Bilakah kalimah 'insyaAllah' sesuai digunakan?
4 posters
Page 1 of 1
Bilakah kalimah 'insyaAllah' sesuai digunakan?
Assalamualaikum.
Dalam sidang akbar Dato hassan Ali telah melafazkan kata-kata;
" Demi Allah dia akan terus memperjuangkan Islam"
Ada yang berpendapat sepatutnya Dato Hassan berkata 'InsyaAllah' bukan demi Allah.Adakah Dato Hassan silap? Jika tidak, bila sepatutnya kalimah ni sesuai digunakan?

Re: Bilakah kalimah 'insyaAllah' sesuai digunakan?
Salam,
Pada pendapat saya demi Allah itu sumpah (jika berniat bersumpah) ataupun janji. Insya-Allah pula sesuai digunakan untuk perkara2 masa hadapan yang kita tidak ketahui tapi berniat untuk lakukan.
Jika dalam konsep motivasi barat, mereka menekankan perkataan "will", cth "I will do that tomorrow" (saya akan lakukan benda itu esok) ataupun "I will get lots of money" (saya akan dapat duit), mengikut mereka ini dapat meningkatkan keyakinan terhadap diri sendiri. Ini hanyalah perbuatan orang yang menipu diri sendiri.
Umat Islam dianjurkan untuk mengatakan Insya-Allah untuk mengingatkan mereka bahawa Allah sebenarnya yang menetapkan segala sesuatu.

Surah Al-Kahfi ayat 23-24
Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): "Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti".
Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): "Insya Allah". Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan pertunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini"
ZulQ- AHLI
- Posts : 163
Points : 244
Join date : 28/11/2011
Re: Bilakah kalimah 'insyaAllah' sesuai digunakan?
"Demi Allah, aku akan terus memperjuangkan Islam"
itu dah masuk dalam bab Fiqh Yamin atau fiqh sumpah. Jika dikatakan,"aku akan terus memperjuangkan Islam" ia tidak kuat, maka utk menguatkannya, maka seseorang bersumpah dengan menyebut Demi Allah. Ia tidak mengapa.
InsyaAllah tidak kuat digunakan dalam konteks ini.

thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Bilakah kalimah 'insyaAllah' sesuai digunakan?
Demi Allah itu menunjukkan ikrar atau sumpah seperti dalam fiqh al-yamin. Kata Demi Allah itu sandarannya lebih kuat kerana menunjukkan perjuangan yang diniatkannya kerana Nya. Afdhal yamin dengan menyebut (Wallahi,Wabillahi Watallahi)untuk mengelakkan yamin ghamus atau Laghwul Yamin.. wallahua'lam
Re: Bilakah kalimah 'insyaAllah' sesuai digunakan?
Afdhal yamin dengan menyebut (Wallahi,Wabillahi Watallahi)
apa pasal pulak Dr Hasan Ali nak kena lafaz camtu?? itu lafaz DYMM YDPA bila naik takhta je...hehehe
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Bilakah kalimah 'insyaAllah' sesuai digunakan?
thtl wrote:Afdhal yamin dengan menyebut (Wallahi,Wabillahi Watallahi)
apa pasal pulak Dr Hasan Ali nak kena lafaz camtu?? itu lafaz DYMM YDPA bila naik takhta je...hehehe
hehe..saje lah..contoh jer...
baiah rasanya dulu tak da sampai macam tu kot..wallahua'lam
Similar topics
» mimpi kalimah allah dan kalimah ar-rahman dilangit
» InsyaAllah VS in syaa Allah
» bilakah dibernarkan jamak solat bersebab dan tanpa sebab
» Batal kah Kalimah Syahadah
» Bagaimana 'aqidah kita berkenaan Bahasa Arab yang digunakan dalam al-Quran?

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum