BicaraTHTL
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Hubungan antara Syaikh al-Albani & Syaikh Hasan al-Banna

2 posters

Go down

Hubungan antara Syaikh al-Albani & Syaikh Hasan al-Banna Empty Hubungan antara Syaikh al-Albani & Syaikh Hasan al-Banna

Post by zikrulmaut_sm Sun Sep 14, 2014 5:07 pm

Bismillahirrahmaanirrahiim,
Assalaamu'alaikum warahmatullahi wabarakaatuh,

Rupanya ada beberapa sumber menyebutkan bahawa Syaikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani & Syaikh Hasan Al-Banna pernah berhubung.

Antaranya saya jumpa:

|| al-Albani & Hasan al-Banna ||

Ustaz Hasan al-Banna pernah menulis surat khusus kepada Syaikh al-Albani, berterima kasih dan memuji beliau kerana membetulkan fahaman fiqh serta penilaian hadith dalam kolum Fiqh Sunnah majalah Ikhwan al-Muslimuun, yang ketika itu ditulis oleh Syaikh Sayyid Sabiq secara mingguan.

Artikel-artikel mingguan Syaikh Sayyid Sabiq ini kemudiannya dikumpulkan dan dicetak dengan nama Fiqh Sunnah.

Serta koreksi-koreksi Syaikh al-Albani ini kemudiannya dicetak dengan nama Tamaamul Minnah Fi Ta'liq 'ala Fiqhus Sunnah.

[Rujuk: Hayat al-Albani. 1/68]
zikrulmaut_sm
zikrulmaut_sm
AHLI
AHLI

Posts : 513
Points : 765
Join date : 25/11/2011

https://facebook.com/syazwanmisran

Back to top Go down

Hubungan antara Syaikh al-Albani & Syaikh Hasan al-Banna Empty Re: Hubungan antara Syaikh al-Albani & Syaikh Hasan al-Banna

Post by thtl Sun Sep 14, 2014 9:42 pm

mmg ada, al-Albani ada hubungan dgn Dr Yusof al-Qardhawi; selepas al-Albani membuat koreksi kpd beberapa kitab al-Qardhawi, antaranya Halal wal Haram, Musykilatul Faqr. hasil koreksi al-Albani, DYQ segera menguasai uloom hadith dan karya DYQ selepas itu hanya menggunakan hadith yg sahih sahaja
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Hubungan antara Syaikh al-Albani & Syaikh Hasan al-Banna Empty Re: Hubungan antara Syaikh al-Albani & Syaikh Hasan al-Banna

Post by zikrulmaut_sm Mon Sep 15, 2014 1:06 am

Bererti masyaikh IM sendiri tidaklah bersikap hostile terhadap masyaikh salafiyyun.

Cuma sebahagian pengikut muta'akhirin yang membesar-besarkan jurang di antara mereka.

Di Youtube, ada rakaman audio, yang menurut uploadernya, rakaman ini tahun 1997, dua tahun sebelum Syeikh al-Albani rahimahullah meninggal dunia (1999M). Rakaman ini berkenaan beberapa pujian Syaikh Al-Albani kepada Syaikh Hasan Al-Banna. Syaikh Al-Albani sempat menyebutkan tentang surat yang dikirim oleh Syaikh Hasan Al-Banna kepadanya.

zikrulmaut_sm
zikrulmaut_sm
AHLI
AHLI

Posts : 513
Points : 765
Join date : 25/11/2011

https://facebook.com/syazwanmisran

Back to top Go down

Hubungan antara Syaikh al-Albani & Syaikh Hasan al-Banna Empty Re: Hubungan antara Syaikh al-Albani & Syaikh Hasan al-Banna

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum