Kenaikan tol pelengkap pakej penderaan
+2
abu_firdaus
najib76
6 posters
BicaraTHTL :: Umum :: Isu Semasa
Page 1 of 1
Kenaikan tol pelengkap pakej penderaan
Saya petik dari Sinar Harian .
SEREMBAN - Kenaikan kadar tol dijangka tahun depan, dilihat menjadi pelengkap pakej penderaan terhadap rakyat.
Naib Ketua AMK, Mohd Nazree Mohd Yunus berkata, pihaknya membantah perkara itu dan menganggap ianya tidak masuk akal memandangkan rakyat sudah cukup terbeban dengan beberapa kenaikan oleh kerajaan sebelum ini.
Menurut Mohd Nazree, sepatutnya kadar tol semakin rendah dari tahun ke tahun kerana syarikat konsesi mendapat pulangan modal bagi pembinaan lebuh raya, ditambah keuntungan berlipat ganda menerusi pertambahan kenderaan menggunakannya.
“Secara tidak langsung, keadaan ini menggambarkan betapa kerajaan pimpinan BN gagal mentadbir negara dengan baik berikutan banyak kenaikan harga berlaku, sedangkan baru tujuh bulan PRU13 berlalu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Mohd Nazree berkata, selain membebankan dari segi kewangan, kenaikan itu memberi impak negatif terhadap aspek sosial dan integriti.
“Tidak mustahil, anak-muda muda berada di perantauan selepas ini jarang pulang ke kampung menemui ibu bapa mereka, gara-gara tidak mampu menampung kos perjalanan semakin tinggi.
“Pada masa sama, kita juga khuatir gejala rasuah akan semakin membarah dalam kalangan masyarakat kerana ramai terpaksa mencari duit lebih untuk menjalani kehidupan seharian yang penuh tekanan,” katanya
persoalannya :
1.Perlu ke kadar TOL dinaikkan
2.syarikat konsensi TOL tak untung ke
3.adakah Kerajaan BN tidak pegang janji semasa kempen PRU13
najib76- AHLI
- Posts : 233
Points : 337
Join date : 02/12/2011
Location : Johor
Re: Kenaikan tol pelengkap pakej penderaan
Teori sy... kerajaan mgkin dah rasa sokongan dah merosot dan mungkin payah nak menang next PRU. So..5 tahun ni peluang nak kaut seberapa maksima keuntungan. Tak pasti samada utk kroni atau utk dana membantu mereka dlm political war termasuk belanja PRU.
abu_firdaus- AHLI
- Posts : 687
Points : 709
Join date : 19/05/2012
Location : bdr baru bangi
Re: Kenaikan tol pelengkap pakej penderaan
abu_firdaus wrote:Teori sy... kerajaan mgkin dah rasa sokongan dah merosot dan mungkin payah nak menang next PRU. So..5 tahun ni peluang nak kaut seberapa maksima keuntungan. Tak pasti samada utk kroni atau utk dana membantu mereka dlm political war termasuk belanja PRU.
teori saya pulak, kerjaan dah habis banyak duit masa sebelum pilihanraya dengan tabur itu ini..sekrang masa nak recollect balik
yat- Moderator
- Posts : 899
Points : 1144
Join date : 05/12/2011
Re: Kenaikan tol pelengkap pakej penderaan
saya ada rakan yg baru bekerja di salah satu tol kat kl.. satu hari lane dia saja boleh collect beratus ribu.. klu hari2 tertentu warga kl balik kg, boleh cecah berjuta-juta. cuba darabkan 30 hari.
saya tertanya2 juga, kemana duit2 tol ni di gunakan?
apa untung dan ruginya bila tol diturunkan ke rm0.50 untuk semua jenis kenderaan?
nak buat jalan baru? nak tampal jalan2 berlubang? bukan sampai beratus bilion pun, paling koman 1-2 bilion je dan jumlah tu 6bulan - setahun je dah boleh cover balik.
saya tertanya2 juga, kemana duit2 tol ni di gunakan?
apa untung dan ruginya bila tol diturunkan ke rm0.50 untuk semua jenis kenderaan?
nak buat jalan baru? nak tampal jalan2 berlubang? bukan sampai beratus bilion pun, paling koman 1-2 bilion je dan jumlah tu 6bulan - setahun je dah boleh cover balik.
Re: Kenaikan tol pelengkap pakej penderaan
semua masuk Khazanah Holdings, 100% milik Kementrian Kewangan Malaysia.
cth: PLUS, milik UEM, UEM milik penuh Khazanah Holdings...
Gomen create holding company to rob motorists ploughing the hiway daily...hahaha
Ini dinamakan broad day light robbery atau perompak siang hari. itu maksudnya, kerajaan mencetak wang kertas, nilai sebenar wang itu kerajaan kebas...rakyat hanya dapat kertas kosong....itu namanya paper money. the value of paper money is with bank negara and khazanah holding.

thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Kenaikan tol pelengkap pakej penderaan
Sumbangan GLC,Swasta biaya pilihanraya gomen?ni masa balas budi?..mungkin ya mungkin tidak..entah,walaupun jawapanya mudah je...
abgbob- VIP
- Posts : 41
Points : 43
Join date : 24/11/2011
Re: Kenaikan tol pelengkap pakej penderaan
di USA, companies mmg akan biayai samada party Republican dan Democrats. ia dibenarkan dalam undang2 USA.
Ini kerana komuniti business mahukan kerajaan yg mereka senangi utk teruskan bisnss mreka.
Jadi, syarikat2 dan GLC (GLC mmg kena biayai majikan dia) mmg akan biayai PRU..utk kekalkan party yg mereka senangi.
Ini kerana komuniti business mahukan kerajaan yg mereka senangi utk teruskan bisnss mreka.
Jadi, syarikat2 dan GLC (GLC mmg kena biayai majikan dia) mmg akan biayai PRU..utk kekalkan party yg mereka senangi.
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Kenaikan tol pelengkap pakej penderaan
thtl wrote:di USA, companies mmg akan biayai samada party Republican dan Democrats. ia dibenarkan dalam undang2 USA.
Ini kerana komuniti business mahukan kerajaan yg mereka senangi utk teruskan bisnss mreka.
Jadi, syarikat2 dan GLC (GLC mmg kena biayai majikan dia) mmg akan biayai PRU..utk kekalkan party yg mereka senangi.
sama juga dengan Australia...lobi melobi memang dibenarkan jugak...legalize rasuah...
yat- Moderator
- Posts : 899
Points : 1144
Join date : 05/12/2011
BicaraTHTL :: Umum :: Isu Semasa
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum