BicaraTHTL
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Interaksi Jin: Mukjizat atau Boleh Dipelajari

2 posters

Go down

Interaksi Jin: Mukjizat atau Boleh Dipelajari Empty Interaksi Jin: Mukjizat atau Boleh Dipelajari

Post by AwgSagi Wed Oct 15, 2014 4:15 pm

Tuan,

Kita diajar bahawa menguasai sebahagian golongan jin adalah antara mukjizat Nabi Sulaiman AS dan hanya unik utk baginda sahaja.

Bila merujuk kepada AL-QURAN khususnya Surah Al-Jin, pertemuan golongan jin dgn Nabi SAW utk dakwah ada dirakamkan dan peristiwa itu juga hanya berlaku kepada baginda SAW.

Dlm sirah Nabi SAW juga diriwayatkan ada beberapa kejadian Nabi SAW berjumpa dgn mereka dan berjemaah solat.

Adakah pertemuan Nabi SAW itu boleh kita katakan satu mukjizat yg hanya berlaku kepada baginda SAW dlm kapasiti sebagai pembawa risalah terakhir dan rahmat utk seluruh alam?

Atau adakah interaksi seperti Nabi SAW itu juga dialami oleh rasul2 atau nabi2 yg lain atau manusia2 biasa yg lain jika itu bukan mukjizat khusus Pembawa Risalah Akhir Zaman?

Ada setengah org2 awam dan perawat2 tradisi atau ruqyah-syariah klaim mereka pun boleh bertemu dgn golongan jin dlm bentuk asal mereka utk tujuan2 selain yg khusus utk Nabi Sulaiman AS termasuklah berdakwah atau masuk ke alam mereka seperti yg dialami Rasul SAW.

Jika interaksi dgn jin bukan khusus mukjizat maka kelebihan seperti ini telah diklaim didapatkan dari 2 jalan iaitu zahir ertinya dipelajari atau batin ertinya didapatkan secara ghaib.

AwgSagi
AHLI
AHLI

Posts : 22
Points : 30
Join date : 06/03/2013

Back to top Go down

Interaksi Jin: Mukjizat atau Boleh Dipelajari Empty Re: Interaksi Jin: Mukjizat atau Boleh Dipelajari

Post by thtl Thu Oct 16, 2014 9:54 am

قل أوحي إلي أنه استمع نفر من الجن فقالوا إنا سمعنا قرآنا عجبا
"Katakanlah (hai Muhammad):" Telah diwahyukan kepadaku bahwasanya: sekumpulan jin telah mendengarkan Al-Qur `an, lalu mereka berkata: 'Sesungguhnya kami telah mendengarkan Al-Qur` an yang menakjubkan', "dan seterusnya. (surat Al-Jin: 1)

Maka ia khusus buat Nabi sahaja. Kita tidak diperintahkan berbuat demikian sebab jin ada orang alim mereka sendiri:
dalil:وأنا منا المسلمون ومنا القاسطون
"Dan sesungguhnya diantara kami ada orang-orang yang taat dan ada (pula) orang-orang yang menyimpang dari kebenaran." (Al-Jin: 14)

2. kita tak perlu mendapat bantuan jin sebab kita lebih tinggi, mulia dan IQ manusia lebih canggih. buktinya komputer, smartfone, kapalterbang dan kemampuan kita memindahkan data dengan laju dan besar

3. Belajar utk menguasai jinn tidak perlu, sebab lebih baik belajar IT dari minta pertolongan jin. cth:
utk mengesan penyakit dalam badan manusia, dulu guna jinn, sekarang hospital guna pelbagai alat digital utk mengesan dan merawat penyakit. dulu manusia minta carpet terbang dgn bantuan jin, sekarang tak payah, naik air asia je, semua org boleh terbang...hehehe
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum