BicaraTHTL
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Umrah Persendirian Part 2

+14
Ibnu Sarkawi
mohdnasir
nurhikmah99
asha2000
norliha
Andhy Putra
Mohamad hafiz
msaadhamid
syuaib
najib
abu_firdaus
Ad-Dien
thtl
umrah persendirian
18 posters

Page 3 of 11 Previous  1, 2, 3, 4 ... 9, 10, 11  Next

Go down

Umrah Persendirian Part 2 - Page 3 Empty Umrah Persendirian Part 2

Post by umrah persendirian Tue Mar 18, 2014 7:56 pm

First topic message reminder :

Saya "UP" mendoakan tuan/puan semua yang membaca tread ini sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta segera dapat menunaikan UMRAH atau HAJI dengan apa cara yang di halalkan oleh syarak. Mohon juga saudara pembaca kelian mendoakan untuk pembaca yang lain

Salam untuk semua

Saya ingin mencadangkan usul saya tempoh hari untuk di bincangkan:

Saya ingin mencadangkan Bagi Perlaksanaan Umrah Persendirian


  1. Mana-mana pihak menjadi coordinator kepada umrah tanpa pakej atau tanpa melalui TA. Teruma forum ini di bawah kelolaan ustaz THTL menjadi coord itu.
  2. Mengumpul peserta/ jemaah yang membeli tiket persendirian samaada AA/NasAir atau lain-lain untuk di gabungkan di peringkat KSA bagi tarikh yg sama bagi tujuan ground svs pada kadar yg berpatutan. Jangkaan saya bagi bil hari 13H11M untuk ground svs akan melibatkan perbelanjaan tidak melebihi RM1K8, jika tiket pada kadar SAR1999, jumlah keseluruhan RM3553.26 (RM1753.26 + RM1800)
  3. Mana-mana tarikh, tiket boleh di beli oleh jemaah pesendirian dan akan bergabung di peringkat keberangkatan di KUL.
  4. Jika cadangan ini di terima, pohon buka satu ruang forum baharu di bawah satu tajuk khusus umrah persendirian dan ustaz thtl melalui forum ini bertindak sebagai pengumpul peserta. Jika mendapat sambutan, para peserta mohon hebahkan kepada rakan-taulan.


Tujuan mengadakan pakatan umrah cara ini bukan nak menidakan usaha TA, biarkan pakej TA untuk yang lebih mencari keselesaan dan kesenangan tanpa mengurusnya sendiri.

Tiket normal Airasiaatau Nas Air tidak akan dapat di bawah RM2000. Jadi elok kalau kita sedia sahabat yang nak tunaikan umrah dan bersedia beli tiket sendiri apabila ada offer. Cuma saya cadangkan di adakan forum ini untuk di bincangkan terlebih dahulu

  1. permasalahannya serta menghilangkan tahap pemikiran kebanyakan orang kita Malaysia bahawa mengerjakan umrah mesti ikut pakej TA.
  2. Mengurangkan kebimbangan bakal jemaah tentang perkara kurang elok yang sering di ceritakan walhal tiada bukti.
  3. Memperbanyakan orang Malaysia yang masih sihat terutamanya kaum muda  untuk mengerjakan umrah kerana belanja rendah.Budget RM3.5K kebawah bagi 2014 ini. (kebanyakan TA sudah offer 4.5K ke atas. Ada yang offer 7k dgn hotel paling dekat Masjidil hHaram)


Sekian.


Last edited by umrah persendirian on Thu Jun 12, 2014 9:40 pm; edited 3 times in total (Reason for editing : formating)

umrah persendirian
AHLI
AHLI

Posts : 219
Points : 231
Join date : 09/03/2014

http://umrahsertaziarah.blogspot.com

Back to top Go down


Umrah Persendirian Part 2 - Page 3 Empty Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by Mohamad hafiz Mon Apr 28, 2014 6:13 am

Like 

Mohamad hafiz
AHLI
AHLI

Posts : 867
Join date : 23/01/2013

http://bloginformasiterkini.blogspot.com/

Back to top Go down

Umrah Persendirian Part 2 - Page 3 Empty Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by thtl Mon Apr 28, 2014 7:57 am

abu_f,
ambik jugaklah tapi amat terhad, itupun isteri yg desak. kalau saya, mmg tak minat posing ni...he3

thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Umrah Persendirian Part 2 - Page 3 Empty Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by umrah persendirian Tue Apr 29, 2014 3:43 am

Saya baru membaca umrah ustaz THTL. Sangat menarik dan bagi saya ianya merupakan umrah persendirian sepenuhnya.


umrah persendirian
AHLI
AHLI

Posts : 219
Join date : 09/03/2014

http://umrahsertaziarah.blogspot.com

Back to top Go down

Umrah Persendirian Part 2 - Page 3 Empty Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by umrah persendirian Tue Apr 29, 2014 3:53 am

Pasal Bergambar.

Sesetengah penceramah Umrah (penceramah pakej Umrah) memberi tahu supaya tidak membawa hp terutama semasa tawaf, apa lagi cam. Khuatir akan mencacatkan tawaf.
Tapi apa yang kita lihat di kalangan penganjur umrah, mereka memasukan gambar/video sedang tawaf bersama jemaahnya bagi tujuan promosi. Gambar ditempat lain apa lagi. Ini mungkin bertentangan apa yang di ucapkan dengan apa yg di lakukan. Kalau mereka ambil gambar pemandangan tawaf, bererti bukan semasa mereka sedang tawaf.
Perkara lain, sebilangan penulis travelogue umrah terutama wanita muda yang telah menunaikan umrah memasukan gambar dan video menunjukan mereka sedang melakukan ibadat umrah termasuklah tawaf dan saie.

Apa pandangan uztaz dan forumer semua.


Last edited by umrah persendirian on Wed Apr 30, 2014 6:33 am; edited 1 time in total (Reason for editing : pembetulan ejaan)

umrah persendirian
AHLI
AHLI

Posts : 219
Points : 231
Join date : 09/03/2014

http://umrahsertaziarah.blogspot.com

Back to top Go down

Umrah Persendirian Part 2 - Page 3 Empty Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by abu_firdaus Tue Apr 29, 2014 4:46 am

bergantung pada niat. kalau amik utk menunjuk2 (riak) maka rosaklah ibadatnya. kalau utk kenang2an & utk menggalakkan org & diri sendiri utk pergi lagi, should be ok la.

btw (off topic sikit) bagaimana dgn penyakit MERS yg melanda skrg? dah in control ke? dengarnya salah satu disebabkan lawat ladang unta. pesakit yg meninggal di johor kebetulan nombor flight balik dia sama dgn flight saya tapi tarikhnya tak sama la Smile
abu_firdaus
abu_firdaus
AHLI
AHLI

Posts : 687
Points : 709
Join date : 19/05/2012
Location : bdr baru bangi

Back to top Go down

Umrah Persendirian Part 2 - Page 3 Empty Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by thtl Tue Apr 29, 2014 8:55 am

pasal bergambar dan merakam video secara berlebihan dalam mesjidil haram tu mmg fenomena, banyak mendatangkan kesulitan kpd org ramai dan Polis mesjid pun tak dapat buat apa, semua HP sekarang ada camera.

MERS di saudi belum dapat dikawal, Menteri Kesihatan Saudi pun dah kena FIRED (dipecat)...sama-sama kita doakan kerana ia melibatkan keselamatan umat islam yang tidak akan berhenti mengunjungi Haramain
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Umrah Persendirian Part 2 - Page 3 Empty Benarkah MERS bawaan unta

Post by umrah persendirian Wed Apr 30, 2014 6:30 am

Benarkah bawaan unta. Menteri Kasihatan Malaysia juga ada menyatakan melalui berita TV iaitu MERS adalah penyakit bawaan unta. Lupa pula tarikh menteri tu keluar TV.



Kasihan pula pada menteri kesihatan KSA tu. Kena pecat kerana MERS.

Kabar lain iaitu doktor di Jeddah enggan bertugas! benarkah?

Saya ada terdengar ada di kalangan jemaah yang melawat ladang unta bukan sahaja minum susu unta, tapi ada yang meminum air kencing unta. Kata mereka ada hadis yang sahih tentang minum air kencing untuk untuk tujuan perubatan terutamanya kaum lelaki. Saya belum mencari hadis tersebut walaupun pernah mendengarnya. Mohon pencerahan.

Seeloknya kerajaan Arab Saudi tidak membenarkan semua jemaah dari melawat ladang unta bagi tempoh tertentu di samping itu semua unta di sana di periksa dan di ambil tindakan sewajarnya.

umrah persendirian
AHLI
AHLI

Posts : 219
Points : 231
Join date : 09/03/2014

http://umrahsertaziarah.blogspot.com

Back to top Go down

Umrah Persendirian Part 2 - Page 3 Empty Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by thtl Wed Apr 30, 2014 10:08 am

1. unta tu belum confirm.
2. doktor saudi je yg enggan bertugas, doktir India, mesir, OK je
3. hadith air kencing unta ada kat thread hadith Maqlubah
4. rasanya lawatan ke ladang unta di Hudaibiah dan dihentikan oleh syarikat umrah malaysia.
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Umrah Persendirian Part 2 - Page 3 Empty Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by thtl Wed Apr 30, 2014 11:56 pm

pasal hadith kencing unta:
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَدِمَ أُنَاسٌ مِنْ عُكْلٍ أَوْ عُرَيْنَةَ فَاجْتَوَوْا الْمَدِينَةَ فَأَمَرَهُمْ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِلِقَاحٍ وَأَنْ يَشْرَبُوا مِنْ أَبْوَالِهَا وَأَلْبَانِهَا فَانْطَلَقُوا فَلَمَّا صَحُّوا قَتَلُوا رَاعِيَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَاسْتَاقُوا النَّعَمَ فَجَاءَ الْخَبَرُ فِي أَوَّلِ النَّهَارِ فَبَعَثَ فِي آثَارِهِمْ فَلَمَّا ارْتَفَعَ النَّهَارُ جِيءَ بِهِمْ فَأَمَرَ فَقَطَعَ أَيْدِيَهُمْ وَأَرْجُلَهُمْ وَسُمِرَتْ أَعْيُنُهُمْ وَأُلْقُوا فِي الْحَرَّةِ يَسْتَسْقُونَ فَلَا يُسْقَوْنَ

Dari Anas bin Malik berkata, “Beberapa orang dari ‘Ukl atau ‘Urainah datang ke Madinah, namun mereka tidak tahan dengan iklim Madinah hingga mereka pun sakit. Beliau lalu memerintahkan mereka untuk mendatangi unta dan meminum air kencing dan susunya. Maka mereka pun berangkat menuju kandang unta (zakat), ketika telah sembuh, mereka membunuh pengembala unta Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan membawa unta-untanya. Kemudian berita itu pun sampai kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menjelang siang. Maka beliau mengutus rombongan untuk mengikuti jejak mereka, ketika matahari telah tinggi, utusan beliau datang dengan membawa mereka. Beliau lalu memerintahkan agar mereka dihukum, maka tangan dan kaki mereka dipotong, mata mereka dicongkel, lalu mereka dibuang ke pada pasir yang panas. Mereka minta minum namun tidak diberi.” (HR. Bukhari dan Muslim)
ringkasan fiqh:
1. ia adalah perubatan baduwi, khususnya kpd org arab gunung (bani urainah) yg tidak sesuai dgn cuaca dan makanan di Madinah
2. unta yg ditunjuk oleh Nabi adalah sejenis unta di Madinah bukan semua jenis unta
3. ini sbg cabaran kpd ilmu perubatan mengenai kencing unta yg dikatakan ada potensi perubatan, sama dgn kajian di India dalam kencing lembu yang sudah diterma sebaga perubatan ayurvedic di sana. Jika India masyhur dgn kencing lembu, kena tidak dijadikan bahan kajian terhadap kencing unta?
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Umrah Persendirian Part 2 - Page 3 Empty Air kencing Unta

Post by umrah persendirian Sun May 04, 2014 11:46 pm

thtl wrote:pasal hadith kencing unta:
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَدِمَ أُنَاسٌ مِنْ عُكْلٍ أَوْ عُرَيْنَةَ فَاجْتَوَوْا الْمَدِينَةَ فَأَمَرَهُمْ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِلِقَاحٍ وَأَنْ يَشْرَبُوا مِنْ أَبْوَالِهَا وَأَلْبَانِهَا فَانْطَلَقُوا فَلَمَّا صَحُّوا قَتَلُوا رَاعِيَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَاسْتَاقُوا النَّعَمَ فَجَاءَ الْخَبَرُ فِي أَوَّلِ النَّهَارِ فَبَعَثَ فِي آثَارِهِمْ فَلَمَّا ارْتَفَعَ النَّهَارُ جِيءَ بِهِمْ فَأَمَرَ فَقَطَعَ أَيْدِيَهُمْ وَأَرْجُلَهُمْ وَسُمِرَتْ أَعْيُنُهُمْ وَأُلْقُوا فِي الْحَرَّةِ يَسْتَسْقُونَ فَلَا يُسْقَوْنَ

Hadith yang di sampaikan ustaz memang jelas air kencing unta adalah untuk orang arab gunung sahaja.
Tolong sebarkan kepada kenalan, rakan kita yg ingin menunaikan umrah!!!!

Pada jumaat yang lepas di sebuah masjid, saya dan rakan dari ajk masjid bersembang selepas solat jumaat tersebut. Tiba-tiba ustaz yg menjadi khatib dan iman sembayang keluar (sebenarnya dia bukan Iman Masjid berkenaan) dan bertegur sapa dengan rakan tadi, rupanya ustaz ini baru balik dari umrah dan atas sebab itu di berikan mencadi iman dan juga khatib sebelumnya. Keadaan pakaiannya masih menunjukan org baru balik umrah dan selsemanya masih kelihatan. Umurnya sekitar 30'an dan saya tidak mengenalinya. Tidak lama berbual, sebut pasal MERS, dan adalah ceritanya. Yang bestnya dia bersungguh meng'ia'kan pasal hadith nabi tanpa menyebut hadith tersebut atau memberikan maksudnya, katanya air kencing unta betina yang di kencing awal pagi sahaja. Katanya lagi, memang baik untuk kesihatan dan ...... Saya ini mulut celupar sikit, kenapa ustaz kena selsema walhal tadi ustaz kata ada minum susu + air kencing. Kawan ajk terus menepis pertanyaan saya dengan katanya tak elok bertanya demikian kepada ustaz yang baru balik umrah. jadi soalan saya tidak berjawab dan rakan pun bersama ustaz tadi ke arah parking.
Soalan di sini, seorang ustaz dan baru balik umrah beria-ia menyatakan hadith pasal air kencing unta betina yang di ambil semasa unta kencing awal pagi?.  Mohon semua pembaca forum jangan terpengaruh dgn ustaz sebagini.

terimakasih

umrah persendirian
AHLI
AHLI

Posts : 219
Points : 231
Join date : 09/03/2014

http://umrahsertaziarah.blogspot.com

Back to top Go down

Umrah Persendirian Part 2 - Page 3 Empty Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by thtl Mon May 05, 2014 8:57 am

sahih la tu...lagipun unta adalah suspect utama dalam penyibaran virus MERS yang sedang merebak di saudi arabia sekarang. Sapa yang datang umrah jangan melawat kandang unta, apatah lagi minum kencing dan susunya...he3
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Umrah Persendirian Part 2 - Page 3 Empty Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by Andhy Putra Wed May 07, 2014 4:36 pm

thtl wrote:syukran syaikh msaad.

Kalau ada flight KLIA-Riyadh-Madina, inilah peluang yg terbaik.

Anda tak payah pakai ihram, tak payah susah payah di Jeddah. Terus ke Madinah, imigresen pun sekejap, dan teksi Madinah aiport ke hotel pun murah SAR 50 je sebuah teksi ke hotel. di Madinah, saya akan kasi kontek persatuan pelajar Malaysia Madinah,depa akan uruskan tour dan ziarah tempat bersejarah. kemudian depa akan uruskan tiket bas express Saptco ke Mekah, rasanya SR 80 sehala, 400 KM. Niat dan pakai ihram di mesjid Bir Ali.
bila dah habis umrah di Mekah, nak balik Malaysia, ambil cab ke stesen teksi Jeddah, SR 15. dan stesen teksi jeddah ke airport Jeddah, SR50. balik Malaysia, Jeddah-KLIA.
cara ni lebih praktikal dan cost saving

Salam Tuan,

Alhamdulillah... Semua urusan berkaitan dengan Umrah sudah selesai... Sekarang, saya hanya perlu menunggu untuk berangkat ke Tanah Suci pada tanggal 19/5/14 ini bersama keluarga besar saya... Insya Allah...

Berikut adalah butiran anggaran kasar untuk Umrah saya sekeluarga:

a) Pax:
   6 Orang - Ayah+Ibu+Saya+3 Adik
b) Pesawat via AirAsia:
   RM7850 - 6 pax (Tiket Sahaja)
c) Visa Umrah via Zahafiz Travel and Tours
   RM2100 - 6 Pax
d) Injection Umrah + Buku Merah @ Putra Medical Centre
   RM900 - 6 pax
e) Gambar @ PKNS Shah Alam
   RM60  - 6 pax
f) Kelengkapan Umrah (Complete Set)
  RM500 - 6 pax
g) Hotel di Madinah (Al Eiman Taibah-Booking.com) 19/5 to 24/5
  RM1260 - 6 pax
h) Hotel di Mekah (Qubad Najd 3-Booking.com) 24/5 to 31/5
  RM800 - 6 pax
i) Bagasi/Makanan (ReturnFlight)
  RM800 - 6 pax

*** Per pax ~ RM2380

Tapi, ini belum termasuk kos transport + Makanan:
Anggaran RM500 per pax

===============================================================

Mohon pencerahan dari pihak tuan untuk perkara berikut:
a) Jeddah ke Madinah
   1. Cara untuk mendapatkan perkhidmatan bas SAPTCO dari airport Jeddah
   2. Kurang lebih kos yang perlu dibayar?

b) Airport Madinah ke Hotel
   1. Kurang lebih kos yang perlu dibayar?

c) Ziarah Madinah
   1. Bagaimana untuk berhubung dengan Persatuan Pelajar untuk uruskan tour?
   2. Kurang lebih kos yang perlu dibayar?

d) Madinah ke Jeddah
   1. Saya memilih untuk menggunakan pesawat, cuma saya takut dengan syarat bagasi oleh pihak Saudi yang bagi tahu cuma 1 beg boleh check-in. Apakan memang mereka strict dengan jumlah beg?
   2. Kurang lebih kos yang perlu dibayar untuk taxi dari airport ke Jeddah dan Jeddah ke Kota Mekah?
   3. Atau bagus saya ambil bas SAPTCO yang esklusif terus ke Kota Mekah? Andai, ini pilihan yang lebih murah dan berapa harga tiket bas tersebut?

e) Kota Mekah ke Jeddah Airport
   1. Kurang lebih kos yang perlu dibayar?

Mohon jasa baik pihak tuan untuk memberikan sedikit idea dan pengalaman lalu buat saya sekeluarga... Mudahan ilmu yang dikongsi bersama akan selalu dibalas olehNya dengan pahala... Insya Allah...

Tinggal 12 hari sebelum berlepas membuatkan saya agak sedikit gelabah...

Terima kasih sebelumnya...

Wsalam...

Andhy Putra
AHLI
AHLI

Posts : 27
Points : 27
Join date : 04/06/2013

Back to top Go down

Umrah Persendirian Part 2 - Page 3 Empty Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by thtl Wed May 07, 2014 10:41 pm

Mohon pencerahan dari pihak tuan untuk perkara berikut:
a) Jeddah ke Madinah
1. Cara untuk mendapatkan perkhidmatan bas SAPTCO dari airport Jeddah
2. Kurang lebih kos yang perlu dibayar?
----------------------
Jawab:
Ini yg suspense ni, saya tak tahu anda boleh bahasa arab atau tidak sikit2 atau pernah datang saudi sebelum ni. tambahan kalau bawa ibu dan ayah yg berusia, saya amat risau
Flight ni KLIA>Jeddah hajj Terminal?
Saptco kat jeddah airport tak ada. anda kena ambil MPV Innova ke station bas saptco di Baab Makkah di Jeddah, mungkin SR 150 utk MPV tsb. saya tak pernah turun di terminal haji dan tak tahu ada MPV atau tidak.
Bila sampai Bab Makkah station di Jeddah ada dua opsyen, bas SR 80 per person ke Madinah. atau sewa SUV sapu, spt Yukon atau Tahoe 7 seater, SR 500. Kelebihan naik SUV ialah kita boleh berenti ikut suka kita kerana kita sewa satu SUV. Bas pun baru dan selesa.


b) Airport Madinah ke Hotel
1. Kurang lebih kos yang perlu dibayar?

----------------------------
Jawab:
kenapa turun airport? Kalau bas dari bab Makkah Jeddah, turun kat bus stand saptco madinah jalan kaki sahaja ke mesjidil Nabawi..
airport Madinah ke hotel, MPV cuma SR70, kalau nak pergi ke hotel susah dan jem, drebar akan mintak lagi SR 30. di saud apa pun anda kena tawar menawar

c) Ziarah Madinah
1. Bagaimana untuk berhubung dengan Persatuan Pelajar untuk uruskan tour?
2. Kurang lebih kos yang perlu dibayar?
-------------------------
Persatuan Pelajar islam saudi, persada.
YDP Persada ialah sdr Mohd Daniel Mohd Saodi
HP: 9660564236504 boleh Whatsapp
email: almunawwarah90@gmail.com
utk urusan transport dari airport atau ziarah sekitar madinah semua dia boleh urus. harga saya tak tahu, tapi murah sebab depa student...kasi lebih pun sedekah..


d) Madinah ke Jeddah
1. Saya memilih untuk menggunakan pesawat, cuma saya takut dengan syarat bagasi oleh pihak Saudi yang bagi tahu cuma 1 beg boleh check-in. Apakan memang mereka strict dengan jumlah beg?
2. Kurang lebih kos yang perlu dibayar untuk taxi dari airport ke Jeddah dan Jeddah ke Kota Mekah?
3. Atau bagus saya ambil bas SAPTCO yang esklusif terus ke Kota Mekah? Andai, ini pilihan yang lebih murah dan berapa harga tiket bas tersebut?
-----------------------------------------
Jawab:
1. Ya, sebab penerbangan domestic, 1 bag 26 kg, saudia antarabangsa baru depa kasi 2 bag. tapi kalau bag jenis hand carry, boleh je bawa dua. satu bagasi dan 1 lagi handcarry
2. MPV direct dari terminal domestik Jeddah direct ke Mekah, sekitar SR200-250 weekend. kalau ke Bab Makkah di Jeddah city, SR 120-150; Jeddah ke Mekah SR 15 satu kepala
3. bas eksklusif SR 90 per head. Madinah ke Mekah, ya, ia pilihan yg lebih murah, flight SR 250-300 per head


e) Kota Mekah ke Jeddah Airport
1. Kurang lebih kos yang perlu dibayar?

----------------------
Naik MPV ke texi stand di Jeddah, SR15 satu kepala, Teksi stand ke airport, satu MPV Innova, SR 70.
Kalau direct Makkah - Jeddah airport satu MPV SR200-250

Allahu Musta'aan
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Umrah Persendirian Part 2 - Page 3 Empty Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by Andhy Putra Thu May 08, 2014 4:39 am

thtl wrote:Mohon pencerahan dari pihak tuan untuk perkara berikut:
a) Jeddah ke Madinah
  1. Cara untuk mendapatkan perkhidmatan bas SAPTCO dari airport Jeddah
  2. Kurang lebih kos yang perlu dibayar?
----------------------
Jawab:
Ini yg suspense ni, saya tak tahu anda boleh bahasa arab atau tidak sikit2 atau pernah datang saudi sebelum ni. tambahan kalau bawa ibu dan ayah yg berusia, saya amat risau
Flight ni KLIA>Jeddah hajj Terminal?
Saptco kat jeddah airport tak ada. anda kena ambil MPV Innova ke station bas saptco di Baab Makkah di Jeddah, mungkin SR 150 utk MPV tsb. saya tak pernah turun di terminal haji dan tak tahu ada MPV atau tidak.
Bila sampai Bab Makkah station di Jeddah ada dua opsyen, bas SR 80 per person ke Madinah. atau sewa SUV sapu, spt Yukon atau Tahoe 7 seater, SR 500. Kelebihan naik SUV ialah kita boleh berenti ikut suka kita kerana kita sewa satu SUV. Bas pun baru dan selesa.


b) Airport Madinah ke Hotel
  1. Kurang lebih kos yang perlu dibayar?

----------------------------
Jawab:
kenapa turun airport? Kalau bas dari bab Makkah Jeddah, turun kat bus stand saptco madinah jalan kaki sahaja ke mesjidil Nabawi..
airport Madinah ke hotel, MPV cuma SR70, kalau nak pergi ke hotel susah dan jem, drebar akan mintak lagi SR 30. di saud apa pun anda kena tawar menawar

c) Ziarah Madinah
  1. Bagaimana untuk berhubung dengan Persatuan Pelajar untuk uruskan tour?
  2. Kurang lebih kos yang perlu dibayar?
-------------------------
Persatuan Pelajar islam saudi, persada.
YDP Persada ialah sdr Mohd Daniel Mohd Saodi
HP: 9660564236504 boleh Whatsapp
email: almunawwarah90@gmail.com
utk urusan transport dari airport atau ziarah sekitar madinah semua dia boleh urus. harga saya tak tahu, tapi murah sebab depa student...kasi lebih pun sedekah..


d) Madinah ke Jeddah
  1. Saya memilih untuk menggunakan pesawat, cuma saya takut dengan syarat bagasi oleh pihak Saudi yang bagi tahu cuma 1 beg boleh check-in. Apakan memang mereka strict dengan jumlah beg?
  2. Kurang lebih kos yang perlu dibayar untuk taxi dari airport ke Jeddah dan Jeddah ke Kota Mekah?
  3. Atau bagus saya ambil bas SAPTCO yang esklusif terus ke Kota Mekah? Andai, ini pilihan yang lebih murah dan berapa harga tiket bas tersebut?
-----------------------------------------
Jawab:
1. Ya, sebab penerbangan domestic, 1 bag 26 kg, saudia antarabangsa baru depa kasi 2 bag. tapi kalau bag jenis hand carry, boleh je bawa dua. satu bagasi dan 1 lagi handcarry
2. MPV direct dari terminal domestik Jeddah direct ke Mekah, sekitar SR200-250 weekend. kalau ke Bab Makkah di Jeddah city, SR 120-150; Jeddah ke Mekah SR 15 satu kepala
3. bas eksklusif SR 90 per head. Madinah ke Mekah, ya, ia pilihan yg lebih murah, flight SR 250-300 per head


e) Kota Mekah ke Jeddah Airport
  1. Kurang lebih kos yang perlu dibayar?

----------------------
Naik MPV ke texi stand di Jeddah, SR15 satu kepala, Teksi stand ke airport, satu MPV Innova, SR 70.
Kalau direct Makkah - Jeddah airport satu MPV SR200-250

Allahu Musta'aan

Alhamdulillah... Terima kasih atas informasi yang diberikan... Insya Allah saya akan berurusan dengan Persatuan Pelajar tersebut...

Sekali lagi, andai ada sebarang pertanyaan, saya akan bertanyakan kembali...

Andhy Putra
AHLI
AHLI

Posts : 27
Points : 27
Join date : 04/06/2013

Back to top Go down

Umrah Persendirian Part 2 - Page 3 Empty Cara nak Keluar Terminal Haji Jeddah bagi jemaah Umrah Persendirian

Post by umrah persendirian Thu May 08, 2014 6:58 am

Alhamdulillah, sudah ramai rakyat kita yang telah dan akan menunaikan umrah cara persendirian. Bagi yang sudah melakukan umrah cara persendirian sudilah berkongsi pengalaman di forum yang telah di sediakan  oleh ustaz THTL ini bagi membantu jemaah yang akan menunaikan umrah persendirian seperti yang di minta oleh keluarga saudara kita:


  1. Andhy Putra Yesterday at 9:36 pm
    Alhamdulillah... Semua urusan berkaitan dengan Umrah sudah selesai... Sekarang, saya hanya perlu menunggu untuk berangkat ke Tanah Suci pada tanggal 19/5/14 ini bersama keluarga besar saya... Insya Allah... wrote:
  2. najib on 21/4/2014, 12:02 am
    Saya Najib...insyakAllah nak buat Umrah pada 24 Mei ini...dah beli tiket AA KL ke Jeddah 24 Mei dan Balik 7 Jun 2014. Dah beli jugak tiket Saudia dari Jeddah ke Madinah 24Mei dan Madinah ke Jeddah 28 Mei. Hotel d Madinah dan Mekah pun dah book. wrote:


Nampaknya di sini, perancangan saudara Andhy Putra untuk umrah sekeluarga sangat rapi. Semua telah di tempah kecuali transport dan makanan.

Seperti yang di bincangkan dan penerangan tuan syeikh thtl, tiada masalah dengan transport kecuali transport nk keluar dari airport haji Jeddah.  tak usah khuatir, pasti ada cara penyelasainya. Airport, pastinya ada transport.


Pada pandangan saya untuk mengatasi bagaimana nak dapatkan transport untuk keluar dari terminal Haji Jeddah:

  1. Cuba berunding dengan pembawa pakej umrah yg sama flight, tumpang sampai ke Jeddah atau terus ke Madinah, kalau bas mereka belum penuh, rasanya dapat.
  2. Tumpang berbayar mana-mana kenderaan yang masuk hantar penumpang ke terminal haji.
  3. Dapatkan teksi di luar gate utama, kena jalan sikit tapi tak jauh sangat.


Kepada saudara Andhy Putra , mohon buka inbox  Private Message untuk no phone pemuda di bawah. Saudara boleh call atau whatsapp tapi mohon jangan di dedahkan no nya utk semua, tuannya belum izin.
Semasa pulang Jeddah-Kul, saya bertemu dengan Flight Engineer AA yg bercuti mengerjakan umrah sedang hendak pulang, mereka berempat sahaja dan benar-benar melakukan cara persendirian, wrote:

Cadangan kpd Sdr Andhy Putra bagi pejalanan Madinah ke Mekah.
Pada pendapat saya, elok rasanya sdr guna flight Jeddah ke Madinah dari ambil flight Madinah ke Jeddah. Tambang flight Jed-Madinah rasanya tetap aje, klu Nasair = SAR129, Saudi = SAR140. Dari Madinah boleh ambil teksi dari hotel ke hotel Mekkah, jimat kos.

tk

umrah persendirian
AHLI
AHLI

Posts : 219
Points : 231
Join date : 09/03/2014

http://umrahsertaziarah.blogspot.com

Back to top Go down

Umrah Persendirian Part 2 - Page 3 Empty Umrah Persendirian Part 2

Post by umrah persendirian Thu May 08, 2014 7:40 am

Alhamdulillah... Semua urusan berkaitan dengan Umrah sudah selesai... Sekarang, saya hanya perlu menunggu untuk berangkat ke Tanah Suci pada tanggal 19/5/14 ini bersama keluarga besar saya... Insya Allah...

Hotel di Madinah (Al Eiman Taibah-Booking.com) 19/5 to 24/5 RM1260 - 6 pax h)
Hotel di Mekah (Qubad Najd 3-Booking.com) 24/5 to 31/5 RM800 - 6 pax wrote:

Sedikit nak tanya saudara Andhy Putra

1. Sdr berangkat ke Jeddah pada 19/5 , klu benar ianya akan sampai pada pagi 20 mei. Kenapa pula sdr tempah hoel di Madinah juga pada 19 mei, rasanya rugi 1 hari.
2. Hotel di Mekah agak murah di bandingkan dgn Madinah, berapa jarak dengan Majidil Haram. Adakah Qubad Najd 3 itu apartment.


Nak tambah sikit pasal cadangan naik flight sebelum ini kena bagi masa yang cukup sikit. Proses nak lepas imigresen di Terminal Haji agak lama juga, 3 jam tu narmal bagi dia orang. Masa menunggu yang lama. Kemudian nak dapatkan kenderaan ke terminal selatan. jadi kalau nak ambil fligh Jed-Med kena bagi gap yg sesuai atau beli saja secara online bila sudah tiab di Jeddah nanti.

umrah persendirian
AHLI
AHLI

Posts : 219
Points : 231
Join date : 09/03/2014

http://umrahsertaziarah.blogspot.com

Back to top Go down

Umrah Persendirian Part 2 - Page 3 Empty Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by thtl Thu May 08, 2014 10:19 am

19 May KLIA > Jeddah Terminal Haji?

jika masa landing baru nak book flight ke Medina, rasanya tak ada, sebab on the spot booking mmg tak ada can, mungkin boleh sorang tapi bukan 6 orang. Sebab domestic flight di saudi selalunya fully booked kerana org saudi kaya, pengangkutan udara selalunya penuh dan tiada beli tiket on the spot. kena book sekarang. spt kata syaikh umrah persdn, imigresen clearance saudi tengk keadaanlaa..dari 1-3 jam.
langkah terbaik ialah tumpang pakej umrah, naik bas depa ke Madinah kalau ada kosong. rasanya depa akan ambil ground svc kerana bilangan 6 orang.

2. pasal makan, kalau di Mekah, kat tingkat 2 al-safa tower ada restoren Malaysia dan di floor tsb ada macam2 restoren. Jadi, balik aje dari mesjid, boleh singga sebab ia di depan Gate no 1.

3. dah decide ke? nak pergi ke Medina dulu atau Mekah bila tiba pada 19 May tu..?
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Umrah Persendirian Part 2 - Page 3 Empty Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by abu_firdaus Thu May 08, 2014 10:37 am

makan mmg takde masalahla kat sana. nasi arab, baryani, ayam goreng, kebab, mkn roti dgn cream cheese pun jalan. siap bawak balik botol besar cream cheese hehe
abu_firdaus
abu_firdaus
AHLI
AHLI

Posts : 687
Points : 709
Join date : 19/05/2012
Location : bdr baru bangi

Back to top Go down

Umrah Persendirian Part 2 - Page 3 Empty Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by thtl Thu May 08, 2014 11:37 am

Kita mungkin OK, tapi parents, ibubapa yg tak pernah keluar negara, mungkin mereka nak nasi malaysia, teh tarik, roti canai...nasi lemak, bihun. sebab nasi di saudi semuanya basmathi, long grain

satu lagi sapa yg nak cuba umrah persendirian, anda hendaklah pernah datang ke saudi dan tahu culture saudi sikit sebanyak. boleh bertutur arab ammi (street arabic) serba sikit. Jika tidak sentiasa bawa pen dan kertas utk tunjukkan amaun yg kita bargain.

cth: dia kata, tambang dari jeddah airport ke mekah SR 250. kita tulis kat kertas tu 200...
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Umrah Persendirian Part 2 - Page 3 Empty Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by thtl Thu May 08, 2014 12:43 pm

c) Visa Umrah via Zahafiz Travel and Tours
RM2100 - 6 Pax

maknanya per person visa ialah RM350.
visa fees saudi RM200
e-filing RM50
upah zahafiz: 100
agak tinggi juga profit dia
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Umrah Persendirian Part 2 - Page 3 Empty Visa bagi Jemaah Umrah Persendirian

Post by umrah persendirian Thu May 08, 2014 7:30 pm

Visa adalah perkara terpenting bagi jemaah umrah terutama bagi jemaah persendirian kerana para jemaah persendirian telah membeli tiket penerbangan lebih awal dan juga telah buat tempahan hotel. Beza dgn pakej umrah TA sebab mereka beli teket setelah visa dah pasti dapat.

Visa umrah juga boleh di semak di laman web KSA melalui :VISA Status Inquiry

Umrah Persendirian Part 2 - Page 3 Z

umrah persendirian
AHLI
AHLI

Posts : 219
Points : 231
Join date : 09/03/2014

http://umrahsertaziarah.blogspot.com

Back to top Go down

Umrah Persendirian Part 2 - Page 3 Empty Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by umrah persendirian Thu May 15, 2014 6:08 pm

Di Padam kerana web tersebut di dapati menipu.


Last edited by umrah persendirian on Tue May 20, 2014 8:53 pm; edited 3 times in total (Reason for editing : Web pay4share adalah penipu)

umrah persendirian
AHLI
AHLI

Posts : 219
Points : 231
Join date : 09/03/2014

http://umrahsertaziarah.blogspot.com

Back to top Go down

Umrah Persendirian Part 2 - Page 3 Empty Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by Andhy Putra Sun May 18, 2014 4:45 pm

Salam...

Terima kasih atas semua nasihat dan saranan... Insya Allah, sebentar lagi saya akan berangkat ke Tanah Suci... Alhamdulillah... Dengan bantuan dari pihak tuan semua... Dapatlah saya belajar banyak tentang umrah persendirian ini... Mudahan urusan saya dipermudahkan oleh Allah dan ibadah kami sekeluarga diterima hendaknya... Amien YRA...

Pada Tuan Umrah Persendirian... Terima kasih atas semua bantuan... Maaf kerna agak sibuk untuk online... Insya Allah... Saya akan kongsikan pengalaman saya nanti di sini...

Sampai ketemu yah... Wasalam...

Andhy Putra
AHLI
AHLI

Posts : 27
Points : 27
Join date : 04/06/2013

Back to top Go down

Umrah Persendirian Part 2 - Page 3 Empty Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by umrah persendirian Sun May 18, 2014 6:45 pm

Assalaimualaikum Saudara Andhy Putra,

Saya doakan saudara dan keluarga selamat berangkat ke Tanah Suci dan seterusnya selamat menunaikan Ibadah UMRAH dan semoga mendapat umrah yang mabror

Terima Kasih.

umrah persendirian
AHLI
AHLI

Posts : 219
Points : 231
Join date : 09/03/2014

http://umrahsertaziarah.blogspot.com

Back to top Go down

Umrah Persendirian Part 2 - Page 3 Empty Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by thtl Sun May 18, 2014 10:11 pm

Fii Amaanillah, Hayakallah.

jangan lupa talian hayat
Persatuan pelajar islam Malaysia di Madinah (persada, sdr Mohd Daniel saodi)

dan no HP saya...
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Umrah Persendirian Part 2 - Page 3 Empty Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by norliha Tue May 20, 2014 11:17 am

assalamualaikum...
akk da pegi umrah dis 2013 yg lepas ngan amik ground pakej sebab tiket AA da ada...semuanya ok sangat kerana hotel ngan masjid dua-dua dekat amat....sekali lagi akk ada perancangan umrah pd mac 2015...da beli tiket AA jugak...sekarang tengah riki untuk buat umrah nk try sendiri...hotel bole booking...yg tengah pikir ialah..pengangkutan...camne yer? dari jeddah-madinah, madinah ke mekah dan mekah ke jeddah....kami ada 11 orang. klau dpt van senang skit nk gerak. ada sape2 bole bagi idea....contact ke? tqqqqq

norliha
AHLI
AHLI

Posts : 2
Points : 4
Join date : 20/05/2014

Back to top Go down

Umrah Persendirian Part 2 - Page 3 Empty cadangan Umrah Persendirian

Post by umrah persendirian Tue May 20, 2014 9:16 pm

Waalaikummusalam pn norliha.

Syukur kerana pn dan rombongan telah menunaikan umrah secara separuh persendirian dec 2013 dgn jayanya. Dan mengikut pn norliha pada 2015 mac akan pergi lagi seramai 11 jemaah. Sekali lagi saya ucapkan tahniah untuk pn dan rombongan (agaknya keluarga) yang akan menjadi tetamu Allah mac nanti. insyaallah. Pn juga berhasrat melakukan secara persendirian sepenuhnya.

Bila pn memilih untuk melaksanakan umrah cara persendirian, dah tentu pn akan bersedia dengan pengetahuan perjalanan di sana nanti. Memasuki forum yang tuan Ustaz THTL sediakan ini juga salah satu caranya.

Sebelum ini pn telah menunaikan umrah dengan mengambil ground service dan puan menyatakan sangat berpuas hati kepada service di berikan. Pengalaman umrah itu barangkali membawa kepada keinginan menunaikan umrah persendirian kali ini.

Pada pandangan saya masalah umrah persendirian yang belum terjawab ialah bagaimana nak dapatkan transport untuk keluar dari terminal haji. Barangkali selepas ini akan dapat cerita dari Andhy Putra yang akan balik dari tanah suci pada 2 jun 14  nanti, insyaalah. Nanti kita minta kongsi pengalaman umrah persendiriannya.

Perkara lain selain dari masalah nak dapatkan transport terminal haji keluar ke Jeddah agaknya tiada apa-apa lagi. Pn boleh dapatkan perkara berkaitan di forum tuan haji THTL ini.

Bagi perjalanan lain antara Jeddah ke Madinah dan Madinah ke Mekkah bolehlah puan ambil perkhidmatan bas SAPTCO yang banyak di ceritakan sebelum ini. Tapi kalau boleh saya cadangkan, pn ambil flight Jeddah ke Madinah dan Madinah ke Mekkah ambil bas atau teksi.

Terima kasih.

umrah persendirian
AHLI
AHLI

Posts : 219
Points : 231
Join date : 09/03/2014

http://umrahsertaziarah.blogspot.com

Back to top Go down

Umrah Persendirian Part 2 - Page 3 Empty Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by umrah persendirian Tue May 20, 2014 9:45 pm

Kenapa terminal Haji Jeddah Tiada Public Transport? agaknya:

  1. Semua penumpang penerbangan yang mendarat di terminal haji adalah jemaah umrah dan mereka telah di syaratkan menggunakan  perkhidmatan ground svs di Arab Saudi sebagaimana syarat pengeluaran visa, tentulah pihak ground svs yg sediakan transport.
  2. Kenderaan dan orang awan yang tidak hendak menaiki flight di terminal haji tidak di benarkan melalui pintu pagar airport. jadi tiada kenderaan selain dari kenderaan yang menghantar orang yang hendak menaiki pesawat sahaja.
  3. Bayaran yang di kenakan kepada kenderaan yang memasuki kawasan airport boleh di kira mahal, SAR20 untuk coaster. Kenderaan yang masuk bagi tujuan menghantar penumpang dan mengambil penumpang sahaja.
  4. Teksi yang menghantar penumpang boleh memasuki airport, tapi mereka tidak menunggu di dalam di sebabkan tiada jaminan akan ada penumpang yang tiba akan mengambil perkhidmatan mereka.
  5. Terpenting sekali, tidak ramai penumpang yang mencari public transport, mungkin di masa akan datang bila banyak permintaan tentulah akan ada public transport agaknya.

umrah persendirian
AHLI
AHLI

Posts : 219
Points : 231
Join date : 09/03/2014

http://umrahsertaziarah.blogspot.com

Back to top Go down

Umrah Persendirian Part 2 - Page 3 Empty Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 3 of 11 Previous  1, 2, 3, 4 ... 9, 10, 11  Next

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum