[taharah] kitab yang dikotori najis cicak
4 posters
Page 1 of 1
[taharah] kitab yang dikotori najis cicak
Assalammualakum
Bagaimanakah caranya untuk membersihkan kitab2 yang dikotori najis cicak baik basah mahupun kering? Adakah memadai dengan lap dengan kain basah sahaja?
Bagaimanakah caranya untuk membersihkan kitab2 yang dikotori najis cicak baik basah mahupun kering? Adakah memadai dengan lap dengan kain basah sahaja?
Re: [taharah] kitab yang dikotori najis cicak
بسم الله الرحمن الرحيم
Ana cuba jawab
1. cara menyucikan najis cicak yang kering
Dalam fiqh mazhab syafi'I dan hanbali, terdapat satu kaedah: benda yang bersih bila terkena benda yg najis, dikira mutanajjis benda bersih itu jika salah satu drpnya basah/lembab. Kaedah ini selalu org kita sebut dlm bersentuh dgn anjing, dan ia diterimapakai utk semua najis.
Maknanya jika kedua duanya kering, seperti kitab yg kering dan taik cicak juga kering, maka hanya perlu membuang taik cicak daripada kitab.
2. taik cicak yg basah
Antara perkara yg selalu ditimbukan ttg taik cicak, adakah ia:
- boleh dianggap sesuatu yg sukar dielakkan, menyebabkan ia jadi najis yg dimaafkan
jwpn saya: masih belum boleh dianggap sukar nak elak. Kdg2 byknya taik cicak kerana kemalasan manusia. Lagipun masjid dan surau ada tukang cucinya sendiri.
- adakah ia termasuk dlm haiwan yg tidak berdarah mengalir, yg dimaafkan bangkai dan najisnya seperti lalat, nyamuk dsbgainya?- jwpn saya cicak tidak termasuk dlm haiwan jenis ini, ada perbezaan ketara.
Dlm mazhab hanafi misalnya, najis yg saiznya kurang dr 1 dirham adalah dimaafkan. (saya kurang pasti apakah ini boleh dipraktikkan pd taik cicak)
3. bila kita menganggap taik cicak najis yg tak dimaafkan, maka dlm keadaan basah ia perlulah dibersihkan dr kitab dgn cara membersihkan najis mutawassitah, iaitu menurut jumhur, dgn menggunakan air mutlak. Di sinilah timbul cara lap dgn kain basah, iaitu kain yg sudah dibasah dgn air mutlak.
Walaubagaimanapun, di sana terdapat pendapat yg mengatakan membersihkan sesuatu drp najis x semestinya dgn air mutlak. Tapi boleh juga dgn bahan2 lain yg terbukti membersihkan. Ini merupakan pendapat mazhab hanafi, qaul qadim as-syafi'I , salah satu riwayat drp malik dan ahmad, imam ibn hazm, pendapat terpilih di sisi imam ibn taimiyyah, , juga pendapat ibn uthaimin. Pendapat ini telah dipilih sbg pendapat yg rajih menurut pengarang soheh fiqh sunnah,
ini kerana, dlm pada syara memerintahkan kita guna air untuk menyucikan dr najis, ia bukanlah disuruh dlm semua perkara. Bahkan dlm setengah perkara tsabit penggunaan alat2 lain utk bersuci. Cth, dibenarkan istijmar dgn batu, membersihkan hujung pakaian dan tapak selipar dgn tanah,
bahkan sesetengah bahan seperti cuka dan pencuci buatan boleh membersihkan sama dengan air, bahkan kdg2 lebih bersih.
Menyucikan dr najis juga lebih kepada satu perbuatan menghilangkan sesuatu yg dilarang, bila tercapai maksudnya, maka gugurlah hukum. Sebab ini menyucikan dr najis x disyaratkan niat.
Maknanya memadai mengikut pendapat ini mengelap dengan kain,atau buang dgn kertas, sehingga hilang taik cicak dan kesannya.
Rujukan:
Al-majmu syarh muhazzab, 2/571
Mausuah fiqhiyyah kuwaitiyyah 30/169-170, 40/94-95.
Soheh fiqh sunnah, 85-87.
Re: [taharah] kitab yang dikotori najis cicak
albaghani wrote:Assalammualakum
Bagaimanakah caranya untuk membersihkan kitab2 yang dikotori najis cicak baik basah mahupun kering? Adakah memadai dengan lap dengan kain basah sahaja?
Bagi saya, persoalan adakah tahi cicak najis atau pun tidak bukanlah isu utama. Sebab kita tak gunakan kitab tersebut untuk solat. Jadi cukup sekadar menghilangkan kesan kotoran cicak tersebut daripada kitab itu.
Wallahu a`lam.
Re: [taharah] kitab yang dikotori najis cicak
ada penambahan tak dari jawapan akhi AZ, kalau tak ada mohon izin share ya
Re: [taharah] kitab yang dikotori najis cicak
Ad-Dien wrote:ada penambahan tak dari jawapan akhi AZ, kalau tak ada mohon izin share ya
insya Allah ana rasa dah cukup panjang jawapan
kalau ada yg lain sudi tambah tafaddal...
nak share pun tafaddal
Similar topics
» Kitab-kitab Tafsir Yang Mengandungi Unsur Israeliat
» Najis yang tidak nampak ??
» Hukum Tanaman yang dibaja dengan Najis
» Kitab Fiqh Wanita yang disarankan
» La Tahdzan 147-1: AQ-Kitab Yang Berkat, القرآنُ .. الكتابُ المباركُ
» Najis yang tidak nampak ??
» Hukum Tanaman yang dibaja dengan Najis
» Kitab Fiqh Wanita yang disarankan
» La Tahdzan 147-1: AQ-Kitab Yang Berkat, القرآنُ .. الكتابُ المباركُ
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum