BicaraTHTL
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

adakah kesemua hadis dari Bukhari dan Muslim itu sahih

3 posters

Go down

adakah kesemua hadis dari Bukhari dan Muslim itu sahih Empty adakah kesemua hadis dari Bukhari dan Muslim itu sahih

Post by hafiz Sun Jun 15, 2014 4:49 am

adakah kesemua hadis dari Bukhari dan Muslim sahih? bermakna, klau nmpk je hadis Bukhari/Muslim bila ada orang quote sesuatu hadis, kita blh percaya terus ke?


Last edited by hafiz on Sun Jun 15, 2014 1:49 pm; edited 1 time in total

hafiz
AHLI
AHLI

Posts : 388
Points : 709
Join date : 15/06/2013

Back to top Go down

adakah kesemua hadis dari Bukhari dan Muslim itu sahih Empty Re: adakah kesemua hadis dari Bukhari dan Muslim itu sahih

Post by Dodo Don Sun Jun 15, 2014 6:35 am

Yang saya tahu tidak semua hadis dari Bukhari atau Muslim itu sahih dan telas dikelaskan samada sahih atau sebaliknya. Kalau tak silap saya jumlah yang tak sahih itu lebih banyak. Tetapi yang sahih itu selalu akan dinyatakan daripada hadis sahih Bukhari ataupun sahih Muslim atau kedua duanya sekali.
Dodo Don
Dodo Don
AHLI
AHLI

Posts : 209
Points : 241
Join date : 26/05/2012

Back to top Go down

adakah kesemua hadis dari Bukhari dan Muslim itu sahih Empty Re: adakah kesemua hadis dari Bukhari dan Muslim itu sahih

Post by abubakar Sun Jun 15, 2014 6:22 pm

hafiz wrote:adakah kesemua hadis dari Bukhari dan Muslim sahih? bermakna, klau nmpk je hadis Bukhari/Muslim bila ada orang quote sesuatu hadis, kita blh percaya terus ke?

Soalan: Adakah kesemua hadis dari Bukhari dan Muslim sahih?

Jawapan: Tak semua hadis drpd Imam Bukhari dan Imam Muslim adalah sahih. Namun apabila disebut sesuatu hadis itu dgn nama Riwayat Bukhari dan Muslim/ Muttafaqun alaih, maka ianya adalah hadis sahih. Ini kerana apabila seseorang menyebut "hadis ini riwayat Bukhari" atau "hadis sekian riwayat Muslim" ertinya dia merujuk kpd hadis drpd Sahih Bukhari utk riwayat Bukhari dan Sahih Muslim utk Riwayat Muslim. Sahih Bukhari dan Sahih Muslim (Al-sahihain) ini adalah kitab hadis yg menghimpunkan hadis sahih semata-mata dan diiktiraf para ulama' sebagai kitab hadis yg paling sahih. Apabila disebut hadis sekian riwayat Bukhari dan Muslim/ Muttafaqun alaih, maknanya hadis berkenaan terdapat di dlm Sahih Bukhari dan juga Sahih Muslim.

Soalan: Sekiranya nampak org quote hadis riwayat Bukhari-Muslim (Muttafaqun alaih), boleh percaya terus ataupun tidak?

Jawapan: Secara mudahnya, mmg begitulah. Apabila didatangkan dgn hadis Riwayat Bukhari dan Muslim sememangnya tak perlu dipertikaikan dah. Tp masalah dgn umat akhir zaman ini adalah perkara ruwaibidhoh. Apatah lg dgn kemudahan seperti Whatsapp, Wechat, FB, Twitter dsb jd mudah utk anasir-anasir tertentu mencemarkan Islam dgn hadith yg tak tak pernah didengari pun oleh kaum terdahulu namun dinisbahkan berasal drpd tokoh tertentu.

Jd pilihlah utk menerima hadis drpd org yg diyakini akan keilmuannya atau mereka yg mmg diketahui keahliannya di dlm bidang hadith. Ini kerana berlaku byk jenayah ilmu cthnya hadith itu tidak berasal didapati di dlm Sahih Bukhari dan Muslim namun dinisbahkan sebagai riwayat drpd Buhari dan Muslim. Juga hadis itu mungkin drpd Imam Bukhari dan Muslim namun di dlm kitab lain mereka, bukannya drpd Al-Sahihain.

Utk bacaan lanjut sila ke http://www.al-ahkam.net/home/content/jh-asas-010-ungkapan-riwayat-al-bukhari-dan-muslim

Sebelum saya terlupa, secara umumnya skrg ini apabila disebut muttafaqun alaih ianya merujuk kpd hadis riwayat bukhari dan muslim, namun ada bbrp dlm keadaan tertentu cthnya di dlm Kitab Nailul Authar oleh Asy-Syaukani, muttafaq alaih merujuk kpd hadis riwayat Ahmad, Bukhari dan Muslim. Jd, kena berhati-hati juga lah.

Sekiranya ada kesalahan pada penerangan saya hrp diperbetulkan, jika ada terkurang, tolong tambahkan. Terima kasih.
abubakar
abubakar
AHLI
AHLI

Posts : 261
Points : 311
Join date : 06/07/2012

Back to top Go down

adakah kesemua hadis dari Bukhari dan Muslim itu sahih Empty Re: adakah kesemua hadis dari Bukhari dan Muslim itu sahih

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum