Tanya status hadis malaikat patah sayap
5 posters
Page 1 of 1
Tanya status hadis malaikat patah sayap
Kisah Malaikat Yang Sayapnya Dipatahkan Karena Tidak Berdiri Menyambut Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam
Suatu ketika Malaikat Jibril AS datang kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan berkata, “Ya Rasulullah, aku telah melihat seorang malaikat di langit berada di atas singgasananya. Di sekitarnya terdapat 70.000 malaikat berbaris melayaninya. Pada setiap hembusan nafasnya Allah SWT menciptakan darinya seorang malaikat. Dan sekarang kulihat malaikat itu berada di atas gunung Qaaf dengan sayapnya yang patah sedang menangis. Ketika dia melihatku, dia berkata, “Adakah engkau mau menolongku?”
Aku berkata, “Apa salahmu?”
Dia berkata, “Ketika aku berada di atas singgasana pada malam Mi’raj, lewatlah padaku Rasulullah. Lalu aku tidak berdiri menyambutnya dan Allah menghukumku dengan hukuman ini, serta menempatkanku di sini seperti yang kau lihat.”
Malaikat Jibril berkata, “Seraya aku merendah diri di hadapan Allah, aku memintakannya ampunan kepada Allah.”
Maka Allah SWT berfirman, “Hai Jibril, katakanlah agar dia membaca shalawat atas Kekasih-Ku Muhammad.”
Malaikat Jibril berkata lagi, “Kemudian malaikat itu membaca shalawat kepadamu dan Allah mengampuninya serta menumbuhkan kedua sayapnya, lalu menempatkannya lagi di atas singsananya.”
Mukasyafatul Qulub, Hujattul Islam Al Imam Al-Ghazali hal 143

tokbatinasli- AHLI
- Posts : 31
Points : 55
Join date : 13/12/2011
Re: Tanya status hadis malaikat patah sayap
al-Ghazali kan dah maklum manhaj beliau (semuga Allah ampuni beliau).
beliau banyak masukkan khabar dari sufi dalam karyanya. apa pun ana akan cek kitab tsb dan trace dari mana dia kutip kisah ajaib begitu

thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Tanya status hadis malaikat patah sayap
Dah buka kitab arab:
edisi tahqiq Syaikh Solah Muhammad 'Uwaidhah, bab 19, ms 59, e-book. Namun, syaikh tsb tak komen.
al-Ghazali sebut dgn lafaz (جاء في الخبر ) maksudnya ia hanya khabar, cerita sahaja.

kisah2 atau khabar ni kita kena kritik matan dulu.
1. ianya kisah malam Mi'raj. maka sudah tentu mmg banyak kisah dongeng dalam bab ni.
2. kita tak pernah jumpa dalam kitab sunan bab Isra' dan Mikraj akan riwayat ini, walaupun yg dha'if atau maudhu'.
3. Ia tidak masuk akal adanya Malaikat yang ingkar dan sombong
4. Ia termasuk fadhilat selawat yg melampaui batas.
1. ianya kisah malam Mi'raj. maka sudah tentu mmg banyak kisah dongeng dalam bab ni.
2. kita tak pernah jumpa dalam kitab sunan bab Isra' dan Mikraj akan riwayat ini, walaupun yg dha'if atau maudhu'.
3. Ia tidak masuk akal adanya Malaikat yang ingkar dan sombong
4. Ia termasuk fadhilat selawat yg melampaui batas.
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Tanya status hadis malaikat patah sayap
Apa maksud ustaz al-Ghazali dh maklum manhaj beliau?
hafiz- AHLI
- Posts : 388
Points : 709
Join date : 15/06/2013
Re: Tanya status hadis malaikat patah sayap
manhaj=aliran pemikiran
Imam Ghazali, ulama' mazhab syafi'iy dari aliran tasawwuf atau kesufian. Kitab2 beliau tidak teliti dari segi sumber rujukan spt hadith, atsar dan khabar, di mana terdapat hadith, atsar yg palsu dan maudhu' atau tiada asalnya, manakala khabar (hikayat) adalah dari cerita2 tokoh2 sufi.
Kitab induk beliau ialah Ihya' Ulumiddin, 8 jilid, hendaklah dibaca edisi tahqiq oleh al-hafiz al-Iraqi.
Imam Ghazali, ulama' mazhab syafi'iy dari aliran tasawwuf atau kesufian. Kitab2 beliau tidak teliti dari segi sumber rujukan spt hadith, atsar dan khabar, di mana terdapat hadith, atsar yg palsu dan maudhu' atau tiada asalnya, manakala khabar (hikayat) adalah dari cerita2 tokoh2 sufi.
Kitab induk beliau ialah Ihya' Ulumiddin, 8 jilid, hendaklah dibaca edisi tahqiq oleh al-hafiz al-Iraqi.
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Tanya status hadis malaikat patah sayap
sekadar penglipurlara sahaja kan? sebabnya, pelik juga dgn kisah2 malaikat ingkar dgn perintah Allah pastu kena hukum mcm ni..
Re: Tanya status hadis malaikat patah sayap
pertama kali dengar malaikat patah sayap, yg pernah dengar hadith malaikat datang ke majlis ilmu membentangkan sayapnya.
abufaqeeh- AHLI
- Posts : 48
Points : 55
Join date : 25/05/2012
Location : Shah Alam
Re: Tanya status hadis malaikat patah sayap
alDayyan,
kitab Mukasyafatul Qulub (Mempertajam mata hati) tu bukan kitab folklore tapi kitab Tasawwuf. Jadi kisah Malaikat patah sayap ni bukan utk penglipur lara tapi nak tunjuk akibat orang yg enggan berselawat kpd Nabi saw, malaikat pun kena hukum, maka apatah lagi manusia.
kitab Mukasyafatul Qulub (Mempertajam mata hati) tu bukan kitab folklore tapi kitab Tasawwuf. Jadi kisah Malaikat patah sayap ni bukan utk penglipur lara tapi nak tunjuk akibat orang yg enggan berselawat kpd Nabi saw, malaikat pun kena hukum, maka apatah lagi manusia.
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Similar topics
» Hadis Rezeqi riwayat An-Nasai & Ibnu Majah: Status Hadis?
» Tafsir surah Al-Kahfi ayat 103-104, hadis berdoa dapat bezakan haq & batil dan status hadis berlindung dari 4 perkara.
» Tanya syarah hadis zikir
» Tanya status riwayat 9 JENIS NAMA ANAK SYAITAN MENURUT SAYYIDINA UMAR AL-KHATTAB RA
» Status Hadis

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum