Kebangkitan Salafi di Mesir oleh Dr. Mazlee.
+2
yat
ibnuabbas
6 posters
Page 1 of 1
Kebangkitan Salafi di Mesir oleh Dr. Mazlee.
Sudut Pandang Channel 501 10PM Khamis.
Bismillahirrahmanirrahim.
Penglibatan salafi dalam pasca kejatuhan Mubarak menjadi kebimbangan pihak barat dan pihak liberal di Mesir. Mereka melibatkan diri di dalam pilihanraya untuk mengekang pengaruh parti liberal.
Siapakah golongan salafi.
Adakah golongan salafi mampu untuk menjadi “kuasa pendesak “ ?
Golongan salafi Mesir lebih bersifat dinamik.
Mesej yang ingin disampaikan oleh salafi kepada rakyat.
Sekian.
Assalamualaikum.Alhamdulillah.
Mohon maaf jika ada salah dan silap.
Penulis,
Mohammad Fikri bin MOhammad Nasri.

- Lebih kepada arus pemikiran untuk kembali kepada AQ dan S dengan penafsiran literal. Contohnya golongan Ansarussunnah, Jihad Islami dan golongan Madkhaliyyin.
Market golongan salafi untuk golongan bawahan dan golongan sederhana. Salafi popular khususnnya di Iskandariah.
Penglibatan mereka selepas ucapan oleh Shaykh Muhammad Hassan.
Adakah golongan salafi mampu untuk menjadi “kuasa pendesak “ ?
- Sudah ada hampir 5 parti politik salafi di Mesir.
Hudud bukan tujuan utama mereka dan pegangan salafi bukan pegangan utama di Mesir.
Salafi bersetuju untuk menegakkan negara sivil, pembahagian yang adil, pendidikan yang baik untuk Mesir, dan kesemua mereka ingin mengangkat Mesir ke peringkat antarabangsa.
Reaksi mereka kerana ingin menghalang pengaruh parti liberal di Mesir. Mereka mengambil peluang daripada impian rakyat Mesir yang ingin Islam dijaga khususnya di dalam Artikel 2 dalam perlembagaan Mesir.
Perjuangan salafi di Mesir acuan Mesir atau pengaruh dari tempat lain.
Media barat dan pihak liberal menunjukkan imej yang buruk tentang golongan salafi di Mesir, seperti penglibatan golongan salafi di dalam Ansar As-Sunnah yang pernah mengangkat senjata.
Golongan salafi Mesir lebih bersifat dinamik.
- Salafi di Mesir dan Arab Saudi merupakan golongan yang berbeza kerana golongan salafi di Mesir menyokong demokrasi.
Pasca baru golongan salafi, adakah ia realistik atau tidak ?
Jikalau dilihat pada manifesto parti salafi, ternyata mereka tidak bersedia untuk memerintah, tetapi mereka ingin mempunyai tempat di Parlimen.
Mei lalu, Shaykh telah berbincang dengan parti Wasath dan parti IM untuk menubuhkan Blok Islam dalam pilihanraya dan mendapat tempat di Parlimen Mesir.
Parti salafi menjadi dominan, terkenal dengan kerja2 kemanusiaan dan sukarelawan di Mesir.
Golongan salafi bertukar pendapat di cafe kopi Costa di Mesir. Ini menunjukkan golongan yang mendokong salafi ialah golongan muda dan golongan berada kerana tempat tersebut merupakan tempat yang agak eksklusif(Costa).
Mesej yang ingin disampaikan oleh salafi kepada rakyat.
- Dr. Mazlee berharap agar mereka lebih matang untuk menyanggah ijtihad ulama2 salafi dahulu(berkenaan demokrasi).
Salafi boleh lebih terbuka di dalam politik dan lebih terbuka dalam bab –bab agama.
Sebelum ini, golongan salafi terkenal dengan tajuk ceramah mereka yang berunsurkan bid’ah,sunnah, tauhid dan sebagainya.
Ramai anak muda Mesir yang bekerja di UK memberikan sumbangan kepada keluarga mereka sewaktu pasca-revolusi.
Sekian.
Assalamualaikum.Alhamdulillah.
Mohon maaf jika ada salah dan silap.
Penulis,
Mohammad Fikri bin MOhammad Nasri.
Re: Kebangkitan Salafi di Mesir oleh Dr. Mazlee.
yg pro islam terbahagi dua..ikhwan vs salafi (an-nour)
god forbid kalau sekular atau liberal yg menang, dua2 ikhwan dan an-npour patut rasa malu!!!
god forbid kalau sekular atau liberal yg menang, dua2 ikhwan dan an-npour patut rasa malu!!!
yat- Moderator
- Posts : 899
Points : 1144
Join date : 05/12/2011
Re: Kebangkitan Salafi di Mesir oleh Dr. Mazlee.
setakat ni calon Ikhwan sedang mendahului, diekori rapat oleh calon tentera, ahmed syafiq
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Kebangkitan Salafi di Mesir oleh Dr. Mazlee.
http://www.bbc.co.uk/news/world-middle-east-18217559
harap2 calon ikhwan menang..nanti balik yang asal...alahai
harap2 calon ikhwan menang..nanti balik yang asal...alahai
osh_in_islam- AHLI
- Posts : 40
Points : 68
Join date : 27/02/2012
Re: Kebangkitan Salafi di Mesir oleh Dr. Mazlee.
kesan peninggalan penjajah Mesir, British
rakyat mesir mmg ada dua aliran: aliran sekuler-liberal dan Islamis
sama macam Malaysia..
rakyat mesir mmg ada dua aliran: aliran sekuler-liberal dan Islamis
sama macam Malaysia..
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Kebangkitan Salafi di Mesir oleh Dr. Mazlee.
parti an-Nur salafi kalah ke?
saya tak berapa ikut perkembangan di Mesir..
Re: Kebangkitan Salafi di Mesir oleh Dr. Mazlee.
bila golongan salafi di malaysia mahu buat parti politik....
kalau tudak dah lama saya undi....
parti pas bagi saya adalah suatu parti yg terlalu traditionalist...saya tak yakin
kalau tudak dah lama saya undi....
parti pas bagi saya adalah suatu parti yg terlalu traditionalist...saya tak yakin
seijiseimura84- AHLI
- Posts : 472
Points : 779
Join date : 27/11/2011
Re: Kebangkitan Salafi di Mesir oleh Dr. Mazlee.
dien,
parti an-Nour dapat tempat kedua selapas IM.
sekarang election utk memilih Presiden Egypt dan parti an-Nour tak letak calon. depa sokong calon abdul Muna'im tu..itu proxy salafilaa, tapi kalah.
doc S,
buat masa ni salafiyah Malaysia anggap demokrasi sistem kufur dan haram membentuk parti politik (hizbiah)
maka depa anggap mengukuhkan parti amnu lebih baik.
parti an-Nour dapat tempat kedua selapas IM.
sekarang election utk memilih Presiden Egypt dan parti an-Nour tak letak calon. depa sokong calon abdul Muna'im tu..itu proxy salafilaa, tapi kalah.
doc S,
buat masa ni salafiyah Malaysia anggap demokrasi sistem kufur dan haram membentuk parti politik (hizbiah)
maka depa anggap mengukuhkan parti amnu lebih baik.
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Similar topics
» Apa pandangan salafi Parti An-Nur di Mesir berkenaan demokrasi?
» Kriteria Manhaj Salafi yang Benar oleh Dr Yusuf Qardhawi.
» Penjelasan Siapa Salafi Wahabi oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
» Sebelum korang mengenali salafi....adakah anda anti salafi?
» Kebangkitan Rakyat Syria Benar Atau Salah

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum