BicaraTHTL
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kitab Tafsir fi Zilal al-Quran sesat?

4 posters

Go down

Kitab Tafsir fi Zilal al-Quran sesat? Empty Kitab Tafsir fi Zilal al-Quran sesat?

Post by Afnan Zul Kamal Tue Nov 25, 2014 1:36 pm

Assalammualaikum, baru-baru ni ade seorang penceramah datang buat tazkirah di surau sekolah saya. Dia kata kitab tasfir fi zilal al quran itu sesat dan syed qutub pon sesat kerana syed qutub mengkafirkan org lain. Dia kata syed qutub menafsirkan al quran tanpa sebarang rujukan ketika di penjara? Adakah hal ini benar?

Afnan Zul Kamal
AHLI
AHLI

Posts : 11
Points : 21
Join date : 25/11/2014
Age : 25

Back to top Go down

Kitab Tafsir fi Zilal al-Quran sesat? Empty Re: Kitab Tafsir fi Zilal al-Quran sesat?

Post by thtl Tue Nov 25, 2014 4:37 pm

wsm,
orang yg suka menyesatkan orang ni takleh pakai. yg betul, semua kitab boleh dikritik dgn menghormati pengarangnya. biasa yg kritik keras syed qutub kerana dia adalah dari jamaah Ikhwan Muslimin yang kontroversi di Timur Tengah sekarang. Syed Qutb juga mati ditali gantung pada tahun 1966 atas kesalahan akta keselamatan dalam negeri mesir yg diterajui Gamal Nasser.
Tafsir fi Zilal disiapkan dalam penjara sebelum beliau digantung dan syed qutb diberi kitab2 rujukan oleh pihak penjara dan antara rujukan utama tafsir beliau ialah Tafsir Ibn katsier. Tafsir Zilal adalah tafsir maudhu'iy dan tafsir ijtima'iy (tafsir tema2 AQ dan tafsir kemasyarakatan) dan bukanlah tafsir bil makthur atau tafsir salaf. Tafsir maudhu'iy dan tafsir Ijtma'i ni adalah boleh dan jika ada kesalahan,hendaklah diperbetulkan.

Maka ia adalah satu cabang ilmu tafsir, ini kerana AQ dapat ditafsir dgn banyak approach, antaranya tafsir tatabahasa oleh alZamakhsyari, tafsir sufistik sp Turtusi, tafsir ahkam (hukm fiqh) spt tafsir Ibn al-Arabi, tafsir falsafah spt mafatih al-ghaib ar-razi, dsbnya..

Oleh kerna tafsir az-Zilal bukan tafsir bil Makthur, tidak bermana ia sesat. ia masih dalam daerah mentafsir AQ yg dibolehkan. Tambahan syed qutb adalah graduan arabic literature.
maka tuduhan syed qutb sesat dan tafsirnya juga sesat adalah tidak benar. tafsir ini memperkayakan lagi khazanah tafsir dari ribuan tafsir yg sedia ada
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Kitab Tafsir fi Zilal al-Quran sesat? Empty Re: Kitab Tafsir fi Zilal al-Quran sesat?

Post by Ibnu Sarkawi Tue Nov 25, 2014 6:59 pm

saya ada terbaca d facebook kalau x silap status dr.mazlee tentang tafsir ini... ringkasnya tafsir ini masih merujuk kepada tafsir2 yg diterima(cthnya tafsir ibn katsir sebagaimana kata thtl) cuma ianya dikaitkan dgn zaman moden (salah satu kelebihan tafsir ini) yg diulas dgn bahasa sasteranya.
Ibnu Sarkawi
Ibnu Sarkawi
AHLI
AHLI

Posts : 404
Points : 579
Join date : 06/12/2011

Back to top Go down

Kitab Tafsir fi Zilal al-Quran sesat? Empty Re: Kitab Tafsir fi Zilal al-Quran sesat?

Post by aimahmad Wed Nov 26, 2014 3:37 am

Mereka yg mengkritik Sayyid Qutb mendakwa di dlm tafsir Fi Zilal terdapat hal seperti;

1. Mentafsir "istiwa" Allah di atas 'Arasy sebagai "penguasaan ke atas makhlukNya".
2. Mengatakan Al-Quran itu makhluk.
3. Membawa aqidah Wahdatul Wujud.
4. Mengkafirkan umat Islam

Itu dakwaan mereka. Sejauh mana kebenarannya? Mohon komen & pencerahan, Ustaz. Terima kasih.
aimahmad
aimahmad
AHLI
AHLI

Posts : 125
Points : 125
Join date : 29/04/2014
Location : Shah Alam

Back to top Go down

Kitab Tafsir fi Zilal al-Quran sesat? Empty Re: Kitab Tafsir fi Zilal al-Quran sesat?

Post by thtl Wed Nov 26, 2014 8:51 am

1. itu perbedzaan utama dalam metod memahami tawhid, samada metod salaf (tafwidh) tanpa takwil atau takwil golongan asya'irah. Jika SQ didakwah Asya'irah, maka inilah aliran yg majoriti.

2. SQ mengatakan al-Qur'an makhluk tidak mungkin sebab ini doktrin Muktazilah yg ketara. Ia harus dikemukakan bahan bukti

3. Ini juga doktrin yg sesat dan tak mungkin SQ menganutinya. kena bawa bukti

4. SQ mengkafirkan umat Islam? mungkin ya atau tidak sebab dia digantung atas tuduhan ini berpandukan tulisannya "Maalim fi Tariq" SQ tidak menggunakan istilah kafir tapi banyak menggunakan istilah "jahiliyah moden". Istilah jahiliyah moden ini dikembangkan oleh adiknya Prof Muhammad Qutb profesor di Univ Islam Madinah.
Ia sama dgn kes famous kat negara kita, TG Haji Hadi dengan fatwanya yg dikenali dgn Fatwa Hadi Banggol Peradong, di mana TGHH mengkafirkan UMNO. setakat ini TGHH tidak menarik balik fatwa tsb dan fatwa UMNO kufur adalah masih valid
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Kitab Tafsir fi Zilal al-Quran sesat? Empty Re: Kitab Tafsir fi Zilal al-Quran sesat?

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum