[FB note] Mencari motivasi di tempat kerja
2 posters
BicaraTHTL :: Laman Usrah :: Karya
Page 1 of 1
[FB note] Mencari motivasi di tempat kerja
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum.
Semoga bermanfaat.
Wallahu a'lam.
Assalamualaikum.
“Aku dah penat! Jemu! Tertekan! Mana motivasi? Mana semangat?”
Esok workday datang lagi.
"Arrgghh!! Sekejapnya cuti hujung minggu!!"
Mengingat kembali teruknya kena bekerja setiap hari, terus timbul perasaan “Monday Blues” (perasaan tertekan menjelang hari Isnin).
Terpaksa kembali lagi ke tempat kerja/tempat belajar.
Terpaksa duduk lagi bersama colleagues/teammates/groupmates yang perangainya sangat @#$%&.
Terpaksa menghadap lagi majikan/supervisor/orang atasan/lecturer yang sikapnya mirip seperti Adolf Hitler, Joseph Stalin dan Firaun.
Terpaksa menerima workload dan assignments yang bertimbun-timbun, bahkan terpaksa dikerjakan sekaligus beberapa kerja dalam satu masa (multitasking) sampai nak bernafas pun tak sempat.
Terpaksa mengejar dateline yang itu dan dateline yang ini.
Terpaksa berpenat lelah overtime secara free tanpa payment.
Terpaksa rehat yang sangat minimum sampai selalu mengantuk di tempat kerja.
Terpaksa skip banyak urusan di luar kerana tidak mendapat keizinan dari tempat kerja.
Terpaksa dan terpaksa dan terpaksa.
Gambar hiasan semata-mata
Banyaknya mengeluh. Cuba lah ikhlas sikit kerja tu!
Apa definisi ikhlas ya? Buat kerja tanpa mengharap bayaran?
Dalam Islam, perkataan ikhlas bermaksud membersihkan matlamat bekerja dan cara bekerja demi mendapatkan keredhaan Allah semata-mata, tanpa bercampur sedikitpun dengan unsur-unsur yang lain. [Footnote 1]
Keredhaan Allah adalah berupa pembalasan pahala, pengampunan dosa, diberikan ganjaran syurga dan dijauhkan dari siksaan neraka. [Footnote 2]
Senang cerita, ikhlas bekerja = kerja demi pahala. Bunyinya mudah kan?
Dan of course, bukan namanya ikhlas itu maksudnya kerja free tanpa gaji. Tapi pergunakanlah gaji yang diperoleh tu untuk ke arah kebaikan.
Aku memang dah ikhlas pun, tapi kenapa tak ada semangat juga?
Selalunya orang akan tanya, betul ke dah ikhlas?
Lepas tu mereka akan tanya lagi, apa matlamat bekerja (ini memang soalan cliché).
Apa matlamat kerja? Duit gaji?
Apa matlamat belajar? Dapat sijil kelulusan?
Kalau dapat duit gaji, apa yang nak dibuat?
Kalau dapat sijil kelulusan, apa yang nak dibuat?
Masih banyak persoalan untuk mengetahui ke mana arah tuju kerja yang kita lakukan.
Mencari keredhaan Allah itu mesti dengan amal kebaikan yang diniatkan ikhlas demi-Nya [Footnote 3], dan kalau hasil duit gaji dan sijil kelulusan yang dijadikan matlamat itu tidak diniatkan untuk manfaat ke arah amal kebaikan, macam mana boleh dikatakan ikhlas?
Saya tertekan kerana hasil akhir tidak sepadan dengan kerja keras yang saya lakukan
Habis penat lelah yang dilakukan di tempat kerja, tapi tidak ada hasil akhir yang memuaskan.
Overwork and underpaid.
Kerja berat dan bayaran sedikit.
Makin lama makin frustrated dengan keadaan.
Yang banyaknya hanya dapat maki hamun dari majikan dan client, dapat perkara yang annoying dari teman sejawat, tak cukup rehat, jadual harian tunggang langgang, etc.
Siapa yang tak lemah semangat kalau hari-hari begini?
Ikhlas: Mahu jadikan tempat kerja sebagai medan amal
Aku tak mahu jadi orang materialistik, yang fikirannya hanya mencari pulangan berbentuk duniawi. Sikit-sikit duit, sikit-sikit minta minta dihulur. Nak siapkan kerja, kena hulur duit dulu baru akan buat kerja. [Footnote 3]
Sebab tu ramai orang seronok terima rasuah. Hulur duit dulu baru siapkan kerja. Barulah masyuk kerja. Terasa bermotivasi demi duit extra. Kalau setakat buat kerja macam hamba abdi tanpa apa-apa bayaran, memang perasaannya sama dengan apa yang dirasakan sekarang. Lemau macam biskut masuk angin, lesu, stressed, anxious, sakit kepala.
Ada juga yang materialistik jenis suka dipuji. Buat kerja untuk cari muka di depan majikan. Bodek kiri kanan, mana tahu ada chance untuk naik pangkat ke, naik gaji ke, etc. [Footnote 3]
Disebabkan aku nak jadi ikhlas, jadi aku menolak sifat materialisme.
Aku mahu jadikan tempat kerja sebagai tempat untuk aku beramal kebaikan.
Tapi, makin lama terasa makin berat untuk ikhlas, sebab makin lama makin berat tekanan kerja yang dihadapi.
Kalaulah aku boleh nampak ganjaran pahala yang aku peroleh, tentu aku akan lebih bersemangat
Ketika orang lain dijangkiti penyakit materialisme, aku tak mahu terjebak sama.
Cuma, mereka itu semakin bersemangat dengan sikap materialisme mereka, tetapi aku pula makin lemah dengan keikhlasan?
Kenapa pula makin lemah apabila cuba ikhlas?
Kalau macam tu lebih baik aku jadi materialistik seperti mereka juga. Buat rugi saja jadi ikhlas kalau makin hilang motivasi.
Mereka bersemangat kerana mereka nampak dengan pandangan zahir mata mereka apa yang menjadi ganjaran mereka.
Aku pula berharap pada perkara ghaib.
Ganjaran yang aku kejar tiada siapa yang nampak, selain Allah.
Adakah iman ku terlalu lemah sehingga tidak mampu bersemangat dalam keikhlasan?
Kalaulah aku boleh melihat ganjaran pahala dengan mata kepalaku sebagaimana mata mereka yang materialistik melihat duit, aku yakin aku akan jauh lebih bermotivasi berbanding mereka.
Bagaimana seseorang boleh bersemangat dengan perkara yang tidak boleh dilihat olehnya?
Aku teringat, seseorang yang lurus aqidahnya akan beriman dengan perkara ghaib. [Footnote 4]
Pahala, dosa, syurga, neraka, hari akhirat, dan sebagainya. Itu semua perkara ghaib yang tidak mampu dikesan melalui deria.
Semasa di dunia, perkara-perkara ghaib yang kita imani ini tidak mampu dilihat dengan mata, tidak mampu didengar dengan telinga, tidak mampu dihidu dengan hidung, tidak mampu disentuh dengan kulit, bahkan tidak mampu dibayangkan dengan fikiran dan emosi, namun ia benar-benar wujud.
Perkara ghaib yang sering diabaikan oleh mereka yang materialistik.
Namun, walaupun itu semua perkara ghaib, Allah tidaklah membiarkan saja tanpa ada sebarang cara untuk seseorang manusia menuju ke arahnya.
Ada satu perkara yang dijadikan sebagai senjata oleh Allah dan banyak disebutkan dalam ayat-ayat-Nya untuk menundukkan manusia terhadap perkara ghaib, dan senjata itu bernama “penyesalan di akhirat”.
Penyesalan di akhirat sebagai motivasi di tempat kerja?
Hakikatnya, Allah menjadikan dalam diri manusia itu suatu perasaan yang dinamakan “penyesalan” (spesifiknya, penyesalan di akhirat), iaitu rasa yang menyesakkan apabila manusia itu menyedari yang dirinya sudah terlambat.
Terlambat untuk apa?
Terlambat untuk berbuat kebaikan semasa di dunia, akhirnya menyesal tak sudah apabila sudah tiba kematian dan menjelang hari akhirat.
Perasaan “penyesalan” inilah yang menarik manusia supaya apabila Allah menceritakan hal-hal yang ghaib, manusia akan “terasa” kesannya walaupun perkara ghaib itu tidak dapat dikesan oleh deria.
Owh ya, jika anda tidak berniat untuk menjadikan tempat kerja anda sebagai tempat beramal, rasanya hal ini takkan memberi apa-apa motivasi buat anda.
Terutamanya jika anda seorang sekularis, rasanya ini bukan untuk anda.
Apakah anda menyangka di tempat kerja ini hanya tempat buat duit saja, tak boleh buat pahala? Bukalah minda tu. Islam itu luas dan global wahai brother dan sister sekalian!
Motivasi berbentuk "penyesalan" ini hanya jika anda ikhlas di tempat kerja anda.
Maksudnya, rasa menyesal kerana tidak berbuat banyak amal kebaikan di tempat kerja, sehingga merugikan anda di hari akhirat.
Jika anda benar-benar ikhlas demi kebaikan, anda sepatutnya dapat membayangkan betapa besarnya rasa “penyesalan” mereka akibat kekurangan amal kebaikan di dalam ayat-ayat ini:
1) فَيَقُولَ رَبِّ لَوْلَا أَخَّرْتَنِي إِلَى أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُن مِّنَ الصَّالِحِينَ
Lalu ia berkata: "Ya Rabb-ku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian)ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang saleh?" (Surah Al-Munafiquun (63): ayat 10)
2) فَيَقُولُ الَّذِينَ ظَلَمُواْ رَبَّنَا أَخِّرْنَا إِلَى أَجَلٍ قَرِيبٍ نُّجِبْ دَعْوَتَكَ وَنَتَّبِعِ الرُّسُلَ
..maka berkatalah orang- orang yang zalim: "Ya Tuhan kami, beri tangguhlah kami (kembalikanlah kami ke dunia) walaupun dalam waktu yang sedikit, niscaya kami akan mematuhi seruan Engkau dan akan mengikuti rasul-rasul". (Surah Ibrahim (14): ayat 44)
3) حَتَّى إِذَا جَاء أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ رَبِّ ارْجِعُونِ. لَعَلِّي أَعْمَلُ صَالِحًا فِيمَا تَرَكْتُ كَلَّا إِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَائِلُهَا وَمِن وَرَائِهِم بَرْزَخٌ إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ
Hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka, dia berkata: "Ya Tuhanku kembalikanlah aku (ke dunia). agar aku berbuat amal yang saleh terhadap yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya saja. Dan di hadapan mereka ada dinding sampal hari mereka dibangkitkan. (Surah Al-Mu'minuun (23): ayat 99-100)
4) وَلَوْ تَرَى إِذِ الْمُجْرِمُونَ نَاكِسُو رُؤُوسِهِمْ عِندَ رَبِّهِمْ رَبَّنَا أَبْصَرْنَا وَسَمِعْنَا فَارْجِعْنَا نَعْمَلْ صَالِحًا إِنَّا مُوقِنُونَ
Dan, jika sekiranya kamu melihat mereka ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, (mereka berkata): "Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), kami akan mengerjakan amal saleh, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin." (Surah As-Sajdah (32): ayat 12)
Semua ayat-ayat ini merupakan pemberitahuan tentang golongan-golongan yang menyesal kerana mereka tidak melakukan amal kebaikan semasa di dunia, dan sudah terlambat kerana sudah tiba hari akhirat.
“Penyesalan abadi” vs. “Tekanan di tempat kerja”
Kerana itu, bersegeralah berbuat kebaikan di tempat kerja anda sebanyak-banyak yang mungkin.
Semakin anda berdepan dengan kesusahan, hakikatnya semakin banyak pahala yang anda dapatkan, kerana itu adalah sebuah mujahadah.
Pahala apa saja yang boleh dapat di tempat kerja?
Memelihara amanah, menepati waktu, menjaga akhlak, menjaga waktu solat, bersabar dengan karenah di tempat kerja, melayani client dengan baik, dan sebagainya. Banyak perkara yang boleh mendatangkan pahala di tempat kerja sebenarnya.
Yakinlah, tekanan dan kesusahan untuk berbuat kebaikan di tempat kerja itu terlalu kecil dibandingkan “penyesalan abadi” akibat kekurangan pahala semasa di akhirat.
Semangat untuk mengelakkan “penyesalan” akibat kekurangan pahala di akhirat akan mampu mengatasi rasa susah dan perit semasa di tempat kerja, dengan izin Allah.
Bukan nak cakap lebat, omong kosong, tak "realistik", berangan, atau merapu, tapi ini Nabi Muhammad s.a.w. sendiri yang beritahu.
Cuba hayati hadits berikut:
Dari Anas bin Malik radhiallahu anhu dia berkata: Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:
يُؤْتَى بِأَنْعَمِ أَهْلِ الدُّنْيا مِنْ أَهْلِ النّارِ يَوْمَ الْقِيامَةِ فَيُصْبَغُ فِي النَّارِ صِبْغَةً. ثُمَّ يُقالُ: يا ابْنَ آدَمَ هَلْ رَأَيْتَ خَيْراً قَطٌّ؟ هَلْ مَرَّ بِكَ نَعِيْمٌ قَطٌّ؟ فَيَقُوْلُ: لاَ وَاللهِ يا ربُّ. وَيُؤْتَى بِأَشَدِّ النّاسِ بُؤْساً فِي الدُّنْيا مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ فَيُصْبَغُ صِبْغَةً فِي الْجَنَّةِ. فَيُقالُ لَهُ: يا ابْنَ آدَمَ هَلْ رَأَيْتَ بُؤْساً قَطٌّ؟ هَلْ مَرَّ بِكَ شِدَّةٌ قَطٌّ؟ فَيَقُوْلُ: لاَ وَاللهِ يَا رَبُّ مَا مَرَّ بِيْ بُؤْسٌ قَطٌّ وَلاَ رَأَيْتُ شِدَّةً قَطٌّ
“Pada hari kiamat akan didatangkan penduduk dunia yang paling nikmat kedudukannya di antara semua penghuni neraka, lalu dia dicelupkan sekali celupan ke dalam neraka. Kemudian ditanyakan kepadanya, “Wahai anak Adam, apakah kamu pernah melihat kebaikan satupun? Apakah kamu pernah sekalipun merasakan kebaikan?” Dia menjawab, “Tidak pernah -demi Allah- wahai Rabb.” Dan didatangkan juga manusia yang paling sengsara hidupnya di dunia di antara semua penghuni surga, lalu dia dicelupkan sekali celupan ke dalam surga. Lalu dia ditanya, “Wahai anak Adam, apakah kamu pernah melihat kesengsaraan satupun? Apakah kamu pernah merasakan kesusahan sekecil apapun?” Dia menjawab, “Tidak pernah -demi Allah- wahai Rabb, tidak sekalipun saya pernah merasakan penderitaan dan tidak sekalipun saya pernah melihat kesusahan.” (HR. Muslim no. 2807)
Walaupun tak nampak pahala, tapi boleh rasa “penyesalan tak cukup pahala”
Ya, memang tiada manusia yang boleh nampak ganjaran pahala hasil kebaikan yang dilakukannya semasa di dunia.
Nanti di akhirat barulah boleh nampak sendiri berapa saja pahala yang diperoleh.
Kalau di dunia ni ada manusia (selain Nabi) yang mendakwa boleh nampak pahala, rasanya ada something wrong dengan mental dia.
Tapi manusia biasa boleh rasakan “penyesalan”. “Penyesalan” sekiranya tidak cukup kebaikan yang dilakukan semasa di dunia.
Apatah lagi “penyesalan abadi” di akhirat itu kekal selama-lamanya dan tiada jalan kembali lagi untuk memperbetulkan yang kurang atau salah.-The End-
_______________________________________________________
Footnote:
1. Dalam mendefinisikan ikhlas, para ulama berbeda redaksi dalam menggambarkanya. Ada yang berpendapat, ikhlas adalah memurnikan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Ada pula yang berpendapat, ikhlas adalah mengesakan Allah dalam beribadah kepadaNya. Ada pula yang berpendapat, ikhlas adalah pembersihan dari pamrih kepada makhluk.
Al ‘Izz bin Abdis Salam berkata : “Ikhlas ialah, seorang mukallaf melaksanakan ketaatan semata-mata karena Allah. Dia tidak berharap pengagungan dan penghormatan manusia, dan tidak pula berharap manfaat dan menolak bahaya”.
Al Harawi mengatakan : “Ikhlas ialah, membersihkan amal dari setiap noda.” Yang lain berkata : “Seorang yang ikhlas ialah, seorang yang tidak mencari perhatian di hati manusia dalam rangka memperbaiki hatinya di hadapan Allah, dan tidak suka seandainya manusia sampai memperhatikan amalnya, meskipun hanya seberat biji sawi”.
Abu ‘Utsman berkata : “Ikhlas ialah, melupakan pandangan makhluk, dengan selalu melihat kepada Khaliq (Allah)”.
Abu Hudzaifah Al Mar’asyi berkata : “Ikhlas ialah, kesesuaian perbuatan seorang hamba antara lahir dan batin”.
Abu ‘Ali Fudhail bin ‘Iyadh berkata : “Meninggalkan amal karena manusia adalah riya’. Dan beramal karena manusia adalah syirik. Dan ikhlas ialah, apabila Allah menyelamatkan kamu dari keduanya”.
(Al Majmu’ Syarhul Muhadzdzab, Imam An Nawawi (I/16-17), Cet. Darul Fikr; Madarijus Salikin (II/95-96), Cet. Darul Hadits Kairo; Al Ikhlas, oleh Dr. Sulaiman Al Asyqar, hlm. 16-17, Cet. III, Darul Nafa-is, Tahun 1415 H; Al Ikhlas Wasy Syirkul Asghar, oleh Abdul Lathif, Cet. I, Darul Wathan, Th. 1412 H.)
2. Surah ‘Ali Imran (3) ayat 133
وَسَارِعُواْ إِلَى مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ
Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa,
3. Dari Umamah, ia berkata: Seorang laki-laki datang kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam seraya berkata,”Bagaimanakah pendapatmu (tentang) seseorang yang berperang demi mencari upah dan sanjungan, apa yang diperolehnya?” Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menjawab,”Dia tidak mendapatkan apa-apa.” Orang itu mengulangi pertanyaannya sampai tiga kali, dan Nabi Shallallahu 'alaihi wa salalm selalu menjawab, orang itu tidak mendapatkan apa-apa (tidak mendapatkan ganjaran), kemudian Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :
إِنَّ اللهَ لاَ يَقْبَلُ مِنَ العَمَلِ إِلاَّ مَا كَانَ لَهُ خَالِصاً وَ ابْتُغِيَ بِهِ وَجْهُهُ
Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla tidak menerima amal perbuatan, kecuali yang ikhlas dan dimaksudkan (dengan amal perbuatan itu) mencari wajah Allah. [HR Nasa-i, VI/25 dan sanad-nya jayyid sebagaimana perkataan Imam Mundziri dalam At Targhib Wat Tarhib, I/26-27 no. 9. Dihasankan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib Wat Tarhib, I/106, no. 8].
4. Surah Al-Baqarah (2) ayat 3
الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ
(Yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan shalat, dan menafkahkan sebahagian rezki yang Kami anugerahkan kepada mereka.
Semoga bermanfaat.
Wallahu a'lam.
Re: [FB note] Mencari motivasi di tempat kerja
Cara saya nak melarikan diri dari suasana tempat kerja yang tidak menyenangkan antaranya ialah;
1. Fokus pada kerja bukan pada peribadi orang sekeliling dan ingat balik tujuan kita datang ke ofis untuk apa.
2. Ucapkan banyak kesyukuran kerana kita dapt peluang bekerja. Ada ramai di luar sana yang tidak berpeluang seperti kita.
3. Senyum dan ambil hati rakan sekerja untuk bina jaringan. Mereka akan support kita di waktu sukar insyaAllah.
4. Jangan cari pasal dengan bos, berusaha untuk tawan hatinya, bukan dengan cara mengorat bos .
5. Ada tips dari seorang Bos supaya amalkan 3 step T iaitu;
a) Tak Tahu dan Tak perlu ambil tahu.
b) Tahu tapi Tak perlu ambil tindakan.
c) Tahu dan ambil tindakan.
1. Fokus pada kerja bukan pada peribadi orang sekeliling dan ingat balik tujuan kita datang ke ofis untuk apa.
2. Ucapkan banyak kesyukuran kerana kita dapt peluang bekerja. Ada ramai di luar sana yang tidak berpeluang seperti kita.
3. Senyum dan ambil hati rakan sekerja untuk bina jaringan. Mereka akan support kita di waktu sukar insyaAllah.
4. Jangan cari pasal dengan bos, berusaha untuk tawan hatinya, bukan dengan cara mengorat bos .
5. Ada tips dari seorang Bos supaya amalkan 3 step T iaitu;
a) Tak Tahu dan Tak perlu ambil tahu.
b) Tahu tapi Tak perlu ambil tindakan.
c) Tahu dan ambil tindakan.
Re: [FB note] Mencari motivasi di tempat kerja
ummuyaser wrote:Cara saya nak melarikan diri dari suasana tempat kerja yang tidak menyenangkan antaranya ialah;
1. Fokus pada kerja bukan pada peribadi orang sekeliling dan ingat balik tujuan kita datang ke ofis untuk apa.
2. Ucapkan banyak kesyukuran kerana kita dapt peluang bekerja. Ada ramai di luar sana yang tidak berpeluang seperti kita.
3. Senyum dan ambil hati rakan sekerja untuk bina jaringan. Mereka akan support kita di waktu sukar insyaAllah.
4. Jangan cari pasal dengan bos, berusaha untuk tawan hatinya, bukan dengan cara mengorat bos .
5. Ada tips dari seorang Bos supaya amalkan 3 step T iaitu;
a) Tak Tahu dan Tak perlu ambil tahu.
b) Tahu tapi Tak perlu ambil tindakan.
c) Tahu dan ambil tindakan.
ukhti ummi, mungkin kalau dalam sesetengah pekerjaan, kita tak dapat mengelakkan diri dari berdepan dengan karenah orang, terutamanya kerja yang "human-related".
saya nampak, di situ yang banyak menjadi punca kita rasa "down", sebab dah memang kerja kita adalah kerja dengan manusia, dan manusia itu jugalah yang banyak memberatkan kerja kita.
sometimes, saya rasa seronok juga kalau dapat kerja dengan barang saja, tak perlu kerja dengan manusia. tak ada apa-apa karenah. tapi itulah. Rasulullah s.a.w. sendiri berpesan, mukmin yang bergaul dan bersabar dengan karenah manusia lebih baik daripada mukmin yang mengasingkan diri dari manusia.
Similar topics
» Nasihat dari al-Quran dan as-Sunnah untuk rakan-rakan di tempat kerja yang sambil lewa dan menggagalkan teamwork
» Kursus Motivasi Untuk Orang Dewasa
» Peluang Kerja Di Saudi Arabia
» Hadis mengenai Memperelokkan kerja (Itqan).
» Tempat makan yg best di Shah Alam
» Kursus Motivasi Untuk Orang Dewasa
» Peluang Kerja Di Saudi Arabia
» Hadis mengenai Memperelokkan kerja (Itqan).
» Tempat makan yg best di Shah Alam
BicaraTHTL :: Laman Usrah :: Karya
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum