Mahar Anak Perempuan Nabi Syuaib Yang Tinggi
2 posters
Page 1 of 1
Mahar Anak Perempuan Nabi Syuaib Yang Tinggi
Assalamualaikum, Sheikh dalam Surah Qosos ayat 27 disebutkan kisah Nabi Syuaib yang meletakkan mahar untuk anak perempuannya yang perlu dibayar oleh nabi Musa. Iaitu Musa as hendaklah bekerja dengan beliau selama 9 tahun atau 10 tahun. Ana tertanya-tanya mengapa banyak pihak mengeluh bila mahar wanita diletakkan tinggi sedangkan seorang nabi sendiri berbuat demikian. Jika berbaik sangka, logiknya Mahar tu tanda betapa berharganya wanita yang hendak dimiliki oleh sang suami?
Re: Mahar Anak Perempuan Nabi Syuaib Yang Tinggi
Apa yg diamalkan oleh Nabi Syu'aib tu dinamakan "syar'un man qablana" atau syariat sblm turunnya syari'at Muhammad saw. Jika ia diamalkan oleh Nabi akan syariat itu, maka ia terpakai buat kita, cth: khitan bagi lelaki, ia adalah sunnah yg diamalkan oleh Nabi Ibrahim AS. Maka Nabi teruskan, maka khitan adalah juga syariat kita.
Isu Mahar. Jika dalam syariat Nabi Syu'aib, ia adalah tinggi. Namun dlm syariat Nabi kita, ia kena sesuai dgn realiti dan kehendak al-Qur'an, yakni dgn penuh kerelaan dari mempelai lelaki, maksudnya suami mampu dan rela dgn amaun yg ditetapkan pihak perempuan. Ini yg berlaku di zaman Nabi, Nabi set ia kena sesuai dgn realiti dan kemampuan. Ali dgn Fatimah, Nabi cuma minta baju besi yg Ali ada, manakala Abdul Rahman bin Auf memberi mahar dgn emas ketul...ia kena dgn keadaan Ali dan kedudukan Abd Rahman.
Rumusan: mahar dalam syariat kita, ia berpatutan dgn realiti dan kemampuan lelaki, tapi scara umum, Nabi saw dan AQ mahukan ia pada kadar mampu tunai dan sederhana (tidak tinggi dan rendah sangat). Kalau lihat sekarang, KSA adalah paling mahal. average di saudi, mahar ialah SAR50,000.

thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Mahar Anak Perempuan Nabi Syuaib Yang Tinggi
Sheikh, soalnya sekarang masyarakat berfahaman Mahar Rendah itu lebih baik. Bukankah sepatutnya seperti yang Sheikh kata tadi, berpatutan atau apa yang ana faham bersesuaian dengan kemampuan bakal suami dan sudah tentunya seikhlasnya hati?
Re: Mahar Anak Perempuan Nabi Syuaib Yang Tinggi
Ini antara dalil mahar:
وَآتُواْ النَّسَاء صَدُقَاتِهِنَّ نِحْلَةً فَإِن طِبْنَ لَكُمْ عَن شَيْءٍ مِّنْهُ نَفْسًا فَكُلُوهُ هَنِيئًا مَّرِيئًا
AQS 4:04 [Berikanlah maskawin (mahar) kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan. Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebagian dari maskawin itu dengan senang hati, maka makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya]
ada 4 hukum yg dalam ayat ini:
1. mahar itu ditetapkan berdasarkan kemampuan keluarga lelaki
2. ia dibincang dgn suasana yg baik sehingga ada persetujuan/kerelaan
3. syarat tidak tetapkan kadar minima dan kadar maksima
4. Jika selepas akad, isteri nak kasi balik kpd suami sebahagian dari mahar itu adalah juga jalan penyelesaian jika mahar itu agak tinggi dan diluar kemampuan suami.
Kenapa di KSA, maharnya amat tinggi di dunia Arab? Purata mahar di Saudi Arabia ialah SAR50K=RM42K.
Sebab wanita saudi tidak bekerja dan lelaki Saudi terkenal dgn sifat kasar, suka menzalimi isteri, mudah berpoligami dan mudah mentalaknya, maka mahar yg tinggi adalah logik kerana ia adalah insuran kpd isteri yg didera dan diceraikan suami, kerana dia tidak ada kerjaya. Maka anggaplah mahar ini sbg INSURANS perkahwinan kpd wanita. Ia juga dikiaskan dgn downpayment. Cth jika menempah kereta, kita bayar 10% downpayment, gitu juga rumah, juga 10% downpayment..maka mahar itu adalah downpayment kpd wanita yg tidak ternilai harganya sesuai dgn kecantikan, agama dan nasabnya.
Maka di Malaysia ditetapkan berdasarkan uruf, apakah wanita bekerjaya, apakah keluarga bangsawan dan mithl (dibenchmark/tanda aras) dgn mahar kakaknya, dan juga kawasan dia menetap, di KL, di Kedah atau di Kelantan.

Kita kena tahu rahsia mahar, ia adalah insuran jika dizalimi dan dicerai oleh suaminya, jika dia tidak ada krja sebelum kahwin, maharnya di tingkatkan kerana insurannya lebih besar
2. Mahar juga bertindak sebagai downpayment setimpal dgn nilai wanita dari sudut kecantikan, keturunan, kekayaan, kelulusan akademiknya dan agamanya.
3. Selepas kawin, mahar boleh saja diberikan kpd suami semula sebahagiannya jika wanita itu puashati suaminya adalah seorang lelaki yg bertanggungjawab, penyayang dan memiliki ciri2 lelaki idamannya.
sekian
2. Mahar juga bertindak sebagai downpayment setimpal dgn nilai wanita dari sudut kecantikan, keturunan, kekayaan, kelulusan akademiknya dan agamanya.
3. Selepas kawin, mahar boleh saja diberikan kpd suami semula sebahagiannya jika wanita itu puashati suaminya adalah seorang lelaki yg bertanggungjawab, penyayang dan memiliki ciri2 lelaki idamannya.
sekian
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Mahar Anak Perempuan Nabi Syuaib Yang Tinggi
Ramai yang tak tahu hal ni. Jika di N.Sembilan, mahar yang ditetapkan untuk gadis ialah rm200. Ana rasa sepatutnya disebut juga bergantung pada kesesuaian taraf dan persetujuan kedua pihak.
Re: Mahar Anak Perempuan Nabi Syuaib Yang Tinggi
Ana pun sejak duk saudi ni baru tahu kenapa mahar di KSA mahal telajak..lalu ana pun tanyalah pak arab kat sini...barulah tahu kisah disebalik kenapa jadi demikian, sedangkan ini negara sunnah tulin...
depa pun guna fiqhul waqe' juga.
2. isu mahar di negeri2 persekutuan yg rendah. Itu ditetapkan sebelum merdeka lagi. Ia dinamakan mahar minima oleh sultan/majlis agama utk menjaga kepentingan wanita pada kadar masa itu. RM200 tahun 1945, tak sama dengan nilai RM200 sekarang. Kesilapan majlis agama ialah tidak menyemak kadar mahar tsb sebagaimana mereka sentiasa menyemak kadar nisab emas, zakat fitrah, zakat perhiasan dsbnya. Nilai wang ni sentiasa mengecil. Cth mudah, satu bahagian lembu utk korban, tahun 1945, adalah RM20 je satu bahagian. sekarang satu bahagian ialah RM500. Maksudnya, mahar bernilai RM200 tahun 1945 sebenarnya amat tinggi dgn keadaan inflasi masa itu. Jadi mahar yg ditetapkan penguasan atau sultan itu patut disemak setiap tiga tahun sekali... Namun mahar sebenar yg dilafazkan di hadapan jurunikah ialah jumlah kesemua mahar majlis agama + mahar tambahan.
Cth: "aku nikahkan akan dikau dgn fulanah bt fulan dgn maskawin RM10,000 tunai" RM200 tu dah masuk dalam jumlah keseluruhan maskawin.

Similar topics
» Syarah hadis anak kecil yang meninggal sebelum baligh dijaga oleh Nabi Ibrahim
» tinggi nabi adam
» Anak kecil yang diuji dengan ujian yang besar
» Wanita Yang Tinggi Maharnya
» Nabi/Rasul/Tokoh yang pernah dituduh melakukan kesalahan yang sebenarnya bukan kesalahan mereka

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum