Koleksi Buku-Buku Ilmiah
+11
wan_ly
AbuAmmar
ummuyaser
yat
Nizam
masdin08
mauswah
Ahmad Shamil
thtl
aniliaz
Ad-Dien
15 posters
BicaraTHTL :: Laman Usrah :: Info Buku
Page 4 of 6
Page 4 of 6 • 1, 2, 3, 4, 5, 6
Koleksi Buku-Buku Ilmiah
First topic message reminder :
Assalamualaikum, memandangkan sudah lama di maktabah ini..insyaAllah akan dikongsikan buku-buku yang sudah saya baca berserta gambar dan sedikit sinopsis kandungan buku..
mungkin akan saya letak harga kot-kot ada sahabat yang ingin membelinya..
saya juga bagi rating berdasarkan penilaian saya sahaja.. insyaAllah..
[Tread Ini Valid Selagi Saya Bekerja Di Maktabah Ini, insyaAllah]
Assalamualaikum, memandangkan sudah lama di maktabah ini..insyaAllah akan dikongsikan buku-buku yang sudah saya baca berserta gambar dan sedikit sinopsis kandungan buku..
mungkin akan saya letak harga kot-kot ada sahabat yang ingin membelinya..
saya juga bagi rating berdasarkan penilaian saya sahaja.. insyaAllah..
[Tread Ini Valid Selagi Saya Bekerja Di Maktabah Ini, insyaAllah]
Last edited by HambaNya on Sat May 19, 2012 3:32 pm; edited 1 time in total
Re: Koleksi Buku-Buku Ilmiah
untuk buku sejarah nabi2 (sirah nabawiyah), apa nama kitab yg sesuai?
yat- Moderator
- Posts : 899
Join date : 05/12/2011
Re: Koleksi Buku-Buku Ilmiah
yat wrote:untuk buku sejarah nabi2 (sirah nabawiyah), apa nama kitab yg sesuai?
Ar-Raheequl Makhtum oleh Sofi ul Rahman Al Mubarakfoori. Yang ada ialah terbitan YADIM terjemahan Muhammad Ramzi Omar. Di hujung setiap bab ada catatan nota rujukan.
Re: Koleksi Buku-Buku Ilmiah
nama melayu dia apa?
yat- Moderator
- Posts : 899
Points : 1144
Join date : 05/12/2011
Re: Koleksi Buku-Buku Ilmiah
yat wrote:untuk buku sejarah nabi2 (sirah nabawiyah), apa nama kitab yg sesuai?
1. Sirah Ibn Hisyam.
2. Al-Raudh al-Unf
3. Sirah Ibn Kathir
4. Dala'il an-Nubuwwah
5. Sirah al-Halabiah
6. Al-Sirah an-Nubuwwah Durus wa 'Ibar
7. Al-Rahiq al-Makhtum fi Sirah al-Nabi al-Ma'sum
8. Zad al-Ma'ad.
Re: Koleksi Buku-Buku Ilmiah
Ad-Dien wrote:yat wrote:untuk buku sejarah nabi2 (sirah nabawiyah), apa nama kitab yg sesuai?
1. Sirah Ibn Hisyam.
2. Al-Raudh al-Unf
3. Sirah Ibn Kathir
4. Dala'il an-Nubuwwah
5. Sirah al-Halabiah
6. Al-Sirah an-Nubuwwah Durus wa 'Ibar
7. Al-Rahiq al-Makhtum fi Sirah al-Nabi al-Ma'sum
8. Zad al-Ma'ad.
Kalau tak keberatan, nama kitab terjemahan tu...buat masa ni mampu baca kitab terjemahan jek dulu... boleh saya tanya dealer terus
yat- Moderator
- Posts : 899
Points : 1144
Join date : 05/12/2011
Re: Koleksi Buku-Buku Ilmiah
yat wrote:Ad-Dien wrote:yat wrote:untuk buku sejarah nabi2 (sirah nabawiyah), apa nama kitab yg sesuai?
1. Sirah Ibn Hisyam.
2. Al-Raudh al-Unf
3. Sirah Ibn Kathir
4. Dala'il an-Nubuwwah
5. Sirah al-Halabiah
6. Al-Sirah an-Nubuwwah Durus wa 'Ibar
7. Al-Rahiq al-Makhtum fi Sirah al-Nabi al-Ma'sum
8. Zad al-Ma'ad.
Kalau tak keberatan, nama kitab terjemahan tu...buat masa ni mampu baca kitab terjemahan jek dulu... boleh saya tanya dealer terus
Kitab terjemahan pun guna nama asal..tidak diubah. Cuba cari edisi indo, insyaAllah ada..
Re: Koleksi Buku-Buku Ilmiah
Buku 9
Pengarang : Prof.Yusuf Al-Qardawi
Penterjemah : Prof. Madya Dr.Basri bin Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari
Muka Surat: 370
Harga: RM30.00
Ulasan Buku :
Musuh-musuh Islam sentiasa berusaha mencari jalan untuk menekan umat Islam dari pelbagai sudut. Mereka tidak reda dengan umat Islam sehinggalah umat Islam itu mengikut agama mereka atau cara hidup dan penyelesaian gaya hidup mengikut acuan mereka atau setidak-tidaknya terpesong jauh dari ajaran Islam.
Sebenarnya umat Islam bukan sahaja terdedah kepada tentangan atau tekanan yang berupa penyeksaan dan pembunuhan, malah mereka juga berhadapan dengan usaha musuh dalam menghapuskan gaya hidup Islam yang menjadi amalan, pegangan atau 'way of life' umat Islam di seluruh dunia. Terdapat enam jenis musuh yang sentiasa tidak pernah putus asa untuk berusaha ke arah itu, mereka adalah puak-puak zionis, komunis, pemerintah yang munafik, hamba-hamba pemikiran Barat dan golongan yang hidup mewah dan tidak terikat dengan ikatan agama.
Dalam buku ini diperincikan tentang latar belakang, usaha dan strategi mereka dalam menghalang dan menentang penyelesaian gaya hidup Islam agar umat Islam dapat mengenali mereka dan usaha mereka serta berwaspada dengan usaha jahat puak-puak itu. Justeru amat wajarlah kita membaca dan mendalami buku ini agar kita tidak lena dan tidak dibuai oleh keseronokan hidup semata-mata, sedangkan musuh Islam sentiasa berusaha untuk menghapuskan Islam dan cara penyelesaian gaya hidup Islam dari muka bumi
Re: Koleksi Buku-Buku Ilmiah
Buku 10
Pengarang : Prof. Madya Dr.Basri bin Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari/Dr. Rohaizan bin Baru Al-Azhari
Di semak Oleh: Dr.Mohd Puzhi bin Usop/Dr.Muhammad Sabri bin Sahrir
Muka Surat: 448
Harga: RM34.00
Ulasan Buku :
Sesungguhnya Islam adalah agama yang benar, lurus dan suci yang menjadi panduan hidup manusia di dunia ini. Islam adalah satu-satunya agama yang diterima oleh Allah SWT sebagai pegangan hidup manusia semasa di dunia, yang seterusnya akan menentukan untung nasib mereka di akhirat nanti, tidak kira bangsa, suku kaum dan warna kulit.
Dalam perjuangan Islam membebaskan manusia daripada perhambaan dan penyembahan daripada selain Allah seperti menyembah berhala, mengagungkan ideologi sesat dan menyembah makhluk seperti manusia, bulan, bintang dan unsur-unsur alam; kepada menyembah Allah SWT, Tuhan yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya dan tanpa sebarang perantaraan. Maka Islam telah menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan daripada pelbagai pihak yang mahu mencemuh, menghina dan menyeleweng fakta-fakta murni berkaitan Islam, supaya ajaran Islam tampak buruk, hodoh dan kotor seperti tuduhan yang dilemparkan oleh puak musyrikin Quraisy di zaman awal Islam, diikuti oleh golongan munafiqin dan murtad selepasnya.
Kemunculan golongan yang terus memburuk-burukkan Islam terus berkembang hinggalah sekarang ini yang didalangi oleh golongan Yahudi, Kristian, orientalis bahkan ada juga di kalangan orang Islam sendiri yang turut terpengaruh dan menyebarkan fahaman sesat dan songsang ini dengan berselindung di sebalik nama kebajikan dan sebagainya.
Buku ini membentangkan tuduhan-tuduhan liar seorang paderi Kristian bernama Fedy terhadap agama Islam. Lebih menarik lagi buku ini mematahkan tuduhan-tuduhan liar tersebut secara ilmiah dan menarik. Tuduhan yang bertujuan menyelewengkan dan memesongkan kebenaran dan kesucian Islam ini berkaitan dengan aspek sejarah, geografi, akhlak, persoalan ketuhanan, perundangan, sosial, fakta-fakta sains dan ilmiah, peribadi dan kehidupan Rasulullah SAW termasuk juga isi kandungan Al-Quran Al-Karim Moga para pembaca mendapat manfaat daripada buku yang amat berharga dan padat ini dalam memahami fakta-fakta berkaitan Islam yang telah dipesong dan diselewengkan oleh paderi ini, dan seterusnya menyebarkan kefahaman yang betul kepada golongan yang telah terpengaruh dengan penyelewengan ini. Moga kita semua mendapat petunjuk dan keredhaan daripada-Nya.
Re: Koleksi Buku-Buku Ilmiah
Buku 11
Penulis : Muhammad Nurani Ma'arif
Penerbit : Hijjaz Records Publishing
Harga : RM 37.90 (Sem.M'sia),RM 39.90 (Sabah/Sarawak)
Dalam ni ada perbahasan mengenai Al-Mahdi al-Muntazar. Sepertinya penulis telah melalui dan mengetahui perbahasan yang pernah berlaku dalam isu Al-Mahdi ini.
FITNAH 2012 KONSPIRASI GALAKTIK – adalah sebuah kompilasi fitnah akhir zaman versi kontemporari. Ia merangkumi perihal Dajjal dengan konspirasinya, kemelut misteri tamaddun purba, bencana alam dan malapetaka gempa yang berulang-yang dikhabarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Fenomena 2012, zahirnya Imam Mahdi, kebangkitan pasukan panji hitam dari Khurasan, meletusnya Perang Dunia Ke -III, perang Yahudi-Islam a.k.a Armageddon, kehadiran makhluk angkasa a.k.a Alien-UFO (versi akan datang), turunnya Nabi Isa A'laihi Salam dan juga menjelaskan kemunculan bangsa Ya'juj Ma'juj (versi akan datang)
Re: Koleksi Buku-Buku Ilmiah
BUKU 12
Harga : RM 18.00
Jumlah Muka Surat : 216
Penulis: Hersi Mohamad Hilole, Ph.D.
Penerbit: PTS
Dr. Yusuf al-Qaradawi dilaporkan berkata, Wahabi adalah gerakan fanatik buta yang menganggap gerakan mereka paling benar tanpasalah dan menganggap yang lain selalu salah tanpa ada kebenaran sedikit pun.
Dr. Wahbah Zuhaili dalam wawancara bersama TV al-Jazeera menyatakan, Wahabi adalah orang yang sukamengkarkan majoriti Muslim selain dirinya sendiri.
Wahabi sesatkah mereka?
Namun apa yang luar biasa, ada pula rekod yang berbeza daripada kedua-dua tokoh perihal Muhammad binAbdul Wahab. Beliau adalah individu yang dikaitkan sebagai pemula gerakan Wahabi. Bahkan, nama Wahabi itudinisbahkan kepada nama bapanya, Abdul Wahab.Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam Fiqh al-Aulawiyyat memujinya, dengan berkata, “…Beliau memelihara bentengtauhid daripada syirik yang mencemari pancaran tauhid dan dikotori kesuciannya, menulis buku-buku dan risalah-risalah dalam perkara itu, serta bangkit menanggung bebanan secara dakwah dan praktikal dalam memusnahkan gambaran-gambaran syirik.”
Dr. Wahbah Zuhaili juga pernah memujinya dalam Risalah Mujaddid al-Din Qarn al-Thani 'Asyar dengan menyebut, "…Beliau adalah suara kebenaran yang berani, pendakwah terbesar bagi islah atau pembaikian,membina umat, jihad, dan mengembalikan individu Muslim supaya berpegang pada jalan salafus soleh yang terbesar iaitu dakwah Muhammad bin Abdul Wahab pada kurun ke-12 hijrah...."
Buku ini menyeimbang dan membongkarkan pendapat yang begitu berlawanan antara penyokong dan lawanWahabi. Buku ini juga cuba berlaku adil bagi memahami motif antara pertentangan yang timbul antara mereka.
Kandungan:
Pendahuluan
Pengantar Maksud Salafi
Kajian Perihal Sumber-Sumber dan Rujukan
Kumpulan Rujukandan Sumber yang Pertama: Pro Wahabi
Kumpulan Rujukandan Sumber yang Kedua: Anti Wahabi
Kumpulan Rujukandan Sumber yang Ketiga: Orientalis
Bab 1: Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab
Kehidupannya
Persekitarannya
Bab 2: Wahabi dan Pemurnian Tauhid
Kefahaman Syeikh Muhammad bin Abdul Wahabberkenaan Tauhid
Dimensi Agama dalam Tauhid,Menurut Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab
Mazhab Salafi Wahabi dalam Tauhid Asma’ dan Sifat
Bab 3: Dimensi Sosiopolitik bagi Memurnikan Tauhiddalam Aliran Wahabi
Perkembangan Perhubunganantara Kuasa Politik dan Aliran Wahabi
Bab 4: Polemik dalam Mentafsir Beberapa Isu Akidah
Skop Polemik
Menentukan Sifat Polemik
Polemik dalam Mentafsirkan Tauhid
Bab 5: Konflik Isu Pengkafiran dan Tawassul
Mengkafirkan Orang Islam
Kemunculan Gejala Kafir-Mengkafirkan pada Masa Kini
Syeikh Sulaiman bin Abdul Wahab dan Sikapnyapada Persoalan Mengkafirkan Muslim
Asas-Asas Pengkafiran Menurut Wahabi 92
Bab 6: Sikap Gerakan Wahabipada Beberapa Golongan Islam
Tasawuf
Syiah
Bab 7: Gerakan Wahabi dalam Bidang Dakwah
Penutup
Nota Hujung
Bibliografi
Pendahuluan
Pengantar Maksud Salafi
Kajian Perihal Sumber-Sumber dan Rujukan
Kumpulan Rujukandan Sumber yang Pertama: Pro Wahabi
Kumpulan Rujukandan Sumber yang Kedua: Anti Wahabi
Kumpulan Rujukandan Sumber yang Ketiga: Orientalis
Bab 1: Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab
Kehidupannya
Persekitarannya
Bab 2: Wahabi dan Pemurnian Tauhid
Kefahaman Syeikh Muhammad bin Abdul Wahabberkenaan Tauhid
Dimensi Agama dalam Tauhid,Menurut Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab
Mazhab Salafi Wahabi dalam Tauhid Asma’ dan Sifat
Bab 3: Dimensi Sosiopolitik bagi Memurnikan Tauhiddalam Aliran Wahabi
Perkembangan Perhubunganantara Kuasa Politik dan Aliran Wahabi
Bab 4: Polemik dalam Mentafsir Beberapa Isu Akidah
Skop Polemik
Menentukan Sifat Polemik
Polemik dalam Mentafsirkan Tauhid
Bab 5: Konflik Isu Pengkafiran dan Tawassul
Mengkafirkan Orang Islam
Kemunculan Gejala Kafir-Mengkafirkan pada Masa Kini
Syeikh Sulaiman bin Abdul Wahab dan Sikapnyapada Persoalan Mengkafirkan Muslim
Asas-Asas Pengkafiran Menurut Wahabi 92
Bab 6: Sikap Gerakan Wahabipada Beberapa Golongan Islam
Tasawuf
Syiah
Bab 7: Gerakan Wahabi dalam Bidang Dakwah
Penutup
Nota Hujung
Bibliografi
Re: Koleksi Buku-Buku Ilmiah
Buku Dr Yusuf al-Qardhawi (editor Ustaz Alamghiri) tu ada stok tak?
AbuAmmar- AHLI
- Posts : 12
Points : 12
Join date : 05/09/2012
Location : 15350-35900-36000
Re: Koleksi Buku-Buku Ilmiah
AbuAmmar wrote:Buku Dr Yusuf al-Qardhawi (editor Ustaz Alamghiri) tu ada stok tak?
Yang jihad dalam ISlam tu ke? ada rasanya akhi
Re: Koleksi Buku-Buku Ilmiah
Ad-Dien wrote:AbuAmmar wrote:Buku Dr Yusuf al-Qardhawi (editor Ustaz Alamghiri) tu ada stok tak?
Yang jihad dalam ISlam tu ke? ada rasanya akhi
Kalau saya order, boleh poskan? berapa kos termasuk pos? terima kasih.
AbuAmmar- AHLI
- Posts : 12
Points : 12
Join date : 05/09/2012
Location : 15350-35900-36000
Re: Koleksi Buku-Buku Ilmiah
AbuAmmar wrote:Ad-Dien wrote:AbuAmmar wrote:Buku Dr Yusuf al-Qardhawi (editor Ustaz Alamghiri) tu ada stok tak?
Yang jihad dalam ISlam tu ke? ada rasanya akhi
Kalau saya order, boleh poskan? berapa kos termasuk pos? terima kasih.
Boleh insyaAllah, ada dua, akhi nak yang mana?
1. Islam dan Keganasan:
2. Kesederhanaan dalam Islam:
Re: Koleksi Buku-Buku Ilmiah
Islam dan Keganasan, Termasuk pos ke Teluk Intan berapa kos?. Terima kasih banyak2..
AbuAmmar- AHLI
- Posts : 12
Points : 12
Join date : 05/09/2012
Location : 15350-35900-36000
Re: Koleksi Buku-Buku Ilmiah
AbuAmmar wrote:Islam dan Keganasan, Termasuk pos ke Teluk Intan berapa kos?. Terima kasih banyak2..
Akhi nak pos biase @pos laju @ pos express?
Re: Koleksi Buku-Buku Ilmiah
pos biasa pun takpe. terima kasih tuan.
AbuAmmar- AHLI
- Posts : 12
Points : 12
Join date : 05/09/2012
Location : 15350-35900-36000
Re: Koleksi Buku-Buku Ilmiah
AbuAmmar wrote:pos biasa pun takpe. terima kasih tuan.
Islam dan Keganasan (RM17.50) + Pos (RM1)= +/- RM17.00
bank in ke :
Mohamad Dhiyaiddin bin Abdul Kadir (CIMB)
no. akaun: 0608-0004-4142-01
Re: Koleksi Buku-Buku Ilmiah
OK, nanti saya masuk duit saya inform. sekarang ni busy sket..
AbuAmmar- AHLI
- Posts : 12
Points : 12
Join date : 05/09/2012
Location : 15350-35900-36000
Re: Koleksi Buku-Buku Ilmiah
AbuAmmar wrote:OK, nanti saya masuk duit saya inform. sekarang ni busy sket..
OK, insyaAllah
Re: Koleksi Buku-Buku Ilmiah
Perkongsian yg bermanfaat.. jazakallah khairan.
wan_ly- AHLI
- Posts : 7
Points : 7
Join date : 11/10/2012
Re: Koleksi Buku-Buku Ilmiah
Fitnah terhadap Sahabat Rasulullah; Merungkai Kontroversi, Menyingkap Realiti
BAB 1: Al-Quran Memartabatkan Para Sahabat
Pertama: Kemuliaan Sahabat dalam Taurat dan Injil
Kedua: Para Sahabat Dijamin Syurga
Ketiga: Allah s.w.t. Meredhai Para Sahabat
Keempat: Syurga untuk Muhajirin dan Ansar
Kelima: Kewajipan Mendoakan Muhajirin dan Ansar
BAB 2: As-Sunnah Memartabatkan Para Sahabat
Pertama: Ketinggian Ganjaran untuk Para Sahabat
Kedua: Para Sahabat Penyelamat Umat
Ketiga: Kehadiran Sahabat Membawa Makna
Keempat: Para Sahabat Generasi Terbaik
Kelima: Rasulullah s.a.w. Mendoakan Keampunan untuk Muhajirin dan Ansar
Keenam: Kecintaan kepada Ansar adalah Tuntutan Iman
Ketujuh: Kelebihan Ahli-Ahli Perang Badar
Kelapan: Keampunan untuk Ahli Bai’ah al-Ridhwan
BAB 3: Percanggahan antara Islam dengan Sejarah Kekeliruan
Kewajipan Menyemak Berita
Menyemak Sanad
Manhaj At-Tabari
Keserasian Kaedah Ahli Hadith
BAB 4: Kekeliruan Fakta Sejarah Peristiwa Saqifah
Rekod Sejarah yang Menzalimi Saidina Uthman
Rekod Kejahatan Mu’awiyah
Peristiwa Tahkim
BAB 5: Sejarah Pembunuhan Saidina Uthman bin Affan
Hasutan Abdullah bin Saba
Tindakan Saidina Uthman dalam Membendung Fitnah
Saidina Uthman Menjawab Tuduhan
Para Pemberontak Datang ke Madinah
Surat Rekaan kepada Para Sahabat terhadap Sahabat
Golongan Munafik Memaksa Saidina Uthman Meletak Jawatan
Usaha Mempertahankan Saidina Uthman
Saidina Uthman Enggan Dipertahankan
Saidina Uthman Dibunuh
Muhammad bin Abu Bakar Tidak Terlibat
BAB 6: Peperangan Sahabat antara Ahli Sunnah dengan Syiah
Saidina Ali Menjadi Khalifah
Kesulitan Melaksanakan Hukuman Qisas Kepada Pembunuh Uthman
Para Sahabat Berbeza Pendapat
Langkah Talhah, Az-Zubair, dan Saidatina Aisyah
Perang Jamal
Pendirian Para Sahabat yang Terlibat dalam Perang Jamal
Perang Siffin
Usaha Menghalangi Pertempuran
Perang Siffin Tercetus
Peristiwa Tahkim
Perang Siffin Menurut As-Sunnah
Tindakan Mu’awiyah adalah Ijtihad
Ijtihad Menyebelahi Saidina Ali
BAB 7: Pendirian Ahli Sunnah dalam Pertelingkahan Para Sahabat
Menghargai Jasa Para Sahabat
http://pts.com.my/buku/fitnah/
Re: Koleksi Buku-Buku Ilmiah
Edisi revisi ker ni Dien...ke buku baru?
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Koleksi Buku-Buku Ilmiah
Tuan,
Buku "Kesederhanaan dalam Islam" DYQ tu terjemahan dari tajuk arab yg mana ya? tkaseh.
Buku "Kesederhanaan dalam Islam" DYQ tu terjemahan dari tajuk arab yg mana ya? tkaseh.
wan_ly- AHLI
- Posts : 7
Points : 7
Join date : 11/10/2012
Re: Koleksi Buku-Buku Ilmiah
Ad-Dien wrote:[center]Fitnah terhadap Sahabat Rasulullah; Merungkai Kontroversi, Menyingkap Realiti
http://pts.com.my/buku/fitnah/
sy baru nak order mlm ni melalui mphonline, bersama buku "Israiliyyat Moden by Syeikh Solah Al-Khalidi" (x tau sapa penerbit).
Ibnu Sarkawi- AHLI
- Posts : 404
Points : 579
Join date : 06/12/2011
Re: Koleksi Buku-Buku Ilmiah
wan,
yg ni
Fiqh al-Washitiyah wa tajdid
yg ni
فقه الوسطية الاسلامية والتجديد للقرضاوي
Fiqh al-Washitiyah wa tajdid
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Koleksi Buku-Buku Ilmiah
thtl wrote:Edisi revisi ker ni Dien...ke buku baru?
Edisi kemaskini dari edisi lama terbitan jahabersa
Ada dinyatakan oleh DR. MAZA dalam mukaddimahnya
Page 4 of 6 • 1, 2, 3, 4, 5, 6
Similar topics
» [Buku Syarhusunnah] Ada part dalam buku ini yang tidak difahami maksudnya
» buku-buku perbandingan agama/kelebihan islam/dll
» Hukum fotokopi buku-buku ilmu
» Mencari buku-buku fiqh
» Buku-Buku dan Sumber Ilmu
» buku-buku perbandingan agama/kelebihan islam/dll
» Hukum fotokopi buku-buku ilmu
» Mencari buku-buku fiqh
» Buku-Buku dan Sumber Ilmu
BicaraTHTL :: Laman Usrah :: Info Buku
Page 4 of 6
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum