Mahkum Fih Dan Mahkum 'Alaih
5 posters
Page 1 of 1
Mahkum Fih Dan Mahkum 'Alaih
Boleh jelaskan perbezaan keduanya untuk menambahkan kefahaman kami, insyaAllah.
المحكوم فيه و المحكوم عليه
Last edited by Ad-Dien on Fri Jun 08, 2012 9:58 pm; edited 1 time in total
Re: Mahkum Fih Dan Mahkum 'Alaih
minta AZ respond dien...
UP ust AZ
UP ust AZ
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Mahkum Fih Dan Mahkum 'Alaih
thtl wrote:minta AZ respond dien...
UP ust AZ
Ustaz Az... tolong share kan .. saya nak belajar.. kurang faham sepenuhnya bab ni..
Re: Mahkum Fih Dan Mahkum 'Alaih
jawapan super ringkas:
al-mahkum fiihi= perbuatan mukallaf- cth: makan, minum, solat
al-mahkum alaihi= mukallaf itu sendiri- cth: A_z, thtl, dien
الكتاب : الكتاب : تيسيرُ علم أصول الفقه
تأليف : عبدالله بن يوسف الجُديع

Last edited by Abu_Zubair on Fri Jun 08, 2012 9:52 pm; edited 1 time in total
Re: Mahkum Fih Dan Mahkum 'Alaih
eh dah jangkit major adou ni
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Mahkum Fih Dan Mahkum 'Alaih
bukan jangkit sheikh...
mlm2 ni x larat nak baca kitab usul fiqh lama2..jd jawapan jd super ringkas
mlm2 ni x larat nak baca kitab usul fiqh lama2..jd jawapan jd super ringkas
Re: Mahkum Fih Dan Mahkum 'Alaih
Abu_Zubair wrote:jawapan super ringkas:
al-mahkum fiihi= perbuatan mukallaf- cth: makan, minum, solat
al-mahkum alaihi= mukallaf itu sendiri- cth: A_z, thtl, dien
الكتاب : الكتاب : تيسيرُ علم أصول الفقه
تأليف : عبدالله بن يوسف الجُديع
maksud istilah dia tahu.. huraian detail tu kurang sikit.. contoh berkaitan syarat Mahkum fih/ bih...Dan perkara yang menyebabkan syarat mahkum itu tidak sah.. fasad..
Re: Mahkum Fih Dan Mahkum 'Alaih
Ad-Dien wrote:Abu_Zubair wrote:jawapan super ringkas:
al-mahkum fiihi= perbuatan mukallaf- cth: makan, minum, solat
al-mahkum alaihi= mukallaf itu sendiri- cth: A_z, thtl, dien
الكتاب : الكتاب : تيسيرُ علم أصول الفقه
تأليف : عبدالله بن يوسف الجُديع
maksud istilah dia tahu.. huraian detail tu kurang sikit.. contoh berkaitan syarat Mahkum fih/ bih...Dan perkara yang menyebabkan syarat mahkum itu tidak sah.. fasad..
enta salin benda2 yg enta kurang faham tu kat sini dulu
nanti insya Allah ana terangkan..
Re: Mahkum Fih Dan Mahkum 'Alaih
sapa Ustaz syamil ni?
ini sempena nama Imam syamil chechnya
ini sempena nama Imam syamil chechnya
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Mahkum Fih Dan Mahkum 'Alaih
akhi abu_zubair..
sbb dia dah bai'ah dgn CEO baru, jadi dia dah menukar ke nama sebenar beliau..
ana je belum nak tukar hehe..

myzyruz- Moderator
- Posts : 137
Points : 205
Join date : 25/11/2011
Age : 39
Location : Kelantan
Re: Mahkum Fih Dan Mahkum 'Alaih
Ustaz Syamil tu empunya kunyah Abu Zubair.
Antara perkara yang fasad ditaklifkan ialah:
1. Taklif terhadap perkara mustahil pada zat dan selain zat.
2. taklif perkara berkaitan tabiat, bukan ikhtiar dan usaha.
3. Taklif supaya orang lain melakukan sesuatu perbuatan atau meninggalkannya.
Mohon pencerahan dan contoh jika tak keberatan insyaAllah. :study: :study:
Re: Mahkum Fih Dan Mahkum 'Alaih
Ad-Dien wrote:

maaf dien ana x sempat nak bukak buku usul fiqh lg..
hari ni sibuk dgn keje editing plus study utk ngaja mlm ni
Re: Mahkum Fih Dan Mahkum 'Alaih
..Ahmad Shamil wrote:Ad-Dien wrote:

tak mengapa akhi, tiada bebanan untuk akhi, jazakallah
Re: Mahkum Fih Dan Mahkum 'Alaih
mustahil adanya taklif pada sesuatu perkara diluar kemampuan manusia dan mustahil dilakukan seperti ditaklif melakukan sesuatu yang disuruh dan dilarang serentak atau kena berenang atau terbang(SENDIRI) nak ke mekah..
..TAKDE TAKLIF pada tabiat seperti perasaan kasih contohnya..
..
..tiada taklif ..kita kena lakukan ibadat untuk orang lain..atau taklif atas kita supaya pastikan member kamcing kita berzakat..heheeh
tu le lebihkurang..

abgbob- VIP
- Posts : 41
Points : 43
Join date : 24/11/2011
Re: Mahkum Fih Dan Mahkum 'Alaih
abgbob wrote:mustahil adanya taklif pada sesuatu perkara diluar kemampuan manusia dan mustahil dilakukan seperti ditaklif melakukan sesuatu yang disuruh dan dilarang serentak atau kena berenang atau terbang(SENDIRI) nak ke mekah..
..TAKDE TAKLIF pada tabiat seperti perasaan kasih contohnya..
..
..tiada taklif ..kita kena lakukan ibadat untuk orang lain..atau taklif atas kita supaya pastikan member kamcing kita berzakat..heheeh
tu le lebihkurang..
betul dah tu.. :study:
Re: Mahkum Fih Dan Mahkum 'Alaih
1. Taklif terhadap perkara mustahil pada zat dan selain zat.
taklifan yang mustahil dibahagikan kepada dua:
-mustahil li zatihi
-mustahil li ghairihi
1. mustahil lizatih
- taklifan yang tak dapat digambarkan oleh akal. atau mungkin kita boleh sebut sbg tak masuk akal. seperti taklifan yg mengandungi dua perkara yg bertentangan atau berlawanan. cth: seseorang disuruh dan dilarang melakukan satu perkara yang sama, pada waktu yg sama.
cth: mewajibkan sesuatu solat dalam waktu yg dilarang solat
2. mustahil lighairih
- taklifan yang mampu digambarkan akal, namun mustahil berlaku secara realiti. seperti manusia terbang tanpa menggunakan alat penerbangan spti kapalterbang dan helikopter, atau mencipta tubuh badan sendiri, atau mengangkat gunung

dlm istilah arabnya dinamakan perkara2 "Jaballiyyah" (tabiat/kebiasaan)yang tidak dapat dikawal- seperti takut,sayang, marah,gembira.
cth: org yg mempunyai banyak isteri, dia berusaha utk berlaku adil pd istri2nya. namun jauh di sudut hatinya lebih menyayangi seorg drp isterinya itu yg dia paling suka dan sayang.
dlm bab kasih syg,Islam tak mentaklifkan pembahagian perasaan secara sama rata di antara para isteri
tak silap ana benda ni ada disebut dlm Al-Quran
Khadijah misalnya memiliki tempat yg istimewa di hati nabi s.a.w.
dlm istilah arabnya dinamakan perkara2 "Jaballiyyah" (tabiat/kebiasaan)yang tidak dapat dikawal- seperti takut,sayang, marah,gembira.
cth: org yg mempunyai banyak isteri, dia berusaha utk berlaku adil pd istri2nya. namun jauh di sudut hatinya lebih menyayangi seorg drp isterinya itu yg dia paling suka dan sayang.
dlm bab kasih syg,Islam tak mentaklifkan pembahagian perasaan secara sama rata di antara para isteri
tak silap ana benda ni ada disebut dlm Al-Quran
Khadijah misalnya memiliki tempat yg istimewa di hati nabi s.a.w.
Re: Mahkum Fih Dan Mahkum 'Alaih
3. Taklif supaya orang lain melakukan sesuatu perbuatan atau meninggalkannya.
hal ini dpt difahami dgn beberapa contoh:
- kita tak disuruh menggantikan solat , atau menunaikan solat bagi pihak abang kita yang tak nak solat.kita hanya disuruh menasihati beliau
- kita disuruh menasihati kawan kita supaya jangan mencuri. tp kita tak pula disuruh tunggu dekat rumah dia 24 jam, atau ikut ke mana saja dia pergi utk memastikan dia tak mencuri
- kita disuruh menasihati kawan kita supaya bayar zakat. kalau dia x nak, kita tak disuruh pulak membayar zakat guna duit kita bagi pihaknya

Jazakalla.. lebih kurang penjelasannya tapi saya bertambah faham...
Dalil setiap taklifan ada kan...? Saya ada dalilnya cuma mungkin dalam kitab ustaz lebih banyak diisi dalil.
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum