BicaraTHTL
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kemusykilan mengenai Solat Jamak dan Qasar

+12
haslina
abuzaid65
Ahmad Shamil
abu_aisyah
NAZ
gothehome
Ad-Dien
Dodo Don
abu_firdaus
Abu_Imran
thtl
osh_in_islam
16 posters

Page 1 of 4 1, 2, 3, 4  Next

Go down

solat sunat - Kemusykilan mengenai Solat Jamak dan Qasar Empty Kemusykilan mengenai Solat Jamak dan Qasar

Post by osh_in_islam Sat Jun 02, 2012 9:48 am

Salam,

Disebabkan saya on mobile, susah nak buat search archive afn 1.0, saya nak tanya tentang solat qasar dan jamak.

Situasinya

Saya bermaustatin di Bintulu dan isteri saya mengajar di Mukah (220km) dari Bintulu. Saya pasti yang saya tak boleh jamak dan qasar bila sampai di Mukah <- Betul kan? (Ulang alik pada hujung minggu)
Persoalan saya sekiranya saya ke rumah Mentua di sarikei (300 km dari Bintulu) bolehkah saya meruksahkan solat saya dan juga di Kuching (kampung asal saya) jauhnya 600 kmk dr bintulu.

Terima kasih didahulukan

osh_in_islam
AHLI
AHLI

Posts : 40
Points : 68
Join date : 27/02/2012

Back to top Go down

solat sunat - Kemusykilan mengenai Solat Jamak dan Qasar Empty Re: Kemusykilan mengenai Solat Jamak dan Qasar

Post by thtl Sat Jun 02, 2012 10:02 am

1. Bintulu - Mukah, jamak-qasar dalam perjalanan.
Bila tiba di Mukah, hanya boleh qasar sahaja, mana2 solat 4 rakaat boleh buat 2 rakaat

2. Bintulu-Sarikei, jamak-qasar dalam perjalanan
Bila tiba di Sarikei. solat sempurna. Ini kerana Sarikei adalah mukim kekal utk anda dan isteri

3. Bintulu-Kucing, jamak-qasar dlm perjalanan.
Bila tiba di kucing, solat sempurna, ini kerana Kuching adalah mukim kekal anda.
WA
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

solat sunat - Kemusykilan mengenai Solat Jamak dan Qasar Empty Re: Kemusykilan mengenai Solat Jamak dan Qasar

Post by Abu_Imran Sat Jun 02, 2012 10:23 am

Syaikh thtl,

Ana kompius bab mukim kekal pada rumah ibu bapa atau ibu bapa mertua....

Sefaham ana mukim adalah tempat tinggal sendiri.... dan jika rumah ibu bapa dikira sebagai mukim kekal juga.... ana memahami bahawa rumah mertua bukan mukim kekal....

Adakah pemahaman ana silap?
Abu_Imran
Abu_Imran
AHLI
AHLI

Posts : 94
Points : 125
Join date : 26/11/2011
Age : 42
Location : Putrajaya

Back to top Go down

solat sunat - Kemusykilan mengenai Solat Jamak dan Qasar Empty Re: Kemusykilan mengenai Solat Jamak dan Qasar

Post by thtl Sat Jun 02, 2012 11:03 am

Itu qaul dalam mazhab Hanafi dan Syafi`iy (lihat Fiqh Islami wa adillatuh)

Mukim kekal itu ditetapkan kepada tempat kelahiran seseorang, di mana dia lahir atau tempat dia dibesarkan. Jika dia sudah lama berpindah dari kampung halamannya, tapi setiap kali dia pulang ke kampung, maka dia tidak dianggap musafir di kampung halamannya sendiri.
Begitu juga kampung halaman isterinya, atau rumah mertuanya. ini kerana mertuanya juga sudah menjadi bapaknya. maka kampung halaman isteri juga menjadi mukim kekalnya.

Jika anda pakai ijtihad Imam Ibn Taymiyah, hukumnya boleh kerana di sisi Ibn Taymiyah, musafir adalah syarat qasar walaupun anda kembali ke kampung halaman.
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

solat sunat - Kemusykilan mengenai Solat Jamak dan Qasar Empty Re: Kemusykilan mengenai Solat Jamak dan Qasar

Post by Abu_Imran Sat Jun 02, 2012 11:06 am

Jazakallah...
Abu_Imran
Abu_Imran
AHLI
AHLI

Posts : 94
Points : 125
Join date : 26/11/2011
Age : 42
Location : Putrajaya

Back to top Go down

solat sunat - Kemusykilan mengenai Solat Jamak dan Qasar Empty Re: Kemusykilan mengenai Solat Jamak dan Qasar

Post by osh_in_islam Sat Jun 02, 2012 5:31 pm

Terima kasih JKK

osh_in_islam
AHLI
AHLI

Posts : 40
Points : 68
Join date : 27/02/2012

Back to top Go down

solat sunat - Kemusykilan mengenai Solat Jamak dan Qasar Empty Re: Kemusykilan mengenai Solat Jamak dan Qasar

Post by abu_firdaus Thu Jun 21, 2012 2:15 am

thtl wrote:Itu qaul dalam mazhab Hanafi dan Syafi`iy (lihat Fiqh Islami wa adillatuh)

Mukim kekal itu ditetapkan kepada tempat kelahiran seseorang, di mana dia lahir atau tempat dia dibesarkan. Jika dia sudah lama berpindah dari kampung halamannya, tapi setiap kali dia pulang ke kampung, maka dia tidak dianggap musafir di kampung halamannya sendiri.
Begitu juga kampung halaman isterinya, atau rumah mertuanya. ini kerana mertuanya juga sudah menjadi bapaknya. maka kampung halaman isteri juga menjadi mukim kekalnya.

Jika anda pakai ijtihad Imam Ibn Taymiyah, hukumnya boleh kerana di sisi Ibn Taymiyah, musafir adalah syarat qasar walaupun anda kembali ke kampung halaman.
boleh ke kita kata pendapat ibn taimiyah lebih mendekati sunnah, kerana nabi s.a.w. sendiri qasar bila balik ke makkah, kg halamannya?
abu_firdaus
abu_firdaus
AHLI
AHLI

Posts : 687
Points : 709
Join date : 19/05/2012
Location : bdr baru bangi

Back to top Go down

solat sunat - Kemusykilan mengenai Solat Jamak dan Qasar Empty Re: Kemusykilan mengenai Solat Jamak dan Qasar

Post by Dodo Don Thu Jun 21, 2012 8:05 am

Mana lebih afdhal menggunakan ruksah yg kurniakan Allah atau menyempurnakan seperti biasa?
Dodo Don
Dodo Don
AHLI
AHLI

Posts : 209
Points : 241
Join date : 26/05/2012

Back to top Go down

solat sunat - Kemusykilan mengenai Solat Jamak dan Qasar Empty Re: Kemusykilan mengenai Solat Jamak dan Qasar

Post by thtl Thu Jun 21, 2012 9:17 am

abu,

Nabi saw kan diusir dari Mekah...segala miliknya di mekah sudah hilang...bila baginda balik Mekah pun nak duduk rumah sapa? sebab rumah Khadijah pun dah tak ada..dirampas oleh kafir quraish..

don,
ambil rukhsah sebab ia anugrah Tuhan kpd kita...
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

solat sunat - Kemusykilan mengenai Solat Jamak dan Qasar Empty Re: Kemusykilan mengenai Solat Jamak dan Qasar

Post by Ad-Dien Thu Jun 21, 2012 10:11 am

Dodo Don wrote:Mana lebih afdhal menggunakan ruksah yg kurniakan Allah atau menyempurnakan seperti biasa?


Solat qasar itu merupakan sedekah yang diberikan Allah s.w.t kepada kalian maka terimalah sedekahNya” (HR Muslim dan Nasai’e)
Ad-Dien
Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 33
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

solat sunat - Kemusykilan mengenai Solat Jamak dan Qasar Empty Re: Kemusykilan mengenai Solat Jamak dan Qasar

Post by gothehome Thu Jun 21, 2012 5:25 pm

soalan tambahan

bila bermusafir kita dibolehkan menjamak atau mengqasarkan solat.

tetapi kita tak boleh buat solat sunat... betul ke kenyataan ini.?

gothehome
AHLI
AHLI

Posts : 21
Points : 23
Join date : 02/06/2012

Back to top Go down

solat sunat - Kemusykilan mengenai Solat Jamak dan Qasar Empty Re: Kemusykilan mengenai Solat Jamak dan Qasar

Post by thtl Thu Jun 21, 2012 5:46 pm

boleh.
terutama solat witir dan solat sunat fajar..ini Nabi saw tak akan miss semasa safar
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

solat sunat - Kemusykilan mengenai Solat Jamak dan Qasar Empty Re: Kemusykilan mengenai Solat Jamak dan Qasar

Post by gothehome Thu Jun 21, 2012 5:50 pm

bila musafir Nabi tak buat solat qabliah dan ba'diyah.
betul ke????

gothehome
AHLI
AHLI

Posts : 21
Points : 23
Join date : 02/06/2012

Back to top Go down

solat sunat - Kemusykilan mengenai Solat Jamak dan Qasar Empty Re: Kemusykilan mengenai Solat Jamak dan Qasar

Post by thtl Thu Jun 21, 2012 6:10 pm

betul. sebab depa kena cepat bergerak, dulu dgn unta daa..
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

solat sunat - Kemusykilan mengenai Solat Jamak dan Qasar Empty Re: Kemusykilan mengenai Solat Jamak dan Qasar

Post by gothehome Thu Jun 21, 2012 6:17 pm

terima kaseh syeikh atas pencerahan

baru ni saya kena tegur sebab buat solat sunat ba'diyah selepas jama' qasar.


gothehome
AHLI
AHLI

Posts : 21
Points : 23
Join date : 02/06/2012

Back to top Go down

solat sunat - Kemusykilan mengenai Solat Jamak dan Qasar Empty Re: Kemusykilan mengenai Solat Jamak dan Qasar

Post by thtl Thu Jun 21, 2012 6:21 pm

ini rumusan Dr Wahbah al-Zuhaili:

Adakah harus solat sunat qobliyyah dan ba’diyyah ketika musafir?

Menurut Imam Ibn Taimiyyah, harus solat sunat qobliyyah dan ba’diyyah dalam musafir bagi mereka yang menyukainya dengan sepakat para fuqaha’.
Akan tetapi yang afdhal ialah melakukannya sekali sekala sahaja jika perlu, dan meninggalkannya sekali sekala sahaja jika perlu.
Rasulullah SAW tidak melakukan solat sunat rawatib dalam musafir kecuali dua rakaat sebelum fajar dan solat sunat witir. Adapun solat sunat sebelum Zohor dan selepasnya atau
selepas Maghrib, tiada yang meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW melakukannya ketika dalam musafir. (Al-Fiqh Al-Islami, jil 2, hal 1372)

Kalau enta travel dgn sesama lelaki, mmg kena tegurlah sebab anda melambatkan perjalanan. Kalau anda travel dgn family, sambil tunggu isteri dan anak siap ketika singgah di mesjid, maka solatlah...itu caranya.
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

solat sunat - Kemusykilan mengenai Solat Jamak dan Qasar Empty Re: Kemusykilan mengenai Solat Jamak dan Qasar

Post by gothehome Thu Jun 21, 2012 6:35 pm

terima kaseh sekali lagi atas pencerahan yang amat cerah

terbaik

gothehome
AHLI
AHLI

Posts : 21
Points : 23
Join date : 02/06/2012

Back to top Go down

solat sunat - Kemusykilan mengenai Solat Jamak dan Qasar Empty Re: Kemusykilan mengenai Solat Jamak dan Qasar

Post by NAZ Fri Jul 06, 2012 5:46 am

Salam,
Nak tanya.

Senario :
Akan musafir setelah bekerja setengah hari.
Waktu solat dzuhor jam 1.21pm
Waktu musafir jam 2.30pm
Jangka tiba ketempat yang dituju ialah pada jam 6.45pm.


1] Jarak dari rumah ka pejabat hanya 15km tak cukup 2 marhalah

1] Adakah dibolehkan untuk lakukan solat jama' / qasar dari pejabat sebelum memulakan perjalanan tersebut.

Terima kasih.
NAZ
NAZ
Muslimah
Muslimah

Posts : 215
Points : 305
Join date : 26/11/2011
Location : De'Cini

Back to top Go down

solat sunat - Kemusykilan mengenai Solat Jamak dan Qasar Empty Re: Kemusykilan mengenai Solat Jamak dan Qasar

Post by abu_firdaus Fri Jul 06, 2012 6:38 am

pejabat tu masih dikira kawasan sendiri sebab pergi situ tiap hari. maka solat qasar tak leh buat kat pejabat. akan tetapi disebabkan permasalahan ketika musafir tersebut, bolehlah buat jamak zohor-asar di pejabat, tanpa qasar. allahualam.
abu_firdaus
abu_firdaus
AHLI
AHLI

Posts : 687
Points : 709
Join date : 19/05/2012
Location : bdr baru bangi

Back to top Go down

solat sunat - Kemusykilan mengenai Solat Jamak dan Qasar Empty Re: Kemusykilan mengenai Solat Jamak dan Qasar

Post by thtl Fri Jul 06, 2012 8:47 am

NAZ,
Saya berbeda pendapat dgn abu_firdaus, sebab ia berbeda dari segi interpretasi.

Naz boleh jamak-qasar di pejabat:

1. Niat safar di kira dari rumah utk hari perjalanan. bila melepasi taman perumahan Naz, maka musafir sudah dikira.

2. Singgah di ofis, maksudnya naz sudah dalam musafir dan sudah melepasi mukim (kediaman)

NIAT amat penting utk merubah kedudukan yg disebutkan oleh abu_firdaus. Unless naz niat safar bermula dari ofis. maka apa yg abu cakap adalah valid. Tapi kalau naz dah niat dari rumah, maka di ofis status anda adalah musafir yg sudah melepasi mukimnya.

sekian
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

solat sunat - Kemusykilan mengenai Solat Jamak dan Qasar Empty Re: Kemusykilan mengenai Solat Jamak dan Qasar

Post by abu_firdaus Fri Jul 06, 2012 9:45 am

saya bersetuju dgn tuan sheikh, sekiranya beliau singgah sebentar ke pejabat sebelum meneruskan perjalanan. maknanya dah berniat musafir di rumah. akan tetapi kesnya berlainan di mana beliau masih bekerja seperti biasa sebelah pagi & hanya memulakan musafir sebelah petang.
abu_firdaus
abu_firdaus
AHLI
AHLI

Posts : 687
Points : 709
Join date : 19/05/2012
Location : bdr baru bangi

Back to top Go down

solat sunat - Kemusykilan mengenai Solat Jamak dan Qasar Empty Re: Kemusykilan mengenai Solat Jamak dan Qasar

Post by thtl Fri Jul 06, 2012 9:51 am

dalam agama ni ada dua metod,

satu: memberat-berat. cara enta tu terlalu detail, terlalu berhati-hati dan akan menyulitkan. sedangkan fiqh safar ni utk meringankan


dua: meringankan. Jika dah Niat musafir, maka sepanjang hari itu selepas bertolak dari rumah dna menyediakan bagasi (beg dan pakaian), maka sudah musafir walaupun kerja half-day.

saya pilih yg ringan. kerana sunnah ambik yg ringan selagi tidak menyalahi hukum.
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

solat sunat - Kemusykilan mengenai Solat Jamak dan Qasar Empty Re: Kemusykilan mengenai Solat Jamak dan Qasar

Post by abu_firdaus Fri Jul 06, 2012 9:54 am

ok sheikh. sy dgr & taat Smile
abu_firdaus
abu_firdaus
AHLI
AHLI

Posts : 687
Points : 709
Join date : 19/05/2012
Location : bdr baru bangi

Back to top Go down

solat sunat - Kemusykilan mengenai Solat Jamak dan Qasar Empty Re: Kemusykilan mengenai Solat Jamak dan Qasar

Post by NAZ Mon Jul 09, 2012 7:52 am

thtl wrote:NAZ,
Saya berbeda pendapat dgn abu_firdaus, sebab ia berbeda dari segi interpretasi.

Naz boleh jamak-qasar di pejabat:

1. Niat safar di kira dari rumah utk hari perjalanan. bila melepasi taman perumahan Naz, maka musafir sudah dikira.

2. Singgah di ofis, maksudnya naz sudah dalam musafir dan sudah melepasi mukim (kediaman)

NIAT amat penting utk merubah kedudukan yg disebutkan oleh abu_firdaus. Unless naz niat safar bermula dari ofis. maka apa yg abu cakap adalah valid. Tapi kalau naz dah niat dari rumah, maka di ofis status anda adalah musafir yg sudah melepasi mukimnya.

sekian
TQ
NAZ
NAZ
Muslimah
Muslimah

Posts : 215
Points : 305
Join date : 26/11/2011
Location : De'Cini

Back to top Go down

solat sunat - Kemusykilan mengenai Solat Jamak dan Qasar Empty Re: Kemusykilan mengenai Solat Jamak dan Qasar

Post by abu_aisyah Wed Sep 05, 2012 6:19 am

adakah dibolehkan jama n qasar begini?:

ali berusafir lalu berhenti disebuah masjid dan dia dapati jemaah sedang solat isya'.lalu dia mengikuit jemaah tersebut dengan melakukan (niat ali) solat maghrib.sehingga imam cukup 3 rakaat dan hendak bangkit utk rakaat ke 4,ali mufaraqah dan bertahiyat akhir utk menghabiskan solat maghribnya.setelah memberi salam,ali bangun semula dan mengikut imam yg sama utk qasar isyak.
abu_aisyah
abu_aisyah
AHLI SETIA
AHLI SETIA

Posts : 759
Points : 973
Join date : 03/06/2012
Age : 37
Location : bandar baru bangi, bandar tun razak

https://www.facebook.com/eveekids

Back to top Go down

solat sunat - Kemusykilan mengenai Solat Jamak dan Qasar Empty Re: Kemusykilan mengenai Solat Jamak dan Qasar

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 1 of 4 1, 2, 3, 4  Next

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum