BicaraTHTL
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Hati mereka berpenyakit ?

4 posters

Go down

Hati mereka berpenyakit ? Empty Hati mereka berpenyakit ?

Post by najib76 Wed Mar 26, 2014 2:49 am

Salam 

1. Baru-baru program "selawat perdana" mendapat perhatian di media2 Malaysia...
2. Kemudian timbul kisah yang "PRO" dan "KONTRA" kepada program tersebut..
3. Maka menteri yang bertanggungjawab menyebut "mereka yang perlekeh program Selawat perdana ialah mereka yang ada hati berpenyakit"
4. Menteri kaitkan mereka yang berpenyakit dengan pihak pembangkang ..sedangkan bukan sahaja pembangkang yang ulas...ada juga pihak lain ..
5. Saya fikir program ini lebih kepada "Qasidah Perdana"

MUAR: Mereka yang memperlekeh program Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul mempunyai hati yang berpenyakit, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata bila pembangkang memperlekeh program, yang berjaya menghimpunkan 500,000 umat Islam di Putrajaya pada Jumaat lepas, bermakna mereka kecewa dengan sambutan ratusan ribu yang menyertainya.

Pada malam itu kebanyakan yang hadir berpakaian serba putih, membanjiri Dataran Masjid Putra Presint 1 dan sepanjang jalan Kompleks Pusat Pentadbiran Putrajaya sehinggakan diumpamakan sebagai himpunan di Padang Arafah pada musim Haji dengan penuh ketertiban.

“Sebagai umat Islam, sepatutnya mereka bersyukur kerana program itu berjaya menghimpun sebegitu ramai umat tanpa mengira fahaman politik, bersama-sama menunjukkan rasa cinta kepada Rasul dan taqwa kepada Allah,” kata Jamil Khir ketika memberi ceramah sambutan Maulidur Rasul di Masjid Nurul Iman, Parit Bakar Laut, di sini malam tadi,

Jamil Khir yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno, berkata pihak pembangkang mahu melihat program yang dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan beberapa orang menteri Kabinet beragama Islam itu, hanya dihadiri oleh beberapa ratus orang sahaja.

Sudut yang buruk

Pihak pembangkang melihat dari sudut yang buruk sahaja sedangkan program itu adalah untuk membina persepsi baik terhadap Islam yang kini dicemari dengan pelbagai imej negatif, katanya.

Dalam ceramahnya, Jamil Khir turut mendedahkan bagaimana seorang pemimpin badan bukan kerajaan (NGO)mempersoal kononnya pemimpin kerajaan tidak mengadakan solat hajat bagi mendoakan keselamatan penumpang pesawat MH370 yang hilang lebih dua minggu, sejak 8 Mac lepas.

“Oleh kerana didesak melalui khidmat pesanan ringkas tiga kali sehari daripada pemimpin NGO berkenaan, saya terpaksa menghubunginya dan menyatakan bahawa perdana menteri dan semua menteri-menteri kabinet serta timbalan menteri adalah kumpulan pertama mengadakan solat hajat selepas Zuhur sebaik sahaja menerima berita kehilangan pesawat pada hari Sabtu 8 Mac lalu,” kata beliau.

Jamil Khir berkata beliau tidak gemar menggembar-gemburkan kerja ibadah kepada umum tetapi apabila ditekan bertalu-talu, beliau tidak ada pilihan lain selain terpaksa menghebahkannya.

“(Malah) kita bukan fikirkan orang Islam semata-mata tetapi semua penumpang dari pelbagai negara dalam pesawat itu,” kata beliau sambil meminta semua umat Islam terus berdoa dengan mengerjakan solat hajat.

-Bernama
najib76
najib76
AHLI
AHLI

Posts : 233
Points : 337
Join date : 02/12/2011
Location : Johor

Back to top Go down

Hati mereka berpenyakit ? Empty Re: Hati mereka berpenyakit ?

Post by seijiseimura84 Sun Mar 30, 2014 4:03 am

Sebab mentaliti pembangkang lebih kepada mencari kesalahan kerajaan
Bukti?
Pergilah lepak dan meluang masa bersama2 dgn aktivis2 atau gerakan jemaah pas, atau mesyuarat pas, hampir 24 j cerita mesti ada cerita pasal salah kerajaan, sehingga kosong membincangkan sesuatu manfaat, langkah penyelesaian atau membincang formula2 ekonomi
seijiseimura84
seijiseimura84
AHLI
AHLI

Posts : 472
Points : 779
Join date : 27/11/2011

Back to top Go down

Hati mereka berpenyakit ? Empty Re: Hati mereka berpenyakit ?

Post by thtl Sun Mar 30, 2014 10:23 am

sahih, bukan shalawat tapi qasidah atau pesta sayembara puisi, qasidah dan nyanyian puji Nabi saw.

ia dah lama, sejak abad ke 3 hijrah, di zaman Imam Syafi'iy. dipopularkan oleh Dinasti Fatimiyah Egypt; kalau di India dinamakan pesta Pooja.

Tak ada nilai tambah kpd Islam. kecintaan kpd Nabi saw masih tak akan berubah...sunnah dan hadith masih terpinggir.
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Hati mereka berpenyakit ? Empty Re: Hati mereka berpenyakit ?

Post by hafiz Sun Mar 30, 2014 10:49 am

Qasidah sbenrnya blh buat ke x ustaz?

hafiz
AHLI
AHLI

Posts : 388
Points : 709
Join date : 15/06/2013

Back to top Go down

Hati mereka berpenyakit ? Empty Re: Hati mereka berpenyakit ?

Post by thtl Sun Mar 30, 2014 11:10 am

Boleh, cuma jgn dikaitkan dgn shalawat..sbb shalawat tu ibadah, qasidah tu cuma aktiviti seni...tak ada pahala
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Hati mereka berpenyakit ? Empty Re: Hati mereka berpenyakit ?

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum