Ibnu umar membuat tangkal
3 posters
Page 1 of 1
Ibnu umar membuat tangkal
as-salamu 'alaikum,
daripada Amr bin Syu'aib, daripada ayahnya, daripada datuknya, Rasulullah SAW bersabda,
"Apabila salah seorang di antara kamu terbangun dalam tidur, hendaknya dia mengucapkan;
أعُوذُ بِكَلِمَاتِ الله التَّامَّاتِ مِنْ غَضَبِهِ وَعِقَابِهِ وشَرِّ عِبَادِهِ، ومِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ وأَنْ يَحْضُرُونِ
(“Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari kemurkaan dan siksaan-Nya, dari kejahatan hamba-hamba-Nya, dari godaan syaitan dan dari kedatangan mereka kepada ku” )
abdullah bin umar mengajarkannay kepada anaknya yang telah baligh. dan bagi yang belum baligh di antara mereka, ia menulisnya di dalam secarik kertas kemudian menggantungnya di lehernya. (hadis riwayat at-Tirmizi, Sunan at-Tirmizi Juz 5, no. Hadis, 3528: 541-542).
hadis ini saya jumpai dalam al-Quran al-Karim; Amazing, Karya bestari. ms 694.
mohon panel ulas sedikit berkenaan tindakan Ibn Umar tersebut.
Barakallahu fikum.

Re: Ibnu umar membuat tangkal
macam2 depa ni...dari segi matan cerita dah tak sahih...
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Ibnu umar membuat tangkal
dah jumpa penyakit dia:
حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ حُجْرٍ حَدَّثَنَا إِسْمَعِيلُ بْنُ عَيَّاشٍ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ إِسْحَقَ عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا فَزِعَ أَحَدُكُمْ فِي النَّوْمِ فَلْيَقُلْ أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ مِنْ غَضَبِهِ وَعِقَابِهِ وَشَرِّ عِبَادِهِ وَمِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ وَأَنْ يَحْضُرُونِ فَإِنَّهَا لَنْ تَضُرَّهُ وَكَانَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ يُلَقِّنُهَا مَنْ بَلَغَ مِنْ وَلَدِهِ وَمَنْ لَمْ يَبْلُغْ مِنْهُمْ كَتَبَهَا فِي صَكٍّ ثُمَّ عَلَّقَهَا فِي عُنُقِهِ
قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ
Imam Termizi kata hasan gharib (dha'if) dan dalam mata rantai perawi ada Muhammad bin Ishaq, atau Ibn Ishaq..

Ini tahqiq al-Albani:
الراوي: جد عمرو بن شعيب المحدث: الألباني - المصدر: صحيح الترمذي - الصفحة أو الرقم: 3528
خلاصة حكم المحدث: حسن دون قوله: "فكان عبد الله"
hadith hasan tanpa tambahan adapun Ibn Umar....

org yg tak ngaji sunan Termidzi, dia tak baca komen Imam Abu Isa kat hujung hadith tu..dan tak tahu istilah2 yg digunapakai oleh Imam Termizi...dia faham apa yg ada dalam sunan Termidzi adalah boleh diamalkan. yg sebenarnya dalam hadith hukum, kena pastikan ImamTermizi kata hasan sahih dulu. Tangkal ni isu hukum bukan fadhilat amal
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Ibnu umar membuat tangkal
saya jumpa dlm satu blog mengenai doa tersebut, berkaitan tahqiq tu:
H.R al-Tirmizi – Hukumnya: sahih di dalam kitab Sahih al-Jami, No 701)
H.R al-Tirmizi – Hukumnya: sahih di dalam kitab Sahih al-Jami, No 701)
Re: Ibnu umar membuat tangkal
tapi,
komentar al-Albani tu yg depa tak ambil. dalam sunan Termizi, hadith Zikir tsb ada 3 sanad. sanad Ibn Ishak dari Amr bin syu'aib ni ada Muhammad bin Ishaq. sanad lain dari Anas bin Malik
komentar al-Albani tu yg depa tak ambil. dalam sunan Termizi, hadith Zikir tsb ada 3 sanad. sanad Ibn Ishak dari Amr bin syu'aib ni ada Muhammad bin Ishaq. sanad lain dari Anas bin Malik
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Ibnu umar membuat tangkal
satu sanad dari Khaulah binti Hakim dan satu lagi dari jalur Abu Hurayrah, ada sanad semuanya.
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Ibnu umar membuat tangkal
ya,dlm blog tu hadis tu tanpa kisah ibnu umar.tp mcm ustaz kata,hadis hasan,blogger tu quote sahih.so,maksudnya ada beberapa jalur lah.ok,jelas ustaz.
quran amazing ni popular sekarang.ada baik disampaikan kepada penerbit lah kan.
quran amazing ni popular sekarang.ada baik disampaikan kepada penerbit lah kan.
Re: Ibnu umar membuat tangkal
ya kena inform karangkraf kerana memfitnah Abdullah bin Umar merintis jalan membuat industri tangkal azimat
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Ibnu umar membuat tangkal
insyallah.
rujukan untuk hadis tirmizi mereka adalah tahqiq ahmad muhammad syakir.
quran ini indonesia, karya bestari terbitkan.

Hadith tu mmg Ahmad Syakir akan kata sahih atau hasan. cuma tambahan perawi, dan Ibn Umar ajar kpd kanak2 belum baligh dan membuat tangkal kpd kanak2 belum baligh adalah tidak sahih, itu yg ramai tak tahu. Doa tu sahih, cuma tindakan Ibn Umar dalam mengamalkan doa itu tidak sahih.
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Ibnu umar membuat tangkal
Syaikh Ahmad Syakir (moga Allah merahmatinya) memang agak kontroversi dalam penilaian hadith. Antara isunya ialah beliau memahami mustolah Al-Tirmizi dengan mustolah mutaakhirin. Guru kami ada sebut beliau ada radd Al-Tirmizi dalam tahqiqnya ke atas jami'..
Re: Ibnu umar membuat tangkal
thtl wrote:dah jumpa penyakit dia:
حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ حُجْرٍ حَدَّثَنَا إِسْمَعِيلُ بْنُ عَيَّاشٍ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ إِسْحَقَ عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا فَزِعَ أَحَدُكُمْ فِي النَّوْمِ فَلْيَقُلْ أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ مِنْ غَضَبِهِ وَعِقَابِهِ وَشَرِّ عِبَادِهِ وَمِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ وَأَنْ يَحْضُرُونِ فَإِنَّهَا لَنْ تَضُرَّهُ وَكَانَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ يُلَقِّنُهَا مَنْ بَلَغَ مِنْ وَلَدِهِ وَمَنْ لَمْ يَبْلُغْ مِنْهُمْ كَتَبَهَا فِي صَكٍّ ثُمَّ عَلَّقَهَا فِي عُنُقِهِ
قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ
Imam Termizi kata hasan gharib (dha'if) dan dalam mata rantai perawi ada Muhammad bin Ishaq, atau Ibn Ishaq..
Penyakit hadith ini ada pada
1. Ismail ibn 'Iyash.
Riwayat dia tidak dijadikan hujjah kecuali jika diriwayatkan daripada Ahli Syam. Selain daripada ahli Syam, riwayatnya tidak diterima pakai.
2. Muhammad bin Ishaq bin Yasar, Imam wa sohib Al-Maghazi
Ulama' khilaf dengan periwayatan ibn Ishaq. (Sampai sekarang masih hangat isu ini). Saya cuma naqalkan qaul salaf terhadap dia.
Al-Baihaqi kata riwayatnya boleh diterima jika dia tidak menyelisihi riwayat para huffaz.
Imam Ahmad kata hadithnya boleh diterima jika dia tidak tafarrud (bersendirian) dalam riwayat itu. Sangat Banyak tadlis. Kalau dalam sirah atau semisal dengannya, ditulis dan dijadikan hujjah riwayatnya. Kalau dalam halal dan haram banyak bercampur aduk.
An-Nasai nilai dia tidak quat dalam periwayatan hadith.
Ad-Daraquthni nilai riwayatnya tak dijadikan hujjah.
Penilaian Khalaf, Ibn Hajar- Ibn Ishaq Imam Maghazi, soduq tapi banyak tadlis. Jumhur khilaf tentang periwayatannya tapi ditulis/diakui dalam siyar.
3. Amru bin Syu'aib.
Jumhur nuqqad nilai dia thiqah jika thiqah riwayatkan daripadanya. Hadith Amru bin Syu'aib dari bapanya dari datuknya selalu jadi isu. Ada kajian khusus tentang ini, ada tesis tak silap saya. Para Nuqqad nilai dhaif jika dia riwayatkan daripada ayahnya dari datuknya. Antaranya Abu Daud, Al-Tirmizi, Ali Al-Madini.
Hadith ini termasuk dalam hadith Amru bin Syuaib 'an abihi 'an jaddihi.
tak hairanlah kenapa Al-Tirmizi menilainya hasan gharib.
Re: Ibnu umar membuat tangkal
Dien kena telus dalam dua isu:
1. apakah status tahqiq Ahmad Syakir ke atas Musnad dan Jami Termizi berdasarkan kritik guru Din ke atas Ahmad Syakir
2. apakah pendapat Dien terhadap hadith Ibn Umar buat tangkal ni apakah ianya sahih...Ini tambahan perawi mana?
1. apakah status tahqiq Ahmad Syakir ke atas Musnad dan Jami Termizi berdasarkan kritik guru Din ke atas Ahmad Syakir
2. apakah pendapat Dien terhadap hadith Ibn Umar buat tangkal ni apakah ianya sahih...Ini tambahan perawi mana?
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Similar topics
» Kekeliruan mengenai Ibnu Ishak dan anak muridnya Ibnu Hisham.
» Pandangan ibnu kathir dan ibnu taymiyah mengenai maulud nabi
» Mimpi membuat kek dan taman tema
» Membuat syarat dalam pembelian
» Pemergian Dr. Umar Sulaiman Al-Asyqar

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum