BicaraTHTL
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

kisah tentang tangan Nabi keluat dari kuburnya.

2 posters

Go down

kisah tentang tangan Nabi keluat dari kuburnya. Empty kisah tentang tangan Nabi keluat dari kuburnya.

Post by Dodo Don Sun Jan 11, 2015 7:26 am

Assalamualaikum..
Minta pandangan tuan2 mengenainya.

TANGAN Nabi saw keluar dari Kuburnya.

Telah diriwayatkan oleh Imam al-Rifaie  dalam kitabnya yg berjudul: “Sawad al-`Ainain fi Manaqib al-Ghaus Abi al-`Aalamain” bahawa dia berkata: “Telah dikhabarkan kepadaku daripada guruku al-Imam al-Hujjah al-Qudwah Abu al-Farj Umar al-Farusi al-Wasiti, ia berkata: "Guru kami Sayyid Ahmad al-Rifaie telah mengerjakan ibadah haji pada tahun 555 Hijrah. Tatkala beliau sampai ke Madinah Munawwarah beliau telah memuliakan datuknya dengan menziarahi maqam Baginda Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam. (Imam al-Rifaei adalah dari keturunan Nabi saw dari susurjalur Sayyidina Husain ra). Beliau telah berdiri mengadap maqam Baginda saw dan kami pula berdiri di belakang beliau lalu beliau berkata: "Salam sejahtera wahai datukku", lalu dijawab oleh suatu suara daripada maqam Rasulullah sallallahu `alaihi wasallam: "Dan sejahtera ke atas engkau wahai cucuku".

Maka Imam al-Rifaie mengungkapkan satu syair dengan suara yang amat merdu:

فِي حَالَةِ الْبُعْدِ رُوحِي كُنْتُ أُرْسِلُهَا      
تُقَبِّلُ الأَرْضَ عَنِّي وَهِيَ نَائِبَتِي

وَهَذِهِ دَولَةُ الأَشْبَاحِ قَدْ حَضَرَتْ        
فَامْدُدْ يَمِيْنَكَ كَي تَحْظَى بِهَا شَفَتِيْ

Maknanya:
"Dari kejauhan ku kirimkan rohku,
Untuk mencium tanah sebagai pengganti diriku,
Inilah diriku sekarang hadir,
Maka hulurkanlah tanganmu agar bibirku dpt mengucupinya".

Ketika itu juga keluar tangan melalui maqam Baginda sallallahu`alaihiwasallam yang amat wangi lalu Imam Ahmad al-Rifai menciumnya.

Peristiwa tersebut disaksikan oleh lebih kurang 90 ribu manusia yg berada di sekitar maqam ketika itu. Mereka semua MENDENGAR SUARA Rasulullah saw dan juga telah MELIHAT TANGAN Baginda saw. Antara ulama lain yg berada di situ ketika kejadian tersebut ialah Sheikh Hayat ibn Qais al-Harrani, Sheikh Abd al-Qadir al-Jailani, Sheikh `Adi al-Syami dan ramai lagi.”...
Dodo Don
Dodo Don
AHLI
AHLI

Posts : 209
Points : 241
Join date : 26/05/2012

Back to top Go down

kisah tentang tangan Nabi keluat dari kuburnya. Empty Re: kisah tentang tangan Nabi keluat dari kuburnya.

Post by thtl Sun Jan 11, 2015 12:33 pm

kena ingat, imam rafi'iy ni akhirnya menjadi sebuah tareqat yg besar, Tareqat Rafi'iyah. Maka pengikutnya yg fanatik membikin cerita utk menaiktaraf Wali mereka menjadi wali Qutub.
abaikan kisah yang menjadikan kita diketawakan oleh org bukan Islam
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum