malam jumaat
+2
Ibnu Sarkawi
kasturi
6 posters
Page 1 of 1
malam jumaat
betulkah kata org setiap mlam jumaat roh ahli keluarga kita yang sudah meninggal akn balik ke rumah.kebiasaanya malam jumaat selalu menjadi amaln orang islam membaca yaasin.adakah benar pendapat yg mengatakan roh kmbali kerumah pada mlm tersebut?sekian..
kasturi- AHLI
- Posts : 17
Points : 37
Join date : 11/12/2013
Age : 30
Location : kedah malaysia
Re: malam jumaat
Tidak benar
Dr.Zaharuddin berkata :-
Apabila ruh sudah berpisah dari tubuh, ia berada di alam yang dinamakan Barzakh, dan ia tidak akan mampu sama sekali untuk kembali ke alam dunia semula sama ada dalam keadaan baik atau buruk. Dakwaan Roh pulang kembali ke rumahnya setelah hari-hari tertentu adalah TIDAK BENAR. Tidak kiralah sama ada roh itu dalam keadaan baik atau buruk. Manakala jika benar kelihatan mahkluk seperti si mati dan kendengaran suara-suara menangis, maka pandangan Ulama adalah ia hanyalah angkara Jin dan Syaitan yang menyerupai si mati dan gangguan mereka, tidak lebih dari itu.
Bukti bahawa Roh tidak boleh kembali berdasarkan dalil berikut :-
Firman Allah ertinya : " Hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka ( orang kafir) dia berkata : " Ya Tuhanku kembalikanlah aku ke dunia, agar aku berbuat amal yang soleh terhadap apa yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak (jawapan Allah), sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya sahaja (janji kosong) . Dan di hadapan mereka ada DINDING (barzakh) sampai hari mereka dibangkitkan" ( Al-Mu'minuun : 99-100).
Imam Mujahid (Tabien dan anak murid Ibn Abbas r.a) dan Ibn Zaid berkata tentang ayat ini : "Barzakh adalah seperti satu tembok yang menghalang orang yang mati kembali ke dunia."
Firman Allah ertinya : "Allah SWT memegang jiwa (ruh) ketika matinya (seseorang) dan memegang jiwa(ruh) orang yang belum mati di waktu tidurnya, maka Dia tahanlah jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan.." ( Az-Zumar : 42 ).
Melalui ayat ini, jelas bahawa roh berada di dalam pegangan Allah SWT dan Allah tidak membenarkan sama sekali Roh untuk kembali ke dunia, sebagaimana yang dijelaskan dalam ayat sebelum ini,
Terdapat juga ulama berpandangan bahawa roh orang yang telah mati boleh bertemu dengan roh orang hidup ketika mereka sedang tidur (melalui mimpi). (Ar-Ruh, Ibn Qayyim, ms 20). Bagaimanapun, tiada yang berpandangan roh tersebut boleh bertemu dengan orang hidup semasa sedar mereka. Semua roh yang telah di ambil Allah SWT akan sibuk dengan urusan mereka sama ada baik atau buruk.
Prof Ahmed Azzedine Al-Bayanuny dan Prof. Mohamed Hussin pernah menegaskan bahwa dakwaan orang-orang kristian yang boleh bertemu dengan ruh si mati dengan teknik jampian kahs adalah penipuan yang menggunakan Jin dan syaitan. Ia bukannya ruh yang sebenar. ( Rujuk Al-Iman Bil Malaika dan Al-Ruhiya al-Haditha)
http://zaharuddin.net/aqidah-&-kepercayaan/283-hantu-roh-kembali-a-destinasi-roh.html

Last edited by Ibnu Sarkawi on Mon Mar 31, 2014 11:19 am; edited 2 times in total
Ibnu Sarkawi- AHLI
- Posts : 404
Points : 579
Join date : 06/12/2011
Re: malam jumaat
adakah kemungkinan perkara roh ini diambil turun temurun dari ugama yg tok nenek kita anuti dulu?
abu_firdaus- AHLI
- Posts : 687
Points : 709
Join date : 19/05/2012
Location : bdr baru bangi
Re: malam jumaat
BAGAIMANA PULA DENGAN PANDANGAN YANG MNGATAKAN BAHAWA MEREKA YG SUDAH MNINGGAL DUNIA BOLEH MLIHAT APA YG TERJADI DDUNIA INI TANPA HIJAB.BENARKAH?
Last edited by kasturi on Tue Apr 01, 2014 2:25 am; edited 1 time in total
kasturi- AHLI
- Posts : 17
Points : 37
Join date : 11/12/2013
Age : 30
Location : kedah malaysia
Re: malam jumaat
tanpa hijab tu...
hisab pada hari Mahsyar nanti
hisab pada hari Mahsyar nanti
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: malam jumaat
kemungkinan itu sangat besarabu_firdaus wrote:adakah kemungkinan perkara roh ini diambil turun temurun dari ugama yg tok nenek kita anuti dulu?
Ibnu Sarkawi- AHLI
- Posts : 404
Points : 579
Join date : 06/12/2011
Re: malam jumaat
Kisah ruh balik malam Jumaat ni ada dalam kitab ni:
Hadits Rasulullah SAW. Dalam kitab: Hadiyatul Ahya’ lil Amwat hlm: 184-185, karya Abul Hasan Ali bin Ahmad bin Yusuf bin Ja’far Al-Hakkari (w=486 H) disebutkan:
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: «إن أرواح المؤمنين يأتون كل جمعة إلى سماء الدنيا فيقفون بحذاء دورهم وبيوتهم فينادي كل واحد منهم بصوت حزين: يا أهلي وولدي وأهل بيتي وقراباتي، اعطفوا علينا بشيء، رحمكم الله، واذكرونا ولا تنسونا، وارحموا غربتنا، وقلة حيلتنا، وما نحن فيه، فإنا قد بقينا في سحيق وثيق، وغم طويل، ووهن شديد، فارحمونا رحمكم الله، ولا تبخلوا علينا بدعاء أو صدقة أو تسبيح، لعل الله يرحنا قبل أن تكونوا أمثالنا، فيا حسرتاه وانداماه يا عباد الله، اسمعوا كلامنا، ولا تنسونا، فأنتم تعلمون أن هذه الفضول التي في أيديكم كانت في أيدينا، وكنا لم ننفق في طاعة الله، ومنعناها عن الحق فصار وبالاً علينا ومنفعته لغيرنا، والحساب والعقاب علينا» ، قال: «فينادي كل واحد منهم ألف مرةٍ من الرجال والنساء، اعطفوا علينا بدرهم أو رغيف أو كسرة» قال: فبكى رسول الله صلى الله عليه وسلم وبكينا معه، فلم نستطع أن نتكلم ثم قال: «أولئك إخوانكم كانوا في نعيم الدنيا، فصاروا رميماً بعد النعيم والسرور» ، قال: «ثم يبكون وينادون بالويل والثبور والنفير على أنفسهم يقولون: يا وليتنا لو أنفقنا ما كان في أيدينا ما احتجنا فيرجعون بحسرة وندامة
Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya ruh-ruh orang mukmin datang setiap malam jumat pada langit dunia. Lalu mereka berdiri di depan pintu-pintu rumah mereka. Masing-masing mereka memanggil-manggil dengan suara yang memelas: “Wahai isteriku (suamiku), anakku, keluargaku, dan kerabatku! Sayangilah kami dengan sesuatu, maka Allah akan merahmati kalian. Ingatlah kami, jangan kalian lupakan! Sayangilah kami dalam keterasingan kami, minimnya kemapuan kami dan segala apa yang kami berada di dalamnya. Sesungguhnya kami berada dalam tempat yang terpencil, kesusahan yang yang panjang dan duka yang dalam. Sayangilah kami, maka Allah akan menyayangi kalian. Jangan kalian kikir kepada kami dengan memberikan doa, shadaqah dan tasbih. Semoga Allah memberikan rasa nyaman kepada kami, sebelum kalian sama seperti kami. Sungguh rugi!, Sungguh menyesal! Wahai hamba Allah! Dengarkanlah ucapan kami, dan jangan lupakan kami. Kalian tahu bahwa keutamaan yang berada di tangan kalian sekarang adalah keutamaan yang sebelumnya milik kami. Sementara kami tidak menafkahkannya untuk taat kepada Allah. Kami tidak mau terhadap kebenaran, hingga ia menjadi musibah bagi kami. Manfaatnya diberikan kepada orang lain, sementara pertanggungjawaban dan siksanya diberikan kepada kami”. Masing-masing mereka memanggil-manggil sebanyak 1000 kali: “Kasihanilah kami dengan satu dirham atau sepotong roti!” Lalu Rasulullah menangis, dan kamipun (para sahabat) menangis. Dan kami tidak mampu bicara. Rasulullah bersabda: Mereka adalah saudara-saudara kalian yang sebelumnya berada dalam kenikmatan dunia. Dan kini mereka menjadi debu setelah sebelumnya berada dalam kenikmatan dan kegembiraan. Rasulullah SAW bersabda: Lalu mereka menangis dan mengucapkan kutukan kepada mereka sendiri dan berkata: “Celakalah kita! Jika kami menafkahkan apa yang kita miliki, maka kita tidak akan membutuhkan ini”. Lalu mereka pulang dengan penyesalan”.
al-Hakkari bermazhab syafi'iy dan hadith tsb tidak diketahui asalnya...

tanpa hijab..typing errorbukhori wrote:Tanpa hisab?
kasturi- AHLI
- Posts : 17
Points : 37
Join date : 11/12/2013
Age : 30
Location : kedah malaysia
Re: malam jumaat
Apakah ruh dapat melihat keadaan dunia adalah khilaf dlm isu ghaibiyat dan tidak ada dalil yg pemutus dalam isu ini. Ulama tersohor KSA, syaikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin (rh) menegaskan, tidak ada dalil yg sahih dalam bab ini dan mengkaji dan membahaskannya termasuk hal yang sia-sia dan tidak ada manfaat. (Fatawa Syabakah Islamiyah, no. 192755)
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: malam jumaat
Sumber rujukan yg wajib dipegang hanyalah quran dan hadith (kitab2 besar seperti sunan sittah, muwatto' imam malik dan musnad imam ahmad)
Kitab2 selain ini kena berhati2
Kitab2 selain ini kena berhati2
Irwanfitri- AHLI
- Posts : 4
Points : 4
Join date : 15/07/2014
Similar topics
» Meninggalkan solat jumaat
» solat witir 2x satu malam
» Kisah Malam nisfu Syaaban
» solat rawatib jumaat
» Azan Jumaat dua kali..
» solat witir 2x satu malam
» Kisah Malam nisfu Syaaban
» solat rawatib jumaat
» Azan Jumaat dua kali..
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum