BicaraTHTL
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Pendirian-pendirian kerajaan Arab Saudi merugikan umat Islam?

2 posters

Go down

Pendirian-pendirian kerajaan Arab Saudi merugikan umat Islam? Empty Pendirian-pendirian kerajaan Arab Saudi merugikan umat Islam?

Post by Solah Sun Dec 22, 2013 8:06 am

1. Policy & politik antarabangsa Arab Saudi (KSA) ni saya tengok lebih merugikan umat Islam. Disebabkan KSA nak kekalkan monarki pentingkan diri sendiri dan cronism keluarga diraja Sa'ud selama-lamanya di sana, semua polisi yang diambil bersifat anti-kebangkitan rakyat. Padahal kebangkitan rakyat di tanah-tanah Arab bersifat menuntut keadilan melawan diktator dan penindasan. Sebagai contoh KSA menyokong kejatuhan kerajaan sah IM di Mesir dan memberi dana berjuta/billion kepada as-Sisi. KSA dengan kerjasama sekutu rapat USA memastikan tiada kebangkitan rakyat di Yaman. KSA tak serius tentang Palestin dan hanya anggap Palestin sebagai 'buffer nation' kepada ancaman Israel. KSA membiarkan Turki bersendirian membantu dan membela negara-negara Islam yang sedang bergolak. Sebenarnya adakah KSA ada membantu pergerakan Islam di Libya, Tunisia dan Syria?

2. Brand Islam KSA ini ialah Salafi-Wahabi ultra keras (mungkin kerana budaya orang Arab itu sendiri?). Brand ini dieksport keserata dunia Islam tapi kesannya saya tengok lebih menambah perpecahan dikalangan umat. Mujurlah ada ulama international yang moderate seperti DYQ yang terpaksa mengimbangi pendekatan keras Salafi-Wahabi ini untuk membuka hati golongan khalaf untuk tetap mendengar dan bertoleransi dengan perihal Salafi-Wahabi.

3. Kenapa KSA menjadi fokus kritikan? Sebab KSA teramat kaya rahmat pemberian minyak dan gas daripada Allah. Itu amanah kepada mereka untuk membantu sesama Islam dan itu membuatkan KSA mempunyai role yang besar dalam dunia Islam, selain mempunyai 2 kota suci Mekah dan Madinah. Selain membantu mengawal harga minyak dunia (dengan kerjasama USA of course) dan sponsor madrasah Salafi-Wahabi di negara luar, apa lagi peranan KSA ni untuk memenangkan Islam? KSA ni lebih suka menjatuhkan negara-negara Islam lain seperti mana Sa'ud dan pengikutnya memberontak daripada Daulah Kerajaan Turki Uthmaniyah yang seterusnya melemahkah sistem khalifah yang akhirnya tumbang.

Apa komen kalian? Bagaimana untuk defend KSA daripada tujahan-tujahan ini?

Solah
AHLI
AHLI

Posts : 114
Points : 187
Join date : 07/01/2012
Age : 42
Location : Penang

Back to top Go down

Pendirian-pendirian kerajaan Arab Saudi merugikan umat Islam? Empty Re: Pendirian-pendirian kerajaan Arab Saudi merugikan umat Islam?

Post by thtl Sun Dec 22, 2013 9:55 am

Sapa yg draft tujahan2 tsb
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Pendirian-pendirian kerajaan Arab Saudi merugikan umat Islam? Empty Re: Pendirian-pendirian kerajaan Arab Saudi merugikan umat Islam?

Post by thtl Sun Dec 22, 2013 11:58 am

Walaupun ana bukan saudi, cuma duk di saudi, tapi cuba jawab utk kongsi ilmu semasa atau Fiqh al-Waqe'.
Isu pertama: kenapa KSA tak sokong gerakan Islam dan arab spring.
Yang kita kena tahu, sistem pemerintahan di hijaz sejak dulu adalah dinasti monarki. sebab ia adalah sebuah negara berkabilah. Maka demokrasi akan menjadikan negara spt ini akan kucar kacir.
KSA tidak mendokong arab spring kerana mereka menetapkan keamanan sedia ada lebih utama di jaga dari natijah yg diimpikan.
KSA juga tidak mendokong harakah islamiah atau gerakan Islam khususnya Ikhwan kerana KSA memfatwakan apa jua gerakan Islam sbg gerakan Khawarij. Maka KSA mmg tidak akan menyokong kerajaan Morsi kerana fatwa saudi yg asal telah menetapkan kerajaan atas nama IM adalah kerajaan yg mungkar dan khawarij. Ini adala fatwa Lajna Daima KSA.
Palestin, KSA membantu secara dana dan memberi peluang pekerjaan kpd warga Palestin bekerja di saudi dan di negara2 teluk, GCC yg lain
di Syria, stiap Jumaat mesjid saudi mendoakan syria, mendoakan rakyat syria bukannya kpd syrian liberation army (SLA) atau assad. saudi juga memberi bantuan dana yg besar utk pelarian syria. Manakala negara spt Libya, Tunisia dan Algeria, saudi tak campur tangan dan tak sokong.
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Pendirian-pendirian kerajaan Arab Saudi merugikan umat Islam? Empty Re: Pendirian-pendirian kerajaan Arab Saudi merugikan umat Islam?

Post by thtl Sun Dec 22, 2013 12:11 pm

2. sejak dulu kala mazhab dan aliran di sponsor oleh Penguasa. Uthmaniah misalnya menaja mazhab Hanafi sebagai mazhab resmi, kerajaan Andalusia, menaja mazhab Maliki, kerajaan Malaysia pula misalnya menaja mazhab syafi'iy tareqat dan asyairah. Jadi kerajaan memainkan peranan penting dalam menaja sesuatu mazhab dan aliran, ini gara2 ulamak2 yg ada skill politik berjaya bergabung dgn Penguasa, lalu berjaya menjadikan mazhab dan aliran sbg mazhab resmi negara. smart ulamak...
mazhab Hanbali adalah mazhab resmi KSA, ini adalah usaha Imam Muhammad Abd Wahab yg bekerjasama dgn Raja saud 1. Maka KSA dgn kuasa petroriyalsnya telah mempromosi mazhab Hanbali-wahabiah ke seluruh dunia Islam. Keras ini sudah sinonim dgn arab saudi, dan keras akan anda akan alami sebaik saja anda mendarat di Jeddah international airport, di mana polis dan pegawai imigresen KSA akan melakukan layanan keras terhadap anda.
semua perkhidmatan kaunter saudi tidak ada layanan mesra pelanggan, anda akan dilayan dgn keras baik di bank, di supermarket dan premis perniagaan...tiada kalimah,' customer is king" di sini, owner is king, take it or boleh belah.." hehehe
itulah budaya KSA...walaupun anda tak suka dgn kekerasan mereka, namun kita kena tetap datang juga utk ke Haramain...umra dan hajj.
Tugas kita, ambil fiqh Hanabilah mereka, namun abaikan sikap keras mereka, kerana ia mmg sesuai utk umat padang pasir, tapi tak sesuai dgn kemelayuan dan keayuan kita. Saya selalu dialog dgn students kita di Madinah, ambil ilmu hadis mereka, tapi jangan bawa balik sikap baduwi mereka.
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Pendirian-pendirian kerajaan Arab Saudi merugikan umat Islam? Empty Re: Pendirian-pendirian kerajaan Arab Saudi merugikan umat Islam?

Post by thtl Sun Dec 22, 2013 12:20 pm

3.  Saudi makmur dan kaya adalah kerana doa Nabi Ibrahim dan Ismail yg mohon Allah limpahkan keamanan dan kekayaan dan buah2an kpd bumi Hijaz. Namun, KSA tidak pernah menjadi tonggak Islam sejak dulu. Bila Muawiyah bin Abu Sufyan memindahkan ibukota Islam ke Damsyiq, maka Syria menjadi pusat khilafah, selepas itu Abbasiyah ke Baghdad dan selepa itu ke Cairo, Andalusia, Istanbul dan Delhi. jadi KSA tidak significant sebagai pembela Islam...ibukota lain yg lebih kuat dan hebat di zaman silam. Maka jika KSA tidak memimpin Khilafah spt dulu adalah suatu yg betul sebab OIC mmg tidak kuat dan tidak pernah ada agenda utk menjadikan saudi sbg Khalifah Am. Buat masa ini kita mmg tidak ada khilafah. maka kita tak harap ada negara OC yg jadi champion Islam buat masa ni, masing2 jaga periuk nasi masing2.
Saud melawan Uthmaniah kerana kelemahan sistem beraja Turki dalam mngurus wilayah Islam. Tapi Saud 1, berjaya dikalahkan oleh Uthmaniah dan mereka berlindung di Bahrain. Pada tahun 1932, King Abdul Aziz masuk semula ke hijaz selepas Uthmaniah telah dibubarkian oleh Kamal Attaturk Maka tak ada isu negara moden KSA ni memberontak. ia cuma merdeka sebagaimana negara2 arab yg lain yg merdeka dari Othmaniah dan penjajah yg mengalahkan Othmania spt British, Italia dan Fransia yg kemudian menakluk jajahan Othmaniah dan mmbahagi-bahagikan ssama mereka. jadi, tuduhan bahawa King Abdu Aziz menubuhkan daulah KSA moden dgn memberontak tidak benar, sebab Othmaniah empire dah runtuh tahun 1924.
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Pendirian-pendirian kerajaan Arab Saudi merugikan umat Islam? Empty Re: Pendirian-pendirian kerajaan Arab Saudi merugikan umat Islam?

Post by Solah Mon Dec 23, 2013 3:19 pm

thtl wrote:Sapa yg draft tujahan2 tsb

Saya yang compile tujahan-tujahan tu berdasarkan kepada artikel-artikel yang saya baca di serata internet dan daripada pendapat ahli-ahli keluarga yang peka isu dunia Islam. Sebenarnya persoalan-persoalan no1 sampai no3 tu saya tak dapat jawab bila ditanya, jadi syukran kepada Syeikh THTL atas pencerahan.

Cumanya secara khusus saya memang amat terkesan dan geram dengan KSA berkaitan IM di Mesir. Padahal IM tu kerajaan sah yang dilantik. Bukanlah IM atau mana-mana parti yang angkat senjata sebagai khawarij tapi kuasa rakyat yang menjatuhkan Husni Mubarak. Kemudian undian secara demokrasi dibuat dan IM menang. Bila IM dijatuhkan dan tentera (istilah lebih sesuai: khawarij) yang rampas kuasa, boleh pulak KSA sokong. Saya nampak pendirian ni amat hipokrit tak kira sama ada fatwa Lajnah Daimah KSA ni digunapakai atau tidak.









Solah
AHLI
AHLI

Posts : 114
Points : 187
Join date : 07/01/2012
Age : 42
Location : Penang

Back to top Go down

Pendirian-pendirian kerajaan Arab Saudi merugikan umat Islam? Empty Re: Pendirian-pendirian kerajaan Arab Saudi merugikan umat Islam?

Post by thtl Tue Dec 24, 2013 7:03 pm

Bila Lujnah Fatwa KSA menyatakan gerakan IM ni khawarij dan kumpulan pelampau agama, maka kerajaan yg bakal didirikan oleh Pres Morsi (di Mesir) juga adalah kerajaan yg tidak disenangi oleh saudi arabia dan negara2 Teluk yg lain. Ini kerana kerajaan saudi dan Teluk tidak mahu IM menjadi catalyst kpd Arab Spring yg akan menggugat regim saud. Ini adalah isu politik. Seperti juga Yazid bin Abu Sufyan yang melihat Ibn Zubair dan al-Husin bin Ali sebagai ancaman kepada kerajaan Umayyah. IM juga adalah gerakan bersifat politik dan ia dianggap ancaman kpd beberapa negara arab khasnya saudi arabia, syria, Jordan dan negara2 Teluk. Kita kena lihat dari sudut politik.
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Pendirian-pendirian kerajaan Arab Saudi merugikan umat Islam? Empty Re: Pendirian-pendirian kerajaan Arab Saudi merugikan umat Islam?

Post by Solah Wed Dec 25, 2013 2:09 am

Jazakallah . Betul kata Syeikh, ini persoalan dan ijtihad politik dan sememangnya kesannya amat besar.

Solah
AHLI
AHLI

Posts : 114
Points : 187
Join date : 07/01/2012
Age : 42
Location : Penang

Back to top Go down

Pendirian-pendirian kerajaan Arab Saudi merugikan umat Islam? Empty Re: Pendirian-pendirian kerajaan Arab Saudi merugikan umat Islam?

Post by thtl Wed Dec 25, 2013 8:58 am

ya, Ikhwan (Brotherhood) mmg kena tukar strategi politik, benchmark Turki
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Pendirian-pendirian kerajaan Arab Saudi merugikan umat Islam? Empty Re: Pendirian-pendirian kerajaan Arab Saudi merugikan umat Islam?

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum