Terjemahan & Tafsir ayat MAALIKI YAUMIDDEEN
+2
abu_firdaus
AwgSagi
6 posters
Page 1 of 1
Terjemahan & Tafsir ayat MAALIKI YAUMIDDEEN
Assalamualaikun Tuan,
Sejak lama saya belajar terjemahan Surah Al-Fatihah... sebab saya tak faham bahasa arab... saya ikuti terjemahan ayat itu ialah Penguasa Hari Pembalasan / Penguasa Hari Pengadilan.
Baru-baru ni pertama-kali saya mendengar orang menterjemahkannya sebagai PENGUASA HARI AGAMA berdasarkan perkataan AD-DEEN.
Soalan saya:
1. Dari mana asal perkataan HARI PEMBALASAN/HARI PENGADILAN itu? Saya ada 2 Al-AlQuran terjemahan Pimpinan Ar-Rahman dan versi indonesia berserta Tafsir Jalalain. Saya dah cek... semuanya menterjemahkan ayat tu menjadi HARI PEMBALASAN.
2. Sekiranya ia betul diterjemahkan HARI AGAMA, apa tafsiran ayat tersebut?
3. Sekiranya keduanya boleh pakai, apakah persamaannya dan perbezaannya dalam konteks Surah Al-Fatihah sendiri?
Sekian.

AwgSagi- AHLI
- Posts : 22
Points : 30
Join date : 06/03/2013
Re: Terjemahan & Tafsir ayat MAALIKI YAUMIDDEEN
ini kena Ad-Dien yg jawab
abu_firdaus- AHLI
- Posts : 687
Points : 709
Join date : 19/05/2012
Location : bdr baru bangi
Re: Terjemahan & Tafsir ayat MAALIKI YAUMIDDEEN
Hari agama vs hari pembalasan tu dua-dua betul. Tapi ijma' mufassir (seluruh ahli tafsir) kata dalam ayat "Maliki yaumi Diin". maksudnya Hari Pembalasan.
Ia isu kekayaan arabic language, kalimah yg sama tapi boleh diaplikasi dalam ayat yg berlainan.
Sapa yg kata Din dalam al-Fatihah tu maksud Hari agama, maka ada dua-tiga kmungkinan:
1. dia tak gheti arabic
2. dia tak baca tafsir AQ, bahkan kitab terjemahan, melayu, indo atau english Yusof Ali.
3. ambil secara literal akan kalimah Deen

thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Terjemahan & Tafsir ayat MAALIKI YAUMIDDEEN
apa saja yg menyimpang dari apa yg maklum dalam kitab terjemahan dan tafsir utama sunni, sila abaikan sebab ia mengarut dan cuba nak sesatkan org lain...Kalau dia kata"Raja yg mnguasai Hari Agama" mungkin dia nak kata, tak ada Mahsyar dan Kiamat.
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Terjemahan & Tafsir ayat MAALIKI YAUMIDDEEN
saya pernah dgr ucapan tgna..die juge sebut hari agama krn pada hari itu kesemua yg dtg dengan agama masing2 dan pada hari itu allah akan tunjukkan agamaNya yg berada diatas kebenaran.w/a.
Re: Terjemahan & Tafsir ayat MAALIKI YAUMIDDEEN
yealaa...kena habaqlah Tafsir mana satu...tafsir ni nak kena dengar apa Ibn Abbas kata, Mujahid, Atha'...apa salaf kata...
kalau ikut khalaf, macam2la takwilnya...kalau kita nak maksud sebenar, ialah tafsir kaum salaf, sebab mereka hidup di zaman AQ diturunkan.
Tafsir Ibn Katsir pun tak cakap camtu...
kalau ikut khalaf, macam2la takwilnya...kalau kita nak maksud sebenar, ialah tafsir kaum salaf, sebab mereka hidup di zaman AQ diturunkan.
Tafsir Ibn Katsir pun tak cakap camtu...
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Terjemahan & Tafsir ayat MAALIKI YAUMIDDEEN
tak dikatan pula rujukannya..tp beliau memang memaksudkan hari akhirat.cume beliau maksudkn kata lain bagi din adalah agama dan die explen lah mcm yg saya katakn tadi.
Re: Terjemahan & Tafsir ayat MAALIKI YAUMIDDEEN
ustaz,ad-din tu sendiri dlm bhs arab mmg beerti pembalasan?
Re: Terjemahan & Tafsir ayat MAALIKI YAUMIDDEEN
al-Din tu banyak erti, pembalasan, agama, sistem, cara hidup....mungkin 20 makna. cuma dalam al-Fatihah:03, menurut para salaf maksudnya hari Pembalasan, Mahsyar, Hari Hisab. itu kata Ibn Abbas. Ibn Abbas ni adalah no 1 di kalangan salaf yg pakar dalam tafsir...amat fasih bahasa arab dan Nabi saw dah habaq Ibn Abbas adalah org paling tahu pasal AQ.
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Terjemahan & Tafsir ayat MAALIKI YAUMIDDEEN
Hari Agama tu dah berlaku. Ketika Islam jadi superpower dulu, masa era Ummayad dan Abbasiyah, empayar Rumawi dan Farsi tumbang, Islam menang ke atas semua agama pada masa itu. mpayar Islam gagah perkasa dari Morocco, ke Andalusia, ke Balkan, Bosnia, hingga ke India, China, Indonesia dan Filipina.
Hari agama kedua juga akan berlaku, Islam kembali berkuasa, munculnya al-Mahdi, turunnya Jesus son of Mary, runtuhnya salib, hapusnya babi dan tegaknya syariat dan terbunuh semua bani Israel di palestine.
itu kalau kita nak kata hari Agamalaa.
Hari agama kedua juga akan berlaku, Islam kembali berkuasa, munculnya al-Mahdi, turunnya Jesus son of Mary, runtuhnya salib, hapusnya babi dan tegaknya syariat dan terbunuh semua bani Israel di palestine.
itu kalau kita nak kata hari Agamalaa.
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Terjemahan & Tafsir ayat MAALIKI YAUMIDDEEN
Betul macam ustazna thtl jawab tu, saya tambah sikit-sikit insyaAllah.abu_firdaus wrote:ini kena Ad-Dien yg jawab
Secara lughah (bahasa) Din bermaksud agama, kepercayaan. Tapi secara istilahnya ada banyak maksud. Maksud melalui istilah ini tiada di dalam kamus biasa. Ia biasanya ada dalam kamus arab-arab seperti lisan al-Arab dan seumpamanya. Adapun istilah sesuatu perkataan itu diambil dari perkataan Al-Quran, Nabi, Sahabat, Salafussoleh atau ulama' terdahulu yang menafsirkan maksud perkataan itu.
Berbalik kepada Maksud Diin ini merujuk kepada hari agama secara lughahnya (bahasanya). Namun, secara istilahnya ia bermaksud hari pembalasan (Judgment Day) atau perhitungan/ hisab sebagaimana firmanNya dalam surah An-Nur ayat 25 yang menafsirkan maksud Al-Diin:
يومئذ يوفيهم الله دينهم الحق ويعلمون أن الله هو الحق المبين
Pada hari itu Allah akan menyempurnakan untuk mereka balasan yang berhak mereka mendapatnya, dan mereka pula akan mengetahui bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Adil, lagi nyata keadilanNya.
Begitu juga dalam surah As-Saffat ayat 53:
أإذا متنا وكنا ترابا وعظاما أإنا لمدينون
"Adakah sesudah kita mati dan menjadi tanah dan tulang, adakah kita akan (dihidupkan semula serta) dibalas apa yang telah kita lakukan? "
Dalam ilmu tafsir, kaedah ini dikenali sebagai kaedah tafsir Al-Quran dengan Al-Quran iaitu Al-Quran menafsirkan sendiri apa maksud sebenar sesuatu kalimah atau perkataan yang dimaksud dalam sesebuah ayat. Dan cara ini adalah cara tafsir yang pertama, yang mesti didahulukan kerana tidak ada yang lebih tepat tafsirannya melainkan nas dari Al-Quran itu sendiri. Kemudian barulah ditafsirkan dengan Al-Hadith dan sebagainya.
Berbalik kepada kalimah "Diin" bemaksud pembalasan kata Ibn Abbas radhiallahu 'anhu:
ويوم الدين يوم الحساب للخلائق، وهو يوم القيامة يدينهم بأعمالهم إن خيرًا فخير وإن شرًا فشر، إلا من عفا عنه. وكذلك قال غيره من الصحابة والتابعين والسلف، وهو ظاهر
Dan Yaum al-Diin ialah hari dimana seluruh makhluk dihisab (amalannya) dan ia merupakan hari Qiamat. Dibalas kepada mereka sesuai dengan amalan mereka. Jika baik (amalannya) maka baiklah (balasannya) jika buruk (amalannya) maka buruklah (balasannya). Kecuali sesiapa yang diampunkan oleh Allah. Dan inilah yang telah dikatakan oleh sahabat yang lain, para Tabi'in dan para Salaf. Dan perkara ini sudah jelas.
Allahua'lam.
Re: Terjemahan & Tafsir ayat MAALIKI YAUMIDDEEN
Alhamdulillah. Terima kasih semua kerana telah menambahkan lagi kefahaman saya.
AwgSagi- AHLI
- Posts : 22
Points : 30
Join date : 06/03/2013
Re: Terjemahan & Tafsir ayat MAALIKI YAUMIDDEEN
abu_aisyah wrote:ustaz,
ad-din juga maksudnya hutang kan?
beza baris.
الدِّين = Ad-Deen = Agama
الدَّين = Ad-Dayn = Hutang
http://arkib.al-fikrah.net/index.php?name=Forums&file=viewtopic&t=26264&postdays=0&postorder=asc&start=0
Similar topics
» Mencari Tafsir Surah Al-Furqaan(25) Ayat 30
» Terjemahan surah an nisaa' #88
» Tafsir surah Al-Kahfi ayat 103-104, hadis berdoa dapat bezakan haq & batil dan status hadis berlindung dari 4 perkara.
» Terjemahan surah an nisaa' #97
» Website tentang grammar dalam ayat-ayat Al-Qur'an

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum