teguran kepada Nabi Muhammad S.A.W
3 posters
Page 1 of 1
teguran kepada Nabi Muhammad S.A.W
boleh senaraikan ayat2 quran berkenaan teguran Allah kepada Rasulullah S.A.W? kalau tak silap saya, mohon betulkan jika salah, ada 17 ayat Allah menegur Rasulullah.
Jazakallah.
Abi khyra- AHLI
- Posts : 24
Points : 36
Join date : 06/06/2012
Re: teguran kepada Nabi Muhammad S.A.W
عَبَسَ وَتَوَلَّىٰ
"Ia memasamkan muka dan berpaling" ('Abasa 80:1)
أَن جَاءَهُ الْأَعْمَىٰ
"Kerana ia didatangi orang buta" ('Abasa 80:2)
وَمَا يُدْرِيكَ لَعَلَّهُ يَزَّكَّىٰ
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui (tujuannya, wahai Muhammad) ? Barangkali ia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran ugama yang didapatinya daripadamu)! ('Abasa 80:3)وَمَا يُدْرِيكَ لَعَلَّهُ يَزَّكَّىٰ
Re: teguran kepada Nabi Muhammad S.A.W
أَوْ يَذَّكَّرُ فَتَنفَعَهُ الذِّكْرَىٰ
Ataupun ia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi manfaat kepadanya. ('Abasa 80:4)
أَمَّا مَنِ اسْتَغْنَىٰ
Adapun orang yang merasa keadaannya telah cukup, tidak berhajat lagi (kepada ajaran Al-Quran). ('Abasa 80:5)
فَأَنتَ لَهُ تَصَدَّىٰ
Maka engkau bersungguh-sungguh melayaninya. ('Abasa 80:6)
Re: teguran kepada Nabi Muhammad S.A.W
وَمَا عَلَيْكَ أَلَّا يَزَّكَّىٰ ٭ وَأَمَّا مَن جَاءَكَ يَسْعَىٰ ٭ وَهُوَ يَخْشَىٰ ٭ فَأَنتَ عَنْهُ تَلَهَّىٰ ٭ كَلَّا إِنَّهَا تَذْكِرَةٌ ٭
Padahal engkau tidak bersalah kalau ia tidak mahu membersihkan dirinya (dari keingkarannya). Adapun orang yang segera datang kepadamu,Dengan perasaan takutnya (melanggar perintah-perintah Allah), Maka engkau berlengah-lengah melayaninya.Janganlah melakukan lagi yang sedemikian itu! Sebenarnya ayat-ayat Al-Quran adalah pengajaran dan peringatan (yang mencukupi). ('Abasa 80: 7-11)
Re: teguran kepada Nabi Muhammad S.A.W
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ لِمَ تُحَرِّمُ مَا أَحَلَّ اللَّهُ لَكَ ۖ تَبْتَغِي مَرْضَاتَ أَزْوَاجِكَ ۚ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Wahai Nabi! Mengapa engkau haramkan (dengan bersumpah menyekat dirimu daripada menikmati) apa yang dihalalkan oleh Allah bagimu, (kerana) engkau hendak mencari keredaan isteri-isterimu? (Dalam pada itu, Allah ampunkan kesilapanmu itu) dan Allah sememangnya Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (At-Tahrim 66:1)
Re: teguran kepada Nabi Muhammad S.A.W
عَفَا اللَّهُ عَنكَ لِمَ أَذِنتَ لَهُمْ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَكَ الَّذِينَ صَدَقُوا وَتَعْلَمَ الْكَاذِبِينَ
Allah memaafkanmu (wahai Muhammad), mengapa engkau izinkan mereka (tidak turut berperang) sebelum nyata bagimu orang-orang yang benar dan (sebelum) engkau mengetahui orang-orang yang berdusta? (At-Taubah 9:43)
Re: teguran kepada Nabi Muhammad S.A.W
وَلَا تُصَلِّ عَلَىٰ أَحَدٍ مِّنْهُم مَّاتَ أَبَدًا وَلَا تَقُمْ عَلَىٰ قَبْرِهِ ۖ إِنَّهُمْ كَفَرُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَمَاتُوا وَهُمْ فَاسِقُونَ
Dan janganlah engkau sembahyangkan seorang pun yang mati dari orang-orang munafik itu selama-lamanya, dan janganlah engkau berada di (tepi) kuburnya, kerana sesungguhnya mereka telah kufur kepada Allah dan RasulNya, dan mereka mati sedang mereka dalam keadaan fasik (derhaka). (At-Taubah 9:84)
Re: teguran kepada Nabi Muhammad S.A.W
لَيْسَ لَكَ مِنَ الْأَمْرِ شَيْءٌ أَوْ يَتُوبَ عَلَيْهِمْ أَوْ يُعَذِّبَهُمْ فَإِنَّهُمْ ظَالِمُونَ
Engkau tidak berhak sedikitpun (wahai Muhammad) dalam urusan (orang-orang yang ingkar) itu, (kerana urusan mereka tertentu bagi Allah), sama ada dia menerima taubat mereka ataupun Ia menyeksa mereka; kerana sesungguhnya mereka itu orang-orang yang zalim. (Al-Imran 3:128)
Re: teguran kepada Nabi Muhammad S.A.W
مَا كَانَ لِنَبِيٍّ أَن يَكُونَ لَهُ أَسْرَىٰ حَتَّىٰ يُثْخِنَ فِي الْأَرْضِ ۚ تُرِيدُونَ عَرَضَ الدُّنْيَا وَاللَّهُ يُرِيدُ الْآخِرَةَ ۗ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
Tidaklah patut bagi seseorang Nabi mempunyai orang-orang tawanan sebelum ia dapat membunuh sebanyak-banyaknya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda dunia (yang tidak kekal), sedang Allah menghendaki (untuk kamu pahala) akhirat. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Al-Anfal 8:67)
Re: teguran kepada Nabi Muhammad S.A.W
ادْعُوهُمْ لِآبَائِهِمْ هُوَ أَقْسَطُ عِندَ اللَّهِ ۚ فَإِن لَّمْ تَعْلَمُوا آبَاءَهُمْ فَإِخْوَانُكُمْ فِي الدِّينِ وَمَوَالِيكُمْ ۚ وَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ فِيمَا أَخْطَأْتُم بِهِ وَلَٰكِن مَّا تَعَمَّدَتْ قُلُوبُكُمْ ۚ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا
Panggilah anak-anak angkat itu dengan ber"bin"kan kepada bapa-bapa mereka sendiri; cara itulah yang lebih adil di sisi Allah. Dalam pada itu, jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka, maka panggilah mereka sebagai saudara-saudara kamu yang seugama dan sebagai "maula-maula" kamu. Dan kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu melakukannya. Dan (ingatlah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Ahzab 33:5)
Re: teguran kepada Nabi Muhammad S.A.W
Selesai 17 Ayat yang diminta, mungkin ada lebih lagi. Boleh tolong carikan insyaAllah.. Setiap ayat yang saya bawakan ini ada asbabun nuzul (Sebab turun ayat) berkaitan ayat itu. Minta panel dan sahabat lain pula berikan jika tidak keberatan, insyaAllah.
Tag: Ustaz thtl, AZ, dan semua
Re: teguran kepada Nabi Muhammad S.A.W
terima kasih bebanyak akhi dien, Alhamdulillah mmg banyak membantu. sudah tentu ada cerita dari turunnya ayat itu.
rasanya pernah terbaca ada buku yang menceritakan perihal ayat teguran Allah S.W.T. tp lupa lak tajuk buku tersebut.
Abi khyra- AHLI
- Posts : 24
Points : 36
Join date : 06/06/2012
Re: teguran kepada Nabi Muhammad S.A.W
cukuplah kalau dah 17..
Nabi saw 17 ayat je, kita?
mungkin 6000 ayat...hehehe
bayangkan 17 ayat vs 6000 ayat
Nabi saw 17 ayat je, kita?
mungkin 6000 ayat...hehehe
bayangkan 17 ayat vs 6000 ayat
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: teguran kepada Nabi Muhammad S.A.W
thtl wrote:cukuplah kalau dah 17..
Nabi saw 17 ayat je, kita?
mungkin 6000 ayat...hehehe
bayangkan 17 ayat vs 6000 ayat
ada lagi lain sebenarnya.. sepanjang tadabbur saya ada jumpa lagi selain 17 ini... insyaAllah saya biarkan sahabat semua share kalau-kalau terjumpa nanti..
boleh lah juga kiranya ditambah dalam sababun nuzul setiap ayat tu... supaya jelas akan maksud dan kisah disebalik ayat tersebut,
Re: teguran kepada Nabi Muhammad S.A.W
dien buka ajela asbabun nuzul syuyuti kat kedai tu atau tafsir Ibn kathir
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: teguran kepada Nabi Muhammad S.A.W
thtl wrote:dien buka ajela asbabun nuzul syuyuti kat kedai tu atau tafsir Ibn kathir
hehe... nak bukak tu makan masa jga.. due date manuskrip dah dekat...
tu yang kasi sahabat lain la plak... take this chances... Ustaz AZ ke..hehe
Similar topics
» status hadis dialog nabi muhammad dan iblis
» Doa nabi kepada cucunya
» menggambarkan Nabi Muhammad
» Mimpi jumpa Nabi Muhammad SAW .
» Cium name Nabi Muhammad dpt masuk syurga.
» Doa nabi kepada cucunya
» menggambarkan Nabi Muhammad
» Mimpi jumpa Nabi Muhammad SAW .
» Cium name Nabi Muhammad dpt masuk syurga.
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum