zikir bida'ah
5 posters
Page 1 of 1
zikir bida'ah
Berikut dipaparkan empat contoh wirid-wirid atau zikir-zikir Rasulullah yang telah diubahsuai sebagaimana yang sering diamalkan oleh sebahagian besar umat Islam. Antaranya:
Membaca istighfar dengan tambahan kalimah العَظِيْم (al-‘Azhim) sehingga menjadi:
اَسْتَغْفِرُالله َالْعَظِيْم.
Walhal lafaz yang sepatutnya dibaca adalah tanpa العَظِيْم:
اَسْتَغْفِرُالله، اَسْتَغْفِرُالله، اَسْتَغْفِرُالله.
Ini berdasarkan kepada riwayat berikut:
وَعَنْ ثَوْبَانَ، قَالَ: كَانَ رَسُو اللهِ صَلَّى الله ُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا انْصَرَفَ مِنْ صَلاَتِهِ، اسْتَغْفَرَ ثَلاَثًا، وَقَالَ: اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ تَبَارَكْتَ ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ.
Dari Tsauban berkata: Apabila Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam selesai (mengerjakan) solat, baginda beristighfar (memohon ampun sebanyak) tiga kali lalu mengucapkan: Wahai Allah, Engkau Maha Sejahtera dan dari-Mu kesejahteraan. Maha Agung Engkau wahai Dzat yang memiliki keagungan dan kemuliaan. [Hadis riwayat Muslim (no. 135, 591), Abu Daud dalam Shahih Abu Daud (no. 1563), Ibnu Majah (no. 938), al-Tirmidzi dalam Shahih al-Tirmidzi (no. 300) dan al-Nasa’i dalam Shahih al-Nasa’i (no. 1336).]
Al-Walid radhiallahu’anh berkata, aku bertanya kepada al-Auza’i: Bagaimana lafaz istighfar baginda? Dia menjawab:
اَسْتَغْفِرُالله، اَسْتَغْفِرُالله، اَسْتَغْفِرُاللهَ.
Astaghfirullah, Astaghfirullah, Astaghfirullah (Aku memohon ampun kepada Allah, aku memohon ampun kepada Allah, aku memohon ampun kepada Allah). [Hadis riwayat Muslim dalam Shahih Muslim (no. 591), al-Tirmidzi (no. 300) dan Abu Daud dalam Sunan Abu Daud (no. 2151).]
Dalam pada itu, terdapat juga bentuk lafaz istighfar selain di atas yang masyhur diamalkan oleh sebahagian besar umat Islam khususnya di Malaysia, iaitu dengan tambahan lafaz:
الَّذِيْ لاَإِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّوْمَ وَأَتُوْبُ إِلَيْهِ....
Pihak yang mengamalkan lafaz istighfar di atas berpegang kepada hadis berikut:
مَنْ قَالَ دُبُرَ كُلِّ صَلاَةٍ: أَسْتَغْفِرُ اللهَ الَّذِيْ لاَإِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّوْمَ وَأَتُوْبُ إِلَيْهِ، غُفِرَلَهُ وَإِنْ كَانَ فَرَّ مِنْ الزَّحْفِ.
Barang siapa yang mengucapkan pada setiap hujung (akhir) solat: Astaghfirullah al-‘azhim alladzi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubuh ilaihi, nescaya diampunkan baginya (dosanya) sekalipun (dosanya sebesar) lari dari medan perang.
Walau bagaimanapun hadis ini tidak dapat dijadikan hujah bagi mensabitkan bentuk lafaz istighfar di atas memandangkan ia adalah hadis yang amat lemah (dha’if jiddan) sebagaimana terang Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah di dalam kitabnya yang berjudul Silsilah adh-Dha’ifah (no. 4546) dan Dha’if al-Targhib wa al-Tarhib (no. 990).
Adapun hadis:
مَنْ قَالَ: أَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْم الَّذِيْ لاَإِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّوْمَ وَأَتُوْبُ إِلَيْهِ، غُفِرَلَهُ وَإِنْ كَانَ فَرَّ مِنْ الزَّحْفِ.
Barang siapa yang mengucapkan: Astaghfirullah al-‘azhim alladzi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubuh ilaihi, nescaya diampunkan baginya (dosanya) sekalipun (dosanya sebesar) lari dari medan perang. [Hadis riwayat al-Tirmidzi dan dinilai sebagai sahih oleh Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah di dalam kitab Shahih Sunan al-Tirmidzi (no. 3577).]
Hadis ini juga tidak boleh dijadikan sebagai dalil kerana sifatnya yang umum iaitu sekadar menerangkan keutamaan (fadhilat) membaca istighfar dengan bentuk lafaz di atas pada bila-bila masa sahaja. Adapun khusus bagi selepas solat-solat fardhu maka bentuk lafaz istighfarnya adalah sebagaimana yang telah dikemukakan dalam beberapa huraian yang lalu iaitu:
apakah betul apa yang dikatakan di atas? terutama sekali yang bacaan اَسْتَغْفِرُالله َالْعَظِيْم. adakah ia bid'ah?
sumber: https://www.facebook.com/notes/mohd-hairi-nonchi/zikir-bidah-selepas-solat-termasyhur-di-malaysia/157709954255270?comment_id=1585080&offset=0&total_comments=32

hafiz- AHLI
- Posts : 388
Points : 709
Join date : 15/06/2013
Re: zikir bida'ah
inilah yg saya cari selama ini! untuk masyarakat umumm, kita tak nak kata bid'ah tapi cukup dgn buat perbandingan :
zikir ikut sunnah vs zikir adat
zikir ikut sunnah vs zikir adat
abu_firdaus- AHLI
- Posts : 687
Points : 709
Join date : 19/05/2012
Location : bdr baru bangi
Re: zikir bida'ah
Tapi rasanya penulisan ini blh dipercayai kn? Sbb saya tak nak ikut sahaja tanpa mengetahui sama ada penulisan ini benar atau tidak.
hafiz- AHLI
- Posts : 388
Points : 709
Join date : 15/06/2013
Re: zikir bida'ah
Betul tu saudara Abu Firdaus. Sebut je perkataan "bid'ah", nanti dilabel "wahabbi".
aimahmad- AHLI
- Posts : 125
Points : 125
Join date : 29/04/2014
Location : Shah Alam
Re: zikir bida'ah
Sepanjang yg saya tahu, saudara Mohd Hairi Nonchi antara penulis bermanhaj Salafiyyah yg agak prolifik di Malaysia. Antara penulis yg banyak bukunya dlm koleksi saya dr penerbitan Jahabersa. Tapi rasanya, lebih baik ustaz2 yg lebih berilmu di sini yg beri penilaian.
aimahmad- AHLI
- Posts : 125
Points : 125
Join date : 29/04/2014
Location : Shah Alam
Re: zikir bida'ah
Tak setuju kalau sebut zikir2 di atas bid'ah. Siapa berani cakap kalau orang zikir 'adat' macam tu dikira berdosa dan berisiko masuk neraka? Takkanla kalau gabung beberapa zikir menjadi satu, atau berzikir dengan nama-nama Allah yang lain pun jadi berdosa dengan alasan 'tak ikut sebijik2 matn dalam hadis'? Kalau mengubah teks al-Qur'an lain la. Bagi saya apa yang perlu hanya diajar orang ramai apa yang terdapat dalam hadis berkaitan lafaz zikir yang dipraktikkan Rasulullah.
Setuju dengan saudara abu_firdaus, ini isu zikir ikut sunnah, macam jugak doa yang ikut sunnah. Tak payahlah nak terlampau rigid sangat bende ni sampai membid'ahkan orang lain.
Lagi satu perlu diluaskan semakan hadis dan tidak hanya bergantung kepada penilaian Syeikh al-Albani, walaupun beliau ulama kontemporari yang besar. Sebabnya kalau kita nak menilai satu2 perkara, perlu dengar hujjah golongan yang PRO dan golongan yang CON. Baru kita dapat menilai dengan adil.
WA.

Solah- AHLI
- Posts : 114
Points : 187
Join date : 07/01/2012
Age : 42
Location : Penang
Re: zikir bida'ah
As'kum wbt..saya sokong saudara solah
Abu Adam- AHLI
- Posts : 3
Points : 3
Join date : 14/08/2014
Re: zikir bida'ah
Saya pun perasan kebanyakan gerakan manhaj salafiah dan wahabi ni banyak menggunakan pendapat dari al-albani RH...saya juga nampak banyak persamaan antara wahabi dan salafiah terutama berkaitan bab tarikat dan sufisme....adakah wahabi cuba berselindung di sebalik topeng salafiah???!!!!! ataupun salafih itu sendiri dari propaganda wahabiah kerana banyak menggunakan metode2 dan fatwa saudiah yang jelas memusnahkan kesan2 dan peninggalan Rasulullah SAW dan keluarganya???!!!!!
Abu Adam- AHLI
- Posts : 3
Points : 3
Join date : 14/08/2014
Re: zikir bida'ah
Bab2 tawasul juga sering dipertikaikan oleh golongan2 ini....tuan rumah THTL dan forumers...mohon pencerahan
Abu Adam- AHLI
- Posts : 3
Points : 3
Join date : 14/08/2014
Re: zikir bida'ah
apa yg sdr faham tentang wahabi tu?
dari sudut akidah, golongan yg digelar wahabi adalah sama dgn golongan yg digelar salafiyah
dari sudut akidah, golongan yg digelar wahabi adalah sama dgn golongan yg digelar salafiyah
abu_firdaus- AHLI
- Posts : 687
Points : 709
Join date : 19/05/2012
Location : bdr baru bangi
Re: zikir bida'ah
Abu Adam wrote:ataupun salafih itu sendiri dari propaganda wahabiah kerana banyak menggunakan metode2 dan fatwa saudiah yang jelas memusnahkan kesan2 dan peninggalan Rasulullah SAW dan keluarganya???!!!!!
Bunyi macam marah je, Abu Adam? Heheh! Ape "kesan2 & peninggalan" yg musnah tu?
aimahmad- AHLI
- Posts : 125
Points : 125
Join date : 29/04/2014
Location : Shah Alam
Re: zikir bida'ah
tanah suci adalah tempat ibadah, bukan tempat peninggalan sejarah.
abu_firdaus- AHLI
- Posts : 687
Points : 709
Join date : 19/05/2012
Location : bdr baru bangi
Similar topics
» adakah ini bidaah
» seputar belit mengenal hal bidaah
» Zikir Tubna
» duit raya bidaah ke?
» Zikir diiringi muzik
» seputar belit mengenal hal bidaah
» Zikir Tubna
» duit raya bidaah ke?
» Zikir diiringi muzik
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum