Hadis palsu sempena ramadhan..
+2
thtl
alDayyan
6 posters
Page 1 of 1
Hadis palsu sempena ramadhan..
Salam..
Adakah ini hadis?
Adakah ini hadis?
Doa Jibrail menjelang ramadhan:-
Ya Allah, abaikan puasa umat Muhammad apabila sebelum masuk ramadhan dia tidak melakukan 3 hal ini:
1. tidak minta maaf kepada kedua orang tua
2. tidak bermaafan dengan sahabat sahabatnya
3. tidak bermaafan dengan orang sekitarnya
maka, Rasullullah pun mengaminkannya sebanyak 3kali.
Dengan ini, saya ingin memohon maaf jika ada salah da
n silap yang telah dilakukan sebelum sebelum ini. Minta maaf kalau ade terkasar bahasa or tersinggung dan terguris. Mohon ampun dan maaf sekali lagi
Salam RAMADAN
Re: Hadis palsu sempena ramadhan..
Palsu, tidak ada asalnya, tak pernah ujud dalam semua kitab sunan
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Hadis palsu sempena ramadhan..
bgus ada topic ni... klau ada hadis2 yg suspicious, blh confirmkn kt sini n blh sebarkn kt orng rmai mngenai hadis2 palsu ni
hafiz- AHLI
- Posts : 388
Points : 709
Join date : 15/06/2013
Re: Hadis palsu sempena ramadhan..
Apakah pula status hadith yg sangat popular di bulan ramadan ini yg mengatakan 10 hari pertamanya rahmah, 10 hari keduanya keampunan dan 10 hari terakhirnya pembebasan dari api neraka?
Dodo Don- AHLI
- Posts : 209
Points : 241
Join date : 26/05/2012
Re: Hadis palsu sempena ramadhan..
Stakat yg sy tahu, matan hadith tu diambil dr sebuah hadith yg agk panjang.. tp dia bukan berbunyi 10 hr 10 hr tu, matan yg sbenarnya adalah diawalnya rahmat, dprtengahannya keampunan & dpenghujungnya pembebasan dr api neraka.. Stakat yg sy tahu, hadith ni ada khilaf para muhaddith.. Ia disahihkan oleh Imam Ibn Khuzaimah dlm sahihnya, tp para muhaddith lain kebnyakannya mendhaifkan hadith ni.. Wallahua'lam.. tggu ulasan dr Tuan THTL..
bukhori- AHLI
- Posts : 88
Points : 124
Join date : 30/01/2014
Re: Hadis palsu sempena ramadhan..
takhrij:
أول شهر رمضان رحمة وأوسطه مغفرة وآخره عتق من النار
Ertinya : Bulan Ramadhan, awalnya rahmah, tengah-tengahnya maghfirah dan akhirnya adalah pembebasan dari neraka.
HR Al-'Uqaili dalam Adh-Dhu'afa'; Al-Khatib Al-Baghdadi dalam Tarikhu Baghdad; Ibnu Adiy, Ad-Dailami, dan Ibnu Asakir.
Tahqiq syaikh Albani:
Statusnya munkar (sejenis hadith dha'if yg parah)
Rantaian sanadnya adalah:
1. Sallam bin Sawwar
2. dari Maslamah bin Shalt
3. dari Az-Zuhri
4. dari Abu Salamah
5. dari Abu Hurairah
6. dari nabi SAW
Perawi bermasalah ialah no 1 dan 2
أول شهر رمضان رحمة وأوسطه مغفرة وآخره عتق من النار
Ertinya : Bulan Ramadhan, awalnya rahmah, tengah-tengahnya maghfirah dan akhirnya adalah pembebasan dari neraka.
HR Al-'Uqaili dalam Adh-Dhu'afa'; Al-Khatib Al-Baghdadi dalam Tarikhu Baghdad; Ibnu Adiy, Ad-Dailami, dan Ibnu Asakir.
Tahqiq syaikh Albani:
Statusnya munkar (sejenis hadith dha'if yg parah)
Rantaian sanadnya adalah:
1. Sallam bin Sawwar
2. dari Maslamah bin Shalt
3. dari Az-Zuhri
4. dari Abu Salamah
5. dari Abu Hurairah
6. dari nabi SAW
Perawi bermasalah ialah no 1 dan 2
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Hadis palsu sempena ramadhan..
Bukhori wrote:Ia disahihkan oleh Imam Ibn Khuzaimah dlm sahihnya
Ini komen ibn Khuzaimah:
إن صح الخبر
Ertinya : "Jika sohih khabar ini"
Maksudnya Ibn Khuzaimah sendiri meragui khabar tsb, maka dha'if juga di sisi beliau
Orang yg tak biasa dgn Ibn Khuzaimah, membaca Ibn Khuzaimah mensahihkan khabar tsb
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Hadis palsu sempena ramadhan..
ada manfaat ke ikut hadits ni? ia banyak digunakan kat tempat saya
soni- AHLI
- Posts : 194
Points : 256
Join date : 15/12/2011
Re: Hadis palsu sempena ramadhan..
owh mcm tu, trima kasih tuan THTL. satu ilmu baru..
bukhori- AHLI
- Posts : 88
Points : 124
Join date : 30/01/2014
Similar topics
» hadis palsu yang tak palsu?
» Hadis Palsu
» Tanda2 hadis palsu/tak sahih
» Hadis - Suara di Bulan Ramadhan
» Tahqiq Fadzail Ramadhan oleh Mawlana Muhammad Zakaria al-Kandahlawi rh syaikhul hadis
» Hadis Palsu
» Tanda2 hadis palsu/tak sahih
» Hadis - Suara di Bulan Ramadhan
» Tahqiq Fadzail Ramadhan oleh Mawlana Muhammad Zakaria al-Kandahlawi rh syaikhul hadis
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum