BicaraTHTL
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Berkahwin kat siam tanpa pengetahuan ahli keluarga

2 posters

Go down

Berkahwin kat siam tanpa pengetahuan ahli keluarga Empty Berkahwin kat siam tanpa pengetahuan ahli keluarga

Post by alDayyan Sat Feb 01, 2014 6:59 am

Salam 

Apakah hukumnya pernikahan tersebut sekiranya pernikahan tersebut tidak disertakan dgn kehadiran wali mujbir?
Jenis-jenis wali

Wali mujbir: Wali dari bapa sendiri atau datuk sebelah bapa (bapa kepada bapa) mempunyai kuasa mewalikan perkahwinan anak perempuannya atau cucu perempuannya dengan persetujuannya atau tidak (sebaiknya perlu mendapatkan kerelaan bakal isteri yang hendak dikahwinkan)

Wali aqrab: Wali terdekat mengikut susunan yang layak dan berhak menjadi wali

Wali ab’ad: Wali yang jauh sedikit mengikut susunan yang layak menjadi wali, jika ketiadaan wali aqrab berkenaan. Wali ab’ad ini akan berpindah kepada wali ab’ad lain seterusnya mengikut susunan tersebut jika tiada yang terdekat lagi.

Wali raja/hakim: Wali yang diberi kuasa atau ditauliahkan oleh pemerintah atau pihak berkuasa negeri kepada orang yang telah dilantik menjalankan tugas ini dengan sebab-sebab tertentu.

sumber dari wikipedia

Ada seorang wanita ni yg berkahwin senyap2 kat sempadan sana tanpa memberitau ahli keluarganya. Kalau dia kawen guna wali hakim, tetap x sah sebab wali mujbir tu masih lagi hidup. Apakah benar kenyataan ini? Bagaimana dgn status anak hasil dari perkahwinan tersebut?

alDayyan
Helper
Helper

Posts : 563
Points : 772
Join date : 25/05/2012
Age : 55
Location : 127.0.0.1

http://www.bicarathtl.forumms.net

Back to top Go down

Berkahwin kat siam tanpa pengetahuan ahli keluarga Empty Re: Berkahwin kat siam tanpa pengetahuan ahli keluarga

Post by thtl Sat Feb 01, 2014 1:00 pm

harus, menurut Fatwa Kebangsaan malizia:


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Jul 2002 telah membincangkan Kahwin Lari di Selatan Thailand. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum pernikahan di luar negara adalah sah dengan syarat :

1 Pernikahan itu mengikut rukun nikah

2 Pernikahan itu melebihi dua marhalah

3 Tiada keputusan mahkamah yang menghalang perempuan itu berkahwin atas alasan syarak ditempat dia bermastautin.

4 Pernikahan itu dilakukan oleh wali hakim yang diiktiraf oleh wilayah negara berkenaan dan diakad nikahkan di wilayah berkenaan di mana ia ditauliahkan sebagai wali hakim.
Balik Malaysia, lapur di mahkamah syariah, akan dibicarakan dan didenda tidak melebihi RM1000.00
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum