BicaraTHTL
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

WARTAWAN HIBURAN BAKAL KE NERAKA JIKA..

2 posters

Go down

WARTAWAN HIBURAN BAKAL KE NERAKA JIKA.. Empty WARTAWAN HIBURAN BAKAL KE NERAKA JIKA..

Post by alDayyan Fri Nov 29, 2013 9:24 am

Salam 

saya ada satau kemusykilan.. kalau di selak helaian majalah hiburan, paper dan lain2 media sekarang ni kebanyakkan tajuk dan artikel yg dilaporkan oleh wartawan semuanya berbentuk sensasi dan seolah2 "MEMBONGKAR" aib seseorang hinga masyarakat membuat andaian tersendiri terhadap artikel yg dipublishkan lalu menyebabkan fitnah semakin subur.

apa yg saya perhatikan mmg pokok pangkal semuanya berpunca dari wartawan 100%.. sebab kalau dorg x publishkan kisah si polan, maka pastinya masyarakat x tau apa2 pasal kes tersebut. samada benar atau tidak sesuatu kes tu maka biarlah Allah sahaja yg mengetahuinya.

kalaula perkara aib ni disebarkan hanya semata2 etika kewartawanan yg sentiasa mahu menyebarkan kisah2 yg panas lagi sensasi, maka boleh ke mereka ni semua ke neraka sekiranya si polan yg tersebar aibnya itu tidak memaafkan wartawan ni nanti?

apa hukum yg terpakai dalam hal ni? itu belum lagi masuk bab2 mengumpat hasil dari pokok pangkal dalam kes ni.

Allah Ta’ala berfirman:

“Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat”. (QS: An Nuur: 19)

Diriwayatkan dari Abu Hurairah dari Nabi SAW, Nabi SAW bersabda: “Seorang hamba tidak menutupi aib hamba yang lain di dunia kecuali Allah akan menutupi aibnya di hari kiamat”. (HR; Muslim)

Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA ia berkata, “Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Seluruh umatku akan diampuni dosa-dosa kecuali orang-orang yang terang-terangan (berbuat dosa). Di antara orang-orang yang terang-terangan berbuat dosa adalah seseorang yang pada waktu malam berbuat dosa, kemudian di waktu pagi ia menceritakan kepada manusia dosa yang dia lakukan semalam, padahal Allah telah menutupi aibnya. Ia berkata, “Wahai fulan, semalam aku berbuat ini dan itu”. Sebenarnya pada waktu malam Tuhannya telah menutupi perbuatannya itu, tetapi justru pagi harinya ia membuka aibnya sendiri yang telah ditutupi oleh Allah. (Muttafaq ‘alaih HR: Bukhari dan Muslim).

WARTAWAN HIBURAN BAKAL KE NERAKA JIKA.. Mengumpat011

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya."Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

Sabda Rasulullah S.A.W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya,dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)

HADITH MENGENAI DOSA ORANG MENGUMPAT
Pengertian mengumpat adalah menceritakan keburukan seseorang walaupun ianya benar. manakala, maksud memfitnah pula adalah menceritakan keburukan seseorang padahal ianya tidak benar atau bohong.

   Rasulullah SAW menjelaskan mengumpat ini dalam sabda baginda yg bermaksud, “mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya”
   (Hadis Riwayat Muslim)

Dosa mengumpat membinasakan amal kebaikan ibarat api membakar kayu kering

   Dari Jabir dan Abi Said, Rasulullah SAW bersabda:
   “Awaslah daripada mengumpat, kerana mengumpat itu lebih keras daripada zina. sesungguhnya seseorang terkadang ia berzina dan bertaubat. maka diterima Allah swt akan taubatnya. Dan sesungguhnya seseorang yg mengumpat, tidak akan diampun dosanya sebelum diampuni oleh org yg diumpatnya itu.”

Balasan bagi org yang suka mengumpat

   Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Anas, Rasulullah SAW bersabda:
   “Pada malam aku diIsra’kan aku telah melalui suatu kaum yg mencakar-cakar muka mereka dgn kuku-kukunya sendiri, maka aku berkata: “Hai Jibril siapa mereka ini? jawab Jibril: Mereka ini adalah org2 yg suka mengumpat dan mereka juga suka menjaga tepi kain org”.
   (Abu Daud dari Anas)

Peringatan Rasulullah SAW kepada Orang Beriman

   Sabda Rasulullah: “Wahai org beriman dgn lidahnya, tetapi belum beriman dgn hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan janganlah kamu mengintip keaiban (menjaga tepi kain) mereka. Sesungguhnya, sesiapa yg mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaiban, dan dia akan mendedahknnya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri.”
   (Hadis Riwayat Abu Daud)
SABDA Rasulullah SAW: “Orang yang muflis dalam kalangan umatku ialah mereka yang pada hari Kiamat datang membawa pahala amal solat, puasa, zakat dan haji tetapi ketika di dunia, mereka pernah mencaci maki orang, menuduh tanpa bukti, memakan harta dengan zalim, membunuh dan memukul sesuka hati. Lalu pada hari kiamat, orang yang dizalimi akan menerima pahala amal si penzalim.

“Jika pahala amalnya habis (diberikan) sedangkan kesalahan dan dosanya ketika di dunia kepada orang yang tidak berdosa masih banyak, Allah SWT akan memberi pula dosa orang yang dizalimi itu kepadanya sehingga semakin berat bebannya, lalu Allah SWT campakkan dia ke dalam neraka.” (Riwayat Muslim)
Maka boleh la di andaikan yg mangsa penyebaran aib ni kiranya mcm mangsa kezaliman juga la kan?
Apa komen semua?

alDayyan
Helper
Helper

Posts : 563
Points : 772
Join date : 25/05/2012
Age : 55
Location : 127.0.0.1

http://www.bicarathtl.forumms.net

Back to top Go down

WARTAWAN HIBURAN BAKAL KE NERAKA JIKA.. Empty Re: WARTAWAN HIBURAN BAKAL KE NERAKA JIKA..

Post by thtl Fri Nov 29, 2013 11:40 am

Bahkan ia menyalahi etika kewartawanan yg asal. Namun dunia wartawan sudah berubah sebab wartawan kena ikut kehendak stakeholder atau pemegang saham terbesar syarikat berita tsb...
dari segi syarak, mmg suatu dosa besar dan di akhirat aib para wartawan, ketua editor dan pemilik syarikat berita akan di azab dan dibukakan aib2 mereka.

banyak orang menyalahi etika profeson masing, politicians pun lagi dahsyat, sepatutnya ahli politik adalah manusia paling kuat dan amanah, tapi hari ini politician adalah paling jahat dan kejam.

Business pun sama, sepatutnya mereka menjaga kepentingan pengguna walaupun nak untung, tapi hari ini businessman antara manusia paling jahat di dunia, memanipulasi pasaran dan mengaut keuntungan.

itulah ruginya alam bila Muslim lemah dan ajarannya ditinggalkan.
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum