Matangkah politik kita
3 posters
BicaraTHTL :: Umum :: Isu Semasa
Page 1 of 1
Matangkah politik kita
Bila kita merujuk isu teluk intan, saya merasakan kebanyakan politik tanah negara seperti hilang arahnya. Dari usaha mencari penyelesaian kepada masalah yg berlaku di kawasan setempat, kebanyakan pengundi lebih suka menfokuskan kepada permasalahan negara secara umum. Sedangkan ini isu tleuk intan, saya pasti banyak isu2 di teluk intan boleh diperbincangkan, boleh dimajukan. Sebaliknya, apa yg berlaku, setiap parti politik bertindak tikam satu sama lain, mencari kelemahan masing2 demi membuktikan parti mereka lebih baik dari parti lawan. A tikam B, B tikam A, itulah senario politik malaysia, seolah2 isu masalah rakyat bukan lagi agenda utama. Kita lihat sendiri , bagaimana islam menjadi mangsa dlm permainan politik di teluk intan, BN dan PR masing2 mahu menunjukkan mereka lebih islamik. BN kata calon DAP menolak hudud, PAS pula kata calon gerakan yg merupakan sekutu BN kuat menolak hudud. Masing2 hanya sekadar berminat untuk menunjukkan keislaman parti masing2. Ke manakah perginya agenda pemerkasaan rakyat, khususnya politik tempatan yg berlaku di teluk intan, mana perginya isu2 teluk intan.
Teluk intan merupakan salah satu bandar besar negeri perak. Saya yakin ada isu2 yg boleh dibawa seperti isu kesesakan, isu kebersihan dan seumpamanya. Tapi isu2 ni tidak pernah menjadi tumpuan oranng ramai. Ahli politik lebih berminat mencari kelemahan parti lawan. Adakah ini cara rakyat malaysia mengurus isu2 politik. Bukankah elok sekiranya ahli politik atau rakyat mengusulkan isu2 yg boleh diusahakan, dimajukan atau diselesaikan . Seperti contoh isu jenayah, mungkin calon DAP boleh mensarankan untuk mempertingkatkan pegawai sukaralewan untuk meronda teluk intan, atau barangkali calon gerakan boleh mensarankan mempertingkatkan CCTV di serantau teluk intan, ini barulah politik matang. Rakyat boleh melihat, menilai kebijaksanaan setiap calon. Barulah rakyat mula terdidik berfikir secara matang, berfikir ke arah depan, mencari solusi bersama. Namun politik malaysia, ahli politik kita bukan sahaja berminat menikam parti lawan melalui "character assasination", malah rakyat juga turut belajar pemikiran yg sama

seijiseimura84- AHLI
- Posts : 472
Points : 779
Join date : 27/11/2011
Re: Matangkah politik kita
Ya, kena terimalah Doc, akan hakikat politik demokrasi ala Malaysia. Sebelum kita sampai ke tahap negara2 maju macam USA, UK, Germany..ini fasa yg kena lalui. Paling kurang, demokrasi Malaysia dah melepasi tahap bangladesh, India, pakistan, mesir yg dipenuhi dgn pertumpahan darah antara parti lawan. Politik Malaysia cuma 'character assassination" tapi di negara2 tsb, real politicians assassination with bombs.
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Matangkah politik kita
betul tu. masih belum matang. masih ada gaduh2 mcm budak sekolah. benda2 kecik pun sampai nak bakar bangunan. tapi still dah improve berbanding dulu majoriti rakyat terima bulat2 saja apa yg kerajaan buat, tapi sekarang dah boleh berfikir sebelum terima/tolak.
abu_firdaus- AHLI
- Posts : 687
Points : 709
Join date : 19/05/2012
Location : bdr baru bangi
Re: Matangkah politik kita
ya, PRU sekarang, pengundi lebih kritikal utk memilih YB. kalau dulu kaler biru gerenti menang....sekarang belum tentu...ini ada peningkatan
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Similar topics
» Bagaimana kalau kita diajak untuk ikut berkempen untuk parti politik - atas nama jihad fi sabilillah?
» Politik Musyawarah ganti Politik Kepartian.
» Apa respons kita terhadap ISIS?
» Seputar mengenai duit dan politik
» Pendakwah Bebas sertai Parti Politik
» Politik Musyawarah ganti Politik Kepartian.
» Apa respons kita terhadap ISIS?
» Seputar mengenai duit dan politik
» Pendakwah Bebas sertai Parti Politik
BicaraTHTL :: Umum :: Isu Semasa
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum