BicaraTHTL
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Contoh-contoh kajian teknologi menurut generasi salafussoleh

4 posters

Go down

Contoh-contoh kajian teknologi menurut generasi salafussoleh Empty Contoh-contoh kajian teknologi menurut generasi salafussoleh

Post by zikrulmaut_sm Wed Jan 08, 2014 9:14 pm

Bismillahurrahmaanirrahiim,
Assalaamu'alaikum warahmatullahi wabarakaatuh,

Saya tengah mencari contoh-contoh pengurusan hal dunia yang dilakukan generasi salafussoleh. Tujuannya, nak melihat bagaimana mereka menguruskan kehidupan mereka dan dalam masa yang sama boleh berjuang untuk agama.

Saya tengok ada sesetengah orang membenci perkara-perkara berkaitan dunia/hal modern dengan label "ini ilmu Yahudi" dan lain-lain. Jadi, saya nak tengok macam mana sebenarnya pengurusan dunia-agama yang sebenarnya menurut generasi salaf.

[*Note: Tajuk thread diubah dari "Contoh-contoh pengurusan hal dunia menurut generasi salafussoleh" kepada "Contoh-contoh kajian teknologi menurut generasi salafussoleh"


Last edited by zikrulmaut_sm on Fri Jan 10, 2014 9:59 pm; edited 1 time in total
zikrulmaut_sm
zikrulmaut_sm
AHLI
AHLI

Posts : 513
Points : 765
Join date : 25/11/2011

https://facebook.com/syazwanmisran

Back to top Go down

Contoh-contoh kajian teknologi menurut generasi salafussoleh Empty Re: Contoh-contoh kajian teknologi menurut generasi salafussoleh

Post by abu_firdaus Thu Jan 09, 2014 1:48 am

Mungkin soalan sdr lebih kpd pengurusan masa kot?
Kerana tentunya pengurusan hal dunia sudah berubah dgn berubahnya teknologi dan kehendak. Tak mungkin kita dpt mencontohi mereka dlm hal pengurusan dunia. Atau sy salah faham maksud soalan?
abu_firdaus
abu_firdaus
AHLI
AHLI

Posts : 687
Points : 709
Join date : 19/05/2012
Location : bdr baru bangi

Back to top Go down

Contoh-contoh kajian teknologi menurut generasi salafussoleh Empty Re: Contoh-contoh kajian teknologi menurut generasi salafussoleh

Post by zikrulmaut_sm Thu Jan 09, 2014 2:02 am

abu_firdaus wrote:Mungkin soalan sdr lebih kpd pengurusan masa kot?
Kerana tentunya pengurusan hal dunia sudah berubah dgn berubahnya teknologi dan kehendak. Tak mungkin kita dpt mencontohi mereka dlm hal pengurusan dunia. Atau sy salah faham maksud soalan?

secara umum. time management, teknologi, etc. anything about "dunya".
zikrulmaut_sm
zikrulmaut_sm
AHLI
AHLI

Posts : 513
Points : 765
Join date : 25/11/2011

https://facebook.com/syazwanmisran

Back to top Go down

Contoh-contoh kajian teknologi menurut generasi salafussoleh Empty Re: Contoh-contoh kajian teknologi menurut generasi salafussoleh

Post by thtl Thu Jan 09, 2014 10:12 am

pertama: Islam suruh kuasai harta, material, wealth, dunia
Maksud AQ:
“Dan Dia menundukkan untukmu apa saja yang ada di langit dan apa saja yang ada di bumi semuanya.” (Al-Jatsiyah: 13)

Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu (Al-Qashash: 77)

“Apabila shalat Jumat telah ditunaikan maka bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah anugerah Allah.” (Al Jumu’ah: 10)

sapa yg kata Islam anti dunia....silap besar. itu ajaran soofi

cara nak dapatkan harta, nak urustadbir harta, itu perlu pengurusan moden, macam Khalifah Umar, dia guna sistem pengurusan farsi utk mengurus kewangan negara, atau ilmu accounting. sebab tu org belajar MBA, accounting, business...sbb nak dapatkan harta dan urus kan harta dgn profesional
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Contoh-contoh kajian teknologi menurut generasi salafussoleh Empty Re: Contoh-contoh kajian teknologi menurut generasi salafussoleh

Post by zikrulmaut_sm Thu Jan 09, 2014 6:23 pm

Like 

Syukran syaikh. Mintak kongsikan lagi fakta berkenaan urusan dunia menurut Islam. Supaya boleh convince orang.
zikrulmaut_sm
zikrulmaut_sm
AHLI
AHLI

Posts : 513
Points : 765
Join date : 25/11/2011

https://facebook.com/syazwanmisran

Back to top Go down

Contoh-contoh kajian teknologi menurut generasi salafussoleh Empty Re: Contoh-contoh kajian teknologi menurut generasi salafussoleh

Post by thtl Thu Jan 09, 2014 8:56 pm

Luas sangat topik ni...

Cara nak urus politik secara Islami
cara nak urus ekonomi
cara nak urus negara
cara nak urus masyarakat
cara nak urus urusan hubungan antarabangsa
Urusan perang dan perdamaian
hak asasi manusia
cara nak atasi masalah kemiskinan
urusan pentadbiran dan pengurusan kerajaan Islam
hukum hakam pidana
dll...

alangkah baiknya kalau kecilkan skop perbahasan. Cara anda mintak tu dinamakan "helicopter's view" atau "macro view".
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Contoh-contoh kajian teknologi menurut generasi salafussoleh Empty Re: Contoh-contoh kajian teknologi menurut generasi salafussoleh

Post by zikrulmaut_sm Fri Jan 10, 2014 10:01 pm

ok syaikh. saya ubah tajuk thread kepada "Contoh-contoh kajian teknologi menurut generasi salafussoleh".

Skop nya adalah, kajian-kajian tekonologi baru yang ditolak oleh sebahagian orang, misalnya kajian sains, perubatan, dll.
zikrulmaut_sm
zikrulmaut_sm
AHLI
AHLI

Posts : 513
Points : 765
Join date : 25/11/2011

https://facebook.com/syazwanmisran

Back to top Go down

Contoh-contoh kajian teknologi menurut generasi salafussoleh Empty Re: Contoh-contoh kajian teknologi menurut generasi salafussoleh

Post by thtl Fri Jan 10, 2014 11:17 pm

Kajian teknologi zaman salafu soleh tak adalah, sebab zaman kecemerlangan tamaddun Islam bermula pada zaman abbasiah, andalusia...Ini ada dibukukan dalam kitab spt min Rawa'iq hadhratuna
عنوان الكتاب: من روائع حضارتنا
المؤلف: مصطفى السباعي
حالة الفهرسة: غير مفهرس
الناشر: دار الوراق للنشر والتوزيع - بيروت - المكتب الإسلامي
terjemahnya: dari kilauan tamaddun kita, karya Dr Mustafa al-Siba'iy.
selepas itu zaman kemunduran tamaddun islam dan kebangkitan Eropah dan revolusi Industri pada abad ke18 hinggalah kini Barat, Jepun dan sekarang Korea menerajui dunia dalam teknologi.
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Contoh-contoh kajian teknologi menurut generasi salafussoleh Empty Re: Contoh-contoh kajian teknologi menurut generasi salafussoleh

Post by zikrulmaut_sm Sat Jan 11, 2014 7:53 am

emmm... kalau import teknologi? misalnya strategi perang Khandaq.
zikrulmaut_sm
zikrulmaut_sm
AHLI
AHLI

Posts : 513
Points : 765
Join date : 25/11/2011

https://facebook.com/syazwanmisran

Back to top Go down

Contoh-contoh kajian teknologi menurut generasi salafussoleh Empty Re: Contoh-contoh kajian teknologi menurut generasi salafussoleh

Post by thtl Sat Jan 11, 2014 9:26 am

Import tak ada significantlaa..sebab impot ni benda yg paling senang...tekonologi perang, mmg banyak umat islam dulu guna tektik atau weaponary yg diimpot..cthnya perang parit (trench) adalah dari Farsi. manjanik atau Lastik Grgasi (Giant catapult) diimpot dari Rom. sekarang kita impot fighter plane, submarines, ballistic missiles, etc

atau apa sebenarnya yg enta nak, nampak macam tak berapa clear...
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Contoh-contoh kajian teknologi menurut generasi salafussoleh Empty Re: Contoh-contoh kajian teknologi menurut generasi salafussoleh

Post by zikrulmaut_sm Sat Jan 11, 2014 9:33 am

Kes dia secara specific:

Dulu, ada orang yang apabila mendengar tentang rawatan penyakit dengan teknologi modern, dia dengan segera menolaknya dengan mengatakan ia "ilmu Yahudi", dan lebih memilih untuk berubat dengan hal-hal yang menurutnya "perubatan Nabi". (Namun, setelah diteliti, ternyata apa yang didakwa sebagai "perubatan Nabi" itu tidaklah tepat seperti yang dia fikir dan teknologi modern yang ditolaknya pun sebenarnya selari dengan sunnah rasul.)

Jadi, macam mana nak atasi persepsi orang sebegini?
zikrulmaut_sm
zikrulmaut_sm
AHLI
AHLI

Posts : 513
Points : 765
Join date : 25/11/2011

https://facebook.com/syazwanmisran

Back to top Go down

Contoh-contoh kajian teknologi menurut generasi salafussoleh Empty Re: Contoh-contoh kajian teknologi menurut generasi salafussoleh

Post by thtl Sat Jan 11, 2014 12:50 pm

Rasanya kita dah banyak kali bincang pasal perubatan Islam ni, sejak AFN 1.0.
itu adalah salah faham mengnai istilah perubatan dan perubatan Islam.

Nabi saw kata, "jika kamu sakit, maka berubatla" maka perubatan ini adalah suatu keperluan asasi manusia, bukan ciptaan Yahudi.
buktinya, Nabi sendiri dan para sahabat juga berubat, kemudian para khalifah pun ada doktor peribadi dan daulah ummayah, abbasiah dan uthmani membina hospital2 dan membuka fakulti prubatan di pusat2 pengajian di Cordova dan Baghdad..Avicienna atau Ibn Sinna misalnya masyhur sbg pioner dalam modern medicine dan dia adalah surgeon (pakar bedah).
jadi sapa yg kata perubatan ini ciptaan Yahudi adalah tidak benar, bahkan ia adalah keperluan asasi manusia disemua zaman dan Islam adalah tamaddun yg mencetus perubatan dan hospital moden pada hari ini dan bukan Yahudi.

adapun apa yg didakwa sbg perubatan Islam itu sebenarnya adalah istilah yg dicipta oleh pengarang kitab2 sunan, misalnya sunan Termidzi ada bab bab at-Tibb dan dia bawakan hadith2 pasal kesihatan dan wellness yg diamalkan oleh Nabi. Kemudian al-Hafiz Ibn Qayyim buat kitab berjodol Tibb Nabawi (atau perubatan Nabawi)...maka start dari situlah umat islam keliru bahawa perubatan Islam adalah spt apa yg ditulis oleh Ibn Qayyim dan perubatan moden dipisahkan dari Islam. Ini tidak betul. Apa yg Ibn Qayyim tulis adalah Wellness atau apa yg Nabi amalkan untuk menjaga kesihatan baginda. ia adalah berrsifat preventive medicine atau mencegah sblm sakit. Idea ni diamalkan oleh syarikat2 MLM yg terkemuka, antaranya Herbalife, amyway, shakley dll...ia adalah alaman kesihatan supaya kita tidak payah pergi ke hospital. Jika jatuh sakit, maka ketika itu, ia perlu kpd hospital, Tapi kalau kita nak jauhi bill hospital, maka kita kena amalkan Tibb Nabawi spt yg ditulis oleh Ibn Qayyim, kalau kita sakit, maka Islam suruh kita pergi berubat di klinik. Jampi serapah tu semua bukan perubatan tapi adalah [b]doa dan zikir yg merupakan rutin dan amalan biasa umat Islam. tak sakit pun kena zikir dan doa. WA
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Contoh-contoh kajian teknologi menurut generasi salafussoleh Empty Re: Contoh-contoh kajian teknologi menurut generasi salafussoleh

Post by alDayyan Sun Jan 12, 2014 5:32 am

saya rasa, sekalipun betul ianya ilmu yahudi, xde lah salahnya selagi x bercanggah dgn syarak.

alDayyan
Helper
Helper

Posts : 563
Points : 772
Join date : 25/05/2012
Age : 55
Location : 127.0.0.1

http://www.bicarathtl.forumms.net

Back to top Go down

Contoh-contoh kajian teknologi menurut generasi salafussoleh Empty Re: Contoh-contoh kajian teknologi menurut generasi salafussoleh

Post by thtl Sun Jan 12, 2014 8:59 am

Ya, selagi x bercanggah dgn syariat, dan ianya memberi banyak manfaat kpd manusia.
cth internet, walaupun ia idea Yahudi, tapi ia banyak manfaat utk sibarkan Islam di cyber
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Contoh-contoh kajian teknologi menurut generasi salafussoleh Empty Re: Contoh-contoh kajian teknologi menurut generasi salafussoleh

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum