaksian, kdg2 didahulukan kesaksian, di waktu lain didahulukan sumpah. Dlm riwayat lain: mereka tergesa2 dlm membuat kesaksian terhadap salah seorang dr kalangan mereka. [syarah nawawi ala muslim 16/85-86].
wallahu'a'lam bissowaab.

Abu_Zubair wrote:hadis ini diriwayatkan juga oleh al-bukhari. utk mendapatkan kefahaman yg lebih ana sebutkan di sini syarah kpd ungkapan dlm hadis yg ana petik dr sharah soheh muslim, juga beberapa kitab syarah bukhari.
kata as-sanadi, maksudnya:
orang sukar nak menerima kesaksian seseorang kerana banyaknya pembohongan pada zaman tersebut, hinggakan terpaksa disuruh saksi bersumpah-sama ada sebelum atau sesudah memberi kesaksian- barulah diyakini kesaksiannya. [hasyiah as-sanadi ala soheh bukhari 2/117]
maksudnya orang yg dipercayai utk menjadi saksi amat sukar ditemui x seperti zaman sebelumnya. dan org x takut memberikan kesaksian palsu.hingga akhirnya terpaksa suruh org bersumpah, kerana sumpah ni kalau menipu/dilanggar sumpah ada kifarah sumpah.
menurut ibn battal pula:
meraka terlalu banyak bersumpah, dlm semua benda nak bersumpah, hingga jadi kebiasaan, akhirnya mereka bersumpah sedangkan maksud sebenar mereka bukanlah bersumpah. [syarah soheh bukhari ibn battal 6/113-114]
maksudnya sumpah jadi permainan, tak terasa berat bila bersumpah.sedangkan imam as-sayfi'i sendiri pernah cakap, beliau setelah baligh tak pernah bersumpah sama ada atas kebenaran apalagi kebatilan.
al-aini dlm umdatul qari menyebut, org yg baik pun terpaksa bersumpah sebelum atau selepas memberi kesaksian, kerana sukarnya manusia nak percaya sesama mereka. [umdatul qari 24/235]
Kata imam an-nawawi:
Ungkapan ini mencela org yang memberi kesaksian kemudian bersumpah pula. Ia menjadi hujah kpd ulama mazhab maliki dlm menolak kesaksian org yang menggabungkan kesaksian dengan sumpah, di sisi jumhur ulama ia tidaklah tertolak. Maksud hadis: bahawa dia menggabungkan antara sumpah dan kesaksian, kdg2 didahulukan kesaksian, di waktu lain didahulukan sumpah. Dlm riwayat lain: mereka tergesa2 dlm membuat kesaksian terhadap salah seorang dr kalangan mereka. [syarah nawawi ala muslim 16/85-86].
wallahu'a'lam bissowaab.
bermakna hadith ini menceritakan bahawa tahap kebolehpercayaan 3 generasi awal adalah yang terbaik dan orang-orang yang datang setelah 3 generasi itu sudah susah nak dipercayai lagi. begitu kan?
Re: Apa maksud hadith "suatu kaum yang kesaksian mendahului sumpah dan sumpah mendahului kesaksian"?
ya, begitulah...sebab itu hadis di letakakn di bwh bab menceritakan fadilat tiga generasi pertama.. kepercayaan dlm kesaksian ini hanyalah salah satu contoh yg diberi oleh baginda s.a.w di dlm hadis
Similar topics
» Hadith Allah suka hamba yang tidak terkenal
» Hadith tentang org bercakap semua yang dia dengar dikira pendusta
» Si kafir yang disebut dlm hadith
» Hadith Pemegang Ekor Sapi yang Dilaknat
» Hadith Hakim Orang Yang Berat Seksaan Di Akhirat

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum