BicaraTHTL
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

hadis najd

4 posters

Go down

hadis najd Empty hadis najd

Post by Afnan Zul Kamal Tue Jan 06, 2015 7:42 pm

Assalammualaikum, ustaz boleh terangkan tak hadis ni?Saya agak keliru

Isu Ancaman Pelampau Wahhabiy ini bukan isu picisan atau khilafiyyah semata-mata. Sebaliknya merupakan isu global merangkumi fahaman, pegangan dan tindakan umat Islam. Lantaran itu, benarlah apa yang disabdakan Nabi SAW berkaitan dengan kemunculan fitnah dan kegemparan yang melanda umat Islam diakhir zaman. Bahkan fitnah dan kegemparan ini sentiasa berterusan. Namun begitu, akan ada segolongan umat ini yang berjuang di atas platform kebenaran sehingga datangnya ‘perintah’ daripada Allah SWT. Perhatikanlah, bahawa fitnah yang digambarkan Nabi SAW benar2 berlaku dan gelombangnya melanda umat ini. Saksikan bukti2 yang kami bawakan kini dan seketika nanti :
اللهم بارك لنا في شامنا اللهم بارك لنا في يمننا، قالوا: يا رسول الله! وفي نجدنا، قال: اللهم بارك لنا في شامنا اللهم بارك لنا في يمننا، قالوا: يا رسول الله! وفي نجدنا، فأظنه قال في الثالثة: هناك الزلازل والفتن وبها يطلع قرن الشيطان.

Terjemahannya : “Sebahagian dari hadis fitnah juga ialah sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim, al-Tirmidzi bahawa Baginda SAW bersabda : “Ya Allah berkatilah negeri Syams kami, Ya Allah berkatilah negeri Yaman kami. Para sahabat bertanya : “Wahai Rasulullah : (Bagaimana) dengan negeri Najd kami? Baginda SAW lalu bersabda : Ya Allah berkatilah negeri Syams kami, Ya Allah berkatilah negeri Yaman kami. Dan baginda bersabda pada kali yang ketiga : “Disana (Najad) berlakunya gempa bumi (kegoncangan) timbulnya pelbagai fitnah, dan disana juga munculnya tanduk syaitan.”




Sebahagian ulamak mengatakan : “ Apa yang dimaksudkan dengan tanduk syaitan ialah kemunculan Musailamah al-Kazzab dan Muhammad bin Abd Wahhab…”


Di dalam sebahagian kitab sejarah selepas disebutkan kes peperangan Bani Hanafiyyah (disebutkan) Akan keluar di akhir zaman dari negeri Musailamah al-Kazzab seorang lelaki yang mengubah agama Islam.. Dan telah datang sebuah hadis dari Sayyidina Abu Bakar al-Siddiq R.A menyebutkan bahawa Bani Hanafiyyah itu adalah kaum Musailamah al-Kazzab. Dan telah menyebutkan pada hadis berkenaan bahawa lembah yang dihuni mereka itu sentiasa mengeluarkan fitnah sehingga akhir zaman. Dan sentiasa fitnah itu keluar dari pendusta mereka hingga ke hari Kiamat. Di dalam riwayat yang lain disebutkan : Kecelakaanlah bagi al-Yamamah sebagai satu kecelakaan yang berterusan.”
Tuan Puan dijemput pula menelusuri kitab ini :



Maksudnya ; “Najad : Hadis-hadis yang berkaitan boleh didapati di dalam al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmidzi, al-Nisa’ie dan Ibn Majah.
Al-Najd : Ialah kawasan tanah tinggi. Bukanlah satu kawasan yang terlalu tinggi. (umumnya) Setiap kawasan tanah tinggi dari Tihamah dikatakan Najd. Ternakan yang dipelihara di Najd diberi minum airnya di Tihamah. Dan setiap tanah tinggi dari lembah Wadi al-Rummah dikira Najd hingga penghujung Zat Iraq dari penjuru al-Hijjaz keseluruhannya, barat al-Yamamah, Timur al-Hijjaz. Kotanya pada hari ini dikenali dengan Riyadh dan kawasan sekiranya. Seperti al-Qashim, Sudair, al-Aflaj. Dulu-dulu manusia mengira apa-apa jarak selepas 100km dari Timur Madinah al-Munawwarah adalah Najad.”

Lihatlah peta Najad secara jelas. Semoga pendedahan ini memudahkan kita memahami gambaran sebenar hadis Fitnah yang berkaitan dengan Najad.
Kesimpulan :
1) Najad yang dimaksudkan di dalam lembaran sabda Nabi SAW ialah sebuah kawasan yang terletak di timur Madinah. Disanalah munculnya fitnah dan kegemparan terhadap Islam dan umatnya. Fitnah ini mengucar kacirkan fahaman dan pegangan umat Islam sehingga menyeret kepada pertumpahan darah. Ternyata, kemunculan Musailamah al-Kazzab dan Gerakan Wahhabiy yang dipimpin oleh Muhammad Abd Wahhab merealisasi gambaran fitnah yang dimaksudkan. Apa tidaknya, Musailamah al-Kazzab adalah Pemimpin Nabi Palsu. Manakala Muhammad Abd Wahhab memimpin gerakan Wahhabiy yang sanggup menyerang, merampas dan berperang menentang Khilafah Uthmaniyyah lebih dari 200 tahun dan menyebabkan beribu-ribu nyawa terkorban.
2) Walaupun beberapa tokoh Wahhabiy (Internasional/Msia) cuba mengalih perhatian ‘Najad’ dengan maksud yang umum. Atau dialihkan ke Iraq..ternyata usaha itu sesekali tidak berhasil. Ini kerana dilalah yang terdapat di dalam hadis begitu jelas memaksudkan Najad sebagai satu sudut geografi yang amat dikenali sebagaimana Syams dan Yaman. Dan sememangnya jika dilihat kedudukan koordinat geografi, Najd/Riyadh terletak pada 2443N 04644E, manakala Madinah terletak pada 2433N 03942E. Kedudukan Riyadh/Najd hampir pada garis darjah latitude yang sama (beza 10 minit sahaja – bukan ukuran waktu tetapi ukuran latitude) dengan Madinah betul-betul sebelah timur. Helah yang digunapakai bagi mereka yang gerun dengan hadith ini ialah mereka mengatakan bahawa Iraq sememangnya di sebelah timur. Tetapi yang sebenarnya, latitude yang paling rendah bagi Iraq ialah sekitar 3040N (kota Basrah). Baghdad pula 3340N. Dengan kedudukan latitude sedemikian, Iraq terletak di antara 0 – 40 darjah ke utara Medinah. Bukan timur. Kalau nak dikatakan timur, ianya sepatut disekitar 90 +/- 20 darjah dari Medinah.
3) Apabila anda mengetahui isyarat fitnah dan kegemparan melalui hadis ini..perhatikanlah dengan fitnah yang tersadung dari fahaman Wahhabiy. Bukankah menyesatkan umat Islam dengan perkara furuk, mengkafirkan ulamak dan menghalalkan darah mereka atas unsur khilafiyyah…satu fitnah! Justeru mengertilah, dari mana fitnah dan siapa yang memulakan fitnah. Kita semua wajib menghapuskan keraguan dan fitnah berkenaan. Ketahuilah bahawa aktiviti ini bukanlah unsur kecil atu terpinggir. Malah ia dikira sebagai jihad mempertahankan kesucian Islam. Semoga Allah menyelamatkan kita semua dari sebarang fitnah agama.

Afnan Zul Kamal
AHLI
AHLI

Posts : 11
Points : 21
Join date : 25/11/2014
Age : 25

Back to top Go down

hadis najd Empty Re: hadis najd

Post by abu_firdaus Wed Jan 07, 2015 5:15 am

afnan, ada smart fon boleh install telegram?
sheikh skrg lebih senang & cepat jwb kat grp telegram
abu_firdaus
abu_firdaus
AHLI
AHLI

Posts : 687
Points : 709
Join date : 19/05/2012
Location : bdr baru bangi

Back to top Go down

hadis najd Empty Re: hadis najd

Post by thtl Wed Jan 07, 2015 8:46 am

jangan percaya dengan tulisan pelampau ASWAJA
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

hadis najd Empty Re: hadis najd

Post by Mohamad hafiz Wed Jan 07, 2015 2:50 pm

afnan klu x silap still muda g, hihihi, lupa dh bpe umur, dia pling muda kt forum ni.
Mohamad hafiz
Mohamad hafiz
AHLI
AHLI

Posts : 867
Points : 1201
Join date : 23/01/2013
Age : 28
Location : Mukah

http://bloginformasiterkini.blogspot.com/

Back to top Go down

hadis najd Empty Re: hadis najd

Post by thtl Thu Jan 08, 2015 12:08 pm

Maksud sebenar hadith Nejd:
Menurut Al-Haafidh Al-Kirmaaniy rh :
ومن كان بالمدينة الطيبة -صلى الله على ساكنها- كان نجده بادية العراق ونواحيها، وهي مشرق أهلها
“Dan bagi Al-Madinah At-Thayyibah – semoga Allah melimpahkan barakah kepada penduduknya - , maka Najd-nya adalah sahara/gurun ‘Iraaq dan sekelilingnya. Ia adalah arah timur bagi penduduk Madinah” [Syarh Shahiih Al-Bukhaariy, 24/168].

Nota: Bila kita lihat sejarah, kemunculan firqah (aliran) Khawarij/ Haruriyyah, Mu’tazilah, Jahmiyyah, Raafidlah, dan yang lainnya dari daerah ‘Iraaq.
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

hadis najd Empty Re: hadis najd

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum