BicaraTHTL
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kebaikan itu subjektif, habis, camne buat keputusan....?

2 posters

Go down

Kebaikan itu subjektif, habis, camne buat keputusan....? Empty Kebaikan itu subjektif, habis, camne buat keputusan....?

Post by seijiseimura84 Mon Mar 24, 2014 8:17 pm

Terbaca thread stuka tempoh hari, saya juga turut ada beberapa persoalan timbul di dada

Dalam quran ada mengatakan, lebih kurang yg bermaksud...yg baik tak semestinya baik. yg buruk tak semestinya buruk

Begitu juga, melalui pembacaan saya tahun lepas, saya pernah terlintas ucapan umar al khatab yg lebih kurang berbunyi....samaada berita itu gembira atau buruk, aku tak akan tersenyum, kerana boleh jadi di dalam hal gembira itu ada ujian Allah, dan boleh jadi keburukan itu ada hikmah kebaikan.

Adakalanya pemahaman begini, amat mempengaruhi saya dlm membuat keputusan. Maklumlah apa yg baik tak semestinya baik, apa yg buruk tak semestinya buruk. Maka apakah baik....dan apakah buruk....sudah tentu ia adalah subjektif , dan yg maha mengetahui adalah Allah yg Maha Mengetahui

Seperti apa yg saya telah hadapi.....saya telah dihadapkan 2 keputusan yg telah dibuat. Keputusan A dan keputusan B. Kalau digerakkan hati, saya lebih mendorong kepada keputusan A, namun atas teguran senior, analisis ilmiah, pendapat pakar dan org berpengalaman....saya mendapati keputusan A tidak sesuai untuk saya. Maka, oleh sebab itu saya memilih keputusan B, walaupun dlm gerak hati, saya masih tidak berkenan dgn keputusan yg saya amik.

Namun kerana saya sedar, kebaikan subjektif, siapalah saya untuk menilai yg buruk itu pasti buruk. Boleh jadi ia ada kebaikan yg dirahsiakan. Atas analisis ilmiah, perbincangan dgn pakar dan org berpengalaman, menjurus supaya saya memilih keputusan B.

5 bulan sudah berlalu.....sedikit sebanyak, dlm hati macam merasa menyesal memilih keputusan B. kadang2 sedikit sebanyak, mahu saja ubah keputusan kepada keputusan A

Apa dan bagaimana sikap salah menghadapi isu begini...? Selain dari isu istikharah......apa lagi para salaf lakukan untuk membuat keputusan?
seijiseimura84
seijiseimura84
AHLI
AHLI

Posts : 472
Points : 779
Join date : 27/11/2011

Back to top Go down

Kebaikan itu subjektif, habis, camne buat keputusan....? Empty Re: Kebaikan itu subjektif, habis, camne buat keputusan....?

Post by thtl Mon Mar 31, 2014 7:00 am

Doc,
Itulah Decision Making dalam Islam. Bila dah kejap samada choice A atau B..maka datangla tawakkal. Sebelum nak pilih A atau B kita disuruh guna seluruh kemampuan kita untuk membuat pilihan disertai dgn solat Istikharah. Bila dah pilih, samada A atau B, kita kena guna pulak 'tawakkal".

Adapun org yg tidak ada tawakkal, maka jika pilihannya mendatangkan banyak masalah, maka dia menyesal kerana baginya dia telah tersilap membuat pilihan. Ini yg salahnya. Penyesalan ini merosakkan tawakkal yg telah dibuat.
Cth: kita nak kahwin, ada dua awek, si A dan si B. setelah buat kajian dan risikan, buat solat istikharah, anda pilih A. selepas setahun kawin, ada masalah dan bercerai. Maka sbg org Islam, anda tak leh menyalahkan diri kenapa tak pilih B.
itu maksudnya. Perceraian itu walaupun pahit, tapi hikmahnya anda tahu banyak benda dan dapat alami pelbagai pengalaman untuk kehidupan anda yg seterusnya. Ini kerana kawin, krisis dan talak adalah suatu proses yg akan mematangkan kehidupan anda.
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum