BicaraTHTL
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Apa dasar dalam Islam yang membenarkan kaedah "menggantikan mudarat yang lebih besar dengan mudarat yang lebih kecil'?

2 posters

Go down

Apa dasar dalam Islam yang membenarkan kaedah "menggantikan mudarat yang lebih besar dengan mudarat yang lebih kecil'? Empty Apa dasar dalam Islam yang membenarkan kaedah "menggantikan mudarat yang lebih besar dengan mudarat yang lebih kecil'?

Post by zikrulmaut_sm Thu Jun 14, 2012 4:38 pm

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum,

Ada satu kaedah yang saya pernah dengar iaitu "menggantikan mudarat yang lebih besar dengan mudarat yang lebih kecil".

Apa dasar dalam Islam yang membenarkan kaedah ini?

Misalnya:

1) Nak hapuskan budaya dengar lagu-lagu cintan-cintun, rock kapak, dan genre mainstream lain, digantikan dengan lagu-lagu nasyid (padahal hukum lagu nasyid pun agak kontroversial)

2) Nak hapuskan budaya berpesta di malam tahun baru Masihi, maka digantikan dengan majlis ilmu dan tazkirah. (padahal sambutan tahun baru Masihi itu sendiri agak kontroversial dalam Islam).
zikrulmaut_sm
zikrulmaut_sm
AHLI
AHLI

Posts : 513
Points : 765
Join date : 25/11/2011

https://facebook.com/syazwanmisran

Back to top Go down

Apa dasar dalam Islam yang membenarkan kaedah "menggantikan mudarat yang lebih besar dengan mudarat yang lebih kecil'? Empty Re: Apa dasar dalam Islam yang membenarkan kaedah "menggantikan mudarat yang lebih besar dengan mudarat yang lebih kecil'?

Post by Ad-Dien Thu Jun 14, 2012 6:26 pm

zikrulmaut_sm wrote:Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum,

Ada satu kaedah yang saya pernah dengar iaitu "menggantikan mudarat yang lebih besar dengan mudarat yang lebih kecil".

Apa dasar dalam Islam yang membenarkan kaedah ini?

Misalnya:

1) Nak hapuskan budaya dengar lagu-lagu cintan-cintun, rock kapak, dan genre mainstream lain, digantikan dengan lagu-lagu nasyid (padahal hukum lagu nasyid pun agak kontroversial)

2) Nak hapuskan budaya berpesta di malam tahun baru Masihi, maka digantikan dengan majlis ilmu dan tazkirah. (padahal sambutan tahun baru Masihi itu sendiri agak kontroversial dalam Islam).

Ya. ia salah satu qawaid furu' dalam qawaid yang 5 . Asal nya daripada kaedah :

الضَّرَرُ يُزَالُ

Di dalam kaedah ini terdapat kaedah furu' (cabang) pula . Salah satunya seperti yang telah akhi nyatakan. Atau lebih tepat :


الضَّرَرُ الأشَدُّ يُزَالُ بِالضَّرَرِ الأخَفِّ


"Kemudharatan yang lebih berat/besar dihilangkan dengan melaksanakan kemudharatan yang lebih ringan" [Al-Madkhal Ila al-Qawaid al-Fiqhiyyah al-Kuliyyah]
Ad-Dien
Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 34
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

Apa dasar dalam Islam yang membenarkan kaedah "menggantikan mudarat yang lebih besar dengan mudarat yang lebih kecil'? Empty Re: Apa dasar dalam Islam yang membenarkan kaedah "menggantikan mudarat yang lebih besar dengan mudarat yang lebih kecil'?

Post by zikrulmaut_sm Fri Jun 15, 2012 1:48 pm

akhi Dien, adakah kaedah ini bermaksud "tak ada rotan, akar pun berguna"? atau pun "lebih baik ada sikit daripada tak ada langsung"?
zikrulmaut_sm
zikrulmaut_sm
AHLI
AHLI

Posts : 513
Points : 765
Join date : 25/11/2011

https://facebook.com/syazwanmisran

Back to top Go down

Apa dasar dalam Islam yang membenarkan kaedah "menggantikan mudarat yang lebih besar dengan mudarat yang lebih kecil'? Empty Re: Apa dasar dalam Islam yang membenarkan kaedah "menggantikan mudarat yang lebih besar dengan mudarat yang lebih kecil'?

Post by Ad-Dien Fri Jun 15, 2012 5:11 pm

zikrulmaut_sm wrote:akhi Dien, adakah kaedah ini bermaksud "tak ada rotan, akar pun berguna"? atau pun "lebih baik ada sikit daripada tak ada langsung"?

Qawaid ini betitik-tolak atau berkait dengan qawaid furu' yang lain iaitu:

الضرر لا يزال بالضرر

"Kemudharatan tidak boleh dihilangkan dengan kemudhatan"

atau lafaz lain yang maksud nya sama:

الضرر لا يزال بمثله
"Kemudharatan tidak boleh dihilangkan dengan kemudharatan yang serupa."

Disebabkan itu apabila bertembung dua kemudharatan serentak dalam satu masa maka hendaklah dihilangkan kemudhatan itu dengan melakukan perkara yang membawa kepada mudharat/ kerosakan yang lebih kecil.

Bahasa Mudah

Apabila kita bertembung dengan situasi ini, maka kena pilih yang mana satu yang jikalau kita buat. Kerosakan yang timbul lebih kecil berbanding kalau kita buat yang satu lagi.

Contoh:


Rumah dimasuki perompak dan perompak mahukan harta, wang dan barang kemas. Ketika itu salah seorang anggota keluarga berada bersama mereka dengan dengan ugutan mahu membunuh ahli keluarga itu jika tidak menyerahkannya.

Maka disini berlaku pertembungan iaitu:

1. Mudharat= Kehilangan harta dan kerugian yang bakal dialami, anggaran berpuluh ribu ringgit

2. Mudharat= Nyawa ahli keluarga bakal terancam, kemungkinan dibunuh.


Jadi apabila bertembung 2 mudharat ini, hendaklah dipilih yang mana yang paling kecil/ sedikit mudharatnya jika kita lakukan. Maka menurut kaedah ini hendaklah kita lakukan mudharat 1 iaitu menyerahkan harta dan mengalami kerugian. Kerana hilang harta mudharatnya lebih kecil dari hilang nyawa. [Al-Madkhal Ila al-Qawaid al-Fiqhiyyah al-Kuliyyah]


**Saya guna bahasa mudah sahaja, jika ada tambahan dipersilakan, insyaAllah
Ad-Dien
Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 34
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

Apa dasar dalam Islam yang membenarkan kaedah "menggantikan mudarat yang lebih besar dengan mudarat yang lebih kecil'? Empty Re: Apa dasar dalam Islam yang membenarkan kaedah "menggantikan mudarat yang lebih besar dengan mudarat yang lebih kecil'?

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum